30.07.2015 Views

Penilaian Semula Karya Formalisme dalam Rangka ... - Wacana Seni

Penilaian Semula Karya Formalisme dalam Rangka ... - Wacana Seni

Penilaian Semula Karya Formalisme dalam Rangka ... - Wacana Seni

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

78Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.10. 2011Russia yang lebih cenderung dipengaruhi oleh linguistik dan khususnya berminat pada ciptaan(alatan) formal yang digunakan oleh seniman avant garde yang revolusionari. 23 Selain itukritikan formalisme yang berkembang di Amerika pada tahun 1960-an yang dipopularkan olehClement Greenberg dan pengikut terkemudiannya seperti Michael Fried, Rosalind Krauss danSidney Tillim juga dianggap penting. Kumpulan ini mempromosikan teori mereka mengenaikeaslian media dan autoritinya. Mereka menolak diskripsi lirikal dan tafsiran kesusasteraan(pada seni) dan menggalakkan sistem analisis yang tertutup dan formal. Sokongan merekaadalah kepada abstraksi tulen kerana makna, isi dan simbolisme pada karya adalah ditafsirkansebagai asing dan tidak relevan (extraneous). Intensi, pendapat dan kepercayaan seniman jugatidak penting. 24Bagi Robert Atkins, 25 formalisme berasal daripada perkataan form iaitu kualiti 'formal' yangdiberikan oleh karya yang merujuk kepada elemen yang menjelmakan karya atau bentuknyaseperti rupa, saiz, struktur, skala, komposisi, warna dan lain-lain. Formalisme umumnyaadalah kepercayaan kepada kaedah artistik dan intepretatif yang menekankan kepada bentuk(form) berbanding isi (content). Ironinya bentuk dan isi adalah bersifat saling melengkapidalam setiap karya. Bagi Atkins, formalisme umumnya adalah berkaitan dengan seni modenyang khususnya berkaitan dengan tiga orang penemu teori seni iaitu Roger Fry, Clive Belldan Clement Greenberg. Pada awal abad ke-20 Bell dan Fry berusaha untuk mencipta sistemquasi-scientific berdasarkan kepada analisa visual ke atas kualiti formal karya berbandingmaksud pencipta dan fungsi sosialnya. Kecenderungan ini bertindak balas daripadakecenderungan awal para modernis yang berminat ke atas karya asing (khususnya cetakanJepun dan arca Afrika) yang dibawa ke dalam tradisi barat. Kaedah yang digunakan untukmenilai (formalisme) adalah bersifat penilaian rentas budaya dari tempat dan daerah yangberbeza. Ianya dilihat amat wajar dan universal. Formalisme telah mencapai klimaksnyamelalui pengkaryaan serta teori dan kritikan seni selepas Perang Dunia Kedua melaluipengaruh Clement Greenberg.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!