30.07.2015 Views

SMK Datuk Bendahara - Program Persediaan Universiti SMK Seri ...

SMK Datuk Bendahara - Program Persediaan Universiti SMK Seri ...

SMK Datuk Bendahara - Program Persediaan Universiti SMK Seri ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA,77000 JASIN, MELAKA.KOLOKIUM PELAJARPROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITINEGERI MELAKA 2011TAJUK:PERSEPSI AHLI-AHLI TENTANG KEBERKESANAN AKTIVITIBULAN SABIT MERAH <strong>SMK</strong> DATUK BENDAHARA, JASIN,MELAKA.KAJIAN DIJALANKAN OLEH:1. NOORAINAH BT MD SOM2. SEET SHAO LEONG3. NUR HIDAYU BT ABD SAMAD4. THIVAKARAN A/L ANANDARAJAH


JADUAL KANDUNGANmuka suratAbstrak ................................................................................................ i1.0 Pengenalan ............................................................................................. 11.1 Matlamat kajian ............................................................................... 11.2 Objektif kajian ................................................................................. 11.3 Persoalan kajian ............................................................................... 21.4 Kepentingan kajian ........................................................................... 2 - 31.5 Batasan kajian ................................................................................... 31.6 Definisi istilah ................................................................................... 32.0 Sorotan kajian ............................................................................................... 43.0 Metodologi kajian ......................................................................................... 53.1 Reka bentuk kajian ............................................................................ 53.2 Persampelan ....................................................................................... 53.3 Instrumen kajian ................................................................................. 5 - 63.4 Prosedur kajian ................................................................................... 63.5 Kaedah analisis data ........................................................................... 64.0 Perbincangan dapatan kajian .......................................................................... 74.1 Faktor ibu bapa ................................................................................... 84.2 Faktor guru ......................................................................................... 8 - 94.3 Faktor murid ...................................................................................... 9 - 105.0 Cadangan kajian ............................................................................................. 115.1 Cadangan untuk ibu bapa ................................................................... 115.2 Cadangan untuk guru penasihat ......................................................... 125.3 Cadangan untuk pentadbir ................................................................. 125.4 Cadangan kajian lanjutan ................................................................... 12Rujukan ...................................................................................................................... 13Lampiran 1 – Soal selidik kajian ............................................................................... 14


ABSTRAKTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi ahli-ahli BulanSabit Merah <strong>SMK</strong> <strong>Datuk</strong> <strong>Bendahara</strong> tentang keberkesanan aktiviti yang dijalankan.Subjekkajian terdiri daripada 120 ahli Bulan Sabit Merah dari tingkatan 3,4 dan 5. Borang soalselidik yang digunakan terdiri daripada 18 item tentang persepsi murid terhadap aktivitiBulan Sabit Merah. Item yang diberikan untuk mendapatkan respons daripada respondanberdasarkan tiga aspek iaitu penglibatan ibu bapa, guru penasihat dan murid. Kajian yangdijalankan adalah secara deskriptif. Secara keseluruhannya, keputusan kajian inimemperlihatkan bahawa faktor guru penasihat dan murid memainkan peranan dalamketidakberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah di sekolah ini.i


1.2.3 Mengenal pasti faktor keberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah darisudut pandangan murid berkaitan dengan sokongan ibu bapa.1.3 Persoalan kajianKajian ini dijalankan dalam kalangan murid-murid tingkatan 3, 4 dan 5yang menjadi ahli Bulan Sabit Merah. Maklum balas yang diterimadaripada murid-murid berkenaan akan memberi gambaran tentangkeberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah di Sekolah MenengahKebangsaan <strong>Datuk</strong> <strong>Bendahara</strong>, Jasin, Melaka. Kajian ini akanmenggambarkan persepsi murid tentang aktiviti Bulan Sabit Merah danperanan guru serta ibu bapa dari kaca mata ahli Bulan Sabit Merah.1.4 Kepentingan kajianKementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan aktiviti kokurikulumkhususnya aktiviti badan beruniform untuk menyemai dan memupukprisnsip, kaedah, dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid, disamping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi danmenghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid. Untuk mencapaihasrat ini, aktiviti badan beruniform di sekolah mestilah berkesan mencapaimatlamatnya.Kajian ini sangat bermakna kepada pengetua, unit kokurikulum yangdiketuai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru penasihat,dan ahli jawatankuasa Bulan Sabit Merah merangka dan menjana programdan aktiviti yang dapat memikat hati ahli-ahli mereka dan seterusnyamembantu merealisasikan visi dan misi sekolah.Selain itu, kajian ini juga penting kepada pengkaji dan penyelidik padamasa depan kerana kajian yang lebih menyeluruh di peringkat daerah dan2


negeri harus dijalankan. Kajian seumpama ini sudah pasti mengambil masayang lebih panjang. Walau bagaimanapun, usaha seumpama ini pentinguntuk memastikan aktiviti kokurikulum khususnya Bulan Sabit Merahdapat dijalankan secara berkesan.1.5 Batasan kajianKajian ini dijalankan dalam kalangan ahli-ahli Bulan Sabit Merah SekolahMenengah Kebangsaan <strong>Datuk</strong> <strong>Bendahara</strong>, Jasin, Melaka yang terdiridaripada murid-murid tingkatan 3, 4 dan 5.1.6 Definisi istilahDi bawah ini akan saya bincangkan beberapa istilah penting yang akandigunakan sepanjang penulisan kajian ini. Istilah-istilah berkenaan adalahseperti yang dinyatakan di bawah ini.1.6.1 PersepsiDalam Kamus Dewan edisi keempat persepsi bermakna gambaranatau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu); pandangan;tanggapan.1.6.2 Bulan Sabit MerahBulan Sabit Merah merupakan salah satu badan beruniform yangterdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasartertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Pertolongan cemas dan kawadkaki merupakan antara komponen utama yang diajar dalam BulanSabit Merah.3


2.0 Sorotan KajianDalam bahagian ini, saya akan membentangkan beberapa pandangan dan kajianyang mempunyai hubungan yang erat dengan bidang yang dikaji.Mohd Suzli Bin Abdullah, 1997 dalam kajiannya yang bertajuk, “Permaslaahandalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam KelantanDaerah Pasir Mas” menyatakan bahawa faktor kewangan, kemudahan peralatanyang tidak mencukupi dan penglibatan guru sebagai faktor murid kurang berminatdalam aktiviti kokurikulum. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum disekolah agama di daerah Pasir Mas. Dalam kajian ini, 7 orang pengetua, 70 orangguru kokurikulum dan 280 orang murid telah menjadi sampel kajian ini. Daripadakajian ini didapati bahawa sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalahkewangan, kemudahan peralatan yang tidak mencukupi, di samping guru penasihatyang kurang berkemahiran dalam aktiviti kokurikulum.Ahmad Bin Ismail, 1998 telah membuat kajian yang bertajuk, “Hubungankokurikulum dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar perempuan”.Tujuan utama kajian ini adalah untuk mencari penglibatan pelajar perempuandalam kegiatan kokurikulum, faktor yang mendorong murid perempuan aktifdalam kegiatan kokurikulum, dan membandingkan standard pencapaian akademikmurid perempuan yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan mereka yangtidak aktif dalam kegiatan kokurikulum. Seramai 237 orang murid dari SekolahMenengah Kebangsaan Sultanah Asma dipilih sebagai respondan. Mereka dimintauntuk menjawab soal selidik tentang personaliti mereka khususnya latar belakangkeluarga dan juga tahap penglibatan mereka dalam kokurikulum. Dapatanmenunjukkan bahawa ada perbezaan yang signifikan antara murid yang aktifdalam kegiatan kokurikulum dengan mereka yang tidak aktif dalam aktiviti itu.Terdapat juga perbezaan dalam pencapaian akademik antara atlet yang tinggal diasrama sekolah dengan atlet yang tidak menetap di asrama sekolah. Namun, tiadaperbezaan dalam pencapaian akademik antara atlet daripada keluarga yangberpendapatan rendah dengan kumpulan atlet daripada keluarga yangberpendapatan tinggi.4


3.0 Metodologi Kajian3.1 Reka bentuk kajianOppenhan (1996) menyatakan bahawa fungsi reka bentuk kajian adalahuntuk membantu pengkaji mendapatkan jawapan yang jelas terhadapmasalah kajian. Kerlinger (1970) menyatakan salah satu tujuanmenyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepadapersoalan-persoalan kajian. Reka bentuk kajian ini akan membimbingpengkaji ke arah mendapatkan maklumat dan data berhubung dengantujuan kajian dijalankan.Kami telah menggunakan reka bentuk deskriptif untuk menjalankan kajianini. Reka bentuk deskriptif ini membolehkan kami membuat kajian danmenemukan fakta tentang persepsi murid-murid berkaitan dengankeberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah di sekolah ini. Reka bentuk inijuga membolehkan kami menemui sebab-sebab murid-murid meminati ataumenjauhi aktiviti Bulan Sabit Merah.3.2 PersampelanPopulasi kajian ini terdiri daripada 120 orang murid dari tingkatan 3, 4,dan 5 yang merupakan ahli Bulan Sabit Merah sekolah ini. Dalam kajianini sampel yang dipilih adalah secara rawak.3.3 Instrumen kajianSoal selidik kajian ini telah diubahsuai daripada instrumen yang digunakanoleh Mohd Suzli Bin Abdullah(1997).5


Instrumen kajian ini mengandungi 18 item yang berkaitan dengan aktivitiBulan Sabit Merah dan hubungannya dengan penglibatan murid, guru danibu bapa.Kedudukan skor adalah seperti berikut:5 Sangat Setuju4 Setuju3 Kurang Setuju2 Tidak Setuju1 Sangat Tidak SetujuSoal selidik ini merupakan item pangkalan Likert. Setiap item dijawabdengan menandakan satu daripada pilihan jawapan antara Sangat Setuju,Setuju , Kurang Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.3.4 Prosedur kajianKajian dijalankan oleh kumpulan kami yang terdiri daripada empat orang.Kami telah memperoleh kebenaran daripada tuan pengetua untukmenjalankan kajian ini dalam kalangan ahli-ahli Bulan Sabit Merah disekolah ini. Kajian ini telah dijalankan pada 19 April 2011 bertempat didewan sekolah jam 3.00 petang. Kami telah memilih 120 orang ahli BulanSabit Merah secara rawak dan respondan ini dikumpulkan di dewansekolah. Soal selidik telah kami tadbirkan dengan pengawasan gurupenasihat kami.3.5 Kaedah analisis dataKumpulan pengkaji akan menyemak semua data yang diperoleh melaluisoal selidik terlebih dahulu agar semua arahan yang diberikan diikutidengan betul. Data yang diperoleh akan diproses dengan menggunakankaedah mencari Min.6


4.0 Perbincangan dapatan kajianBerikut ialah analisis soal selidik yang ditadbirkan dalam kalangan ahli-ahli BulanSabit Merah di sekolah kami:KodFaktorKF1KF 2KF 3KF 4KF 5KF 6KF 7KF 8KF 9KF 10KF 11KF 12KF 13KF 14KF 15KF 16KF 17KF 18PerkaranSkala -1 2 3 4 5Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membosankan.120 2 8 86 14 10 3.18 KSIbu bapa menyedari kepentingan aktiviti Bulan SabitMerah untuk saya.120 14 12 10 72 12 3.47 SAktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membuangmasa.120 4 6 78 20 12 3.25 KSPenglibatan dalam Bulan Sabit Merah menjanjikanmasa depan yang cerah.120 2 8 16 82 12 3.78 SSaya malas mengambil bahagian dalam aktiviti BulanSabit Merah.120 2 4 88 14 12 3.25 KSIbu bapa memberi galakan untuk menceburi aktivitiBulan Sabit Merah.120 0 14 12 76 18 3.82 SPenglibatan dalam aktiviti Bulan Sabit Merahmenjejaskan prestasi pembelajaran.120 92 8 12 8 0 1.47 STSGuru-guru Bulan Sabit Merah berkemahiranmengendalikan aktiviti.120 9 9 75 12 15 3.13 KSIbu bapa kurang memberi galakan kepada saya untukmenyertai aktiviti Bulan Sabit Merah .120 24 65 18 8 5 2.21 TSSaya aktif mengambil bahagian dalam aktiviti BulanSabit Merah .12012 35 58 11 4 2.67KSGuru-guru Bulan Sabit Merah kurang mahirmengendalikan aktiviti Bulan Sabit Merah .120 4 9 11 22 74 4.28 SSIbu bapa kurang menyedari kepentingan aktiviti BulanSabit Merah untuk saya.120 12 84 14 8 2 2.20 TSAktiviti Bulan Sabit Merah tidak menjanjikan masadepan saya sebagai murid.120 14 82 11 7 6 2.24 TSAktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini sangatmenarik.120 7 15 78 12 8 2.99 KSBilangan ahli Bulan Sabit Merah terlalu ramaisedangkan bilangan guru penasihat kecil.120 1 5 18 18 78 4.39 SSAktiviti Bulan Sabit Merah membantu prosespembelajaran saya.120 5 15 80 14 6 3.01 KSBilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah cukupuntuk mengendalikan aktiviti.120 82 28 8 2 0 1.42 STSAktiviti Bulan Sabit Merah sangat berfaedah kepadasaya sebagai murid.1201 5 16 83 15 3.88SXTAHAP1 = STS 2 = TS 3 = KS 4 = S 5 = SSJulat min: 1.00 - 1.80 (STS)1.81 - 2.60 (TS)2.61 - 3.40 (KS)3.41 - 4.20 (S)4.21 - 5.00 (SS)7


4.1 Faktor ibu bapa4.1.1 Berdasarkan item KF2 dan KF12, respondan menyatakan bahawaibu bapa menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah untukmereka. Untuk item KF2, skor Min ialah 3.47, iaitu rata-ratanyamereka bersetuju bahawa ibu bapa menyedari kepentingan aktivitiBadan Beruniform ini untuk mereka, manakala skor Min untukKF12 ialah 2.20, iaitu mereka tidak bersetuju bahawa ibu bapakurang menyedari kepentingan aktiviti ini untuk mereka.4.1.2 Berdasarkan item KF6 dan KF9, respondan menyatakan bahawa ibubapa memberi galakan untuk menceburi aktiviti Bulan Sabit Merah.Untuk item KF6, skor Min ialah 3.82, iaitu rata-rata murid bersetujubahawa ibu bapa memberi galakan, manakala skor Min untuk KF9ialah 2.21, iaitu murid tidak bersetuju bahawa ibu bapa kurangmemberi galakan untuk menceburi aktiviti Bulan Sabit Merah.4.1.3 Kesimpulan:Hal ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa bukan faktorpenghalang dalam hal penglibatan murid dalam aktiviti ini.4.2 Faktor Guru4.2.1 Berdasarkan item KF8 dan KF11, respondan menyatakan bahawaguru-guru penasihat Bulan Sabit Merah kurang mahir dalammengendalikan aktiviti Bulan Sabit Merah. Untuk item KF8, skorMin ialah 3.13, iaitu respondan kurang bersetuju bahawa guru-guruBulan Sabit Merah berkemahiran mengendalikan aktiviti, manakalaskor Min untuk KF11 ialah 4.28, iaitu mereka sangat setuju bahawaguru-guru penasihat Bulan Sabit Merah kurang mahirmengendalikan aktiviti Bulan Sabit Merah.8


4.2.2 Berdasarkan item KF15 dan KF17, respondan menyatakan bahawabilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah tidak mencukupi untukmengendalikan aktiviti berbanding dengan bilangan ahli yangramai. Untuk item KF15, skor Min ialah 4.39, iaitu respondanberpendapat bahawa bilangan ahli Bulan Sabit Merah terlalu ramaisedangkan bilangan guru penasihat kecil, manakala skor Min untukKF17 ialah 1.42, iaitu respondan sanagat tidak setuju bahawabilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah cukup untukmengendalikan aktiviti.4.2.3 Kesimpulan:Bilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah yang tidak seimbangdengan bilangan ahli dan faktor guru-guru penasihat Bulan SabitMerah yang kurang berkemahiran dalam mengendalikan aktivitidianggap sebagai faktor yang menyebabkan murid tidak meminatiaktiviti Bulan Sabit Merah.4.3 Faktor Murid4.3.1 Berdasarkan item KF1 dan KF14, respondan menyatakan bahawaaktiviti Bulan Sabit Merah kurang menarik. Untuk item KF1, skorMin ialah 3.18, iaitu respondan kurang bersetuju bahawa aktivitiBulan Sabit Merah sekolah ini membosankan. Untuk item KF14,skor Min ialah 2.99, iaitu respondan kurang bersetuju bahawaaktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini sangat menarik.4.3.2 Berdasarkan item KF3 dan KF18, respondan menyatakan bahawaaktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini berfaedah kepada mereka.Untuk item KF3, skor Min ialah 3.25, iaitu mereka kurang bersetujubahawa aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membuang masa,9


manakal skor Min untuk KF18 ialah 3.88, iaitu respondanmenyatakan bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah sangat berfaedahkepada mereka.4.3.3 Berdasarkan item KF4 dan KF13, respondan menyatakan bahawaaktiviti Bulan Sabit Merah menjanjikan masa depan yang cerah.Untuk item KF4, skor Min ialah 3.78, iaitu respondan bersetujubahawa penglibatan mereka dalam Bulan Sabit Merah menjanjikanmasa depan yang cerah, sementara untuk item KF13, skor Minnyaialah 2.24, iaitu mereka tidak bersetuju bahawa aktiviti Bulan SabitMerah tidak menjanjikan masa depan mereka.4.3.4 Berdasarkan item KF5 dan KF10, respondan menyatakan bahawamereka sekadar mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan SabitMerah. Untuk item KF5, skor Min ialah 3.25, iaitu mereka kurangbersetuju bahawa faktor malas menyebabkan mereka kurangmengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah. Untuk itemKF10, skor Min ialah 2.67, iaitu respondan kurang bersetujubahawa mereka aktif mengambil bahagian dalam aktiviti BulanSabit Merah.4.3.5 Berdasarkan item KF7 dan KF16, respondan menyatakan bahawaaktiviti Bulan Sabit Merah membantu proses pembelajaran mereka.Untuk item KF7, skor Minnya ialah 1.47, iaitu respondan sangattidak bersetuju bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti BulanSabit Merah menjejaskan prestasi pembelajaran mereka, manakalaskor Min KF16 ialah 3.01, iaitu respondan kurang bersetuju bahawaaktiviti Bulan Sabit Merah membantu proses pembelajaran mereka.10


4.3.6 Kesimpulan:Para respondan berpendapat bahawa aktiviti Bulan Sabit Merahsekolah ini tidak menarik. Selain itu, juga didapati bahawa merekasekadar mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merahkerana aktiviti yang dijalankan tidak dapat memikat hati mereka.Mereka menyedari bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah menjanjikanmasa depan mereka dan juga membantu dalam prosespembelajaran. Namun begitu, mereka kurang meminati aktiviti ini.Dalam hal ini, ahli jawatankuasa Bulan Sabit Merah dan gurupenasihat didapati tidak prihatin dengan kehendak ahli-ahli mereka.5.0 Cadangan kajianBerdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, beberapa cadangan seperti dibawah adalah dikemukakan untuk memantapkan keberkesanan aktiviti Bulan SabitMerah sekolah ini.5.1 Cadangan untuk ibu bapaHasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa menyedari kepentingan aktivitiBulan Sabit Merah dan ibu bapa bertindak sebagai pendorong kepada anakmereka untuk menyertai aktiviti Bulan Sabit Merah. Walau bagaimanapunadalah diharapkan ibu bapa akan terus memberi sokongan dan doronganagar anak-anak terus giat dalam kegiatan Bulan Sabit Merah. Dalam hal ini,PIBG sekolah ini turut memainkan peranan dalam mendapatkan sokonganmereka.11


5.2 Cadangan untuk guru penasihatGuru penasihat Bulan Sabit Merah perlu sentiasa meningkatkan kemahiranmereka dalam mengendalikan aktiviti badan beruniform ini. Mereka jugaperlu kreatif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Bulan SabitMerah supaya dapat memikat hati para ahlinya. Sekiranya ada peluang,mereka sepatutnya menghadiri kursus yang berkaitan dengan aktiviti BulanSabit Merah.5.3 Cadangan untuk pentadbirPentadbir sekolah harus memantau aktiviti Bulan Sabit Merah danmemastikan aktiviti Bulan Sabit Merah berjalan dengan lancar. Merekajuga seharusnya memastikan bahawa guru penasihat yang dilantikmerupakan mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan minatdalam Bulan Sabit Merah. Pentadbir juga boleh mendapatkan kerjasamadaripada guru-guru penasihat Bulan Sabit Merah dari sekolah berhampiranuntuk menjayakan program keilmuan untuk guru penasihat yang kurangpengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan aktiviti Bulan SabitMerah. Pentadbir juga seharusnya memberi insentif untuk guru penasihatBulan Sabit Merah yang membimbing pasukannya sehingga mencapaiprestasi yang cemerlang di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.5.4 Cadangan kajian lanjutanDengan ini dicadangkan agar satu kajian yang lebih mendalam dijalankanuntuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam melaksanakan aktivitiBulan Sabit Merah di peringkat daerah dan negeri. Dengan ini kita dapatmenghasilkan penemuan yang mempunyai keesahan yang lebih tinggi lagitepat.12


RujukanAhmad B Ismail, 1998. Hubungan kokurikulum dan pencapaian akademik dalam kalanganpelajar perempuan.Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.Mohd Suzli B Abdullah, 1997. Permasalahan dalam aktiviti kokurikulum di sekolahmenengah agama Yayasan Islam Kelantan, Daerah Pasir Mas.Zulkeflee Daud, 2003. Panduan kokurikulum – akademik dan bukan akademik. JPM,Melaka.13


Soal SelidikLampiran 1Terima kasih kerana menyertai kajian ini. Saudara / saudari tidak perlu menulis nama.Semua maklumat saudara / saudari adalah rahsia dan tidak akan dihebahkan kepadasesiapa pun. Semua maklumat akan diproses secara berkumpulan melalui komputer untuktujuan akademik semata-mata. Kerjasama saudara / saudari amat dihargai.Arahan:Sila baca dengan teliti setiap kenyataan di bawah.Fikir dan amati sama ada kenyataan itu benar mengikut pendapat anda sendiri.Sila tandakan (/) pada pilihan anda.1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4.Setuju 5. Sangat SetujuKodFaktorKF 1KF 2KF 3KF 4KF 5KF 6KF 7KF 8FaktorAktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membosankan.Ibu bapa menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah untuk saya.Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membuang masa.Penglibatan dalam Bulan Sabit Merah menjanjikan masa depan yang cerah.Saya malas mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah.Ibu bapa memberi galakan untuk menceburi aktiviti Bulan Sabit Merah.Penglibatan dalam aktiviti Bulan Sabit Merah menjejaskan prestasi pembelajaran.Guru-guru Bulan Sabit Merah berkemahiran mengendalikan aktiviti.Penilaian1 2 3 4 5KF 9 Ibu bapa kurang memberi galakan untuk menyertai aktiviti Bulan Sabit Merah .KF 10 Saya aktif mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah .KF 11KF 12KF 13KF 14KF 15KF 16KF 17KF 18Guru-guru Bulan Sabit Merah kurang mahir mengendalikan aktiviti Bulan SabitMerah .Ibu bapa kurang menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah untuk saya.Aktiviti Bulan Sabit Merah tidak menjanjikan masa depan saya sebagai murid.Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini sangat menarik.Bilangan ahli Bulan Sabit Merah terlalu ramai sedangkan bilangan guru penasihatkecil.Aktiviti Bulan Sabit Merah membantu proses pembelajaran saya.Bilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah cukup untuk mengendalikan aktiviti.Aktiviti Bulan Sabit Merah sangat berfaedah kepada saya sebagai murid.14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!