12.07.2015 Views

PRA3105 - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam

PRA3105 - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam

PRA3105 - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH (PGSR)MOD KURSUS DALAM CUTIIJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN <strong>IPGM</strong>SEMESTER 4MODULMAJOR<strong>PRA3105</strong>PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKBAHAGIAN PENDIDIKAN GURUSEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABerkuat kuasa pada November 2008


3.2 Hasil Pembelajaran 262.3 Kerangka Tajuk 262.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 27Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains334.1 Sinopsis 334.2 Hasil Pembelajaran334.3 Kerangka Tajuk 334.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 34RujukanPanel Penulis ModulPanel Pemurni ModulIkon ModulStruktur Pelaksanaaniv


PANDUAN PELAJARModul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agaranda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untukbelajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkintidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluangkepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumberpembelajaran, dan masa anda.Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksibersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajukdalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modulini.Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkankepada anda makna-makna ikon tersebut.Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dandiri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiripembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membacamodul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yangdicadangkan.v


3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahanyang bermakna.7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.vi


PengenalanModul ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang PerkembanganKognitif Kanak-kanak yang merangkumi pembelajaran awal Matematik dan Sains diprasekolah. Tidak ketinggalan juga modul ini akan membincangkan mengenaiprinsip-prinsip dan proses piawaian National Council Teaching Mathematic (NCTM)dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah..Modul ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu dan kualitipengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Anda juga akan diberikan latihanpengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmupengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini jugabertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsippengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah.Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmudan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.vii


AGIHAN TAJUKPanduan kepada penggunaKadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan limabelas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajukuntuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)Bil.Tajuk/TopikInteraksiBersemuka(jam)Modul(jam)Jum.Jam1.Perkembangan Kognitif Kanak-kanak- 5 52.Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah- 5 53. Lima Proses Piawaian National Council- 4 4teaching Mathematics, (2000) )Five Processstandards-National Council TeachingMathematics) dan kaitan denganpembelajaran Matematik oleh kanak-kanakprasekolah.4. Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 2 1 35. Pembelajaran Awal Sains di Prasekolah 5 - 56. Perancangan Program Awal Sains di2 - 2Prasekolah7. Penggunaan Pendekatan Projek (Project3 - 3Approach)8. Pengintegrasian Pelajaran Awal Sains3 - 3dengan Aktiviti Seharian9. Amali: Lima Proses Piawaian NationalCouncil teaching Mathematics, (2000) )Five 5-5Process standards-National Council TeachingMathematics) dan kaitan denganpembelajaran Matematik oleh kanak-kanakprasekolah.10. Amali: Kemahiran Matematik8 - 8Prasekolah(berdasarkan Kurikulum StardardPrasekolah kebangsaan, KPM)11 Amali: Aktiviti-aktiviti Matematik 7 - 712 Amali: Perancangan Program Awal Sains diPrasekolah13 Amali: Penggunaan Pendekatan Projek(Project Approach)5 - 55 - 545 15 60viii


*** isi ikut pecahan berikut:Pecahan kredit Interasksi Modul (jam) Jum. JamBersemuka (jam)( 3+0) 30 15 45(2+1) 45 15 60(2+0) 15 15 30(1+1) 30 15 45(1+0) 0 15 15ix


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKTajuk 1Perkembangan Kognitif Kanak-kanak1.1 SinopsisUnit ini merupakan pengenalan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak yang akanmembincangkan konsep kognitif. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kitasepatutnya mengetahui tentang konsep kognitif dalam pendidikan prasekolah supaya kitadapat melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik dengan lebih efektif. Penjelasanjuga akan menjurus kepada teori perkembangan kognitif oleh dua orang tokoh yangterkenal iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky yang dikira mampu membantu andamengaplikasi pengetahuan berkenaan di dalam lapangan pendidikan secara jelas. Ia dilihatsebagai penjana idea untuk merancang aktiviti kognitif di kelas prasekolah dengan lebihberkeyakinan dan kreatif.1.2 Hasil Pembelajaran1. Mengetahui konsep kognitif dan pengertian perkembangan kognitif.2. Mengenal pasti tahap-tahap atau peringkat perkembangan kognitif yangdikemukakan oleh Jean Piaget.3. Menyatakan perbezaaan teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky dalam perkembangankognitif kanak-kanak.1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul iniPerkembanganKognitif Kanak-kanakSubtajuk 1Konsep KognitifSubtajuk 2PengertianPerkembangan KognitifSubtajuk 3Teori-teoriPerkembangan Kognitif1


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK1.4 Perkembangan Kognitif Kanak- kanakMari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkaskonsep kognitif kanak-kanak, secara terperinci.Perkataan „perkembangan kognitif kanak-kanak‟ diberikan pelbagai tafsiran oleh banyakpihak. Antaranya, perkembangan yang melibatkan otak atau berkaitan dengan matematik.1.4.1 Konsep KognitifMari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan kognitif .Terdapat banyak definisi kognitif. Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untukmentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklahpengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagaiperkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth 2004).1.4.2 Pengertian Perkembangan KognitifPerkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikirandan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitandengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpandan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah.Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanakmenggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka. Terdapatpelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak memperoleh,memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka Hetherington &Parke (1986). Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialahJean Piaget dan Lev Vygotsky.2


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKManakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif memberipenekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada perubahanpemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yangseterusnya.1.4.3 Teori-teori Perkembangan Kognitif1.4.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Piagethttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/piagetJean Piaget (1869-1980) pakar biologi Switzerland, berpendapat setiap kanak-kanak lahirdengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), untuk berinteraksidan menafsir persekitaran. Beliau merujuk kepada kebolehan asas untuk menyusun danmemproses maklumat ini sebagai struktur kognitif (skema).SkemaSkema ialah struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan olehindividu untuk mentafsir persekitaran. Salah satu daripada skema terawal ialah skemamenghisap. Pada mulanya tingkah laku menghisap berlaku secara pantulan. Apabilakanak-kanak menghisap benda yang berbeza seperti puting getah botol susu dan jaritangan, ini bermakna bayi telah mengesan, membezakan serta, mengorganisasikanpenglamannya menjadi skema ”menghisap puting getah” dan skema ” menghisap jaritangan”.3


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKAsimilasiMerupakan proses kognitif dimana seseorang menyatukan pengalaman-pengalaman baruke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktur yangsedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagaimaklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengtan sebuah belon yangsemakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Sebagai contoh, kanak-kanaktelah mengenali ciri-ciri yang terdapat pada burung seperti bersayap dan dapat terbang.Maklumat baru ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema baru kanak-kanak.Sekiranya kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati yang masih memenuhi ciri-ciritersebut, maklumat ini akan ditambahkan ke dalam skema burung.AkomodasiBerlaku apabila kanak-kanak bertembung dengan pengalaman baru dan cubamengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tiada skemayang sesuai (disequilibrium) ketidakseimbangan.Oleh itu terdapat dua pilihan:Mengubahsuai (modification) skema sedia ada untuk menerima pengalaman baruMembentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman baruContohnya kanak-kanak yang telah memahami skema burung tadi, menjumpai seekorayam yang bersayap. Dalam skemanya, ia termasuk dalam keluarga burung tetapi tidakterbang. Dengan pengalaman baru ini kanak-kanak perlu mengakomodasikan maklumatyang ada dalam skema burung sebelum ini, untuk mengambil kira burung yang tidak dapatterbang iaitu semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualiankepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skemayang sedia ada lalu membentuk skema baru dan meningkatkan skema yang sedia ada.Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku sehingga wujudnya keseimbangan atauequilibrium.Sudahkah anda mendapat gambaran tentang skema, akomodasi danasimilasi? Cuba buat perbandingan antara akomodasi dan asimilasi.4


Tahap Perkembangan KognitifPRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKBerdasarkan pandangan Piaget, perkembangan kognitif dapat dibahagikan kepada empattahap iaitu:1. Peringkat deria motor (0-2 tahun)Tahap ini ialah kebolehan memahami melalui deriaPemahaman tentang dunia berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajariKanak-kanak belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya sertacuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihatdalam persekitarannya.2. Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)Tahap memahami konsep asas; misalnya konsep asas nombor dan membilangsecara hafalan.Kanak-kanak boleh menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkansesuatu atau peristiwa.Pada peringkat ini kanak-kanak belum memahami konsep keabadian (konkrit),kebolehbalikan, pengekalan jisim dan isi padu.3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)Perkataan operasi disini bermaksud operasi logik atau prinsip yang digunakan apabilamenyelesaikan masalah.Tahap ini kanak-kanak boleh memahami sesuatu konsep apabila disertai denganbukti konkrit; misalnya mula memahami konsep nombor dan mengaitkan denganobjek.Mula memperolehi konsep transformasi dan kebolehbalikan.5


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKPada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menguasai prinsip ketekalan atau conservedari segi nombor, panjang dan isipadu cecair. Ketekalan atau conservation adalahsesuatu kuantiti tidak berubah walaupun terdapat perubahan dalam kewujudannya atauappearance. Jika anda tunjukkan empat guli kepada kanak-kanak dalam satu barisanlurus, kemudian anda meletakkan guli tadi secara berselerak, kanak-kanak praoperasiakan mengatakan guli yang berselerak itu adalah lebih banyak dari yang disusun secaralurus. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit pula akan mengatakanbilangan guli adalah sama.Contoh lain:Ambil segenggam plastisin atau tanah liat dan ulinya menjadi bulat, kemudian uli sehinggamenjadi panjang atau boleh juga dibuat bentuk bulat (saiz kecil), kanak-kanak akan tahujumlah plastisin atau tanah liat yang digunakan masih sama. Kanak-kanak juga tahu jikabulatan kecil jika digabungkan akan menjadi satu bentuk bulat yang besar (sama sepertisebelumnya) dikenali sebagai prinsip kebolehbalikan atau reversibility.6


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKContoh di atas menunjukkan prinsip konservasi kawasan atau area.Pada peringkat ini kanak-kanak belajar klasifikasi atau pengelasan dan seriasi (turutan).Klasifikasi merujuk kepada persoalan sama ada lebih banyak guli merah atau lebih banyakguli hitam? Sekarang kanak-kanak mula mendapat idea satu set boleh masuk yanglain. Seriasi pula ialah meletakkan objek dalam satu aturan atau in order. Contohnyaseriasi saiz, warna dan bentuk.4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)Peringkat mula berfikir dan memahami sesuatu secara logik dan abstrak.Menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.Menguji disamping meramal dan merancang sesuatu tindakan.Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat berkaitanperkembangan kognitif oleh Jean Piaget.7


1.4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif VygotskyPRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/vygotskyLev Semanovich Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawaperkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial antara murid dan guru dan jugadengan rakan sebaya.Beliau telah mengemukakan pembelajaran membina (konstruktivisme) berasaskanbantuan (constructivist concept of assisted learning). Menurut beliau faktor-faktor yangberpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalahberdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu.Perkembangan kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa,guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut beliau, bayi lahir dengan beberapafungsi asas mental (elementary functions) iaitu perhatian, persepsi dan memori yangkemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebihrumit dikenali sebagai fungsi mental peringkat tinggi.Dalam pembelajaran berbantukan guru, guru akan memberi panduan supaya muridmenghayati fungsi ini. Apabila kemahiran ini diperolehi, murid akan memperoleh alat ataucara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri (self guided learning). amalanpembelajaran dengan bantuan dan panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding.Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa ataurakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran. Bantuan diberilebih besar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsungsebab kanak-kank telah boleh membuatnya sendiri. Pembelajaran ini menurut beliau akanberlaku dalam zone of proximal development (ZPD).8


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKZon Perkembangan Proksimal (ZPD) VygotskyAplikasi yang penting yang dikemukakan Vygotsky dalam teori pembelajaran ialah konsepzone of proximal development (ZPD) atau zon perkembangan terdekat. Menurut beliau,sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yangdicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagaitahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah paras yanglebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential development) apabilamendapat bimbingan daripada semua pihak yang lebih berkebolehan. Jarak diantarakedua tahap ini dikenali sebagai zone of proximal development.Konsep ini ialah “tahap jurang atau jarak yang dikenalpasti antara tahap perkembangansebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap maksimumpotensi perkembangan individu yang dibantu oleh orang dewasa atau yang dibimbingsecara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman”.Peranan orang dewasa semasa penyelesaian masalah sebagai penyelia di sisi,menyelia bagaimana murid menangani sesuatu tugasan dan guru akan memantau atau9


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKcampur tangan mengikut keperluan murid tersebut supaya mencapai hasil masteri tugasanitu.Siapa yang memerlukan bantuan? Adakah kita memerlukan bantuan? Ada perkarayang kita boleh melaksanakannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Ada masanya kitatidak dapat melaksanakan sesuatu perkara, walaupun beberapa bantuan telahdiberikan.ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampumembuatnya setelah diberi bantuan atau panduan orang lain. Ada kalanya perkara itu kitatidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah diberi bantuanatau pandangan orang lain. Yang pentingnya, guru sebagai pemudahcara atau ibubapaseharusnya memberikan bantuan atau panduan kepada kanak-kanak mengikut jenis dankadar yang mereka perlukan. Setiap kanak-kanak mungkin memerlukan cara dan kadarbantuan yang berbeza.Adakah anda pernah melaksanakan aktiviti sebegini sepanjang karieranda? Jika ya, apakah perasaan anda setelah melihat keberkesananaktiviti tersebut? Sudah pasti anda telah melaksanakan apa yangdisarankan oleh Lev Vygotsky secara berkesan, bukan? Syabas kepadaanda di atas komitmen tersebut. Jika sebaliknya? Cuba renungkanapakah perubahan yang perlu dilakukan?Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan jamahlahsedikit minuman atau makanan untuk memberikan sedikit tenaga kepadaminda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Anda pasti bolehmelakukannyahttp://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htmhttp://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htmlhttp://www.kolar.org/vygotskyhttp://mathforum.org/mathed/dvygotsky.htmlhttp://tip.psychology.org/vygotsky.html10


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKTajuk 2Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah2.1 SipnosisUnit ini akan membincangkan tentang pengertian Matematik, kepentingan pembelajaranMatematik dan prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council TeachingMathematic (NCTM) . Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnyamemahami tentang konsep Matematik dan bagaimana untuk mengajar matapelajaran inidengan cara yang menyeronokkan seterusnya memupuk perasaan suka dan minat akanMatematik dalam kalangan kanak-kanak, sesuai dengan kehendak kurikulum standardprasekolah kebangsaan.2.2 Hasil Pembelajaran1. Membezakan beberapa definisi Matematik2. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam <strong>Pendidikan</strong> Awal Kanakkanak.3. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam <strong>Pendidikan</strong> Awal Kanakkanak.4. Membuat hubungkait bagi setiap prinsip pembelajaran Matematik NCTM denganpembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul iniPembelajaran AwalMatematik diPrasekolahSubtajuk 1PengertianMatematikSubtajuk 2KepentinganPembelajaranMatematikSubtajuk 3Prinsip-prinsippembelajaranMatematik NCTM11


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK2.4 Pengertian MatematikCuba anda fikirkan, apakah maksud Matematik? Dari manakah asalnyaperkataan Matematik itu? Cuba buat perbandingan jawapan yang anda beridengan jawapan dalam nota di bawah ini.Matematik berasal dari „mathema‟ yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan iadidatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih teknikal.Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan olehRaphael di dalam pencirian ini daripada The School of Athens. [1]Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur,perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambarrajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrakmenggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudahkepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangatjelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.12


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKMatematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur,ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; BenjaminPeirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Iaberkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripadamembilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objekfizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskancorak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yangdipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.Mengikut Arbak Othman dalam kamus komprehensif Bahasa Melayu ,(2005), Matematikbermaksud ilmu pengetahuan nombor tentang angka, bentuk, susunan, hubunganperkiraan dan lain-lain dengan menggunakan simbol.Kesimpulannya, Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikirsecara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Iajuga melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakannombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.2.5 Kepentingan Pembelajaran MatematikMari kita bincangkan bersama-sama tentang kepentingan pembelajaranMatematik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa ia penting?Bagaimana Matematik boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia?13


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKDalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah, Tunjang Kognitif yang mengandungmatapelajaran Matematik dan Sains merupakan tunjang teras yang penting. Mengapapentingnya kanak-kanak diajar Matematik? Bagaimana guru boleh mendedahkan kanakkanakdengan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam situasi yangmenyeronokkan dan bukannya sesuatu yang menakut dan membosankan mereka?Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990),menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidakformal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah.Semasa bermain, kanak-kanakakan menggunakan istilah-istilah matematik seperti „lebih tinggi‟, „lebih rendah‟,„segitiga‟,‟bulat‟, „tiga‟,‟dua‟, dan sebagainya. Selain itu proses-proses pembelajaran yangtidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri danlain-lain juga berlaku semasa bermain.Maka, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi denganpersekitarannya, rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yangmerupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda jugaberhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanakmemperoleh pengalaman melalui proses interaksi iaitu dengan melakukan pemerhatian,mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya. Antara kepentinganpembelajaran Matematik adalah;a) Melatih individu menaakul secara logik dan rasional.b) Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan,makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh: mengira berapa banyak masakita perlukan untuk bekerja, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk ahlikeluarga, dan berapa harga makanan yang hendak dibeli)c) Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simboldalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas dan merancang masauntuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat)d) Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan,menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor.e) Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.f) Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan bagaimanakita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)14


g) Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKh) Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahanyang berkaitan dengan idea Matematik. (Contoh: penggunaan teknologi sepertikalkulator dan komputer)i) Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepadaidea di dunia yang abstrak.2.6 National Council Teaching Mathematics (NCTM)Pernahkah anda membaca tentang National Council Teaching Mathematics(NCTM)? Jika tidak, sila cari maklumat tentang NCTM daripada internet(http:/www.nctm.org) dan kemudian kongsi maklumat yang anda dapatbersama rakan-rakan.NCTM President J. Michael ShaughnessyThe National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telahditubuhkan pada tahun 1920. Ia telah berkembang menjadi salah sebuahorganisasi yang terbesar di dunia yang barkaitan dengan pembelajaranMatematik. Terdapat hampir 100.000 ahli serata USA dan Canada serta antarabangsa.NCTM juga merupakan saluran suara orang ramai tentang pendidikan matematik yangmenyokong para guru untuk memastikan kesamarataan dalam pendidikan matematiksehingga mencapai kualiti tertinggi menerusi visi, kepimpinan, pembangunan profesionaldan penyelidikan. Maka, antara misi yang digariskan oleh NCTM adalah:Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan Matematik.Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme dikalangan guru.Menyumbang kepada pembelajaran Matematik yang berkualiti.15


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKNCTM bukanlah sebuah badan yang mengetuai penyelidikan pendidikan Matematik tetapiNCTM telah membangunkan kurikulum dan penilaian Standard untuk Matematik sekolahdiikuti dengan Profesional Standard untuk pengajaran Matematik (19991) dan PentaksiranStandard untuk Matematik sekolah (1995). Pada tahun 2000 NCTM mengeluarkanPrinciples and Standard for School Mathematic yang terkini.NCTM telah menggariskan beberapa proses yang melibatkan guru-guru, ahli-ahliMatematik dan para penyelidik. Dokumen itu menghasilkan enam prinsip(Perkongsian/Keadilan, Kurikulum,Pengajaran, Pembelajaran, Pentaksiran dan Teknologi)yang menjelaskan tentang rangka kerja untuk program-program Matematik dan sepuluhtunjang atau standard yang merentas kurikulum Matematik sekolah. Tunjang-tunjang inidibahagi kepada beberapa kandungan Matematik ( Nombor & operasi, Algebra, Geometri,Ukuran dan Analisis Data, dan Kebarangkalian) dan proses-proses (PenyelesaianMasalah, Sebab Akibat, Komunikasi, Perhubungan dan Gambaran).2.7 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM dan kaitannya denganpembelajaran Matematik oleh Kanak-kanak Prasekolah.2.7.1 Perkongsian/keadilan (Equity)Budaya dalam equity mementingkan kerjasama atau usaha daripada semua pihak sepertikanak-kanak, guru, keluarga dan pembina polisi. Semua anggota dalam komunitipendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.Pihak sekolah pula perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untukmeneroka Matematik.Manakala semua bahan dan rujukan untuk pengajaran yang optimumharuslah diperlengkapkan untuk kemudahan guru dan murid. Murid-murid perludidedahkan dengan suasana yang mencabar dan pengalaman pembelajaran matematikyang lebih bermakna . terdapat beberapa elemen dalam perkongsian iaitu harapan yangtinggi, menghormati, memahami dan sokongan moral yang tinggi kepada murid. Semuaperkara dalam elemen tersebut hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalampengajaran Matematik bagi memaksimakan pemerolehan pembelajaran Matematik.2.7.2 Kurikulum (Curiculum)16


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKKurikulum yang digubal mestilah berkaitan , berfokus kepada kepentingan sebenarMatematik dan selaras dengan perkembangan dan umur kanak-kanak. Kurikulum yangdibentuk harus mempunyai perkaitan antara satu topik dengan satu topik yang lain. Apabilamurid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik, maka murid akan lebihmemahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Oleh itu murid perlu diberi lebihpeluang untuk meneroka dunia matematik yang akan meningkatkan tahap perkembanganmereka.2.7.3 Pengajaran (Teaching)Sumber: www.scholastic.ca/teacher/Pengajaran Matematik yang efektif memerlukan guru mengetahui pengetahuan sedia adakanak-kanak , menguasai bidang dan kemahiran Matematik yang diajar dan bersikapkomited kepada murid seperti memberi latihan dan bimbingan yang sewajarnya dalammenyelesaikan masalah.Sebagai guru, mereka harus mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budayapemikiran matematik. Antara pengajaran Matematik yang efektif melibatkan perkaraperkaraberikut:i. Pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai.ii. Gunakan teknik penyampaian yang sesuai.iii. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut.iv. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu.v. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti.vi. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.17


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK2.7.4 Pembelajaran (Learning)Sumber: beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christmMurid harus belajar Matematik dengan pemahaman, pembinaan ilmu yang baru secaraaktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Asas pembelajaran Matematiksangat penting. Asas yang baik akan membantu kanak-kanak menggunakan ilmu secarafleksibel. Kanak-kanak yang benar-benar memahami konsep akan menjadi autonomouslearner berkebolehan menyelesaikan pelbagai bentuk masalah, lebih suka menyelesaikanmasalah dengan usaha sendiri, fleksibel untuk meneroka idea-idea Matematik danbersedia menghadapi sebarang bentuk masalah.2.7.5 Pentaksiran (Assesment)Pentaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkanmaklumat penting kepada guru dan murid. Melalui pentaksiran guru dapat menentukankaedah terbaik untuk pengayaan sama ada dalam bentuk bahan rujukan tambahan,mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan latihan yang berlainan kepada muridyang memerlukan latihan tambahan.Guru perlu melakukan pelbagai jenis pentaksiran agar memperoleh keputusan yang lebihtepat. Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apayang telah mereka pelajari. Contoh pentaksiran adalah melalui, soalan, temubual, ujianbertulis dan lain-lain.The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) , prinsip-prinsippentaksiran(2000) menyatakan bahawa “Pentaksiran mestilah menyokong pembelajaran18


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKMatematik dan memberikan maklumat berguna kepada guru dan murid”. Elemen-elemenberikut mesti ada dalam sesuatu pentaksiran: Pentaksiran mesti dapat meningkatkan pembelajaran murid-murid dengan menjadisebahagian daripada arahan setiap hari.Kemahiran berkomunikasi murid-murid dapat dipertingkatkan apabila pentaksiranmelibatkan pemerhatian, perbualan, temubual, laporan lisan dan jurnal.Panduan penilaian (rubrik) boleh menjelaskan apa dia kelemahan dan kekuatanseseorang murid dan membolehkan penilaian kendiri.2.7.5.1 Kaedah-kaedah Pentaksirani)PemerhatianPemerhatian digunakan untuk mengenalpasti bagaimana kanak-kanak menggunakansesuatu konsep dalam kehidupan harian mereka. Pemerhatian boleh dijalankan dalamsituasi naturalistic, informal dan aktiviti berstruktur. Guru sepatutnya sudah tahu jeniskonsep yang digunakan oleh kanak-kanak. Apa sahaja konsep yang dilihat semasa aktivitikanak-kanak akan dicatat dalam rekod mereka. Ini akan membantu guru merancangpengalaman-pengalaman di masa hadapan. Berikut adalah beberapa contoh tingkahlakukanak-kanak yang ditulis dan direkodkan:Contoh 1:Iman (18 bulan) mencampakkan semua blok di atas lantai. Dia mengambil semua blokyang berbentuk bulat dan menyusunnya. Ini menunjukkan bahawa Iman sudah bolehmengasing dan menyusun blok.Contoh 2:Sofia (4 tahun) menyediakan meja untuk makan tengah hari. Dia ingat semuanya. Sofiamemahami konsep padanan satu dengan satu.ii) Perbualan Informal19


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKSemasa kanak-kanak sedang meneroka bahan, guru boleh secara informal membuatkomen atau bertanya soalan-soalan tentang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untukmengenalpasti apa yang mereka fikirkan. Glanfield, Bush, and Stenmark (2003, p. 56),mencadangkan beberapa jenis soalan yang meransang kanak-kanak berkongsi apa yangmereka fikirkan. Contoh: Beritahu saya lebih lanjut.Boleh tunjukkan saya cara yang lain.Tolong fahamkan saya.Kenapa kamu...?Bagaimana kamu tahu apa yang akan dilakukan selepas ini?Apa lagi yang kamu tahu...?Apa yang kamu fikir apabila kamu...?iii) TemubualTemubual secara individu dilakukan untuk mengetahui sesuatu maklumat secara terus.Guru boleh memberi tugasan dan membuat pemerhatian serta merekodkan bagaimanakanak-kanak itu melakukan tugasan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagimenyelesaikan masalah. Betul atau salah bukan perkara yang penting tetapi bagaimanakanak-kanak mendapatkan jawapan adalah penting. Biasanya mereka akan bermuladengan betul tetapi tersasar di pertengahan masalah. Contoh:Kate (3 tahun) dikehendaki memadankan empat piring dan empat cawan (padanan satudengan satu). Dia membuat tugasan tersebut dengan mudah. Selepas itu, Kate diberi limacawan dan enam piring. Dia meletakkan setiap cawan di atas setiap piring. Ada baki satupiring. Kate meletakkan piring tersebut di bawah piring yang sudah ada pasangannya. Diatersenyum. Daripada pemerhatian, guru boleh lihat bahawa Kate tidak faham dengankonsep “lebih daripada”. Ini merupakan perkara biasa untuk peringkat praoperasi umur tigatahun . Kate cuba menyelesaikan masalah dengan meletakkan dua piring di bawah satucawan. Dia faham akan idea padanan satu dengan satu tetapi tidak boleh membuatsesuatu yang lebih daripada itu. Hanya dengan membuat pemerhatian keseluruhantugasan, guru akan dapat jawapan sebab-sebab kepada kesalahan dalam tugasantersebut.iv)Laporan20


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKSemua laporan tentang prestasi dan aktiviti kanak-kanak disimpan di dalam folder danportfolio. Folder tersebut mengandung rekod anekdot dan senarai semak. Portfolio pulamengandungi koleksi hasil kerja kanak-kanak yang memberi maklumat tentangkesungguhan, prestasi dan pencapaian mereka. Merupakan koleksi yang dibuat secarasistematik untuk memberi bukti dan memantau perkembangan. Portfolio terdiri daripadapentaksiran autentik iaitu hasil kerja kanak-kanak. Guru bersama murid akan bekerjabersama, membuat refleksi dan menilainya. Berikut adalah beberapa item yang bolehdimasukkan ke dalam portfolio: Gambar: lukisan, foto-foto semasa aktiviti, lakaran, tampalan Laporan aktiviti, penyiasatan, pengalaman, idea, perancangan dan sebagainya. Diagram,graf, data Ulasan jurnal Matematik, sains dan pembelajaran sosial. Contoh-contoh penyelesaian masalah Pita video jurnal2.7.6 Teknologi (Technology)Sumber:http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.htmlTeknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Iamempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid. Penggunaan kalkulatorkomputer dan perisian komputer, serta interaktif laman web membenarkan muridmempelajari Matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul.Douglas H. Clements, seorang penyelidik tentang keberkesanan penggunaan komputerterhadap kanak-kanak (Clements,1992,2001;Clements and Sarama, 2002b), menyatakanbahawa aktiviti berbantu komputer akan membantu kanak-kanak menghubungkan sesuatu21


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKyang konkrit kepada abstrak. Kanak-kanak boleh belajar konsep Matematik dan Sainsdaripada perisian yang mengandung tugasan, soalan dan memberi maklumbalas.Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah sukar dengan kemudahankemudahanfungsi istimewa. Tetapi perlu diingat bahawa teknologi hanya membantumemudahkan pembelajaran tetapi bukan sebagai guru sebenar. Murid seharusnyamemahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Gurupula perlu menentukan bilakah masa yang sesuai murid boleh menggunakan teknologi.Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha meningkatkankeberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yangdiharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri.22


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK2.7.6.1 Contoh aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologiPush C 0 + 2 =What do you see?_______________Push = againWhat do you see?________________What will the calculator show if you push = again? ____________Do it. Were you correct?______________Push = = =.Guest what the calculator will show each time. _________________ ____________What happened? _________________________________Complete the following. Then use your calculator to see if you arecorrect.Push c 0 + 3 =The calculator will show _________________Push= _______________________= _______________________= _______________________Push c 0 + 4 =Then calculator will show _______________Push= ____________= ____________= ____________23


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKMari kita rehat sebentar dan fikirkan apakah aktiviti-aktiviti Matematik lainyang boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi? Anda juga bolehmelayari laman web http://www.noggin.comBerikut adalah beberapa alamat laman web untuk membantu guru prasekolah memahamitopik ini dan seterusnya memberi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran awalMatematik.http://standards.nctm.orghttp://eprints.utm.myhttp://www.noggin.comhttp://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.html24


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKUnit 3LIMA PROSES PIAWAIAN NATIONAL COUNCIL TEACHINGMATHEMATIC, (2000) DAN KAITAN DENGAN PEMBELAJARANMATEMATIK OLEH KANAK-KANAK PRASEKOLAH1.1 SipnosisPENGENALANUnit ini menerangkan tentang lima proses piawai National Council Teaching Matematikdan perkaitan dengan pembelajaran matematik oleh kanak-kanak prasekolah. Sebagaiseorang guru prasekolah yang berkesan dan efektif anda sepatutnya mengetahui tentangkelima-lima proses NCTM dan mengapliksikan proses ini dalam pengajaran danpembelajaran kanak-kanak prasekolah.Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik menekankan pembelajarandengan kefahaman dan kemahiran memahami prosedur, konsep danproses.Keberkesanan pengajaran matematik akan membantu kanak-kanak: Mengembangkan pengetahuan yang fleksibel Mengaitkan kehidupan antara matematik dengan kehidupan sehari Mengaplikasikan pembelajaran matematik dalam kehidupan seharianNational Council Teaching Matematics (NCTM) menegaskan mengenai tiga aspek iaituenam prinsip, lima piawai kandungan dan lima piawai proses. Enam prinsip NCTM telahdibincangkan dalam tajuk 2. Unit ini akan membincangkan mengenai lima piawai prosesyang berikut:1. Penyelesaian masalah (Problem solving)2. Sebab/Akibat (Reasoning)3. Komunikasi (Communication)4. Hubungan/Hubungkait (Connection)5. Gambaran (Representation)Piawai proses merujuk kepada proses matematik yang mana melalui proses tersebutkanak-kanak memperolehi dan mengguna pengetahuan matematik. Kelima-lima prosesharus tidak boleh dipisahkan dari piawai kandungan dalam kurikulum matematik, malah iaharus dilihat sebagai aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.25


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKMengajar matematik yang mengaplikasikan kelima-lima piawai proses merupakanpengertian terbaik berdasarkan “mengajar metematik menurut piawai NCTM.1.2 Hasil Pembelajaran1. Mengenal pasti kelima-lima piawai proses pengajaran dan pembelajaranmatematik berdasarkan National Council Teaching Matematik.2. Menyatakan perkaitan kelima-lima piawai proses National Council TeachingMatematik dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah1.4 Kerangka Konsep Tajuk iniPiawai Proses NCTMPenyelesaianmasalahSebab/AkibatKomunikasiHubungan/HubungkaitGambaran1.4 Proses Piawai National Council Teaching Matematics (NCTM)Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkaskelima-lima piawai proses NCTM dan perkaitannya dengan pengajaran danpembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah.26


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK1.4.1 PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING)Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Di anggap sebagai fungsiintelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proseskognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalankemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas. Penyelesaian masalah berlaku apabilasebuah organism atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju daripadasatu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakansebahagian daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian masalahserta pembentukan masalah. Bidang matematik berdasarkan piawai tidak menekankankemahiran-kemahiran khusus berdasarkan kandungan serta pengajaran kaedah-kaedahtradisional.Sebilangan strategi penyelesaian masalah yang dikenal pasti oleh NCTM termasuk Menggunakan bahan-bahan manipulasi Cuba-cuba Membuat senarai Melukis gambar rajah Mencari-cari pola Melakonkan masalah Teka dan semakSebilangan teknik penyelesaian masalahStrategi pendakian bukitAnalisis cara dan hasilBekerja cara terbalikCuba-cubaPerah otakKotak morfologiKaedah objek focusPemikiran lateralTeknik George PolyaPenyelidikanAnalogiPengujian hipotesisPemeriksaan kekanganMengambil lebih banyak masaPengeramanMembina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalahAnalisis punca masalahTerowong angin27


Set pandangan batin Rory O‟ConnorPRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKPenyelesaian masalah melibatkan proses memperolehi jawapan dan bagaimana kanakkanakmengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan membentuk pembelajaranbermakna.Kepentingan penyelesaian masalah kepada kanak-kanak prasekolah:Membentuk konsep dan pengetahuan mengenai matematikMencungkil semangat ingin tahu kanak-kanak ketika menyelesaikan masalah.Membentuk sikap bekerjasama sesama kanak-kanak.Melihat proses penyelesaian masalah bukan hasilnya semata-mata.Sudahkah anda mendapat gambaran tentang piawai proses NCTM yangpertama dan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak untukpencapaian pemahaman konsep yang baik melalui penyelesaian masalah.1.4.2. SEBAB/ AKIBAT (REASONING)Penyelesaian masalah merupakan proses utama dalam matematik, manakalapemahaman merupakan cara berfikiran logik yang membantu anda memutuskan apakahdan mengapakah penyelesaian anda logik. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi peluanguntuk memberi pandangan dan penjelasan dalam dalam sesuatu penyelasaian masalah.Menyelidiki penyelasaian merupakan proses yang dapat meningkatkan pemahamankonsep.Pemikiran yang logik merupakan langkah untuk memahami dan menyelesaikan masalahmengenai matematik. Sebab dan akibat berkait rapat dengan perkembangan kemahiranberkomunikasi dan bersosial.Kepentingan sebab/ akibat kepada kanak-kanak prasekolah: Merangsang murid-murid untuk meramal dan membina pendapat dalammenyelesaikan masalah. Melatih murid-murid mahir dengan bahan maujud dan teknologi. Membantu murid-murid kenal pasti, mengembangkan ramalan dan membinakemahiran tentang math melalui pemikiran logik.28


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKBagaimanakah anda memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolahmenyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan? Adakah anda yakin caraanda ini berkesan? Beri justifikasi anda.1.4.3. KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS)Piawai komunikasi menitikberatkan betapa pentingnya kanak-kanak dapat bertutur,menulis, menggambarkan dan menjelaskan konsep matematik. Komunikasi dalammatematik membantu perkembangan bahasa untuk menjana idea dalam pembelajaranyang aktif. Cara yang terbaik untuk menjanakan idea ialah dengan menyampaikan ideakepada orang lain.Komunikasi merupakan langkah untuk kanak-kanak berkongsi idea dalam memahamikonsep matematik. Proses komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar, membaca danberfikir dan secara langsungnya membantu mengembangkan kemahiran intelektual kanakkanak.Corak komunikasi atau interaksi yang biasa dilihat di prasekolah adalah interaksiguru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekelilingmereka. Aktiviti yang boleh dilaksanakan boleh secara lisan dan bertulis. Antara aktivitibertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakalaaktiviti lisan seperti bercerita, kuiz, perbincangan dan persembahan hasil kerjaKepentingan komunikasi kepada kanak-kanak prasekolah:Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid.Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif.Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam.Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupanseharian.Komunikasi guru yang berkesan dapat membantu kanak-kanak untukmemahami konsep matematik dengan mudah. Imbas kembali zamanpersekolahan anda di mana anda tidak atau kurang memahami konsepmatematik yang hendak disampaikan oleh guru kerana komunikasi yangtidak berkesan.1.4.4. HUBUNGAN/ HUBUNG KAIT (CONNECTIONS)Matematik merupakan komponen kognitif yang sentiasa mengaitkan pengetahuan sediaada kanak-kanak dengan idea yang baru. Menurut piawai proses, hubungan adalah satuaspek yang dapat membantu kanak-kanak dalam memahami konsep.29


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKPiawai hubungan mempunyai dua aspek yang berbeza. Pertama piawai berkaitan denganhubungan di dalam dan antara konsep matematik. Contohnya nombor dihubungkandengan simbol dan bilangan. Kanak-kanak harus dibantu utnuk melihat bagaimana suatukonsep matematik dibina di atas konsep yang lainnya.Kedua, matematik harus dihubungkan dengan dunia nyata dan mata pelajaran yang lain.Kanak-kanak dapat melihat matematik diintegrasikan dalam seni, sains dan bidang sosial.Matematik juga harus diserapkan dalam kehidupan seharian.Sebagai seorang guru prasekolah, langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaranperlu saling berkait antara konsep matematik dengan kehidupan seharian kanak-kanak.Antara langkah pengajaran dalam menghubung kait ini, guru bolehlah merancang aktivitiyang mengalakkan murid-murid berfikir secara individu, bertukar pendapat bersamapasangan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu, aktiviti perlulahmenggunakan kesemua deria murid-murid dalam meneroka pembelajaran math sertamenyediakan aktiviti matematik melalui pendekatan pengajaran yang berbeza.Kepentingan hubungan/hubung kait kepada murid prasekolah:Kepentingan hubungan/ hubung kait kepada murid-murid prasekolah: Membantu murid-murid menyedari bahawa matematik sentiasa bersepadu danmempunyai hubungan dengan kehidupan seharian. Membina kemahiran berfikir murid-murid. Meningkatkan semangat bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untukpembelajaran yang bermakna.Sebagai seorang guru prasekolah fikir dan senaraikan contoh aktiviti yangmenghubungkan matematik dengan matapelajaran yang lain serta kehidupanseharian.1.4.5. GAMBARAN (REPRESENTATIONS)Gambaran merupakan proses piawaian NCTM yang memaparkan konsep atauperhubungan semasa proses menyelesaikan masalah dengan hasilnya.Hal ini bermakna,30


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKgambaran membantu murid-murid mencari perkaitan idea matematik dengan kehidupanseharian sama ada secara informal, pemikiran abstrak dan melalui intuisi.Gambaran menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep mathdengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri mengenaimatematik.Simbol, grafik, rajah dan model merupakan cara yang sangat baikuntuk mengambarkankonsep dan hubungan dalam matematik. Ia juga merupakan media pembelajaran yangsangat berguna dalam menyampaikan konsep matenatik kepada orang lain. Perubahansatu gambaran ke gambaran yang lain merupakan cara penting untuk menambahpemahaman terhadap sesuatu konsep.Kepentingan gambaran kepada murid-murid prasekolah:Menjana murid-murid berfikir secara konkrit ke abstrakMembantu proses penyelesaian masalahAndai tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pembelajaran andasebagai seorang guru merupakan satu proses sepanjang hayat.RUMUSANPiawai NCTM (2000) merangkumi aspek lima proses yang terdiri dari penyelesaianmasalah, sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. Penyelesaianmasalah adalah proses yang utama. Bagi peringkat awal kanak-kanak penyelesaianmasalah adalah cara yang penting untu membina pengetahuan matematik. Masalah selaluberpunca dari rutin harian, aktiviti bermain, alat permainan dan cerita. Semasa kanakkanakmelakukan aktiviti dan berinterksi dengan bahan di sekeliling, merekamenyelesaikan masalah melalui sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dangambaran.31


Soalan 1:Rancangkandengan mengPRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKLATIHAN PENGUKUHAN KENDIRILatihan 1Latihan 2Soalan 2Bagaimanakah pengintergrasian metamatik dengan matapelajaran yanglain dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan dunia disekelilingnya?Selamat mencuba..........32


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKTajuk 4Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains4.1 SinopsisUnit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuatperancangan untuk mengajar awal Sains supaya proses pengajaran dan pembelajaranberjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Disamping itupengajaran awal sains akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan muridmurid.Untuk pengajaran dan pembelajaran awal sains, guru harus tahu bahawa merekaseharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan tiga frasaiaitu sebelum, semasa dan selepas.4.2 Hasil Pembelajaran1. Memahami bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran awal sains.2. Mengenal pasti beberapa contoh aktiviti awal sains.3. Mengetahui peranan guru dalam melaksanakan aktiviti awal sains.Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains (1jam)• Sebelum : Memperkenalkan aktiviti• Semasa: Menggalakkan pemikiran saintifik dankemahiran proses Sains• Selepas: Membincang, membuat refleksiMari kita mulakan perbincangan ini dengan memilirkan bagaimana seorangguru prasekolah dapat merancang dan menjalankan aktiviti sains?33


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKApakah pendekatan yang perlu diikuti oleh guru semasa mengajar awalsains kepada murid prasekolah?Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyarankan pengajaran sains dalamTunjang Sains dan Teknologi. Terdapat tiga perkara atau matapelajaran yang menjaditonggak kepada tunjang ini iaitu Awal Sains, Awal Matematik dan ICT. Jadi, apakahstandard pembelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid prasekolah?Dengan ringkas ianya merangkumi:‣ kemahiran saintifik‣ menyiasat alam hidupan‣ menyiasat alam bahan‣ menyiasat alam fizikalBagaimana anda menilai kedudukan seorag guru prasekolah dalam merancang aktivitipembelajaran awal sains? Adakah anda rasa ianya sesuatu yang amat mencabar atausebaliknya?Siapa boleh mengajar sains di kelas prasekolah? Adakah gurunya perlu latihan khas?Jawapannya mudah sahaja; mana-mana guru yang boleh menyediakan iklim pemelajaranyang kondusif, sudi menerima pandangan murid dan menggalakkan penerokaan layakmengajar awal sains di kelas prasekolah.Selain dari itu, seorang guru prasekolah yang inginkan anak muridnya mempunyai mindasains harus berfikiran positif terhadap aktiviti sains, menjadi pemangkin serta sebagaipakar rujuk murid. Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak untuk mendekati danmerapatkan diri dengan seseorang yang boleh ditanya dan tidak disoal. Alangkah baiknyajika orang itu adalah gurunya. Perapatan (bonding) antara guru dengan murid sangatpenting dan ianya dapat digunakan oleh guru untuk meningkatkan prestasi pembelajaransecara keseluruhan termasuk pembelajaran sains.Merancang aktiviti pembelajaran awal sains mempunyai tiga tahap iaitu:‣ sebelum‣ semasa dan‣ selepasPerkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah sebelum merancangaktiviti pembelajaran awal sains ialah:‣ Tajuk-tajuk aktiviti dipilih oleh guru berdasarkan:34


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKrelevan dan berdasarkan pengalaman muridkonsep yang ingin belajar dapat disampaikan melalui aktiviti yang mudahserta „hands-on‟tahap penyelesaian masalah hendaklah pada tahap kanak-kanak bahan bantu belajar (BBB) murah dan mudah diperolehi‣ memperkenalkan aktiviti: guru hendaklah merujuk kandungan KSPK; dan pilihaktiviti yang sesuai dengan tajuk-tajuk standard pembelajaran. Contohnya,kandungan standard pembelajaran “menyiasat alam bahan”.‣ Guru hendaklah memilih aktiviti yang sesuai supaya standard pembelajarantercapai dengan maksima; samada: aktiviti bentuk ujikaji / eksperimen aktiviti bentuk permainan aktiviti bentuk projek aktivti bentuk kuiz aktiviti bentuk membaca fakta dan menerangkan aktiviti bentuk menonton video‣ Guru juga perlu fikirkan pendekatan dan strategi pengajaran; serta bahan-bahanyang perlu disediakannya.Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah semasa aktivitipembelajaran awal sains ialah:‣ Guru menggalakkan muridnya berfikir ke arah menjawab persoalan saintifikdengan: menanyakan soalan-soalan terbuka yang sesuai meminta memerhati perubahan tunjuk (pointing) supaya murid akan melihat (notice) dan memerhati memberi tumpuan dan mendengar jika murid mengatakan sesuatumengenai pemerhatiannya‣ Guru perlu memberi kelonggaran terhadap perjalanan aktiviti; tidak terlalu terikatdengan masa atau susun atur agenda aktivitnya. Ini adalah kerana: murid akan rasa terkongkong dan ini akan menghalang pemikiran kritis dankreatif dominasi guru lebih daripada pembelajaran murid aktiviti berubah bentuk dari pusatkan murid kepada pusatkan guru penglibatan murid sepenuhnya mula merosot35


PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKPerkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah selepas aktivitipembelajaran awal sains ialah:‣ Guru mengadakan sesi perbincangan: bertujuan untuk ingat semula (recall) perkara-perkara yang mereka telahlalui sepanjang aktiviti sumbangkan pengetahuan serta idea dalam tajuk berkenaan persoalan-persoalan / kemusykilan lain dikemukakan oleh murid bagi tujuaningin tahu‣ Guru mengadakan sesi refleksi supaya ahli kumpulan: perbincangan apa telah berlaku dalam aktiviti tadi (ujikaji / eksperimen,permainan, projek dab) serta menjelaskan kemusykilan mereka dapat membuat rumusan bahawa ada kalanya lebih daripada satu kongklusidapat dicapai‣ Guru mengadakan sesi rumusan perbincangan: kongklusi setiap kumpulan disatukan untuk memahamkan sesuatu konsepsains yang diajar pada hari berkenaan perkara ini dicapai dengan aktiviti „hands-on‟, minds-on‟, serta penerokaanyang mendalamRumusan:Andaikata seorang guru ingin berjaya dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains,perlu ikut beberapa panduan; iaitu:‣ bertindak sebagai fasilitator: merancang, menyediakan persekitaran pembelajaranyang boleh membantu murid berkembang, sedia mengambil risiko serta mempunyaisikap toleransi yang tinggi‣ sebagai pemangkin mencungkil kebolehan intelek murid‣ bertindak sebagai pakar rujuk: memerhati, mendengar dan menjawab persoalansemasa murid terlibat secara aktif dalam penerokaan‣ sebagai model: menggalakkan trait ingin tahu, menghargai, berkreativiti dan terusmencubaBerikut adalah beberapa alamat laman web untuk aktiviti sains yang boleh membantu guruprasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains.36


http://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.htmlhttp://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.htmlhttp://www.nsta.org/highschool/?lid=pubPRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK37


[Type text]RUJUKAN :<strong>PRA3105</strong>PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAKBUKUCharlesworth, R. & Lind, K.K. (2002). Maths & Science For Young Children. NY: ThomsonDelmar Learning.Karen K. Lind (2005). Exploring Science in Early Childhood Education. NY: ThomsomDelmar Learning.Kementerian <strong>Pendidikan</strong> Malaysia, (2002) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, PPKMartin D.J (2001). Constructing Early Childhood Science. NY. Tomson Delmar Learning.Praire, A.P. (2004). Inquiry into Maths, Science & Technology for Teaching YoungChildren. NY: Tomson Delmar Learning.Wellhousen, K. (2002). Outdoor Play Every Day: Innovative Play Conceots for EarlyChildhood. NY: Tomson Delmar LearningKementerian Pelajaran Malaysia.(1993). Garis Panduan Kurikulum PrasekolahMalaysia.KL. Kementerian Pelajaran Malaysia.LAMAN WEBhttp://standards.nctm.org/document/appendix/process.htmhttp://eprints.utm.myhttp://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htmhttp://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htm1


PANEL PENULISAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)(<strong>PRA3105</strong>:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK)NAMAKELAYAKANSHARIFAH HANIM BT. SYED AKBARPensyarahIPG <strong>Kampus</strong> Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala LumpurKelulusan:Sarjana (<strong>Pendidikan</strong> Awal Kanak-kanak), UMSarjana Muda(Kesusasteraan Melayu), UMDip. <strong>Pendidikan</strong> Khas (KesusasteraanMelayu),UMSijil Perguruan Asas , Institut BahasaPengalaman:Guru Sekolah Rendah - 7 TahunGuru Sekolah Menengah – 5 TahunPensyarah PrasekolahHAFIZA BT SULAIMANPensyarahIPG <strong>Kampus</strong> Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala LumpurKelulusan:Sarjana (<strong>Pendidikan</strong> Prasekolah), UKMSarjana Muda <strong>Pendidikan</strong> Awal Kanak-kanak UMPengalaman:Guru Prasekolah - 7 TahunPensyarah PrasekolahVENNILA VEERAPPANPensyarahIPG <strong>Kampus</strong> Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpurvvnila05@yahoo.comKelulusan:Sarjana <strong>Pendidikan</strong> awal Kanak-Kanak, UMSarjana Muda <strong>Pendidikan</strong> Awal Kanak-Kanak, UMSijil Perguruan Asas,MPRMPengalaman:Pensyarah Ilmu <strong>Pendidikan</strong> & Prasekolah(5 tahun)Guru Sekolah Rendah (16 tahun)


NAMAKELAYAKANPN. NORZAINI YANGPensyarahIPG <strong>Kampus</strong> Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala LumpurKelulusan:M. Ed (Curriculum & Instruction)B. Sc. (Family and Child Development)MAED (U.S. Teacher Prep. Program)Pengalaman:Guru Matematik & Bhs. InggerisPensyarah Prasekolah & <strong>Pendidikan</strong> AwalKanak-kanak PERMATADATIN SAKHIYAH BT. ABD. MANAFPensyarahIPG <strong>Kampus</strong> Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala LumpurKelulusan:M. Ed (Pentadbiran)B.A Hons (Sosiologi)Dip. Ed.Pengalaman:Guru Sekolah MenengahPensyarah Prasekolah, Pengurusan sumber,Pengurusan Media Pengajaran, Tamadun <strong>Islam</strong>& Asia, Kajian Tempatan


PANEL PEMURNIAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)(<strong>PRA3105</strong>:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK)NAMAKELAYAKANDr NORIATI BINTI A. RASHIDKetua Penolong PengarahUnit KurikulumBahagian <strong>Pendidikan</strong> GuruKementerian Pelajaran MalaysiaKelulusan:PhD.(Sosiolinguistik), UMSarjana <strong>Pendidikan</strong> (Sosiologi <strong>Pendidikan</strong>), UMB.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UMDip. <strong>Pendidikan</strong> (Geografi & Bahasa Melayu),UMEN. BAHARUDDIN B. AB. LATIFPenolong PengarahUnit KurikulumBahagian <strong>Pendidikan</strong> GuruKementerian Pelajaran Malaysiaujangserdang@yahoo.comKelulusan:M.Ed.(Pentadbiran <strong>Pendidikan</strong> ), UPMBac.Pend. PBMP. UPMSijil Perguruan Khas (<strong>Pendidikan</strong> Jasmani),MPIKSijil Asas Perguruan (Sejarah dan Geografi)Pengalaman:Penolong Pengarah Unit Kurikulum(<strong>Pendidikan</strong> Jasmani, <strong>Pendidikan</strong> Prasekolah,Kokurikulum, Bina Insan Guru)- 7 TahunPend. Awal Kanak-Kanak PERMATA – 1 TahunEn. ZULKIPLY BIN YAAKOBPensyarah<strong>IPGM</strong> <strong>Kampus</strong> Tun Hussein OnnKm 7.75 Jalan Kluang,83000 Batu Pahat,Johor.zulky54@gmail.comKelulusan:M.Ed.(<strong>Pendidikan</strong> Prasekolah)B.Ed. Hons. (Muzik)Sijil Guru Khas (Muzik)Sijil Guru (PPAK)Pengalaman:Pesyarah IPTHOPensyarah MPTAAGuru Sekolah Menengah (2 tahun)Guru Sekolah Rendah ( 7 tahun)VENNILA VEERAPPANPensyarah<strong>IPGM</strong> <strong>Kampus</strong> Bahasa Melayu MalaysiaJalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpurvvnila05@yahoo.comKelulusan:Sarjana <strong>Pendidikan</strong> awal Kanak-Kanak, UMSarjana Muda <strong>Pendidikan</strong> Awal Kanak-Kanak, UMSijil Perguruan Asas,MPRMPengalaman:Pensyarah Ilmu <strong>Pendidikan</strong> & Prasekolah(5 tahun)Guru Sekolah Rendah (16 tahun)


NAMAKELAYAKANUMI KALSOM BT. TAKRIFFPensyarah<strong>IPGM</strong> <strong>Kampus</strong> Raja MelewarJalan Sikamat70400 SerembanNegeri Sembilanumiktakriff@yahoo.comNOOR MIZA BINTI ABDUL RAHMANPensyarah<strong>IPGM</strong> <strong>Kampus</strong> Tuanku Bainun14000 MengkuangPulau Pinangputerimiza@yahoo.comKelulusan:Sarjana <strong>Pendidikan</strong> Prasekolah, UKMBac Perakaunan, UPMDiploma <strong>Pendidikan</strong> MPPPPPengalaman:Pensyarah Jabatan Ilmu <strong>Pendidikan</strong> ( 5 tahun )Guru Sekolah Menengah (9 tahun)Kelulusan:MSc.Edu. (Pengurusan <strong>Pendidikan</strong>), UUMB.A.(Hons) Childhood Education, UMDiploma <strong>Pendidikan</strong> Universiti MalayaPengalaman:Pensyarah Ilmu <strong>Pendidikan</strong> ( 5 tahun )Pensyarah Pengajian Prasekolah (5 tahun)Guru Sekolah Menengah (11 tahun)WAN NOR HAYATI BT WAN MD NORPensyarah<strong>IPGM</strong> <strong>Kampus</strong> Sultan Mizan22200 BesutTerengganukullah70_t70@yahoo.comKelulusan:MSc.Edu. (<strong>Pendidikan</strong> Awal Kanak-kanak), UMB.A.(Hons) <strong>Pendidikan</strong> Awal Kanak-Kanak, UMSijil Perguruan Asas (Pengajian Prasekolah), MPKuala TerengganuPengalaman:Pensyarah Pengajian Prasekolah (7 tahun)Guru Sekolah Menengah (1 tahun)Pegawai Khas Prasekolah, PPD (1 tahun)Guru Prasekolah (3 tahun)HJ. MAZLAN BIN TALIBKetua Jabatan <strong>Pendidikan</strong> Prasekolah<strong>IPGM</strong> <strong>Kampus</strong> Sultan Mizan22200 BesutTerengganum6470t@yahoo.comKelulusan:M.Sc.Edu. (Pentadbiran <strong>Pendidikan</strong>), UPMB.A.(Hons) Kemanusiaan Dgn. <strong>Pendidikan</strong>, USMPengalaman:Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun)Guru Sekolah Menengah (13 tahun)WAN AHMAD JAZLAN WAN AB. RAHMANPensyarah<strong>IPGM</strong> <strong>Kampus</strong> Kota Bharu16109 Kota BharuKelantanwjazlan@yahoo.comKelulusan:M.Ed. (<strong>Pendidikan</strong> Awal Kanak-kanak), UPSIB.Ed.(Hons) Bimbingan Dan Kaunseling, UPMSijil Perguruan Khas, MPKT, Batu RakitSijil Perguruan Asas, MPPP Kuala TerengganuPengalaman:Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun)Guru Sekolah Menengah (2 tahun)Guru Sekolah Rendah (10 tahun)


LAMPIRAN AIKONRehatPerbincanganBahan BacaanBuku RujukanLatihanMembuat NotaSenarai SemakanLayari InternetPanduan PenggunaMengumpul MaklumatTutorialMemikirTamat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!