13.07.2015 Views

SEKOLAH AGAMA ISLAM DI PAHANG: SATU KAJIAN SEJARAH ...

SEKOLAH AGAMA ISLAM DI PAHANG: SATU KAJIAN SEJARAH ...

SEKOLAH AGAMA ISLAM DI PAHANG: SATU KAJIAN SEJARAH ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SEKOLAH AGAMA ISLAM DI PAHANG: SATU KAJIAN SEJARAH DANPERKEMBANGAN AWALSALITURAHIM ALIASSekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah, Guai, TemerlohJabatan Agama Islam Pahangsaliturahim @yahoo.com.KAMARUZAMAN YUSOFFUniversiti Kebangsaan MalaysiaAZIZI UMARUniversiti Kebangsaan MalaysiaAbstrakArtikel ini bertujuan untuk membincangkan sejarah perkembangan awal sekolahagama rakyat di negeri Pahang. Kajian ini juga meneliti faktor-faktor yang membawakepada pengambilalihan sekolah agama rakyat oleh kerajaan negeri Pahang.Sebagaimana negeri-negeri yang lain yang menerima pendidikan Islam terkemudiansedikit, selalunya sejarah awal pendidikan Islam di negeri bermula hasil daripadapenghijrahan tuan-tuan guru untuk mendalami sesuatu ilmu agama. Tuan-tuan gurutersebut akan pulang kembali ke kampung asalnya dan mengasaskan penubuhansekolah pondok atau sekolah agama. Metodologi kajian yang digunakan ialah temubual dan dokumentasi. Hasil kajian mendapati perkembangan awal sekolah agamarakyat di Pahang dipengaruhi oleh pendidikan Islam dari negeri Kelantan dan Johor.Sejarah perkembangan sekolah agama tersebut dapat dibahagi kepada dua tahapiaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan Selepas Perang Dunia Kedua yangdipisahkan daripada masyarakat tempatan kepada kerajaan negeri. Kajian mendapatikerajaan mengambil alih sekolah agama rakyat untuk menjadikah pengurusan danpentadbiran agama lebih baik. Seterusnya pengambilalihan ini bertujuan untukmelengkapkan prasarana dan pembangunan fizikal sekolah untuk kemudahanpengajaran dan pembelajaran. Sehingga tahun 1972 telah terdapatnya sebanyak duabelas buah sekolah kerajaan negeri Pahang. Namun demikian masih terdapat jugasekolah yang diuruskan oleh masyarakat setempat.Kata Kunci: Sejarah Pendidikan Islam, Sekolah Agama Pahang, Sekolah AgamaNegeri1

PendahuluanDi negeri Pahang, pendidikan Islam telah wujud semenjak kedatangan Islam.Padaperingkat awal, pendidikan Islam di Pahang bermula di surau dan masjid yangdisampaikan oleh guru-guru agama. Surau dan masjid menjadi tempat terawal untukmenyampaikan pendidikan Islam sama ada ilmu agama ataupun mengajar membacaal-Qur‟ān. Kebanyakan ulama negeri Pahang mengikuti pembelajaran pondok sepertidi Bunut Payong, Kelantan dan juga mengikuti pendidikan madrasah seperti diMadrasah al- Attas, Johor. Apabila kembali ke kampung halaman mereka akanmenyampaikan ilmu-ilmu yang diperolehi samada di surau-surau ataupun di masjidmasjid.Di samping itu, ada yang menjalankan usaha gigih menyebarkan ilmumembuka pondok pengajian di tempat masing-masing. 1Antaranya yang membukapondok ialah Haji Ismail bin Akil di kampung Pasir Mas, Kuala Lipis, HajiAhmad, Haji Abdul Mubin bin Mohd Taib di Beserah, Kuantan Haji Junid binOthman, Haji Kamaluddin bin Othman di Air Itam, Pekan dan Haji Ibrahim binMohd Ali di Tanjung Besar, Kuala Lipis. Selain itu, sekolah agama rakyat ditubuhkandalam usaha menyebarkan ilmu kepada masyarakat tempatan.Keadaan ini dapat dibuktikan dengan perkembangan Madrasah al-Attas,Ketapang, Pekan (1923) yang telah dimajukan oleh Haji Mohd Hassan bin Senik yangmendapat pendidikan di Madrasah al-Attas, Johor. Begitu juga Madrasah al-Wosto,Berhala Gantang, Temerloh (1948) yang telah dimajukan oleh Tuan Guru HajiHasanuddin yang mendapat pendidikan pondok di Bunut Payong, Kelantan. Inimenunjukkan di negeri Pahang, pendidikan agama Islam yang lebih formal telahberkembang melalui madrasah / sekolah agama. Objektif utama penubuhan sekolah1 Abdul Kadir Kamal, Negeri Pahang Di tengah-tengah Perkembangan Agama Islam danKristian dlm Monograf Pahang Dalam Sejarah VI, Lembaga Muzium Negeri Pahang, 1997, hlm. 9.2

agama adalah untuk memberi pelajaran dan didikan agama kepada anak bangsaserta mengembangkan syiar Islam. Di peringkat awal ini madrasah di Pahang, guruguruakan mengajar mata pelajaran seperti Lughah Arabiyyah, Naḥ u wa Ṣ araf,Fiqh, Tafsīr, Ḥadīth, Inshā’, Imlā’, Tauḥ īd, al-Qur‟ān,Usul Fiqh, Balāghah,Manṭ iq, Muḥ ādathah, Qirā’ah, Farā’iḍ , Tajwiddan Akhlak. 2 Manakala matapelajaran umum (akademik) tidak diajar disebabkan ketiadaan tenaga pengajar. Secaraumumnya perkembangan awal sekolah agama rakyat di Pahang dibahagi kepada duatahap iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua.SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PAHANG SEBELUM PERANG DUNIAKEDUATerdapat empat buah sekolah agama rakyat yang pertama di negeri Pahangialah Madrasah al-Attas, Pekan (1923), Madrasah al-Islah, Kuala Tekal, Temerloh(1925), Madrasah al-Khairiah, Temerloh (1927) dan Kuliah Sultan Abu Bakar,Pekan (1941). Kajian akan melihat melihat sepintas lalu empat buah sekolah agamayang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Madrasah al-Attas, Pekan danKuliah Sultan Abu Bakar, Pekan. Sekolah agama rakyat yang mula – muladitubuhkan di negeri Pahang ialah Sekolah Agama al-Attas, 3 Ketapang, Pekan iaitupada tahun1923 oleh Habib Hassan seorang hartawan dari Johor dan usaha HajiOmar Abdullah.Melalui persetujuan untuk menubuhkan madrasah, Haji MohdHassan bin Senik dilantik menjadi guru besar di Madrasah al-Attas, Ketapang, Pekandan dibantu oleh dua orang guru yang merupakan lepasan Madrasah al Attas, Johor.2 Lihat Ahmad Muda. Sekolah Agama Rakyat Negeri Pahang, dlm Islam di Malaysia,Persatuan Sejarah Malaysia,hlm.101.3 Ibid.,hlm.98.3

Sekolah ini dibina secara gotong-royong oleh masyarakat setempat. Madrasah initelah mempunyai jadual waktu, papan hitam dan murid-murid yang belajarmenggunakan buku tulis. Sistem persekolahan dan juga sukatan pelajaran sekolah inidiambil dari Madrasah al-Attas, Johor. Keadaan ini berlaku kerana kedua-dua sekolahini mempunyai pertalian yang rapat.Setelah dua tahun penubuhan Madrasah al-Attas,Ketapang, dibina pula sebuahlagi Madrasah al Attas di Kuala Tekal 4 oleh Habib Hassan. Keadaannya sama denganMadrasah al-Attas, Pekan dari segi pengajian dan pembelajaran. Menurut sejarahnyaMadrasah al Attas, Kuala Tekal itu pada awalnya dibina di Kuala Krau. Tetapi olehkerana banjir besar pada tahun 1926 ia kemudiannya dipindahkan ke Kuala Tekal dannamanya diubah kepada Madrasah al-Islah. Sebuah lagi madrasah yang telahditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua ialah Madrasah al-Khairiah, Temerlohdiasaskan pada tahun 1927. Idea untuk membangunkan sekolah ini datangnya dariAllahyarham Tuan Haji Sidin bin Haji Mohd Salleh bersama-sama dengan rakanrakannya.Objektif utama madrasah ini ditubuhkan ialah untuk memberi pelajaran dandidikan agama kepada anak bangsa. 5 Pada peringkat awal penubuhan madrasah iniguru besarnya ialah Tuan Guru Haji Ayub bin Abdullah.Sebuah lagi sekolah agama yang penting dalam sejarah perkembangan sekolahagama di Pahang sebelum Perang Dunia Kedua ialah Kuliah Sultan Abu Bakar,Pekan yang ditubuhkan pada tahun 1941. Penubuhan sekolah ini adalah ekorandaripada Sultan Abu Bakar telah menyuarakan hasrat baginda untuk mewujudkansebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Pahang bagi mempertingkatkan danLumpur. hlm. 75.4 Lihat Mahayudin Yahya, Sejarah Orang Syed di Pahang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala5 Lihat Badan Persuratan dan Penerbitan SMAKT, Majalah Sekolah Jilid 15, 1989, hlm. 13.4

memperkembangkan syiar Islam di negeri ini. Hasrat baginda ini dialu-alukan olehtidak sahaja pihak Majlis Anggota Islam Pahang 6 tetapi juga oleh ulama-ulama danmasyarakat Islam di negeri Pahang. Ketua Majlis Anggota Islam Pahang, TengkuBesar Sulaiman 7 telah dipertanggungjawabkan untuk membina sekolah ini denganmenggunakan wang zakat dan Baitul Mal.Berkat cita-cita murni dan usaha-usaha tokoh-tokoh di atas maka lahirlah asaspendidikan Islam Tinggi dan Bahasa Arab di Pahang ini dengan terdiridenganrasminya Kuliah Sultan Abu Bakar,Pekan 8 Pahang pada 30 Mei 1941. Sekolah initelah dibuka dengan penuh istiadat yang dinamakan sebagai “ Istiadat MembukaKuliah Al Lughah Waddin Al Sultan Abu Bakar, Pekan oleh Sultan Abu Bakar."Jawatan kuasa besar Majlis Anggota Islam Pahang bertangungjawab menguruskanistiadat membuka sekolah ini terdiri daripada Yang Amat Mulia Tengku BesarPahang, Yang Maha Mulia Engku Indera Segara, Yang Berhormat Orang Kaya InderaSyahbandar, Yang Mulia Syed Abdul Rahman Haji Jeh dan Al Fadhil HajiMuhammad Daud. 96 Tujuan utama Majlis Anggota Islam Pahang ditubuhkan ialah untuk menjalankan urusanpengutipan zakat dan fitrah di seluruh negeri serta mentadbirkannya untuk kepentingan agama sepertimendirikan sekolah-sekolah agama. Namun demikian pada tahun 1943 Majlis ini telah diperluaskanlagi fungsinya dan diganti dengan nama “ Majlis Agama Islam Pahang ”.7 Pada 17 Julai 1933, Sultan Abu Bakar dengan persetujuan kerajaan di Mesyuarat NegeriPahang telah mengangkat Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman yang memakai gelaran Tengku BesarPahang menjadi Yang Dipertua Majlis Anggota Islam Pahang (Kini dikenali sebagai Majlis AgamaIslam Pahang. Majlis ini ialah sebuah tubuh agama yang didirikan bertujuan mengumpul danmenghimpunkan zakat dan fitrah di dalam negeri Pahang. Lihat Mohamed Mokthar Mohd Daud,Singgahsana Negeri Pahang Darul Makmur, Percetakan Ihsan, Kuantan, 1987, hlm. 52.1990, hlm. 65.8 Lihat, Buku Cenderamata Jubli Emas Kulliah 1941 – 1990, Percetakan Inderapura, Kuantan,Pekan)9 Lihat Bahan Arkib (Istiadat Membuka Kuliah Al-Lughah Waddin Al Sultan Abu Bakar,5

Matlamat penubuhan Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan adalah untukmewujudkan sebuah institusi pengajian agama Islam yang tertinggi di negeri Pahangdengan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya. Kedua untuk melahirkan ulama,pendidik dan pemimpin yang bertakwa dan berwibawa. Ketiga menghasilkan pelajarpelajaryang boleh mengisi keperluan agama, bangsa, masyarakat dan negara.Keempat untuk memberi kemudahan khususnya kepada anak negeri Pahang menimbailmu pengetahuan Islam. Kelima untuk menjadi teras kepada penghayatan Islamberlandaskan al-Qur‟ān dan Sunnah Rasulullah s.a.w. 10Kelahirannya sesuai dengan keadaan dimana masyarakat Islam di seluruhnegeri ini berhajat kepada pusat penyebaran ilmu dan pendidikan Islam. Pada masayang sama terdapat sekolah-sekolah agama peringkat permulaan „ Ibtidai ‟ di segenappelusok negeri Pahang. Maka sebuah sekolah tinggi amatlah perlu sebagai pusatpengajian tinggi bagi menampung pelajar-pelajar dari seluruh negeri Pahang. 11 Inimerupakan titik sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat Islam negeriPahang dengan lahirnya sebuah pusat pengajian Islam yang ulung di negeri ini untukmemberi peluang pelajaran dan pendidikan agama kepada anak-anak negeri.Olehkerana kelahiran sekolah ini hampir dengan pemerintahan Jepun, maka sekolah initidak dapat berjalan dengan lancar sistem persekolahannya diubah menjadi tempatmengajar pelajaran agama Islam kepada orang dewasa. 12Namun kelahirannyamemberikan faedah yang besar kepada perkembangan Islam di Pahang.Setelah10 Ibid., hlm. 64.11 Kertas Ke arah Mempertingkatkan Mutu Pendidikan Sekolah Tinggi Agama Sultan AbuBakar, Pekan, Jabatan Agama Islam Pahang, Februari 1990. hlm. 3.12 Lihat Mohamed Jamli Awang Lirai, Pelajaran dan Pendidikan Islam di negeri Pahang ,Seminar Ulama Pahang ke II 6-8 September 1980 bertempat di Maktab Rendah Sains Mara, Kuantan,hlm. 63.6

selesainya Perang Dunia Kedua, sistem persekolahan sekolah ini kembali sepertiasalnya dan ketika ini penuntut-penuntut dari seluruh negeri Pahang mulamenumpukan perhatian kepada sekolah ini di mana sebelum ini pelajar-pelajar Pahangmenuntut ilmu agama di Johor dan Kelantan.Pengetua pertama sekolah ini ialah Sheikh Abdul Rahim bin Ibrahim AsSamanudi, seorang ulama dari negara Mesir dan merupakan lulusan daripadaUniversiti Al-Azhar, Mesir. Beliau dibantu oleh seorang ulama berasal dari Sumateraiaitu Ustaz Khadri sebagai Penolong Kanan dan lain-lain tenaga pengajar. Penumpuandiberi kepada pembelajaran agama dan bahasa Arab serta mendalaminya dan ianyasesuai dengan matlamat penubuhan pusat pengajian ini. Selepas beberapa tahun,pelajar-pelajar di sekolah ini telah dapat bertutur Bahasa Arab. 13 Pada tahun 1950,Haji Mohd Mokhtar bin Ahmad, ulama terkemuka dari Kelantan dilantik menjadipengetua. Pada masa beliau, sukatan pelajaran telah disusun semula. Pada tahun 1956,Sahibul Fadhilah Mohd Fadhullah Suhaimi, seorang ulama dari Singapura dilantikmenjadi pengetua. Pada tahun 1962, jawatan pengetua disandang oleh Ustaz AbdulWahab bin Abdullah, merupakan anak tempatan berkelulusan Universiti Al Azhar,Mesir. Pada masa beliau, penyusunan sukatan diubahsuai sejajar dengan kehendak dankeperluan semasa. 14Melalui kewujudan sekolah agama di Pahang sebelum Perang Dunia Keduatelah memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk belajar agama di negerisendiri. Keadaan ini berlaku kerana sebelum Perang Dunia Kedua, bilangan sekolah1990, hlm. 65.13 Lihat, Buku Cenderamata Jubli Emas Kulliah 1941 – 1990, Percetakan Inderapura, Kuantan,14 Ibid., hlm.66.7

agama yang ada di Pahang adalah begitu terhad. Selain itu, lokasi sekolah ini agakjauh antara satu sama lain sehingga bagi daerah tertentu di Pahang berlaku kesukarankepada masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang telahdibuka. Namun demikian, selepas Perang Dunia Kedua, bilangan sekolah agama disetiap daerah semakin banyak dibuka.SEKOLAH AGAMA DI PAHANG SELEPAS PERANG DUNIA KEDUASelepas Perang Dunia Kedua, didapati berlakunya peningkatan bilangan seolahagama ditubuhkan oleh masyarakat setempat. Antaranya ialah Madrasah al-Ittifaqiah,Guai, Temerloh (1947), Madrasahal-Wosto, Berhala Gantang, Temerloh danMadrasah al-Ulum Addiniah, Dong, Raub (1949). Sejarah membuktikan bahawasekolah-sekolah agama lahir dari kecekalan rakyat. Kelahiran sekolah-sekolah agamaadalah gambaran jelas kesedaran masyarakat Islam yang dahagakan pelajaran.Meninjau sepintas lalu sejarah penubuhan Madrasah al-Ittifaqiah, Guai, 15Temerloh(1947) didapati ditubuhkan melalui usaha dan kegigihan serta muafakat bersamaseluruh masyarakat kampung Guai. Madrasah ini dimajukan oleh Tuan Guru HajiAbdul Majid bin Buyong. Terbinanya sekolah ini pada awalnya di atas tanah seluasdua ekar yang dibeli dari sumber kewangan hasil sumbangan orang ramai. Padaawalnya pembinaan, kerja-kerja dilakukan secara gotong royong dengan pembahagiantugas kepada beberapa peringkat, orang kampung bekerjasama menarah kayu-kayanhutan, memasang lantai, dinding dan atap dari daun serdang.15 Fail Maklumat Sekolah : Sekolah Menengah Agama al-Ittifaqiyyah, Guai,Temerloh.8

Begitu juga dengan sekolah agama rakyat di kampung Berhala Gantang,Temerloh iaitu Madrasah al-Wosto diasaskan pada tahun 1948. Madrasah al-Wosto,Berhala Gantang terletak 10 kilometer dari bandar Temerloh. Sekolah ini merupakansekolah agama yang dibangunkan oleh penduduk-penduduk Mukim Sanggang denganmenjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya. Objektif utama penubuhanmadrasah ini adalah untuk memberi pelajaran dan didikan agama kepada anak bangsaserta mengembangkan syiar Islam. Para pengasas sekolah ini ialah Haji Hassanuddinbin Mohammad sebagai guru besar, Abdullah Yaakub bin Awang Nain (ketuakampung), Haji Zakaria bin Ibrahim (setiausaha), Khatib Dollah bin Janal (bendahari)dan ahli jawatankuasanya terdiri daripada Ismail bin Janal, Yaakub bin Simat, Omarbin Kia, Haji Sham bin Yusof, Mohd Noor bin Sitam, Haji Chik bin Ibrahim, HajiHamid bin Bakar, Taib bin Nong Tahir dan Mustafa bin Arshad. Melalui usaha yangtidak jemu-jemu dari sumbangan serta gotong-royong masyarakat kampung BerhalaGantang dan dibantu oleh penduduk kampung Bintang, Telok Ira dan penduduksekitar maka terbangunlah sebuah sekolah yang diberi nama Madrasah al-Wosto.Pada peringkat awal penubuhan Madrasah al-Wosto, Berhala Gantang,Temerloh dari tahun 1948 hingga tahun 1953 tenaga pengajarnya hanya seorangsahaja iaitu Haji Hasanuddin bin Mohamad. Pada tahun 1954, madrasah ini menerimaseorang lagi guru iaitu Haji Kamal bin Khatib. Beliau mendapat pendidikan di sekolahpondok Pasir Mas, Kuala Lipis, Pahang. Pada tahun 1956 peningkatan jumlah guruberlaku apabila kemasukan tiga orang guru baru iaitu Zainun bt Sulaiman, Mohd Lotfibin Ibrahim dan Abd.Rahim bin Mat Saad. Pada tahun 1957, bilangan guru meningkatdengan kemasukan dua orang guru lagi iaitu Alwee bin Sulaiman dan Toha bin Siwok.Pada tahun 1958, bilangan guru meningkat dengan kemasukan lima orang guru lagiiaitu Rodzali bin Abdullah, Nik Naimah bt Nik Jaafar, Ismail bin Abdullah, Abdul9

Jalil bin Abu Daud dan Yusof bin Tahir. Jumlah guru madrasah ini pada tahun 1958adalah seramai sepuluh orang dan jumlah ini berterusan sehingga tahun 1960. 16Pada tahun 1961, bilangan guru meningkat kepada empat belas orang dengankemasukan empat orang guru iaitu Abd Wahid bin Ahmad, Yahya Zikri bin Alang,Rokiah bt Omar dan Alias bin Chik. Pada tahun 1963, bilangan guru madrasah iniadalah dua belas orang guru kerana dua orang guru telah meletak jawatan. Diperingkat ini, gaji guru adalah menggunakan wang sekolah yang diperolehi yangdiperolehi melalui kutipan yuran dan wang derma. Walaupun gaji yang diterimaadalah rendah namun guru-guru berpuashati kerana tenaga dan perkhidmatan yangdiberi dianggap sebagai satu amal jariah.Seterusnya bagi Madrasah al-Ulum Addiniah, Dong, 17Raub (1949) didapatidibina di atas sekeping tanah di kampung Dong yang diwakafkan oleh seorangpenduduk tempatan. Kewujudan sekolah ini adalah hasil daripada keprihatinan sertakesedaran orang kampung untuk membina tempat belajar agama melalui pakatanorang kampung yang telah mewujudkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada CheMohd Yudin bin Yeop, Che Yeop Sendiri bin Hussin, Imam Labak bin Zainuddin,Imam Ahmad bin Tapar, Che Subuh, Khatib Saruji bin Bakri dan Cikgu Md.Lia binSatar. Madrasah ini telah berjaya dibina melalui derma orang kampung Dong dankampung-kampung yang berhampiran. Antara tenaga pengajar di madrasah ini ialahUstaz Omar bin Haji Yahya.16 Ibid, hlm. 24.17 Fail Maklumat Sekolah : Sekolah Menengah Agama al-Ulum Addiniah, Dong,Raub.10

Di sekitar tahun 1950-an, sekolah agama rakyat kian bertambah. Di daerahdaerahyang tiada sekolah agama telah berlakunya penubuhan sekolah agama. Inimemberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah agama seperti Madrasah al-Maidah Addiniah, Padang Tengku (1955),Madrasah Pulau Tawar, 18 Jerantut (1958) dan Madrasah Chenor 19 (1959). BagiMadrasah al-Maidah, 20Padang Tengku, Kuala Lipis (1955), proses penubuhansekolah ini bermula dengan tertubuh jawatan kuasa yang terdiri daripada Datuk SetiaMuda Wan Ibrahim bin Wan Tanjung sebagai Yang Dipertua, Encik Mohd Noor binSulaiman sebagai Naib Yang Dipertua, Ustaz Hussin bin Ibrahim sebagai setiausaha,Lebai Long Khatib Ngah sebagai naib setiausaha, Haji Abd.Wahab Perang sebagaiBendahari danahli jawatankuasa terdiri daripada penghulu-penghulu dan ketuakampung. Daripada persetujuan yang dicapai dan juga dengan wang yang dapatdikumpulkan melalui derma orang ramai maka madrasah al-Maidah, padang Tengkutelah dibina. Guru besar yang pertamanya ialah Ustaz Hussin bin Ibrahim.Begitu juga di sekitartahun 1960-an, bilangan sekolah agama terusbertambah. Antaranya Sekolah Agama Tengku Ampuan Fatimah, 21 Pekan (1960),Madrasah al-Ihsan, Kuantan (1961), Madrasah Simpang Pelangai, 22 Bentong (1963),18 Madrasah ini diasaskan oleh Tuan Haji Daud bin Ibrahim. Laporan Bahagian Pendidikan,Jabatan Agama Islam Pahang, 30 Mac 2007, hlm. 29.19 Madrasah Chenor adalah diasaskan Ustaz Mahmud bin Mat Taib. Majalah Sekolah AlIkhwan, Edisi 12, 2006, hlm.19.20 Lihat Majalah Sekolah An Nur , Edisi 17, 2003, hlm.7.21 Sekolah Agama Ampuan Fatimah pula ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam dan AdatResam Melayu Pahang pada 1 Februari 1960. Lihat Laporan Bahagian Pendidikan, Jabatan AgamaIslam Pahang, 30 Mac 2007, hlm. 7.22 Madrasah ad Diniah al Islamiah, Pelangai, Bentong 22 telah ditubuhkan pada 1 Mac 1963.Sekolah ini didirikan hasil gotong-royong. Bahan binaan dibawa sendiri oleh penduduk kampung.11

kepada pelajar untuk berulang dari rumah masing-masing. Sebelum ini pelajarterpaksa meninggalkan kampung halaman untuk menuntut ilmu. Oleh yang demikian,tidak memberi peluang yang luas untuk pelajar menuntut ilmu agama. Di samping itu,untuk pergi menuntut ke luar negeri Pahang pastinya memerlukan sumber kewangandan keadaan ini menyekat keinginan segelintir pelajar untuk menuntut ilmu agama.Oleh itu, kewujudan sekolah agama di daerah-daerah negeri Pahang memang sesuatuyang amat dinanti-nantikan. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam kehidupanbermasyarakat pentingnya kewujudan institusi pendidikan.PENGAMBILALIHAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT OLEHKERAJAAN NEGERI PAHANGMaka memandangkan betapa pentingnya pengurusan dan pendidikanpelajaran Islam kepada anak negeri bagi perkembangan dan ketinggian kedudukanagama Islam. Maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang bersidang pada25 Mac 1963, telah bersetuju untuk mengambilalih sekolah-sekolah agama rakyatsecara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1965 merupakan satu detik yang bersejarahkepada sekolah agama apabila Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan menjadi sekolah yangpertama diambilalih oleh kerajaan negeri Pahang. Proses pengambilalih sekolahagama oleh kerajaan negeri Pahang merupakan satu yang membanggakan di dalamproses pendidikan Islam di negeri Pahang. Pengambilalihan ini menggambarkan sikapprihatin kerajaan negeri Pahang kepada pembangunan dan pendidikan Islam. 2626 Pelajaran agama Islam merupakan faktor yang terpenting mesti disematkan dalam jiwa setiapumat Islam kerana dengan adanya pengertian mendalam terhadap agama akan lahirlah suasanatenteram dan aman damai dalam suatu masyarakat dan akan dapat membentuk individu masyarakat itudengan penuh kejujuran, taat setia dan bertanggungjawab. Dari kesedaran yang sedemikian makaKerajaan Negeri Pahang telah berusaha mengambilalih sekolah-sekolah agama sejak tahun 1965. LihatWarta Jabatan Agama Islam Pahang. 1973.13

Tindakan kerajaan negeri Pahang itu bukan sahaja kerana kesedaranpentingnya sistem pendidikan agama, tetapi juga bertujuan untuk memberi peluangkepada rakyat negeri Pahang memperolehi kemudahan belajar agama denganlebih sempurna dan teratur. Sebelum ini mereka yang berminat mendalami ilmuagama terpaksa merantau ke sekolah agama negeri lain. 27 Pengambilalihan sekolahagama rakyat juga merupakan hasrat kerajaan Pahang untuk menjadikan pengurusandan pentadbiran sekolah agama menjadi profesional, untuk melengkapkan prasaranadan pembangunan fizikal sekolah untuk kemudahan-kemudahan pembelajaran, untukmenjadikan sekolah-sekolah agama yang diambilalih mempunyai sumber kewanganyang tetap dan untuk memastikan kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan disekolah agama dapat diatasi. Melalui pengambilan banyak masalah yang berkaitandengan pendidikan Islam telah dapat diselesaikan. Usaha ini bukan sahaja melibatkankewangan yang besar dan perancangan yang bersungguh-sungguh tetapi lebih pentingialah penerusannya yang sangat mencabar di mana sekaligus memberikan imej yangbaik kepada negeri Pahang dan masyarakat Islam di negeri ini.Sejak pengambilalihan ini sekolah agama ditadbir oleh kerajaan negeri Pahangmelalui Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). 28Sekolah-sekolah agama yangdiambilalih dan ditubuh baru oleh kerajaan negeri Pahang ini dikenali sebagaiSekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN). Sekolah agama yang27 Lihat Ahmad Bustamin Mohd Yusuf, Sistem Pendidikan dan Kurikulum Sekolah-sekolahMenengah Agama Kerajaan Negeri Pahang:Cabaran dan Tindakan Untuk Wawasan 2020. Kertas kerjadibentang dalam Seminar Pendidikan Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang, Kuantan, 13 –15 Ogos 1993.hlm.3.28 Objektif JAIP adalah untuk melahirkan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai carahidup sempurna yang mengikut dan menghayati ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam al-Quran dan al Sunnah Lihat Jilid II Panduan Rekod-rekod Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia,1993, hlm. 127.14

mula-mula diambilalih oleh kerajaan negeri Pahang ialah Kuliah Sultan Abu Bakar, 29Pekan pada tahun 1965. Sehingga tahun 1972 terdapat sebanyak 12 buah sekolahmenengah agama kerajaan negeri Pahang(SMAN). 30 SMAN terdiri daripadaKuliah Sultan Abu Bakar, Pekan, SMA al-Attas, Pekan, SMA Tengku AmpuanFatimah, Pekan, SMA al-Ihsan, Kuantan, SMA al- Khairiah, Temerloh, SMA al-Ulum Addiniah, Raub, SMA al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis,SMA Pulau Tawar, Jerantut, SMA Pelangai, Bentong, SMA Chenor, SMA Rompindan SMA Maran. Setelah diambilalih, melalui pentadbiran berpusat ini, dari semasake semasa, SMAN meningkatdari aspek pembangunan fizikal sekolah. Secaraumumnya semua sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang telahmengalami perubahan dari segi pembangunan fizikal. Kerajaan negeri Pahang telahmengeluarkan peruntukan kewangan untuk memastikanfizikal sekolah- sekolahagama di tahapyang baik. Setelah sekolah agama diambilalih, SMAN lebihsistematik dan telah berjaya menarik hati penduduk setempat untuk menghantar anakmereka belajar di sekolah agama. Hasil daripada pendidikan di SMAN telahmelahirkan lepasan sekolah agama yang mempunyai pengetahuan agama untukmengharungi kehidupan.29 Sejak tertubuhnya hingga ke tahun 1964, Kuliah Al Lughah Waddin Al Sultan Abu BakarPahang telah ditadbir di bawah MAIP. Namun pada tahun 1965, pentadbirannya diserahkan kepadakerajaan negeri Pahang, Berita Darul Makmur. Bil 3/89, hlm. 12.30 Abdul Shukor Husin, Pendidikan Islam: Satu analisis keperluan dan strategi perlaksanaandalam era pembangunan, dlm Seminar Ulama Pahang Ketiga 15 -17 Ogos 1994 bertempat di ImpianaBeach Resort, Kuantan, hlm.7.15

KESIMPULANBerdasarkan kajian menunjukkan perkembangan awal sekolah agama diPahang telah memainkan peranan memberi ilmu pengetahuan agama kepadamasyarakat. Selain itu, didapati Kelantan dan Johor mempunyai pengaruh yang besarke atas perkembangan pendidikan Islam di Pahang. Pada tahun 1965, kerajaan negerimulai mengambilalih sekolah agama secara berperingkat-peringkat. Pengambilalihanini membawa kemajuan sekolah agama di negeri Pahang dari pelbagai sudut. Jelaslahbahawa apabila dilihat dalam jangka masa yang panjang sejak awal penubuhannyasekolah agama rakyat di negeri Pahang telah memainkan peranan yang begitu besarmemberi pelajaran dan didikan agama kepada anak bangsa serta mengembangkansyiar agama. Kemudiannya sekolah agama rakyat diambilalih oleh kerajaan negeriPahang bagi memastikan keberkesanannya sebagai institusi pendidikan agama.16

RUJUKANAbdul Kadir Kamal.1997. Negeri Pahang Di tengah-tengah Perkembangan AgamaIslam dan Kristian dlm Monograf Pahang Dalam Sejarah VI, LembagaMuzium Negeri Pahang,Ahmad Muda.1980.Sekolah Agama Rakyat di Pahang,Islam di Malaysia,Kuala Lumpur.Persatuan Sejarah Malaysia.Abdul Shukor Husin, Pendidikan Islam: Satu analisis keperluan dan strategiperlaksanaan dalam era pembangunan,dlm Seminar Ulama Pahang Ketiga 15-17 Ogos 1994.Ahmad Bustamin Mohd Yusuf, Sistem Pendidikan dan Kurikulum Sekolah-sekolahMenengah Agama Kerajaan Negeri Pahang:Cabaran dan Tindakan UntukWawasan 2020. Kertas kerja Seminar Pendidikan Sekolah-sekolah AgamaKerajaan Negeri Pahang, Kuantan, 13 – 15 Ogos 1993.Bahan Arkib (Istiadat Membuka Kuliah Al-Lughah Waddin Al Sultan Abu Bakar,Pekan)Bahan Arkib (Fail Sekolah Arab, Kuantan)Berita Darul Makmur. Bil 3/89.Buku Cenderamata Jubli Emas Kulliah 1941 – 1990, 1990.Percetakan Inderapura,Kuantan.Fail Maklumat Sekolah : Sekolah Menengah Agama al-Ittifaqiyyah, Guai,Temerloh.Fail Maklumat Sekolah : Sekolah Menengah Agama al-Ulum Addiniah, Dong,Raub.Kertas Ke arah Mempertingkatkan Mutu Pendidikan Sekolah Tinggi Agama SultanAbu Bakar, Pekan, Jabatan Agama Islam Pahang. Februari 1990.Mahayudin Yahya. Sejarah Orang Syed di Pahang, Dewan Bahasa dan Pustaka.KualaLumpur.Majalah Sekolah Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh. Jilid 15, 1989.Majalah Sekolah An Nur , Edisi 17, 2003.Majalah Sekolah Al Ikhwan, Edisi 12, 2006.Mohamed Jamli Awang Lirai, Pelajaran dan Pendidikan Islam di negeri Pahang ,Seminar Ulama Pahang ke II 6-8 September 1980 bertempat di Maktab RendahSains Mara, Kuantan.Laporan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang, 30 Mac 2007.17

Warta Jabatan Agama Islam Pahang. 1973.Jilid II Panduan Rekod-rekod Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia, 1993.18

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!