13.07.2015 Views

Buletin Geospatial Sektor Awam - Bil 1/2008 - Malaysia Geoportal

Buletin Geospatial Sektor Awam - Bil 1/2008 - Malaysia Geoportal

Buletin Geospatial Sektor Awam - Bil 1/2008 - Malaysia Geoportal

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BULETIN GEOSPATIAL SEKTOR AWAM 1KAJIAN PENENTUAN LOKASIMEMORIAL PARK MENGGUNAKANAPLIKASI GIS (PERKUBURAN ISLAM)Norazman Ismail 1 , Abdullah Hisham Omar 2 , Zainal A Majeed 1AbstrakKeperluan tanah perkuburan (Memorial Park) adalah satu kemudahan asas yang sama pentingnya dengan kemudahanasas lain. Apabila memajukan sesuatu kawasan perumahan seringkali keperluan ini tertinggal dan menimbulkan masalahkepada penduduk kerana tiada tanah perkuburan yang dirancang. Justeru itu kajian penentuan kesesuaian tapak barubagi kawasan perkuburan menggunakan aplikasi GIS dan pemetaan digital adalah salah satu alternatif kepada jalanpenyelesaiannya. Melalui analisis dan hasil akhir yang dicapai menggunakan aplikasi GIS pastinya dapat membantuPihak Berkuasa Tempatan untuk merancang sesuatu pembangunan seiring dengan keperluan penduduk setempat agarlebih berkesan dan terancang. Seterusnya ianya dapat membantu pihak perancang mengenalpasti perancangan sesuatukawasan dan meminimumkan masalah kekurangan tanah untuk kawasan perkuburan di negara kita.PENDAHULUANMatlamat perancangan bandar dan desa di negaraini adalah untuk mewujudkan penempatan manusiayang berkualiti di semua peringkat petempatan,baik di bandar mahupun di desa. Tahap kualitisesebuah petempatan pula mempengaruhidan sering dikaitkan dengan kualiti kehidupanmanusia, yakni pencapaian suatu tahap keadaanpersekitaran sosial, binaan manusia dan alamsemulajadi yang membolehkan masyarakat hidupdengan selesa, sihat, produktif dan selamat. Dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976,setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlumenyediakan pelan pembangunan (pelan strukturdan pelan tempatan) bagi mengawal guna tanahdan pembangunan kawasannya. Ini bererti setiappelan pembangunan yang menjadi asas rujukanpembangunan perlu sentiasa dikemaskini. Prosesini pastinya memerlukan pembaharuan terhadapkebolehan proses perancangan menerima danmengolah maklumat-maklumat terkini sertamenggunakan kaedah dan peralatan moden.Tanah perkuburan adalah salah satu kemudahanasas yang sama pentingnya dengan kemudahanasas yang lain. Apabila memajukan sesuatukawasan perumahan seringkali keperluan initertinggal dan menimbulkan masalah kepadapenduduk kerana tiada tanah perkuburan yangdirancang. Masalah ini menjadi lebih kritikalkhususnya di kawasan kepadatan yang tinggi iaitudi bandar kerana berlakunya masalah kekurangantanah. Faktor sosial seperti adab resam pendudukbandar yang berbilang kaum juga perlu diberiperhatian dalam merancang tanah perkuburan.Justeru itu dengan adanya aplikasi SistemMaklumat Geografi (GIS) ianya dapat membantuPihak Berkuasa Tempatan untuk merancangsesuatu pembangunan seiring dengan keperluanpenduduk setempat agar lebih berkesan danterancang. Ianya dapat membantu pihak perancanguntuk mengenalpasti kesesuaian kawasan danmeminimakan masalah kekurangan tanah untukkawasan perkuburan di negara kita.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!