13.07.2015 Views

Muat turun buku panduan kad kredit - Banking Info

Muat turun buku panduan kad kredit - Banking Info

Muat turun buku panduan kad kredit - Banking Info

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kad KreditTRANSAKSI KADDAN ANDAKad KreditProgram pendidikan pengguna oleh:

kandungan1 Pengenalan2 Apakah yang dimaksudkandengan kad kredit danbagaimana pula tatacaranya?3 Memohon kad kreditKaedah memohon4 Syarat-syarat pemegangan kad5 Memahami caj-caj yangberkaitan dengan kad kredit7 Tip-tip dalam memilih kad kredit9 Tip-tip untuk mengurangkan caj10 Bagaimana untuk mengelakdaripada menjadi peminjam12 Bagaimana untuk mencegahfraud kad kredit14 Soalan yang sering ditanya20 GlosariPenafianDokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja.Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumatlengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidakseharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihatguaman.Tarikh: 21 Januari 2003

PengenalanKad kredit menawarkankefleksibelandan keselesaanKad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana iaboleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembeliandi kedai saudagar. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakannyasecara berhemat atau gagal membuat bayaran bulanan, anda mungkintelah berbelanja di luar kemampuan anda dan terjerumus ke kancahkemelut kewangan.Buku kecil ini menyediakan panduan untuk anda memilih kad kredit yangmenepati keperluan anda dan bagaimana untuk anda menggunakan kadkredit anda secara efektif dan bijak.

APAKAH YANG DIMAKSUDKANDENGAN KAD KREDIT DANBAGAIMANA PULA TATACARANYA?Kad kredit merupakan satu instrumenpembayaran yang membolehkan andamemperolehi barangan dan perkhidmatantanpa melibatkan wang tunai. Anda bolehmenggunakannya di mana-mana kedaisaudagar yang mempamerkan jenamakad kredit anda, baik di dalam mahupundi luar negara.Apabila anda menggunakan kad kredit,pengeluar kad kredit akan membuatpembayaran kepada saudagar terlebihdahulu bagi pihak anda dan menghantarbil kepada anda kemudian nanti. Sebaiksahaja menerima penyata bulanan, andadikehendaki menjelaskan sekurangkurangnyaamaun pembayaran minimumsebelum tarikh tamat tempoh. Pengeluarkad kredit akan memberikan suatu tempohtanpa faedah (biasanya 20 hari) di manatiada faedah dikenakan ke atas baki belumjelas. Pengeluar kad kredit akan hanyamengenakan caj kewangan (faedah)ke atas baki belum jelas, jika ada, selepastarikh tamat tempoh.Kad kredit juga boleh digunakan untukmendapatkan pendahuluan wang tunaidi mesin-mesin ATM (‘Automated TellerMachine’) dan di kaunter-kaunterpengeluar kad kredit. Walau bagaimanapun,selain daripada dikenakan caj kewangan,anda akan dikenakan yuran pendahuluanwang tunai setiap kali anda berbuatdemikian. Tidak ada tempoh tanpa faedahdiberikan bagi pendahuluan wang tunai.Caj kewangan akan dikira bermula daritarikh pengambilan pendahuluan wangtunai berkenaan dibuat.Pengeluar kad kredit akan menghantarkepada anda penyata bulanan kad kredityang mencatatkan butir-butir pembeliananda termasuk pendahuluan wang tunai(jika ada), jumlah baki belum jelas, jumlahbayaran minimum dan tarikh akhir untukmembuat pembayaran.2

MEMOHON KAD KREDITAnda boleh memohon kad kredit daripadainstitusi-institusi yang mengeluarkan kadkredit asalkan anda berusia 21 tahun keatas, berpendapatan minimum RM18,000setahun dan memenuhi sebarang syaratsyaratlain yang ditetapkan oleh pengeluarkad kredit tersebut. Bagi menyokongpermohonan anda, dokumen-dokumenberikut mungkin perlu dikemukakan:• Salinan kad pengenalan• Surat perlantikan jawatan• Penyata cukai pendapatan terkini(Borang J)• Penyata bank• Slip gaji untuk bulan-bulan terdahuluJika anda bekerja sendiri, anda mungkindikehendaki untuk mengemukakanbutir-butir pendaftaran perniagaan dandokumen-dokumen lain sebagai buktipendapatan. Anda juga mungkin akandikenakan syarat-syarat lain, sepertimembuat pelaburan dalam deposit tetap.KAEDAH MEMOHONMemohon kad kredit tidak ada bezanyadengan permohonan pinjaman. Pengeluarkad kredit perlu membuat penilaian kredit keatas anda berdasarkan maklumat yang telahanda berikan. Masa yang diambil untukmemproses permohonan anda bergantungkepada prosedur dalaman pengeluar kadkredit berkenaan.Kad kredit merupakan satuinstrumen pembayaran yangmempromosikanpembayaransecara elektronik3

Baca danfahamisyarat-syaratpenggunaankad kreditSetelah permohonan diproses, anda akandimaklumkan sama ada permohonananda berjaya atau ditolak. Jika berjaya,kad kredit akan dihantar kepada andamelalui surat berdaftar atau anda dimintadatang sendiri untuk mengambil kadkredit tersebut di ibu pejabat atau dicawangan pengeluar kad kredit tersebut.Anda juga akan diberikan NomborPengenalan Peribadi (nombor PIN) yang,atas sebab keselamatan, akan dihantarsecara berasingan daripada kad kreditanda. Anda perlukan nombor PIN iniuntuk memperoleh pendahuluan wangtunai dengan menggunakan kad kreditdi mesin ATM.SYARAT-SYARAT PEMEGANGAN KADPengeluar kad kredit biasanya akanmenyerahkan satu dokumen yangmengandungi syarat-syarat pemegangankad kredit bersama-sama dengan kad kreditanda. Anda dianggap telah menerimasyarat-syarat pemegangan kad yangterkandung di dalam dokumen ini sebaiksahaja anda mula menggunakan kad kreditatau setelah menandatangani dokumenpenerimaan kad kredit. Oleh itu, anda perlumembaca dan memahami syarat-syaratpemegangan kad tersebut sebelummemeterai apa-apa perjanjian berkenaandan menggunakan kad kredit anda keranaanda dan pengeluar kad kredit akantertakluk kepada segala syarat-syarat yangterkandung di dalam dokumen tersebut.Pada amnya, syarat-syarat pemegangankad meliputi perkara-perkara berikut:• Jenis-jenis caj yang dikenakan• Hak-hak dan tanggungjawab pemegangkad dan pengeluar kad kreditnya• Perihal penggunaan kad kredit• Syarat-syarat pembayaran balik• Liabiliti bagi urus niaga tanpa kebenaran• Prosedur untuk membuat aduan,penyiasatan dan penyelesaiannya• Kerahsiaan maklumat• Lain-lain4

Segeralah dapatkan khidmat nasihatdaripada pengeluar kad kredit anda jikaanda memerlukan penjelasan lanjutmengenai syarat-syarat pemegangan kad.Sekiranya anda tidak bersetuju dengansyarat-syarat pemegangan kad yangdinyatakan, anda ada pilihan untukmembatalkan sahaja kad kredit tersebutdengan memaklumkan pengeluar kad kreditdan memulangkannya kepada pengeluarkad kredit tersebut dengan serta-merta.MEMAHAMI CAJ-CAJ YANG BERKAITANDENGAN KAD KREDITMemahami jenis-jenis caj yang terlibatdalam penggunaan kad kredit adalahpenting. Selagi anda menggunakan kadkredit secara berhemat dan menjelaskanbayaran dalam tempoh yang diberikan,anda tidak perlu risau dengan caj-cajtambahan.5

Bil anda perludibayardalamtempohyangditetapkanbagi mengelakkanbil dan hutangbertambahBerikut adalah caj-caj yang lazim dikenakanke atas anda:• Yuran penyertaanPengeluar kad kredit mungkin akanmengenakan yuran penyertaan kad kredit.Bayaran ini dikenakan sekali sahaja. Yuranini mungkin berbeza antara satu institusipengeluar kad kredit dengan yang lain.• Yuran tahunanIni adalah yuran sama rata yang perludibayar setahun sekali. Anda dikehendakimembayar yuran tersebut walaupun andatidak pernah menggunakan kad kreditanda. Yuran tahunan biasanya adalah didalam lingkungan RM60 hingga RM90untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195untuk kad emas.• Caj kewangan (faedah)Ini adalah caj yang dikenakan kepada andaoleh pengeluar kad kredit ke atas bakiyang tidak dijelaskan selepas tarikh tamattempoh. Caj ini biasanya dikira berdasarkanbaki harian. Anda dinasihatkan supayameminta pengeluar kad kredit andamemberi penjelasan mengenaikaedah yang digunakan untuk mengiracaj kewangan ini kerana jumlahnyaakan bertambah sekiranya anda tidakmembuat pembayaran dalam tempohyang ditetapkan.• Yuran pendahuluan wang tunaiIni adalah yuran yang dikenakan bagisetiap kali pendahuluan wang tunaidiperoleh. Yuran ini biasanya 3% hingga5% daripada jumlah pendahuluan wangtunai yang diambil dan merupakantambahan kepada caj kewangan yangdikenakan ke atas jumlah pendahuluanyang diberikan kepada anda. Caj kewangandikira bermula daripada tarikh wangtersebut diambil atau apabila jumlahtersebut tercatat ke dalam akaun kadkredit anda. Jumlah pendahuluan wangtunai ini mungkin dihadkan untuksetiap pelanggan.• Caj bayaran lewatIni adalah caj yang dikenakan jika andagagal untuk menjelaskan sekurangkurangnyajumlah bulanan minimum6

sebelum tarikh yang ditetapkan. Jikapembayaran dibuat selepas tempoh tanpafaedah berakhir, anda bukan sahajadikenakan caj kewangan ke atas baki belumjelas tetapi juga caj bayar lewat ke atasjumlah bayaran minimum bulanan.TIP-TIP DALAM MEMILIH KAD KREDITDengan pelbagai kad kredit yangditawarkan di pasaran, adalah pentinguntuk anda memilih kad kredit yangmenepati keperluan anda. Berikut adalahbeberapa tip dalam memilih kad kreditatau menilai kad kredit yang ada pada anda:• Hadiah promosiPengeluar kad kredit mungkin menawarkananda hadiah promosi seperti telefonbimbit, dompet kulit dan sebagainya untukmempromosikan kad kredit mereka. Walaubagaimanapun, sebelum memohon, adalahpenting untuk anda memahami syaratsyaratyang terkandung di dalam tawarantersebut. Telitilah syarat-syarat yangditetapkan untuk hadiah promosi dan dendayang akan dikenakan jika syarat-syarattersebut tidak dipatuhi.7

• Kadar caj rendah sementaraUntuk menarik perhatian anda, pengeluarkad kredit mungkin mengenakan yurandan caj kewangan pada kadar rendah ataumemansuhkan caj-caj tersebut sama sekaliuntuk sesuatu tempoh masa yang tertentu.Risalah promosi mungkin menitikberatkankadar faedah permulaan yang rendahdengan saiz fon yang besar dan mudahdibaca, kadang-kadang tanpa mempamerkantarikh luput. Kadar faedah selepas tamattempoh promosi pula tidak dinyatakandengan begitu jelas, iaitu denganmenggunakan saiz fon yang kecil danmungkin hanya tercatat di sebelahbelakang borang permohonan atau dimuka surat terakhir risalah promosi yangmengandungi banyak muka surat.Anda perlu memahami syarat-syaratpromosi dan menyedari bila tempohpromosi akan tamat kerana anda mungkindikenakan caj seperti biasa atau padakadar yang jauh lebih tinggi setelahtempoh tersebut berakhir.• Caj kewangan, yuran dan tempohtanpa faedahSebahagian besar keuntungan perniagaankad kredit adalah berpunca daripada cajkewangan. Anda akan dikenakan cajkewangan jika anda tidak membayarsepenuhnya baki belum jelas selepas tamattempoh masa tanpa faedah berakhir.Walau bagaimanapun, bagi pendahuluanwang tunai dan pemindahan baki, andamungkin dikenakan yuran dan cajkewangan bermula dari tarikh urus niagatersebut dibuat. Halakan tumpuan andakepada yuran pendahuluan wang tunaidan pemindahan baki, caj kewangan dantempoh tanpa faedah yang ditawarkanoleh pengeluar kad kredit tersebut.a. Tempoh tanpa faedahPengeluar kad kredit menawarkan tempohtanpa faedah, yang biasanya 20 hari,dari tarikh urus niaga mula direkodkanatau tarikh penyata sehingga tamattempoh berakhir, kecuali dalam transaksipendahuluan wang tunai dan pemindahanbaki. Oleh itu, pilihlah kad kredit yangmenawarkan tempoh tanpa faedah yanglebih panjang.8

. Caj untuk pendahuluan wang tunai / •pemindahan bakiKebanyakan pengeluar kad kreditmengenakan yuran di samping cajkewangan apabila anda menggunakan kad •kredit untuk mendapatkan pendahuluanwang tunai atau pemindahan baki. Yuranbagi pendahuluan wang tunai mungkindalam lingkungan 3% hingga 5% daripadajumlah pendahuluan wang tunai. Oleh itu,•pilihlah kad kredit yang mengenakan yuranyang rendah bagi pendahuluan wang tunaidan pemindahan baki.TIP-TIP UNTUK MENGURANGKAN CAJAnda boleh mengelak daripadadikenakan beberapa jenis caj tetapimasih boleh mengecapi manfaat yangdiperolehi daripada penggunaankad kredit. Berikut adalah beberapa tipuntuk merealisasikannya:Pilih tawaran yang terbaik. Ada pengeluarkad kredit yang tidak mengenakan sebarangyuran tahunan dan yuran penyertaan,sekurang-kurangnya untuk tahun pertamaGunakan kad ATM anda untuk membuatpengeluaran tunai. Pendahuluan wangtunai melalui kad kredit harus dilakukansebagai pilihan terakhir. Caj dan yuran bagipendahuluan wang tunai adalah tinggiElakkan daripada dikenakan kos kad kredityang tidak sewajarnya. Buatlah pembayaransebelum tarikh yang ditetapkan seperti yangtercatat pada penyata kad kredit. Pastikanalamat anda yang disimpan oleh pengeluarkad kredit adalah tepat agar penyata bulananditerima dengan secepat mungkin• Pembayaran bulanan yang dibuat pada tahapminimum akan melengahkan tempohpembayaran balik dan meningkatkan jumlahfaedah yang harus anda bayar. Langsaikanbaki belum jelas anda supaya faedah tidakakan dikenakan• Hadkan jumlah kad kredit yang dipegangberasaskan keperluan dan kemampuanpembayaran anda9

• Berwaspada terhadap sebarangperubahan pada dasar dan kadarfaedah. Sebagai contoh, pengeluar kadkredit anda mungkin akan menaikkanyuran atau menukar syarat-syaratpemegangan kad kreditBAGAIMANA UNTUK MENGELAKDARIPADA MENJADI PEMINJAMStrategi pemasaran kad kredit adalahsemakin agresif dan inovatif untukmenggoda pemegang kad kredit agartidak membayar baki belum jelassepenuhnya dan sentiasa meninggalkanbaki bulanan. Peminjam atau ‘pemusing’ini mungkin beranggapan bahawa ianyalebih bermanfaat dan selesa dengan hanyamembayar amaun bulanan minimumsahaja, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.Anda harus menyedari akibat membuatpembayaran sebelum tarikh tamat tempohberakhir setiap bulan mengikut amaunminimum. Anda bukan sahaja dikenakancaj faedah yang bertambah bahkan10

tempoh pembayaran balik turut bertambah.Ramai yang tidak menyedari kesan menambahbaki bulanan kad kredit sehingga merekamenghadapi bebanan hutang yang banyak.Di bawah ini adalah jadual yang menghuraikantempoh pembayaran balik dan jumlah faedahyang dikenakan jika anda hanya membayaramaun minimum setiap bulan, iaitu 5%daripada baki belum jelas. Sebagai contoh,jika baki belum jelas anda ialah RM1,000 dananda hanya menjelaskan bayaran bulananminimum, anda akan mengambil masaselama 5.8 tahun untuk menjelaskan kesemuahutang anda, di mana jumlah faedah yangdikenakan adalah RM382, berdasarkan kadarfaedah sebanyak 18% setahun.Ketahuilah akibathanya membayaramaunminimumsahaja setiap bulanBAKI BELUM JELASRM500 RM1,000 RM5,000 RM10,000Tahun Faedah Tahun Faedah Tahun Faedah Tahun Faedah(RM) (RM) (RM) (RM)4.2 168 5.8 382 9.6 2,097 11.2 4,24011

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAHFRAUD KAD KREDITGejala fraud kad kredit adalah satuancaman kepada pelanggan dalammenggunakan kad kredit. Fraud kadkredit boleh mengakibatkan anda danpengeluar kad kredit mengalami kerugianbesar. Pengeluar kad kredit sentiasamengambil sikap berwaspada terhadapkomplot fraud dan telah mengambillangkah-langkah keselamatan untukmelindungi anda daripada kemungkinanberlakunya fraud sedemikian. Walaubagaimanapun, anda juga harusmengambil langkah-langkah yang perluuntuk mengurangkan risiko menjadimangsa fraud.• Jaga kad kredit anda–Tandatangani kad kredit anda sebaiksahaja ianya diterima– Simpan kad kredit anda pada tempatyang sama di dalam dompet ataubeg duit supaya, jika ia hilang ataudicuri, anda akan menyedarinya denganserta-merta– Usah pinjamkan kad anda kepadasesiapa saja– Jangan berikan butir-butir kad kreditanda (contohnya nombor kad dantarikh luput) kepada orang yang tidakdikenali kerana ada kemungkinanmaklumat tersebut digunakan untukmembuat pembelian melalui telefon,pos atau Internet– Hafal nombor PIN anda dan jangancatatkan nombor PIN tersebut di belakangkad, menyimpannya di dalam dompetatau mendedahkannya kepada orang lain– Simpanlah nombor telefon pengeluarkad kredit anda supaya anda dapatmenghubunginya dengan serta-mertauntuk melaporkan sebarang kehilangan/kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaranatau pendedahan PIN kepada pihak ketiga– Pastikan anda telah memotong kad kredityang telah luput kepada dua bahagianapabila anda menerima kad baru12

• Semak urus niaga kad kredit anda– Sila teliti semua butir-butir pada urusniaga sebelum menandatanganiatau mengesahkan setiap urus niagayang dibuat– Simpan semua slip urus niaga anda danbandingkan dengan penyata kad kreditanda sebaik sahaja ianya diterimaJagalah kad dansemak transaksianda sentiasa– Beritahu pengeluar kad kredit andadengan serta-merta jika terdapat sebarangkesilapan atau kemungkinan berlaku urusniaga tanpa kebenaran berhubung dengankad kredit atau PIN anda dan diikuti olehlaporan bertulis–Musnahkan semua slip-slip urus niaga andasebelum anda membuangnya13

S&JApakah jenis-jenis kad kredityang ada?SOALAN YANG SERING DITANYAApakah kad kredit dwijenama?Apakah jenis-jenis kadpembayaran lain yang terdapatdi Malaysia?Pada amnya, terdapat tiga jenis kad kredit, iaitu Klasik, Emas dan Platinum.Kad-kad kredit tersebut dikeluarkan berdasarkan tahap pendapatan seseorangdan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak pengeluar kad kredit.Kad kredit dwijenama ialah kad yang dikeluarkan secara bersama oleh pengeluar kadkredit dan saudagar di bawah satu jenama yang terkenal. Peniaga tersebut biasanyamenawarkan manfaat tambahan lain kepada pemegang kad, seperti diskaun ke atasbarangan tertentu dan mata ganjaran untuk setiap pembelian. Contoh kad kreditdwijenama termasuk Maybank-Sogo Visa dan Public Bank-Esso Visa.Selain kad kredit, kad-kad pembayaran lain yang terdapat di Malaysia adalah sepertikad debit, kad caj dan kad simpanan nilai.Kad debit adalah sejenis kad pembayaran di mana baki di dalam akaun tabungan atausemasa anda akan dikurangkan dengan serta-merta mengikut jumlah urus niaga yangdibuat. Terdapat beberapa jenis kad debit di Malaysia. Sebagai contoh, MaybankKawanku e-POS. Terdapat juga kad debit antarabangsa seperti VISA Electron danMasterCard Electronic yang boleh digunakan di kedai saudagar yang mempamerkanlogo yang berkaitan.Kegunaan kad caj adalah sama dengan kad kredit, kecuali anda harus menjelaskankeseluruhan baki belum jelas yang tercatat dalam penyata bulanan anda sebelumtarikh tamat tempoh. American Express dan Diners adalah dua daripada jenamakad caj yang terkemuka di Malaysia.14

Kad simpanan nilai ialah sejenis kad bayar dahulu. Kad tersebut telah dimuatkandengan nilai kewangan terlebih dahulu oleh pengeluar kad. Sesetengah skim kadsimpanan nilai mungkin membenarkan pemegang kad untuk memuatkan semula nilaikewangan ke dalam kadnya. Apabila pembelian dibuat, nilai tersebut akan ditolaksecara automatik daripada amaun yang tersimpan di dalam kad tersebut.Adakah sesiapa sahaja bolehmemohon kad tambahan?Siapakah yang bertanggungjawabterhadap pembelian yang dibuatmelalui kad tambahan?Apakah yang dimaksudkan denganhad kredit?Pemegang kad utama boleh mencadangkan sesiapa sahaja untuk menjadi pemegangkad tambahannya, bergantung kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh pengeluarkad kredit.Pemegang kad utama adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskanpembelian yang dibuat oleh pemegang kad tambahan selain daripada pembelianmelalui kad kredit yang dibuat oleh dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, anda perlumemeriksa syarat-syarat yang dikenakan sama ada pemegang kad tambahan turutbertanggungjawab ke atas hutang-hutang kad kredit oleh pemegang kad utama.Had kredit adalah jumlah kredit maksimum yang diberikan kepada anda olehpengeluar kad kredit. Had tersebut ditentukan berdasarkan penilaian terhadapmaklumat yang terkandung di dalam borang permohonan. Had kredit mungkin bolehberubah dari semasa ke semasa bergantung kepada pola perbelanjaan dankemampuan anda untuk membayar balik. Anda harus mempunyai had kredit yangberpadanan dengan kemampuan anda membayar balik untuk memastikan andatidak terlalu boros berbelanja tanpa sebab dan untuk mengurangkan liabiliti andasekiranya berlaku fraud.15

Bagaimanakah untuk sayamemperoleh pendahuluanwang tunai denganmenggunakan kad kredit?Anda boleh memperoleh pendahuluan wang tunai di kaunter pengeluarkad kredit yang terbabit atau melalui mesin-mesin ATM yang mempamerkanlogo jenama kad kredit anda. Anda juga perlu mematuhi syarat-syarat lainyang ditetapkan.Kenapakah saudagar perlumendapatkan keizinanpengeluar kad kredit sebelumkad kredit saya diterima?Saudagar perlu mendapatkan keizinan daripada pengeluar kad kredit andauntuk memastikan jumlah belian tidak melebihi had kredit anda. Urus niagaanda akan ditolak atas sebab-sebab tertentu seperti melebihi had kredityang dibenarkan. Anda mungkin ingin menghubungi pengeluar kad kreditjika hal ini terjadi kepada anda.Apakah langkah-langkahyang perlu saya ambil ketikamembuat pembelian?Jangan sesekali membiarkan kad kredit anda terlepas daripada pandangananda. Ketika membuat pembayaran di kedai peniaga, hotel atau restoran,pastikan kad kredit anda digunakan (‘swipe’) di hadapan anda. Maklumatpada kad kredit anda boleh disalin oleh orang lain dengan menggunakanalat tertentu.16

Perlukah saya membayar kostambahan kepada saudagar jikasaya menggunakan kad kredituntuk membuat pembelian?Tiada kos tambahan dikenakan jika membeli dengan kad kredit. Sekiranya andadikenakan caj tambahan oleh saudagar, sila hubungi pengeluar kad kredit andauntuk mendapatkan penjelasan.Adakah terdapat perbezaandari segi proses mendapatkankebenaran, yuran dan caj yangdikenakan apabila saya membuatpembelian menggunakan kadkredit di dalam atau di luarnegara? Bagaimanakah kadarpertukaran mata wang ditentukan?Proses mendapatkan keizinan, yuran dan caj yang dikenakan adalah sama dimana sahaja pembelian dibuat dengan menggunakan kad kredit tanpa mengiradi mana anda berada. Walau bagaimanapun, bagi pembelian yang dibuat di luarnegara, jumlah transaksi adalah tertakluk kepada kadar pertukaran mata wangyang ditentukan oleh skim pembayaran kad kredit berkenaan seperti Visa danMasterCard. Pertukaran mata wang dilakukan secara automatik apabila urus niagadilakukan. Kadar pertukaran mata wang biasanya ditentukan berasaskan titikpertengahan di antara kadar jualan dan belian pertukaran mata wang asingsemasa berbanding Ringgit.Apakah perlu saya buat jikanombor PIN saya sudah diketahuioleh orang lain?Jika anda percaya nombor PIN anda telah dikompromi, anda hendaklah merujukkepada pengeluar kad kredit anda.17

Perlukah saya menyemakpenyata kad kredit saya?Ya. Jadikan satu amalan biasa untuk sentiasa menyemak penyata kad kreditanda bagi mengesan sebarang percanggahan atau urus niaga tanpakebenaran. Meluangkan masa beberapa minit untuk meneliti maklumatmaklumatdi dalam penyata bulanan kad kredit anda adalah sangat pentingdan merupakan cara yang berkesan untuk mengesan penggunaan kad kreditanda tanpa kebenaran.Adakah saya bertanggungjawabke atas urus niaga tanpakebenaran selepas kad kredit sayadidapati hilang ataupun dicuri?Anda hendaklah sentiasa mengambil langkah pencegahan yang sewajarnyauntuk mengelakkan kehilangan kad kredit anda. Dengan berbuat demikian,anda tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang urus niaga yang berlakusetelah anda melaporkan kehilangan kad kredit anda kepada pengeluarkad kredit, sama ada secara lisan atau bertulis. Walau bagaimanapun, bagilaporan lisan, sesetengah pengeluar kad kredit mungkin menghendaki andamengemukakan pengesahan bertulis dan laporan polis kepada mereka.Sebaliknya, jika berlaku sesuatu urus niaga tanpa kebenaran denganmenggunakan kad kredit anda sebelum laporan dibuat, anda mungkinbertanggungjawab sehingga jumlah tertentu, bergantung kepada syaratsyaratpengeluar kad kredit.18

Apakah yang perlu saya lakukanjika terdapat kesilapan padapenyata kad kredit saya?Anda hendaklah memberitahu pengeluar kad kredit anda secepat mungkin jika terdapatsebarang kesilapan pada penyata bulanan kad kredit anda atau kemungkinanberlakunya urus niaga tanpa kebenaran yang melibatkan kad atau nombor PIN andasecara lisan dan kemudian melaporkannya secara bertulis.Bagi pengeluar kad kredit dari kalangan institusi perbankan, maklumat mengenaipegawai yang boleh anda hubungi atau alamat e-mel boleh diperolehi di laman webBank Negara Malaysia iaitu www.bnm.gov.my. Di samping itu, bagi urus niaga tanpakebenaran, jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas institusi perbankantersebut, bolehlah anda merujuk kepada Biro Pengantaraan Perbankan:PengantaraBiro Pengantaraan PerbankanTingkat 5MUI PlazaJalan P. Ramlee50250 Kuala LumpurUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosedur membuat aduan ke atas institusiperbankan, sila rujuk kepada buku kecil ‘Membuat Aduan Perihal Perbankan’.19

GLOSARIKad Kredit LuputKad kredit yang di mana tarikh sah laku yangdicetak padanya telah tamat.Pembekal Rangkaian Kad KreditPersatuan kad kredit seperti Visa dan MasterCardyang menyediakan infrastruktur kad kredit bagikemudahan memperolehi keizinan danpenyelesaian transaksi-transaksi kad kredit.PemusingPemegang kad yang gemar menjelaskansekurang-kurangnya amaun bulanan minimumyang dikehendaki oleh pengeluar kad kredit,tanpa menyelesaikan sepenuhnya jumlah bakibelum jelas.Pengeluar Kad KreditOrganisasi seperti institusi kewangan yangmengeluarkan kad kredit.PINNombor Pengenalan Peribadi (Personal IdentificationNumber) – Susunan nombor yang digunakanuntuk mengesahkan identiti pemegang kad. Ianyasamalah seperti kata laluan.SaudagarSebarang perniagaan yang menerima kad kreditsebagai kaedah pembayaran untuk mendapatkanbarangan atau perkhidmatan mereka.Urus Niaga FraudTransaksi yang tidak dibenarkan oleh pemegangkad. Transaksi tersebut berlaku disebabkan kadkredit hilang, dicuri, tidak diterima, pengeluarankad kredit berasaskan permohonan fraud,pemalsuan atau lain-lain bentuk fraud menuruttafsiran pengeluar kad kredit.20

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

UNTUK MAKLUMAT LANJUTSILA LAYARIwww.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTUEdisi Pertama

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!