13.07.2015 Views

PENYUBURAN ELEMEN TAUHID DALAM KURIKULUM SAINS ...

PENYUBURAN ELEMEN TAUHID DALAM KURIKULUM SAINS ...

PENYUBURAN ELEMEN TAUHID DALAM KURIKULUM SAINS ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

<strong>PENYUBURAN</strong> <strong>ELEMEN</strong> <strong>TAUHID</strong> <strong>DALAM</strong> <strong>KURIKULUM</strong> <strong>SAINS</strong> UNTUKMELAHIRKAN MASYARAKAT YANG SEIMBANGNUR ERYANTY NORDINyantynordin@gmail.comDR. ZANATON HAJI IKSANnaim@ukm.myUniversiti Kebangsaan Malaysia___________________________________________________________________________ABSTRAKSistem pendidikan formal menjadi medium utama dalam menyampaikan ilmu untukmembentuk masyarakat Malaysia yang seimbang. Ilmu berfungsi menghubungkan manusiadengan Tuhan sebagai Pencipta dan menjadi pembeza utama antara manusia dan haiwan.Arus globalisasi telah meningkatkan fahaman sekularisme dalam sistem pendidikan hinggaberlaku dualisme dalam banyak aspek. Fungsi ilmu untuk mendekatkan diri dengan Penciptakelihatan dipinggirkan di mana ilmu akademik berfungsi semata-mata untuk mencurahkanmaklumat sahaja. Analisis ke atas kurikulum sains menunjukkan bahawa isi pengetahuansains yang disampaikan hanya terbatas kepada ilmu akal sahaja tanpa dikaitkan denganaspek ketuhanan. Dalam mata pelajaran sains, kesepaduan hanya dilihat sebagai ketiadaansempadan antara disiplin-disiplin sains tetapi unsur ketuhanan tidak dikaitkan dengan lebihjelas. Mereka yang mengajar sains tidak mempunyai kefahaman agama yang mendalam danyang mengajar ilmu agama pula tidak mempunyai asas sains yang kukuh. Ketidakseimbanganantara dua bidang ilmu ini menghasilkan masyarakat Islam yang sekular iaitu beranggapanIslam hanya di masjid manakala sains hanya untuk kemajuan dan kemakmuran manusia.Pendekatan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah sains di sekolah perludiajar melalui perspektif Al-Quran.Kata Kunci : Sistem Pendidikan, Kurikulum Sains, Sains Islam, Kesepaduan Ilmu, IntegrasiTauhid, Masyarakat Seimbang.PendahuluanKegiatan intelektual umat Islam bergerak lancar seiring dengan pengutusan Nabi Muhammads.a.w sebagai Rasullullah pada tahun 610 Masihi dan sewaktu dengan penurunan Al-Quran.Tidak dapat dinafikan bahawa sumber primer tamadun Islam serta evolusi pembentukan sainsIslam, di sekitar seratus tahun pertama Hijrah, mempunyai hubungan erat denganepistemologi pengajian Islam. Al-Quran dan al-Sunah yang sarat dan padat dengan rujukan1


menganjur dan mendorong umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis danmenggunakan akal semaksimum mungkin untuk mendapat manfaatnya (Alias Azhar, 2010).Maka, al-Quran dan al-Sunah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorongterawal umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang. Iajuga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka danmembongkarkan pelbagai cabang ilmu berteraskan akal, sains tabii dan sains berbentukteknikal yang pada peringkat awal perkembangannya adalah melalui terjemahan karya-karyaasing ke dalam bahasa Arab (Alias Azhar, 2010)Pendidikan memainkan peranan penting di dalam sistem kehidupan manusia.Pembangunan insaniah haruslah dititikberatkan dan tidak hanya menumpukan kepadapembangunan aspek fizikal dan intelek sahaja. Maka, Suraiya Ishak (2011) menyatakan etikaperlu diamalkan untuk memastikan pencapaian material tidak menjadi ancaman yangmerosakkan masyarakat. Berdasarkan kepada konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan,pendidikan bertujuan untuk meningkatkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbangdari aspek jasmani, emosi, intelek dan rohani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Ini selaras dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) (Abdul Rahim & Azharul Nizam, 2007). Maka, menurut Nor Hayati Alwi (2005)setiap bidang pendidikan negara harus memikul cabaran dalam menyeimbangkan tuntutansemasa iaitu menghasilkan sumber tenaga mencukupi untuk pembangunan sains negaraberlandaskan tuntutan agama. Tuntutan ini bertujuan menghasilkan masyarakat seimbangbersahsiah mulia dan mampu memikul tanggungjawab terhadap diri, masyarakat, negara danalam sekitar (Deuraseh, 2010).2


Di dalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa tanggungjawab manusia sebagaikhalifah di muka bumi ini bukan terhad untuk kepentingan manusia sahaja sebaliknya jugamemelihara kesinambungan spesies haiwan dan tumbuhan serta memakmurkan alam sekitaruntuk memastikan keharmonian hidup semua makhluk di muka bumi ini (Deuraseh, 2010).Penyuburan elemen tauhid perlu diterapkan dalam kurikulum bermula di peringkat rendahlagi dalam usaha memantapkan lagi kelahiran masyarakat yang akan memartabatkankeilmuan yang berteraskan Islam. Usaha ini sebagai sokongan kebangkitan pengislamisasianilmu (Islamization of knowledge) di negara Islam seluruh dunia termasuk Malaysia.Pengislamisasian ilmu ini merupakan suatu pendekatan yang akan menggarap elemen tauhidmelalui pemikiran sains Islam dalam kurikulum sains sebagai kesinambungan ke arahmewujudkan masyarakat seimbang yang menghayati dan membangunkan ilmu secarabersepadu (Yahaya Jusoh, Azhar Muhammad, 2010). Hal ini membuktikan perkaitan rapatantara elemen tauhid dengan ilmu sains dan kesan magis yang mampu dihasilkan jika keduaduaelemen ini disepadukan.Integrasi Tauhid Melalui Falsafah Sains IslamSecara falsafahnya, sains Islam telah wujud seiring dengan penciptaan nabi Adam a.s, iaitusebelum Al-Quran diturunkan. Sumber ilmu yang utama datangnya daripada Allah s.w.t yangmengajar ilmu bacaan dan tulisan termasuk ilmu teknologi yang diajarkan kepada manusiamelalui para nabi. Secara rasional Allah telah menyampaikan ilmu dan juga kemahirankepada Adam a.s bagi melancarkan urusan hidupnya dan zuriatnya di dunia ini (Alias Azhar,2010). Contoh penggunaan sains al-Quran dapat dilihat apabila Allah mengajar Nabi Adama.s semua nama benda di dunia:3


Dan Dia mengajarkan Adam nama-nama (benda) seluruhnya, kemudianmengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Kunama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!”.(Surah al-Baqarah 2:31)Al-Quran adalah kitab Allah yang menjelaskan setiap sesuatu ilmu kepada manusia:“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orangyang mempunyai akal. Al-Quran bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapimembenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dansebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”.(Surah Yusof 12:111)Oleh itu, pemikiran sains Islam secara spesifiknya mengkaji hakikat kebenaran ilmu(science) secara ilmiah berdasarkan petunjuk Al-Quran. Di samping itu, pendekatan inimampu memperkuat dan menjelaskan sesuatu fakta dengan merujuk pada hadis nabi, ahlifikir Islam, saintis Islam dan bukan Islam. Sesuatu pendapat boleh diterima jika tidakbertentangan dengan Al-Quran dan hadis (Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad, 2010) danpendapat ini disokong oleh Alias Azhar (2010) yang menyatakan walaupun ketamadunanIslam berpaksikan peradaban keilmuan Islam, dalam masa yang sama turut mengadaptasi danmengasimilasi ilmu daripada ketamadunan asing yang tidak bercanggah dengannya. Faktorini menjadikan tamadun Islam zaman silam mencapai zaman kegemilangannya keranailmuwan pada zaman tersebut menyeimbangkan pencarian ilmu duniawi dan ukhrawi. Lihatsahaja kepada ilmuwan Islam silam seperti Ibn Sina, Al-Razi, IBn Rusyd dan ramai lagi yangmenguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan (tidak terhad kepada satu bidang ilmu sahaja)di samping berpegang teguh kepada ilmu tauhid di dalam penerokaan ilmunya.4


Sains berasaskan wahyu iaitu sains Islam menjadikan matlamat penyelidikan ke arahpenyuburan elemen tauhid iaitu menunjukkan tanda keesaan Allah. Mereka yang dipandukanoleh wahyu sahaja yang mampu melihat kenyataan di luar alam kebendaan ini (Yahaya Jusohdan Azhar Muhammad, 2010). Perkara ini dinyatakan seperti firman Allah s.w.t dalam SurahAl-Imran yang bermaksud:“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dansiang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang yangmengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring danmereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): Ya Tuhankami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, makapeliharalah kami daripada seksa neraka”.(Al-Imran 3: 190-191)Penyuburan elemen tauhid menerusi ilmu sains ini telah berjaya menyemai semangatke dalam jiwa umat Islam untuk meneroka ilmu di samping menghidupkan semangatuniversalisme dan globalisme. Ini terbukti semasa era kegemilangan tamadun Islam zamansilam yang telah mengadaptasi unsur tamadun lain ke dalam rangka tamadun Islam yangtelah mengukuhkan peradaban Islam pada zaman silam (Alias Azhar, 2010). Menerusi sainsAl-Quran, hanya kesempurnaan iman dalam mentaati peraturan Allah dapat menafsirkankesempurnaan manusia.Banyak rahsia perihal alam semesta dapat ditemui dalam ilmu sains. Melalui sains,manusia dapat menggunakan pancainderanya untuk memerhatikan alam dan menggunakanakalnya untuk memikirkan tentang rahsia keagungan dan kebesaran Allah s.w.t untuk lebihmendekatkan diri dengan Pencipta. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran yangmenyeru manusia supaya memerhatikan alam dan berfikir di atas segala ciptaan Allah s.w.t di5


Melahirkan Masyarakat Seimbang Melalui Penyuburan Elemen Tauhid DalamKurikulum SainsPengaruh kolonialisme telah menyebabkan lahirnya sekularisme dalam sains (memisahkansains dan agama) dan fahaman ini telah mempengaruhi sistem kurikulum pendidikan negara.Melalui fahaman ini, sains dan teknologi dijadikan alat untuk mengubah alam sekitar melaluipembangunan dan pencapaian bersifat kebendaan. Pengajaran ilmu sains mula diasingkan dariilmu ketuhanan iaitu lebih bersifat materialistik dengan meninggalkan akhirat dan unsur-unsurspiritual (Yahaya Jusoh; Azhar Muhammad, 2010).Namun, gerakan ke arah mengintegrasikan kembali jarak pemisahan ini berdasarkankepada elemen tauhid telah dilakukan terutamanya di negara-negara Islam termasuk Malaysia.Langkah ini diharap dapat mengembalikan asas pemikiran sains kini kepada pemikiranberteraskan ilmu tauhid dan falsafah sains Al-Quran (Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad,2010). Ini selaras dengan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakanpendidikan adalah usaha berterusan untuk mengembangkan potensi individu secaramenyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis.Faktor ilmu bersepadu dalam menghadapi zaman globalisasi wajar menjadi agendautama untuk melahirkan masyarakat seimbang yang mempunyai ilmu, keterampilan dan nilaimurni dan menggunakan ilmunya untuk agama, pembangunan negara, bangsa dan alamsejagat. Islam juga menganjurkan usaha penggalian ilmu dalam sains dan alam sekitar(Jabatan Kemajuan Malaysia 2005). Dasar pelaksanaan kurikulum bersepadu antara wahyudan penggunaan akal membolehkan Islam memajukan pelbagai bidang ilmu pengetahuansains seterusnya melahirkan masyarakat yang seimbang.8


Namun, dalam merealisasikan konsep ini, kurikulum pendidikan khasnya KBSM perlumelalui tahap reformasi secara menyeluruh bertujuan memberi peluang yang luas kepada guruuntuk melaksanakannya secara formal. Perubahan kurikulum perlu dilihat secara positif bagimelahirkan pelajar yang akan menjadi modal insan pada masa hadapan. Kurikulum bersepaduialah kurikulum yang mengintegrasikan prinsip al-Quran dalam sukatan mata pelajarandengan objektif untuk melahirkan ilmuan yang beriman dan bertaqwa. Pendekatan denganmenerapkan prinsip tauhid ini dilihat berpotensi untuk diterapkan dalam kurikulum sains(Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad 2010).Gabungan ilmu ketuhanan, ilmu sains dan ilmu alam perlu ada dalam penstrukturankurikulum dalam merangka sukatan mata pelajaran sains. Perlaksanaannya mampumeningkatkan keimanan pelajar dan diharap melahirkan saintis dan modal insan denganmembangkitkan kesedaran terhadap kebesaran Allah (Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad2010). Melaluinya, pelajar akan menyedari peranan dan matlamat kehadiran manusia di alamini adalah berfokus kepada dua tugas utama iaitu melakukan ibadah kepada Allah danmemakmurkan planet bumi (Zakaria Stapa 2009) seperti firman Allah:[Maksudnya] : “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk melakukanibadah kepada-Ku”(al-Dhariyat 51:56)[Maksudnya] : “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan Bumi, danmengkehendaki kamu memakmurkannya”(Hud 11 : 61)Berdasarkan tafsiran ayat di atas, kerangka Islam tidak hanya tertumpu padapelaksanaan ibadah khusus sahaja sehingga mengasingkan urusan dunia yang lain.Memakmurkan bumi juga sebahagian dari tanggungjawab manusia namun ia haruslah9


erpaksikan tauhid di mana ia tidak sekali-kali boleh dilaksanakan secara sewenangwenangnyaberdasarkan tuntutan hawa nafsu sahaja. Jika bumi dicerobohi tanpa mengikutprosedur, bermakna berlakulah pencabulan hak Allah sebagai Pemilik sejati planet bumi danmereka harus bersedia menerima kemurkaan Allah. Hal ini banyak berlaku pada zamansekarang yang hanya mementingkan pembangunan atas dasar keuntungan dunia semata-mata.Menurut Islam juga, manusia dipertanggungjawabkan dengan tugas berat pembina tamadunkerana manusia diberikan Allah segala kelengkapan untuk melakukan pelbagai tindakan samaada positif atau negatif terhadap setiap unit alam yang ada di persekitaran mereka (ZakariaStapa 2009).Pelajar juga perlu dijelaskan dan ditegaskan oleh guru bahawa manusia diciptakanoleh Allah S.W.T dengan akal dan fikiran yang tidak ada dalam makhluk-makhluk-Nya yanglain. Sejak kewujudan Nabi Adam A.S lagi manusia sudah mula menggunakan akalnya untukberdikari dalam menguruskan hidup termasuklah dalam menyediakan bekalan makanan,pengangkutan dan tempat tinggal. Akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T itudigunakan untuk mengeksploitasi alam untuk kepentingan manusia untuk terus hidup.Sebagai khalifahNya, Allah S.W.T yang telah membekalkan manusia dengan segala potensiyang memungkinkan mereka untuk melaksanakannya (Mohd. Yusoff, 2009).Penegasan yang mengintegrasikan elemen tauhid seperti ini dalam pengajaran danpembelajaran sains diharapkan mampu menyuntik fasa baru dalam kurikulum sains danmenyumbang dalam pembentukan masyarakat seimbang secara berperingkat. Mungkinsebelum ini guru sains merasa agak janggal untuk menyelitkan hujah-hujah sokonganmenggunakan ayat Al-Quran namun jika usaha ini tidak dimulakan dengan penuh keyakinan,hasrat untuk melihat kesepaduan ilmu antara sains dan Al-Quran tidak mungkin dapat dicapai.10


Penyuburan Elemen Tauhid Dalam Kurikulum SainsKonsep kesepaduan dalam kurikulum sangat bergantung pada kaedah dan pendekatan gurudalam pengajaran mereka demi menjamin keberkesanan pelaksanaannya (Yahaya Jusoh danAzhar Muhammad 2010). Namun mengikut Abdul Rahim dan Azharul Nizam (2007), konseppendidikan bersepadu ini agak abstrak dari segi matlamatnya dan agak sukar bagimendapatkan buku tentang konsep pendidikan bersepadu di kalangan guru.. Dengan itu untukmencapai tujuan ini mesti ada perubahan kurikulum yang berdasarkan prinsip tauhid denganmenggunakan kaedah sains Islam. Jika tiada perubahan, guru perlu menguasai maklumatberkaitan falsafah, rasional, sukatan pelajaran dan isi kurikulum menggunakan konsepkesepaduan berasaskan elemen tauhid dalam pengajaran mereka.Pendidikan persekitaran penting untuk mengembangkan norma-norma dan etikapositif terhadap alam sekitar (Brijesh Thapa, 2010). Mata pelajaran Sains amat sesuaidikaitkan dengan elemen tauhid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, isikandungannya tidak memperlihatkan wujudnya kesinambungan yang mantap terhadap konsepkesepaduan ilmu berasaskan sains al-Quran. Maka, guru (terutama yang beragama Islam)wajib melaksanakannya melalui kebijaksanaan mereka memberi penjelasan semasa prosespengajaran dan pembelajaran berlangsung .Mata pelajaran Sains Tingkatan 1 membincangkan tajuk “Man and The Variety ofLiving Things” dan subtajuk, „Understanding that cells form tissues, organs and systems inthe human body‟ dan „Realising that humans are complex organisms‟ dan Sains Tingkatan 3untuk tajuk „Respiration‟ dan „Blood Circulation and Support‟ supaya pelajar mengenalilebih dekat keistimewaan manusia sebagai makhluk yang kompleks. Tajuk-tajuk ini amatsesuai untuk mengajak pelajar-pelajar mengenali kejadian diri mereka sebagai makhluk yang11


paling sempurna dijadikan oleh Tuhan seperti yang terdapat di dalam firman Allah dalamSurah al-Tin ayat 4 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalambentuk yang sempurna”Sains Tingkatan 2 di bawah tajuk “The World Through Our Sense” membolehkanguru mengaitkan kehebatan penciptaan Allah tentang manusia. Guru boleh menyelitkan Surahal-Isra‟ ayat 36 yang menjelaskan penggunaan pancaindera adalah menjadi tanggungjawabmanusia untuk menjaganya seperti maksud ayat:“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuantentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akandiminta pertanggungjawabannya”.Sains Tingkatan 3 di bawah tajuk, „Reproduction‟ berkaitan dengan proses kejadianmanusia dari peringkat awal hingga akhir. Selain mendedahkan apa yang terdapat dalamsukatan sedia ada, penerapan isi kandungan ini boleh diperluaskan dengan beberapa huraianberdasarkan elemen tauhid. Antara penerapan sains al-Quran yang boleh diterapkan sepertiberikut:1. Maksud Surah al-Sajdah (32:7): Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakansebaik-baiknya dan Yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah (tin).2. Maksud Surah Al „Imran (3:59): Sesungguhnya penciptaan Isa di sisi Allah adalahseperti penciptaan Adam, Allah menciptakan Adam daripada tanah (turab)kemudian Allah berfirman: jadilah, maka jadilah ia.Mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 di bawah tajuk „Endangered Ecosystem‟ lebihmenjurus tentang alam sekitar. Tajuk ini banyak membincangkan tentang masalahpencemaran yang disebabkan oleh aktiviti manusia dan aktiviti pembangunan yang tidak12


terancang. Tajuk ini juga membincangkan tentang kebakaran hutan, cuaca berjerebu,pencemaran air, banjir dan penipisan lapisan ozon yang menyebabkan pemanasan globalakibat perbuatan manusia yang tidak menghormati alam sekitar. Pendekatan berfokuskanalam sekitar ini memberi peluang kepada pelajar merefleksikan aspek kognitif dan afektifdengan penyertaan mereka dalam menyelesaikan masalah alam sekitar (Marcinkowski, 2009).Guru juga boleh menerapkan unsur tauhid dengan ayat-ayat al-Quran seperti Surah al-Ma‟idah ayat 33 yang bermaksud: “Hanya balasan orang-orang yang memerangi Allah danRasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”. Selain itu, guru bolehmenyertakan ayat dari Surah al-Rum, ayat 41 untuk dijadikan renungan (Abdul BasirMohamad, 2005) yang bermaksud:“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautdengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yangdemikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasanperbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insafdan bertaubat).Melalui pendekatan yang menyerapkan elemen tauhid dan mengaplikasikan falsafahsains al-Qur‟an ini, guru boleh mengukuhkan lagi fasa penerapan nilai-nilai murni di akhirpengajaran untuk setiap topik di dalam setiap subjek Sains Teras termasuk Sains Elektifseperti Biologi, Fizik dan Kimia. Inovasi pengajaran seperti ini mampu menyuntik elemenkesedaran dan keinsafan di dalam diri pelajar-pelajar di samping guru dapat meletakkansemula ilmu sains dalam landasan keilmuan yang sebenar iaitu sains memerlukan elemenbersepadu. Kaedah ini mampu menjelaskan kepada pelajar bahawa semua ilmu akal yangdipelajari termasuk ilmu sains sewajarnya disepadukan dengan agama untuk mencapai hasilyang lebih bermakna. Selain itu, pendekatan ini mampu menangkis segolongan yang13


erpendapat sains itu hanyalah ilmu sekular dari Barat manakala ilmu agama itu tiada kaitandengan sains. Jurang pendapat dan persepsi antara guru-guru agama dan guru sains juga dapatdikurangkan selain membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan iaitu sains dan agamasaling memerlukan antara satu sama lain.KESIMPULANWalaupun sains berupaya menghasilkan penemuan baru yang saintifik, merumuskan teorisains baru dan mewujudkan teknologi canggih, namun jika sains berpadu tenaga denganagama sudah pasti penemuan ilmu sains ini lebih memuaskan akal manusia dankegemilangannya lebih menguntungkan umat manusia. Masyarakat moden dalam eraglobalisasi kini kian mengasingkan elemen tauhid dan lebih mementingkan unsur kebendaan.Ilmu persekitaran yang merupakan sebahagian dari sains mampu diberi inovasi dari perspektiftauhid untuk memberi nilai tambah dalam hasil pembelajaran yang dijalankan. Hasratkerajaan untuk melahirkan modal insan seperti dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah satulangkah yang amat tepat sekali. Walaupun sukatan pelajaran KPM tidak menyentuh secaralangsung tentang isi kandungan dengan perkaitan elemen tauhid, guru perlu menerapkankonsep ini dalam pengajaran. Maka, kaedah pengajaran memerlukan anjakan paradigmasecara besar-besaran dan guru memerlukan latihan dan bahan rujukan untuk melaksanakankonsep bersepadu ini. Melalui pendekatan ini, masyarakat seimbang yang mempunyaikeutuhan iman dan kemuliaan akhlak dapat dilahirkan dan menghiasi kerohanian masyarakat.Perubahan kurikulum dalam sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada elemen tauhiddalam semua aliran terutamanya sains, teknologi dan alam sekitar amat penting kerana pelajaryang melalui proses ini akan dibentuk berasaskan pemikiran falsafah sains al-Quran yangakan bangkit membentuk masyarakat yang seimbang seterusnya tamadun manusia yangberkualiti tinggi mampu dilahirkan.14


RUJUKANAl-Qur‟anAbdul Basir Mohamad. 2005. Undang-Undang dan Pengurusan Alam Sekitar Menurut Islam.Malaysian Journal of Environmental Management (6): 107-124.Abdul Rahim Bin Hamdan & Azharul Nizam Bin Zahari. Konsep Bersepadu Serta PenerapanNilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah.http://eprints.utm.my/10466/1/ [15 Februari 2012].Alias Bin Azhar. 2010. Faktor Pembangunan dan Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam.Jurnal Hadhari (3): 43-59.Deuraseh, N. 2010. Earth in the Holy Qur‟an : How to Protect and Maintain It? JurnalHadhari 2 (2):73-88.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2005. Konsep Islam Hadhari:Satu Penjelasan. KualaLumpur: JAKIM dalam Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad. 2010. Kesepaduan FalsafahSains Al-Qur‟an dalam Kurikulum Sekolah Rendah sebagai Asas Pembentukan MasyarakatHadhari di Malaysia. Jurnal Hadhari (3): 23-41.Nor Hayati Hj. Alwi. 2005. Ke Arah Pembentukan Model Pembangunan Insan SainsSeimbang dalam Pendidikan Sains. Jurnal Teknologi, Jun (42): 77-93.Strife, S. 2010. Reflecting on Environmental Education: Where Is Our Place in the GreenMovement?. The Journal of Environmental Education 41(3):179-191.Thapa, B. 2010. The Mediation Effect of Outdoor Recreation Participation on EnvironmentalAttitude-Behavior Correspondence. The Journal of Environmental Education 41(3):133-150.Marcinkowski, Thomas J. 2009. Contemporary Challenges and Opportunities inEnvironmental Education: Where Are We Headed and What Deserves Our Attention?. TheJournal of Environmental Education 41(1) 34-54.Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad. 2010. Kesepaduan Falsafah Sains Al-Qur‟an dalamKurikulum Sekolah Rendah sebagai Asas Pembentukan Masyarakat Hadhari di Malaysia.Jurnal Hadhari (3): 23-41.Zakaria Stapa. 2009. Manusia Pembina Tamadun:Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal Hadhari(1):31-44.15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!