13.07.2015 Views

industri nadir bumi - Akademi Sains Malaysia

industri nadir bumi - Akademi Sains Malaysia

industri nadir bumi - Akademi Sains Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Industri Nadir Bumi: Memajukan Ekonomi Hijau Malaysia ke Hadapan• Tiub Sinar Katod yang pada suatu ketika dulu digunakan secara meluas dalam set TVdan monitor, kini telah digantikan dengan paparan plasma dan LCDs. Kedua-duateknik ini turut menggunakan nadir bumi. Pada tahun 2008, sekitar 130 million set TVdengan paparan plasma dan LCD telah dijual. Adalah diunjurkan penambahan kirakira280 million pada 2014. Ini bertepatan dengan kadar petumbuhan tahunan pada14%.3.3.6 Aloi besi/BateriPenggunaan dalam bidang ini merangkumi pelbagai aspek yang dirumuskan di bawah [13];• Salah satu penggunaan yang paling lama adalah cerium dan lanthanum di dalam aloipiroforik yang dipakai dalam penyala palam pencucuh dalam pemetik api dan lampusuluh.• Logam campuran (mischmetal) dan cerium digunakan sebagai aloi kecil untukcampuran keluli dan besi. Ia menambah baik kestabilan campuran produk yangdihasilkan.• REE (Y, La, Ce) yang telah ditambahkan kepada superaloi tahan haba dapatmenghasilkan kualiti yang lebih baik.• REE digunakan simpanan pepejal hidrogen di mana matrik besi yang terdiri daripebagai besi mampu menyerap hidrogen dalam kuantiti yang besar pada suhu bilik.Prosedur ini adalah lebih baik berbanding penyimpanan cecair cryogenic atau gastermampat dari aspek keselamatan, kuantiti dan jimat tenaga.• REE digunakan dalam bateri Ni-MH yang mana telah dipakai dalam kenderaanelektrik hibrid (contohnya: Toyota Prius) dan peralatan mudah alih.• Aluminium-skandanium aloi merupakan bahan yang sesuai untuk pembinaansederhana. Oleh kerana kekurangan sumber, kebanyakannya digunakan dalampenerbangan ketenteraan dan tidak digunapakai dalam penerbangan awam. Angererdll.[14] menganggarkan bekalan scandium kini pada 5 tan setiap tahun danmelaporkan sebuah projek perlombongan baru di Australia mensasarkan untukmembekalkan sebanyak 200 tan scandium oksida.Perkongsian penggunaan pasaran global bagi besi aloi dan bateri dari aspek jumlahpermintaan terhadap nadir bumi adalah sekitar 18% dari sudut kuantiti. Dari sudutnilai ekonomi adalah lebih sedikit iaitu sekitar 14%.3.3.7 Bateri Ni-MH48 |Bateri Ni-MH digunakan dalam kenderaan elektrik hibrid dan peralatan mudah alih.Selain nikel dan cobalt, ia mengandungi campuran lanthanum, cerium, neodymiumdan praseodymium. Campuran ini dikenali sebagai ‘mischmetal’.Pillot [15] menganggarkan pada tahun 2009 kenderaan elektrik hibrid sudah punmemiliki nilai perkongsian yang besar (57%) dalam kesemua penggunaan bateri Ni-Mh di pasaran dari sudut nilai berbanding peralatan lain (43%). Sejak kenderaan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!