13.07.2015 Views

Muka-surat 56

Muka-surat 56

Muka-surat 56

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MUTIARA INSPIRASIWawancara PengarahWartawan: Assalamualaikum tuan. Kami dari unit wartawan redaksi majalah An-Nur ingin mengadakan sedikit wawancara bersama tuan. Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut,bolehkah tuan ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang pendidikan serta pengalaman sepanjang tuan berkhidmat dalam bidang pendidikan?Tn. Hj. Amin: Waalaikumsalam. Saya telah mendapat pendidikan awal di SK Sijangkang, Kuala Langat. Setelah tamat pelajaran di sekolah rendah, saya meneruskan pelajaran di MaahadHishamuddin Sg. Bertih, Klang. Seterusnya saya memasuki Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) iaitu pada tahun 1973 hingga 1974. Pada tahun 1978, saya meneruskan pengajian di FakultiPengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dari segi pengalaman bertugas, saya telah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Victoria yang terletak berhampiran denganStadium Merdeka selama 5 tahun (1978-1983). Saya juga telah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Rajang, Sarawak (1983-1986) dan berpindah ke Maktab Perguruan Islam(MPI) di Lembah Pantai (1987-1988). Kemudian, saya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang pendidikan di UKM pada tahun 1988-1990. Seterusnya saya telah berkhidmatsebagai pegawai selama 7 tahun di Institut Perguruan Darul Aman dan berkhidmat di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di Damansara sebagai Penolong Pengarah dalam unit kurikulum selama 2setengah tahun. Seterusnya saya telah menjadi pengetua di SMKA Miri selama 3 tahun dan pengetua di SMKA Simpang Lima, Sabak Bernam selama 1 tahun 5 bulan. Saya juga telah berkhidmatsebagai Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam selama 1 tahun 8 bulan dari tahun 2004-2006 dan pada bulan April 2006, saya telah diarahkan untuk bertugas sebagai pengarah di InstitutPerguruan Islam Selangor(IPIS) sehinggalah kini, yang namanya ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.Wartawan: Bagaimana pula mengenai latar belakang keluarga tuan?Tn. Hj. Amin: Sedikit mengenai keluarga saya. Isteri saya merupakan seorang Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Raja Zarina di Pelabuhan Klang. Kami telah dikurniakan 4 orangcahaya mata iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Anak saya yang pertama masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Sains Kemanusiaan, yang kedua di Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) dalam bidang pergigian. Manakala yang ketiga masih belajar di KISAS dan yang keempat masih berada di Tingkatan 3.Wartawan: Kami berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan kerana telah menyumbang khidmat bakti yang sangat besardi institut ini. Institut ini berada dalam keadaan baik dan sejahtera di bawah kelolaan dan kepimpinan tuan. Pelbagai pembangunan telah dijalankan dan kini institut ini makin dikenaliterutama dalam Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Apakah prinsip atau pegangan yang tuan ingin kecapi selama tuan berkhidmat di sini?Tn. Hj. Amin: Prinsip kerja saya mudah. Saya ingin memastikan bahawa setiap kerja yang dilakukan mestilah mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak sama ada dalamkalangan pensyarah mahupun staf sokongan, malahan daripada setiap pelajar. Selain itu, saya ingin memastikan bahawa tidak berlaku perselisihan faham antara semua pihak dan sebolehbolehnyasaya ingin cuba mengelakkan daripada berlakunya permusuhan sesama rakan sekerja.Wartawan: Mungkin tuan boleh berkongsi kenangan manis atau pencapaian tertinggi yang pernah dikecapi oleh institut ini?Tn. Hj. Amin b. MohdRashidPengarah IPGKampus PendidikanIslamTn. Hj. Amin: Bagi saya, terlalu banyak kenangan manis. Kita memiliki pelajar yang memiliki bakat yang luar biasa dalam pelbagai bidang contohnya dalam pertandingan debat sehingga sukarditandingi oleh pelajar-pelajar daripada institut lain. Selain itu, saya amat bersyukur dan berbangga kerana majoriti pelajar-pelajar yang masuk ke institut ini terdiri daripada pelajar-pelajar yangmendapat kelayakan atau keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang setanding dengan pelajar-pelajar yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta. Di sampingitu, dengan adanya Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP), bidang sukan dan aktiviti kokurikulum di institut ini semakin meningkat berbanding sebelum ini. Kita juga harus berbangga dengansatu persatuan yang kian melakar warna-warni kejayaan dan menjadi tumpuan ramai iaitu orkestra tradisional Persatuan Kompang Kontemporari (PEKOMPERI) yang dibimbing oleh seorangguru muzik yang hebat dan sangat berdedikasi iaitu En. Mohd Isa b. Ramlan. Beliau merupakan seorang guru yang sangat rajin dan tegas dalam menjalankan kariernya sebagai guru muzik. Sayajuga turut berbangga dengan kebolehan pelajar-pelajar kita kerana mereka juga tidak kering menyumbang idea-idea yang cukup bernas dengan program-program ilmiah yang sentiasa diadakanpada setiap minggu dan setiap bulan.Wartawan: Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada tuan yang sudi berkongsi cerita bersama kami dan seluruh warga institut ini. Sampai di sini sahaja wawancarakita pada hari ini. Semoga harapan tuan terus terlaksana. Sehingga kita bertemu lagi. Insya-Allah. Assalamualaikum w.b.t.Tn. Hj. Amin: Sama-sama. Saya berharap agar seluruh warga institut terus maju di masa hadapan dan sentiasa mengukir kecemerlangan dalam apa jua bidang sekalipun. Insya-Allah.Waalaikumsalam w.b.t.A


Wawancara Timbalan PengarahMUTIARA INSPIRASIWartawan: Assalamualaikum puan. Kami dari unit wartawan redaksi majalah An-Nur ingin mengadakan sedikit wawancara bersama puan. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkanselamat datang ke IPG Kampus Pendidikan Islam. Puan sedia maklum, IPG Kampus Pendidikan Islam baru sahaja kehilangan Timbalan Pengarah. Walaubagaimanapun, kehilangan tersebuttelah terubat dengan kehadiran puan. Jadi, kami amat berbesar hati serta mengalu-alukan kehadiran puan di sini bak kata pepatah, ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.’Pn. Hjh. Marinal: Terima kasih.Wartawan: Baiklah. Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut, apakah visi dan misi yang menjadi teras pegangan kerjaya puan?Pn. Hjh. Marinal: Sebagai seorang pendidik, kita seharusnya mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Visi saya ialah untuk melahirkan guru-guru yang cemerlang sama ada dari segipencapaian akademik mahupun sahsiah diri dalam usaha membentuk seorang insan yang kamil. Misi saya pula ialah melahirkan guru-guru yang menjadi model atau ikon yang disegani orangramai iaitu mereka yang mempunyai tingkah laku yang baik dan menjadi motivator kepada anak didik. Hal ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial iaitu JERIS serta guru-guru yang komited dan dedikasi terhadap kerja yang diberikan. Bahkan, saya juga berharap agar dapat melahirkan guru-guru yang berkebolehandalam pelbagai bidang atau ‘versatile’.Wartawan: Apabila puan melangkahkan kaki ke institut ini, apakah pandangan pertama puan terhadap institut ini dan apakah perasaan puan apabila mula berkhidmat di sini?Pn. Hjh. Marinal: Buat petama kalinya saya menjejakkan kaki ke institut ini, saya berasa amat bangga dan bertuah kerana telah dipilih untuk berkhidmat di sebuah institut yang amat dikenaliterutama dalam Bahagian Pendidikan Guru di saat-saat akhir perkhidmatan saya sebagai salah seorang warga pendidik. Terus terang saya katakan bahawa saya berasa sangat gembira danbersyukur berada di sini kerana budaya dan suasana di sini amat berbeza berbanding di institut-institut atau tempat-tempat yang pernah saya berkhidmat sebelum ini. Selain itu, saya amatberpuas hati dengan sokongan daripada staf-staf dan pensyarah-pensyarah di institut ini. Mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang selok belok dan perjalananinstitut ini.Wartawan: Seterusnya, apakah kejayaan terbesar yang pernah puan kecapi sebelum ini atau kenangan manis dalam hidup puan yang mungkin boleh dikongsi bersama?Pn. Hjh. Marinal: Bagi saya, kejayaan terbesar dalam hidup ialah menyedarkan seorang guru atau pelajar KDC mengenai tanggungjawab dan peranan sebenar sebagai seorang guru sewaktusaya mengajar beliau mengenai psikologi. Menurut beliau, sebelum ini beliau hanya mengajar untuk makan gaji sahaja tanpa memikirkan tentang pencapaian pelajar-pelajarnya. Setelah sayamengajar beliau dalam subjek psikologi, barulah beliau sedar akan fungsi seorang guru kepada pelajar-pelajarnya. Bagi saya, itulah kejayaan terbesar dalam hidup dan menjadi kenangan manisbuat diri saya.Pn. Hjh. Marinal bt.HussinTimbalan Pengarah IPGKampus PendidikanIslamWartawan: Untuk soalan yang terakhir, apakah harapan puan kepada seluruh warga institut khususnya kepada bakal guru yang akan menjadi agen pembina Negara Bangsa kelak?Pn. Hjh. Marinal: Harapan saya kepada seluruh warga institut khususnya kepada semua bakal guru ialah supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada institut ini serta masyarakatsekeliling. Mudah-mudahan semua produk guru kelahiran institut ini adalah guru-guru yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan kemahiran.Wartawan: Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada puan yang sudi meluangkan masa bersama kami. Sampai di sini sahaja wawancara kita pada hari ini.Akhir kata, kami mewakili warga IPG Kampus Pendidikan Islam ingin mendoakan kecemerlangan puan di institut ini. Sehingga kita bertemu lagi. Insya-Allah. Assalamualaikum w.b.t.Pn. Hjh. Marinal: Sama -sama. Insya-llah. Waalaikumsalam w.b.t.


MUTIARA INSPIRASIPersaraan Dr. KarthiNama: Dr. Karthiyaini DevarajooTempat tinggal: Bandar Baru BangiTarikh lahir: 4 Januari 1962Tempat lahir: Ayer Tawar, PerakBilangan anak: 2 orangNama suami: En. Ashok K. RamanPengalaman Belajar:• Persekolahan rendah dan menengah: Ayer Tawar dan Sitiawan, Perak• Pengajian Tinggi: Universiti Putra MalaysiaHarapan terhadap warga IPG KPI:I wish every one of you only the very best in life. Strive for success and success will be with you.ATindakan:Terus berusaha mendapat pengalaman mengajar Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris di institusi lain. Saya juga inginmenceburi dalam bidang penulisan.Dari Meja RedaksiWarga IPG Kampus Pendidikan Islam mengharapkan agar Dr. Karthisukses selalu. Tenang dalam melalui liku hidup dan cabaran dalam kerjayaserta gembira di samping keluarga tercinta...


MUTIARA INSPIRASIPersaraan Mr. ChewNama : En. Chew Hsu HuangTarikh lahir : 25 Oktober 1954Tempat lahir : Seremban, Negeri SembilanAlamat : 25, Jalan 7/154, Taman Bukit Anggerik,Cheras, <strong>56</strong>000, Kuala LumpurPengalaman Mengajar:1. Sekolah Menengah Teknik, Kuantan, Pahang (1979-1985)2. Nazir Sekolah Persekutuan, Kuantan, Pahang (1985-1986)3. Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Sabah (1986-1991)4. Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim,Perak (1991-2000)5. IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi (2002-2009)Tinta RedaksiPanjang rata papan meranti,Kuala Tahan kayu di hutan;Hilang di mata bukan di hati,Jasamu tuan dalam ingatan.Harapan terhadap IPG KPI:One of the education institution to be proud of in Malaysia.Tindakan atau aktiviti:Take life easy and enjoy life to the fullest and harmonious with the creationssurrounding us.Quotations:The greatest thing in life is to keep your mind young.When one door closes, another door opens.No regrets but thanks for all the challenges.


MUTIARA INSPIRASIJauh Di Mata, Dekat Di HatiWartawan: Assalamualaikum w.b.t tuan. Kami dari unit wartawan redaksi majalah An-Nur inginmengadakan sedikit wawancara bersama tuan. Menyingkap kembali sejarah penerbitan majalah An-Nur ini, hampir 13 tahun ia tertangguh dan dua tahun kebelakangan ini baru dicetuskan kembali olehtuan sendiri. Jadi, persoalan kami siapakah yang menjadi penggerak utama untuk menerbitkan majalahtersebut?Tn. Hj. Sasman: Sebenarnya, idea untuk mewujudkan kembali majalah ini datangnya dari tuan pengarah kitasendiri iaitu Tuan Haji Amin bin Mohd Rashid. Cuma kesedaran untuk menerbitkan kembali majalah yang sudahsekian lama tertangguh adalah rentetan daripada lawatan saya ke perpustakaan dan seterusnya mendapatibahawa kurangnya buku atau majalah hasil dari keluaran institut. Jadi saya telah mengusulkan kepada tuanpengarah mengenai perkara ini dan beliau telah bersetuju untuk menerbitkan kembali majalah untuk institutyang telah sekian lama tertangguh.Wartawan: Seawal tuan melangkahkan kaki masuk ke institut ini, apakah pandangan pertama tuanterhadap institut ini dan apakah perasaan tuan apabila ingin memulakan khidmat di sini?Tn. Hj. Sasman: Sewaktu kali pertama saya melangkahkan kaki masuk ke institut ini, saya berasa amatbersyukur, bangga dan gembira kerana adalah menjadi prinsip dan dan misi saya untuk menyumbangkankhidmat bakti untuk meningkatkan lagi pembangunan yang sedia ada di institut ini dan saya perlu melakukansesuatu bagi penambahbaikan insfrastruktur yang serba kekurangan pada ketika itu. Hal ini kerana iamerupakan prinsip hidup dan kerjaya bahawa saya tidak senang apabila melihat pekara-perkara yang kurangsenang. Sebagai contoh, dalam suatu peristiwa terdapat seorang daripada pelajar kita yang terjatuh sehinggaterkoyak kulit lututnya disebabkan penutup longkang yang telah pecah. Oleh itu, saya dan beberapa orangrakan telah berusaha membuat penutup longkang yang baru dengan usaha kami sendiri.Wartawan: Siapakah individu yang banyak memberikan dorongan untuk tuan terus tabah menghadapi cabaran?Tn. Hj. Sasman: Setiap kejayaan seorang lelaki itu, pasti ada wanita di sisinya. Sudah tentulah setiap kejayaan yang saya kecapi ada pendorongnya iaitu isteri saya sendiri, Pn. Normala bt. Hj.Saliman. Beliau sentiasa menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk saya terus maju dan cemerlang dalam kerjaya. Bagi saya, beliau merupakan seorang pengurus dan pembentuk rumahtangga yang terbaik kerana bijak dalam segala urusan yang berkaitan kewangan dan pendidikan anak-anak dapat diuruskan dengan baik dan saksama. Beliau juga merupakan seorang istericontoh kerana sanggup bekorban untuk keluarga dan sanggup berhenti kerja di saat kemuncak kerjayanya demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga.Wartawan: Seterusnya, adakah pertukaran ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim ini sesuatu yang dijangkakan dalam tempoh terdekat ini. Maksud kami, adakah sememangnya hajatatau impian tuan sendiri untuk pulang ke kampung halaman atau demi kemajuan pembangunan IPG itu sendiri.Tn. Hj. Sasman: Terus terang saya katakan, pertukaran yang berlaku ini adalah merupakan arahan dari pihak atasan dan bukan kehendak atau permintaan dari saya sendiri. Secara jujurnya,impian saya adalah untuk terus berkhidmat di sini sehinggalah persaraan tuan pengarah kita iaitu Tn. Hj. Amin b. Mohd Rashid. Hal ini kerana masih banyak lagi projek-projek dan perancangansaya yang masih belum dapat dijalankan lagi. Jadi, saya berasa amat sedih dan terkilan apabila mengetahui bahawa saya telah ditukarkan ke institut lain walaupun institut itu berada di kampunghalaman sendiri.AWartawan: Sekian sahaja wawancara kali ini. Sayu rasa hati apabila tuan harus pergi. Walaupun tuan jauh dimata, namun tetap dihati. Kami mewakili warga kampus ingin mengucapkanterima kasih atas jasa tuan dan semoga terus cemerlang di tempat baru. Assalamualaikum w.b.t.Tn. Hj. Sasman: Sama-sama. Waalaikumsalam w.b.t.


MUTIARA INSPIRASISinar MutiaraRuangan ini untuk menghargai jasa dan pengorbanan serta memberikan maklumat kepada warga IPG KampusPendidikan Islam mengenai pensyarah yang akan bersara pada tahun hadapan...Alamat : Bandar Baru BangiTarikh lahir :15 September 1952Tempat lahir : Pulau PinangBilangan anak : 3 OrangDatin Hjh. Siti Zabedah bt. OthmanHARAPAN TERHADAP WARGA IPG KPIHarapan saya agar dipergiat usaha menyemarakkan semangat bekerja dengan sehabis baik dan mengejar kecemerlangan dalamapa sahaja yang dilakukan dalam kalangan anggota di IPG KPI, terutamanya bagi mengelakkan amalan kerja melepas batuk ditangga. Untuk tujuan ini memerlukan anjakan minda dalam kalangan barisan pemimpin dan seluruh warga IPG KPI. Ini bolehdilakukan dengan mengadakan program dan aktiviti intervensi bagi menyuntik semangat kerja berpasukan dan rasa kepunyaandalam kalangan setiap ahli di dalamnya. Banyak program dan aktiviti boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap komitmen dikalangan anggota IPG KPI. Walau apapun program yang dicadangkan, program ini perlu dilaksanakan secara berterusan agarmempunyai impak yang dikehendaki.Ustz. Kelsom bt. AbdullahAlamat : No 10, Jalan Bukit Satu, Sungai Merab Luar, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorTarikh lahir : 8 Ogos 1952Tempat lahir : Dungun, TerengganuBilangan anak : 5 orangHARAPAN TERHADAP WARGA IPG KPIMenjadikan subjek Al-Quran sebagai major dalam semua pengajian pengkhususan.Sentiasa memartabatkan nama IPG KPI, menjaga dan mempertahankan maruahnya.Semoga IPG KPI dan warganya sentiasa nombor satu dalam apa jua keadaan.Semoga warga IPG KPI sentiasa berilmu, beriman dan berbakti.


MUTIARA INSPIRASISinar MutiaraEn. Amiruddin b. Mohamed ZainAlamatTempat lahirTarikh lahirBilangan anakNama isteri: No 5 Jalan Kajang Raya 3, Taman Kajang Raya, Sg. Chua, 43000 Kajang: Kuala Lumpur: 16 Oktober1952: 3 orang: Zam Zam Miah bt. Hj. SinaroHARAPAN TERHADAP WARGA IPG KPISemoga KPI dapat melahirkan bakal pendidik yang cemerlang dan berdedikasi dalam melaksanakan amanahyang telah diberikan untuk mendidik anak bangsa yang bertanggungjwab terhadap agama, negara danalam sekitar. Kekalkan perasaan menghormati, menyayangi dan mempercayai di antara satu sama lain danbekerja dalam satu pasukan untuk mencapai objektif IPG KPI khususnya dan negara amnya.“To put the world right in order, we must first put the nation in order, to put the nation in order, wemust put the family in order, we must cultivate our personal life; we must first set our hearts rights.”En. Muhammad Faizal b. AbdullahAAlamatTarikh lahir : 3 Februari 1955Tempat lahir : Kuala Lumpur: No. 9, Jalan Damai 4, Desa Damai, Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, SelangorBilangan anak : 5 orangNama isteri : Zalina bt. DarusHARAPAN TERHADAP WARGA IPG KPISemoga warga institut sama ada pentadbir, staf sokongan, pensyarah mahupun pelajar (bakal pendidik) patuhpada etika tugasan masing-masing serta menjaga dan menanam disiplin yang tinggi dalam diri setiap individuagar segala perancangan berjalan lancar. Ini penting untuk memastikan institut ini dapat mencapai tahaptertinggi dan cemerlang dalam segala lapangan. Kejayaan diri tertakluk pada prinsip bekerja dengan disiplin,jujur, tekun, berdedikasi dan ikhlas dengan keredhaan Ilahi. Anda tidak akan menjadi seorang pemimpinkecuali anda terlebih dahulu belajar untuk mengikuti dan bersedia untuk dipimpin. Pemimpin yang hebattidak pernah letakkan dirinya lebih tinggi berbanding pengikut-pengikutnya kecuali dalam hal melaksanakantanggungjawab dan bersedia untuk menghadapi perubahan bukan menolaknya. Seperti ungkapan berikut:“ When we let our mind be prisoned with certain concepts and ideologies, that is when we fail to generatethe power of change in ourselves.”


MUTIARA INSPIRASISinar MutiaraPn. Hjh. Ramoh binti Abdul GhaniAlamat : No 1, Jalan Seri Mewah 1, Taman Seri Mewah, Kajang Utama, KajangTarikh lahir : 3 November 1952Tempat lahir : Kota Bharu, KelantanBilangan anak : 3 orangNama suami : Abdul Kadir b. IbrahimHARAPAN TERHADAP WARGA IPG KPIIPG Kampus Pendidikan Islam menjadi sebuah institut yang cemerlang dan terbilang dalamkalangan pendidik dan dihormati.Pn. Hjh. Faridah Binti HashimTempat tinggal : 12, Jalan 3/6 J Bandar Baru BangiTarikh lahir : 6 Ogos 1952Tempat lahir : Negeri SembilanBilangan anak : 6 orang (5 Lelaki dan 1 Perempuan)Nama suami : Engku Azahan b. Engku AhmedHARAPAN TERHADAP WARGA IPG KPISemoga IPG Kampus Pendidikan Islam terunggul dalam kalangan IPG seluruh Malaysia. Bekerjalah denganikhlas, dedikasi dan bersungguh-sungguh. “Pelajar Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”


MUTIARA INSPIRASIbelangsungkawaHj. Nan Azmie b. Hj. SulaimanAl-FatihahNama: Tn. Hj. Nan Azmie b. Hj. SulaimanJabatan: Pensyarah Jabatan Bahasa InggerisNo. kad pengenalan: 530727085<strong>56</strong>9Gred: DG 44Tarikh lahir: 27 Julai 1953Kaum / Keturunan: MelayuStatus perkahwinan: BerkahwinAgama: IslamAlamat rumah: No. 68, Jalan Cempaka, Kg. Dato Hj. Ahmad Razali,43800 Dengkil, Sepang, Selangor.Tarikh meninggal dunia: 5 Mei 2009ADalam Kenangan...


MUTIARA INSPIRASITinggal Kenangan...Al-FatihahNama: Norhumaira bt. JalilNama timangan : MyraKuliah: PPISMP 1.01 (Pengajian Agama)Ambilan Julai 2009Tarikh lahir : 21 Disember 1991Alamat: Taman Wirajaya, Parit Raja, Batu Pahat, JohorSekolah: SMK (A) Bandar Penawar, Kota Tinggi, JohorMatrikulasi : Kolej Matrikulasi JohorKeputusan SPM : 5A, 4B, 3CWarna kesukaan : Merah JambuMakanan kegemaran: Mee BandungAdik beradik : Anak ke-2 daripada 4 orang (perempuan tunggal)Aktif: Olahraga, Merentas DesaMeninggal dunia :17 Oktober 2009belangsung-Norhumaira bt. JalilALLAHYARHAMAH DIMATA SAHABATRendah diriMudah ketawaComel dan manjaPendengar yang baikSuka membantu sahabatPeramah dan mudah mesraSensitif dengan keadaan sekelilingSeorang yang ceria dan suka berkecindanTubuhnya kecil tetapi lincah. Pandai bermain bowlingRajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!