20.10.2016 Views

AR_paklan19_10_2016small

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kebitaraan Hal Ehwal

Pelajar dan ALUMNI

PENGUASAAN KEMAHIRAN

INSANIAH

Universiti sedar bahawa pelajar perlu

dipupuk dengan pelbagai kemahiran

insaniah sebagai nilai tambah

kepada pencapaian akademik. Untuk

merealisasikan hasrat tersebut, universiti

secara berterusan menganjurkan

pelbagai program dan aktiviti yang

dapat menyediakan peluang kepada

pelajar untuk menimba pengalaman

dan meneroka ilmu baharu melalui

pelbagai kemahiran insaniah sebagai

nilai tambah bagi mereka.

Kemahiran insaniah merujuk kepada

ciri keperibadian, daya tarik sosial,

keupayaan berbahasa, norma

peribadi, sikap kepekaan atau

kepedulian serta sikap optimis pelajar.

Ia menjadi pelengkap kepada

kemahiran lahiriah (hard skills), iaitu

kemahiran yang berkaitan keupayaan

teknikal dalam pekerjaan dan ilmu

yang berkait rapat dengan sistem

terkini. Pendedahan dan penerapan

kualiti peribadi, keterampilan

interpersonal, daya kepemimpinan,

kemampuan berunding serta

berupaya melaksanakan kerja dalam

pelbagai situasi dan ragam sangat

penting dalam melahirkan pelajar

yang mempunyai nilai tambah diri

dan kebolehpasaran mereka untuk

mendapatkan pekerjaan.

Hasil penilaian membuktikan bahawa

kemahiran insaniah pelajar UPM

berada pada tahap yang cukup

membanggakan dengan mencatatkan

peningkatan pencapaian keseluruhan

sebanyak 87.24 peratus berbanding

dengan 86.52 peratus pada 2014

yang melibatkan penilaian terhadap

3,395 orang pelajar. Aspek kemahiran

insaniah yang dinilai ialah Kemahiran

Berkomunikasi (CS), Pemikiran Kritis

dan Penyelesaian Masalah (CTPS),

Kemahiran Kerja Berpasukan (TS),

Pembelajaran Sepanjang Hayat

(LL), Kemahiran Keusahawanan (KK),

Etika dan Nilai Profesionalisme (EM),

dan Kemahiran Kepemimpinan (LS).

Maklumat rinci pencapaian adalah

seperti Jadual 37.

Jadual 37: Perbandingan Pencapaian Kemahiran Insaniah Pelajar UPM 2014

dan 2015

Perkara

Pencapaian

Pelajar 2014

Pencapaian

Pelajar 2015

Kemahiran Berkomunikasi (CS) 86.71 88.06

Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah (CTPS) 85.22 84.45

Kemahiran Kerja Berpasukan (TS) 87.21 87.12

Pembelajaran Sepanjang Hayat (LL) 86.00 88.69

Kemahiran Keusahawanan (KK) 85.88 85.62

Etika dan Nilai Profesionalisme (EM) 87.44 90.45

Kemahiran Kepemimpinan (LS) 87.17 86.27

Jumlah Purata 86.52 87.24

Hasil penilaian

membuktikan

bahawa kemahiran

insaniah pelajar

UPM berada pada

tahap yang cukup

membanggakan

dengan mencatatkan

peningkatan

pencapaian

keseluruhan sebanyak

87.24 PERATUS

berbanding dengan

86.52 PERATUS

pada 2014 yang

melibatkan penilaian

terhadap 3,395

orang pelajar.

115

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!