08.09.2016 Views

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Suatu ketika, apabila suatu klip video yang tersebar di internet mengenai seksa kubur

dengan mayat yang meraung kesakitan akibat terseksa hebat, menjadi heboh seketika,

sehingga Kementerian Pelajaran melarang klip video itu ditayangkan atas alasan

menakutkan kanak-kanak. Lalu ia diberhentikan serta merta.

Anehnya, apabila sesuatu yang berhubung dengan alam kubur, sedangkan seksa kubur itu

benar dan wajib diimani, kesannya baik dan positif dari segi hukum syarak, malangnya

diberhentikan tayangan atas alasan ia menakutkan.

Apakah tidak baik untuk kanak-kanak atau masyarakat umumnya, takut kepada seksa

kubur yang pasti berlaku? Pada saya bagi orang Islam, wajib ditanamkan pada minda

mereka bahawa seksa kubur sedang menunggu anda, yang fasik, berakhlak sumbang,

berzina, mencuri atau merompak, yang meminum arak, akan menghadapi seksa kubur

tersebut.

Dengannya akan terdidik semua kepada mencintai kebaikan dan menjauhi keburukan,

bagi mengelak seksa kubur.

Apakah alasan tidak boleh ditayangkan kerana menakutkan hanya kepada hal-hal

keagamaan yang mendidik ke arah kebaikan, sedangkan cerita-cerita tahyul tadi

direkaciptakan, ia menakutkan, tetapi oleh kerana tiada kaitan dengan agama, ia

dibolehkan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!