30.07.2015 Views

Manual Penulisan Akademik PPU - Program Persediaan Universiti ...

Manual Penulisan Akademik PPU - Program Persediaan Universiti ...

Manual Penulisan Akademik PPU - Program Persediaan Universiti ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITISMK SERI TANJONG, MELAKAMANUAL PENYELIDIKANKertas Projek dan Penulisan Ilmiah( untuk Pelajar PPU SMK Seri Tanjong, Melaka )

MANUAL PENYELIDIKANKaedah pelaksanaan kerja-kerja penyelidikan :Kaedah pelaksanaan penyelidikan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu :1. Penyelidikan Pertama : ( Tugasan Penulisan Ilmiah )Dijalankan secara individu. Tajuk penulisan atau penyelidikan adalah berdasarkankepada subjek/mata pelajaran yang diambil di sekolah masing-masing. Setiappelajar diwajibkan menyiapkan satu tugasan bagi setiap mata pelajaran pada setiapsemester.2. Penyelidikan Kedua : ( Kertas Projek Penyelidikan )Dijalankan secara berkumpulan antara 2 hingga 4 pelajar bagi setiap kumpulan dibawah seliaan seorang penyelia. Setiap kumpulan wajib menyediakan satu KertasProjek Penyelidikan selama tempoh pengajian 3 semester termasuk menghadirikelas, penyediaan proposal, penyelidikan dan pembentangan.Jadual Pelaksanaan Kertas Projek Penyelidikan Mengikut Semester :1. Semester 1 : ( 20 Minggu )i. Pengenalan dan Pendedahan Konsep Penulisan Iimiah : ( 8 Minggu )a) Pendedahan mengenai definisi Penulisan Ilmiah dan juga peneranganmengenai ciri-ciri, bentuk & jenis penulisan ilmiah.b) Pengenalan dan pendedahan kepada rujukan. Bagaimanakah hendakmembuat rujukan dan bagaimankah penulisan rujukan hendak dibuat.c) Pengenalan dan pendedahan mengenai format penulisan.

ii. Pelaksanaan Amali Penulisan Ilmiah : ( 6 Minggu )a) Mengenal pasti isu/masalahb) Mengenal pasti tajuk-tajuk berdasarkan tema tertentu yang telahditetapkanc) Mencari bahan-bahan untuk penulisan (perpustakaan/internet/dll)d) Latihan penulisane) Pembentanganiii.Penulisan Proposal : 6 Minggu( Pelajar dibahagikan kepada kumpulan mengikut penyelia masing-masing )a) Mengenal pasti isu/masalahb) Tinjauan literaturc) Metodologi kajiand) Methodologi kajian/teori dan praktikal2. Semester 2 : ( 20 Minggu )Pelaksanaan Kajian/Penyelidikana) Laporan kemajuan proposalb) Jadual kerja ( Carta Gantt )c) Pembentangan mengikut kumpulan seliaan3. Semester 3 : ( 20 Minggu )Kolokium :a) Pembentangan peringkat sekolahb) Pembentangan peringkat daerahc) Pembentangan peringkat negeriSetiap Kertas Projek Penyelidikan hendaklah ditulis antara 15 hingga 25 muka surat. Setiapkumpulan hendaklah menghantar Kertas Projek Penyelidikan ini pada minggu keduasemester 3.

Pelaksanaan Tugasan Penulisan Ilmiah :1. Setiap pelajar wajib menyiapkan satu tugasan bagi setiap mata pelajaran padasetiap semester.2. Panjang tugasan Individu adalah antara 1000 - 1500 patah perkataan.3. Penerangan dan pendedahan mengenai tugasan dilaksanakan semasa pengajarandan pembelajaran.4. Perbincangan pengisian tugasan pelajar dibuat semasa kelas tutorial dijalankan.5. Setiap tugasan yang diberikan hendaklah berdasarkan sukatan pelajaran yang diajardalam semester tersebut.6. Format Penulisan Tugasan mesti mengandungi item berikut;a) Tajukb) Pengenalanc) Isi Kandungand) Penutupe) Rujukan7. Semua tugasan hendaklah dihantar 3 minggu sebelum peperiksaan akhir setiapsemester.

TAKRIFAN DAN DEFINISI TUGASAN DAN PENYELIDIKAN1. Definisi Tugasan :Tugasan adalah satu bentuk penulisan ilmiah berdasarkan mata pelajaranyang diambil oleh pelajar. Tugasan ini hendaklah berdasarkan fakta/maklumat/isusemasa. Dalam tugasan ini, pelajar dilatih menulis menggunakan pelbagai sumberdan pengalaman sendiri. Isi kandungan tugasan mesti mengandungi tiga perkarapenting iaitu kesatuan idea, urutan idea dan penonjolan idea utama. Penekananharus diberikan kepada peralihan idea yang lancar dan seterusnya perkembanganidea yang dikemukakan mudah diikuti.2. Definisi Penyelidikan :Adalah usaha-usaha teratur yang dijalankan secara berperingkat bagi menghasilkansatu hasil yang jelas dan boleh diterima pembaca. Penyelidikan adalah prosesmengenal pasti masalah, meninjau faktor berkaitan melalui tinjauan literatur,menghasilkan hipotesis jika perlu, mewujudkan rekabentuk penyelidikan bagimeninjau masalah, memungut dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan.

1. Semester 1PERINCIAN PELAKSANAAN KERJA PROJEK PENYELIDIKANa) Pengenalan Penulisan Ilmiah :i. Definisiii. Ciri-ciri Penulisaniii. Bentuk-bentuk penulisanPelajar diberikan contoh-contoh penulisan seperti esei tutorial, artikal,manuskrip, kertas projek, tesis/desetasi.b) Rujukan :i. Sumber rujukan ( perpustakaan, dokumen, internet, tesis-tesis danjurnal)ii. Teknik membuat rujukan.iii. Teknik menulis rujukanc) Kandungan Penulisan :i. Tajukii. Abstrakiii. Penghargaaniv. Isi Kandungan :a) Pengenalanb) Latar belakangc) Pernyataan masalahd) Tajuk kajian (Objektif kajian & Persoalan kajian)e) Kepentingan kajianf) Batasan kajiang) Tinjauan literaturh) Metodologi kajian ( mengumpul data & menganalisis data)i) Dapatan kajian dan perbincanganj) Rumusan dan cadangank) Rujukanl) Lampiran

d) Format Penulisan :1. Kertas dan SaizGunakan kertas putih saiz A4 (210mm X 297mm) yang bermutu baikiaitu 80g/m2. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh di cetak.2. Birai (Margin)Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kirimestilah 4cm (untuk penjilidan) dan 2.5cm bagi birai atas, bawah dankanan. (semua maklumat termasuk muka surat mesti di dalam biraiyang telah ditetapkan)3. Penomboran Muka SuratSetiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusunberterusan. Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudutsebelah kanan iaitu 1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan.Penomboran muka surat mestilah seperti berikut :i. Bahagian permulaan projek ilmiah dicetak dengan nomborkecil roman secara berturutan seperti berikut,a) Muka surat (i) Tajukb) Muka surat (ii) Abstrakc) Muka surat (iii) Penghargaand) Muka surat (iv) Isi Kandungane) Muka surat (1,2,…..25) Pengenalan hingga rujukanf) Lampiran tiada muka surat4. Kaedah PenulisanPenulisan akademik hendaklah dicetak dengan menggunakan fontArial saiz 12. Jarak di antara dua baris teks ialah langkau dua. Hanyalangkau satu digunakan untuk :i. Petikan yang panjangii. Abstrakiii. Nota / Sumber /Petikaniv. Senarai rujukanSesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka suratmestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap.Sekiranya ianya perenggan akhir dalam satu muka surat danperenggan tersebut mempunyai kurang daripada dua baris yang

lengkap, perenggan tersebut hendaklah dimulakan pada muka suratyang baru. Tajuk dan pecahan tajuk perlu dinamakan dan digelapkan.Abjad pertama untuk pecahan tajuk hendaklah ditaip denganmenggunakan huruf besar kecuali untuk kata penghubung seperti di,dari, ke dan seumpamanya.5. Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan SumberFont untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu.Jarak Penaipan :Jarak yang digunakan hendaklah seperti berikut :i. Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5cmii. Jarak di antara bab dan tajuk bab ialah 4 jarak barisiii. Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarakbarisiv. Jarak di antara teks di baris akhir perenggan dan sub-tajukialah 4 jarak barisv. Jarak di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarakbarisvi. Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak barisvii. Nombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan biraikiriviii. Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajahialah 2 jarak baris.6. Jumlah PerkataanTeks projek ilmiah hendaklah antara 15 hingga 25 muka surat.Lampiran, jadual dan rajah tidak termasuk dalam jumlah muka surat.7. Penjilidan untuk PenyerahanPenulisan Ilmiah hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyaksatu (1) salinan asal.Muka HadapanMuka hadapan hendaklah mempunyai tajuk penulisan ilmiah, namaahli kumpulan, nama sekolah dan tahun penyerahan penulisan ilmiahdan hendaklah dicetak dengan huruf besar.

KONSEP PENULISAN ILMIAH1. Definisi Penulisan ilmiah :Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan ilmiah untukmempersembahkan sesuatu ide / konsep / kajian melibatkan penulis merujukkepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalahdan lain-lain dalam penulisannya.2. Ciri-ciri penulisan ilmiah :(a)(b)(c)(d)(e)(f)(g)(h)(i)(j)(k)Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alamkepada situasi yang spesifik.Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidakbersifat prejudis.Penulisan ilmiah bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secarasistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musababdan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi.Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak adakenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.Penulisan ilmiah tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalampenulisan ilmiah akan membiarkan fakta berbicara sendiri.Penulisan ilmiah tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan Berjayamengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif,argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yangberdiri/berbicara sendiri.Penulisan ilmiah tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akanmerosakkan tujuan penulisan ilmiah. Ia juga tidak akan melebih-lebihkansesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan dirisendiri.

BENTUK-PENTUK PENULISAN ILMIAH1. PenyelidikanPenyelidikan merangkumi proses mengenal pasti masalah, meninjau pembolehubahmelalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu, mewujudkan rekabentuk penyelidikan bagi meninjau masalah, memungut dan analisis data, danmenghasilkan kesimpulan berdasarkan perhubungan pemboleh ubah.2. Kajian TindakanPeninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah di mana guru itumengajar. Ini boleh dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau punmelibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama (teambasedinquiry) dengan memberi fokus terhadap amalan guru (teacher development)dan pembelajaran pelajar (student learning).3. Kajian KesMenyelidik fenomena sementara antara hubungan kehidupan sebenar, terutamaapabila sempadan di antara fenomena dan hubungan yang tidak jelas buktinya.4. ArtikelArtikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanyauntuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal5. Jurnal6. EseiJurnal merupakan terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara,profesion, atau bidang tertentu.Esei / Karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaianhasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasilpenelitian, pengamatan, ataupun peninjauan

7. Kertas ProjekKajian yang dilakukan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda8. TesisKajian yang dilakukan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana/ Master9. DisertasiKajian yang dilakukan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran

RUJUKANPenulisan Rujukan Kajian ilmiah hendaklah menggunakan , contoh Sistem Harvard.1. Rujukan Dalam TeksRujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan namaPengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah :i. Sekiranya pelajar menggunakan “pharaphasing” nama pengarang ditulissebahagian daripada teks, tahun penerbitan hendaklah ditulis dalamkurungan seperti berikut :Works by Yao (1993) have shown that in order to maintain the behaviourallink between the offsprings and their parents, the use of crossover operatorshould be avoided.ii. Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation), namapengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan muka surathendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut : ANN offers usefulproperties and capabilities such as non-linearity, inout and output mapping,adaptability and fault tolerance among others. (Haykin, 1990: 16)Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10 itallic, jarak1 baris antara barisan dan indent dipermulaan ayat.iii. Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarang tersebutperlu ditulis seperti berikut :In designing the model for non-linear system, the parsimonious principle(Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a non-linear model involvesan excessive number of parameters.Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to adaptivelycontrol Penicillin acylase fermentation.iv. Sekiranya terdapat lebih daripada tiga pengarang, selepas namapengarang yang pertama hendaklah ditulis et al. seperti berikut : The algorithmcan be calculated by applying Gram-Schmidt procedures as described byKorenberg et al. (1998)

v. Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di dalamtahun yang sama, abjad seperti a, b, c dan seterusnya hendaklah ditulis selepastahun penerbitan.Some of the basic principles widely used by many researchers are Lagrange-Euler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul, 1981), Newton-Euler(NE) equations (Luh et al., 1980a) and d’Alembert (G-D) equations (Lee etal.,1983). Luh et al. (1980b) presented an example of an acceleration controlof robot arm/manipulator.2. Senarai Rujukan :Semua rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam SenaraiRujukan. Senarai rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad.i. Sekiranya rujukan tersebut merupakan pengarang yang sama, susunanii.hendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, atikel yang ditulis olehPeden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusun sebelum atikelyang diterbitkan pada tahun 1999.Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklahdisusun mengikut pengarang yang pertama.Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai RujukanPenggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan :Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk namapengarang adalah seperti berikut :i. Nama Baratii.Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain.Contoh :nama : John Noick Pavlovic(dalam teks) ditulis : Pavlovic, J.N.(dalam teks) Pavlovic (tahun)Nama MelayuTuliskan nama penuh pengarangnya. Contoh :nama : Mohd Noor Bin Abdullah (dalamteks) Abdullah,M. N. (Tahun) ditulis :Abdullah, M.N., (Tahun),

iii. Nama Arab atau berunsur ArabTuliskan nama keluarganyaContoh :nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attasrujukan : Muhammad Naquib, S.A.teks : Muhammad Naquib (tahun)atau Tuliskan nama pengarang jika tiada nama keluarganyaContoh :nama : Malik ibn Anasditulis : Malik ibn Anasiv. Nama CinaMulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cinaterletak di depan nama.Contoh :nama : Tan Beng KeatRujukan : Tan, B. K.(dalam teks) Tan (Tahun)v. Nama IndiaTuliskan nama pengarangnya.Contoh :nama : Srinivasan Venkataramanditulis : Venkataraman, S.(dalam teks) Venkataraman (tahun)Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.Contoh :nama : S. N. Guptaditulis : Gupta, S.N.(dalam teks) Gupta (tahun)

3. Cara Penulisan :Cara yang perlu ditulis di dalam Senarai rujukan adalah seperti berikut :i. Satu dan beberapa pengarangContoh satu pengarang :Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems.New York : Gordon and Breach Science Publishers.Contoh dua atau beberapa pengarang :Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United Kingdom:Prentice Hall International Ltd.Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. Resolved-AccelerationControl of Mechanical Manipulators, IEEE Trans. Automatic Control. 25(3) : 468-474.ii.Penyunting / PenyusunContohKristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the worl. Surre :Fishing New Book.Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature usage.Chischester : Ellis Horwwod.iii.Penulis / Penyunting KorporatContohEngineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and scientificterms.New York : Engineers Council.American Chemical Society (Ed). 1978. Handbook for authors ofAmerican Chemical Society publications.Washington, D.C : AmericanChemical Society.

Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:(a) Buku :Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan :Pengisian.Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.AgendaKementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan KurikulumBersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. KualaLumpur: DBP.(b) Artikel dalam buku :Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in Schools: Reflections andEmpirical Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and Management.Boston: Allyn & Bacon. 73-91.(c) Artikel dalam jurnal :(d) Tesis :Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional ManagementBehavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For CurriculumImplementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya: DisertasiSarjana Pendidikan.(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan :Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja UntukMeningkatkan Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor : Kertaskerja tidak diterbitkan.

AMALI PENULISAN ILMIAH1. Mengenalpasti isuSatu isu merupakan satu hasil daripada sesuatu peristiwa yang telah wujud danmempunyai satu impak positif atau negatif kepada sesuatu program dan seharusnyadianalisis2. Tajuk1. Tajuk tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas;2. Tajuk tersebut cukup menarik terutama bagi penulis;3. Tajuk tersebut dikenal baik oleh penulis;4. Tajuk tersebut mempunyai bahan pendukung penulisan dan boleh diperolehserta cukup3. Tinjauan literaturSetiap kegiatan ilmiah, khususnya penulisan karya ilmiah selalu dimulai dengantinjauan literatur atau lazim juga disebut kajian kepustakaan. Literatur yang dicaridan dipelajari tentunya mengenai subjek yang telah ditentukan sebagai topikpenulisan. Tinjauan boleh dilakukan terhadap bahan ilmiah seperti buku, jurnal,artikel, kertas projek, tesis, disertasi, esei ilmiah dan lain-lain.4. Latihan Penulisan1. Tajuk bebas2. Mengikut format penulisan ilmiah3. Latihan penulisan ilmiah dilaksanakan selama 3 minggu4. Terhad 3 muka surat / 700 patah perkataan5. Pembentangan1. Menggunakan Power Point2. Persembahan berkesana. Latar belakangb. Tulisan / penggunaan hurufc. Warna tulisan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!