08.09.2016 Views

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

c. Kenduri Tolak Bala.

Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung,

dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk

membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya

kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di

mana-mana jua dengan syarat :-

i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis

tersebut

ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis

itu.

d. Upacara Persandingan.

Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu

di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang

memuja Dewa Rama dan Dewi Sita.

Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam

sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai

pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini di arak dan di sanjung serta di puja

sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita, dengan sebab

itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!