20.10.2016 Views

AR_paklan19_10_2016small

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laporan Tahunan UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

KERJAYA, KEUSAHAWANAN DAN

KEBOLEHPASARAN GRADUAT

Walaupun peranan dan fungsi utama

universiti adalah menjurus ke arah

menyediakan peluang untuk menimba

ilmu pengetahuan serta membuka

ruang kepada mahasiswa untuk

mengasah bakat dan kemahiran

insaniah yang diperlukan, namun,

universiti tidak pernah mengabaikan

tanggungjawab sosialnya untuk

membantu meningkatkan tahap

kebolehpasaran graduan yang

dikeluarkannya. Hal ini penting kerana

antara kayu ukur kecemerlangan

sesebuah universiti ialah aspek kadar

kebolehpasaran graduat. Masyarakat,

terutamanya ibu bapa dan juga

negara secara umumnya meletakkan

harapan yang menggunung kepada

universiti agar dapat membentuk

dan melahirkan modal insan yang

diperlukan untuk memacu kemajuan

negara dalam pelbagai aspek.

Pihak industri dan majikan pula

mengharapkan universiti mampu

menggilap bakat para graduat supaya

sentiasa memenuhi kehendak pasaran

semasa.

tersebut dan sebanyak 3,000 peluang

pekerjaan telah ditawarkan kepada

3,000 pelajar yang telah mengambil

bahagian dalam program tersebut.

Dalam pada itu, dengan menyedari

hakikat senario global tentang

peluang pekerjaan yang tidak

begitu memberangsangkan, UPM

juga berusaha secara berterusan

untuk menjanakan usahawan siswa

dengan pelbagai inisiatif dan

galakan. Antaranya, pihak universiti

menyediakan peluang perniagaan

kepada pelajar melalui penyediaan

ruang perniagaan seperti PutraNiaga@

Kiosk, Putrabiz@Kiosk dan Putrabiz@

Stall. Di samping itu, universiti juga

turut memberikan ruang dan peluang

kepada pelajar melalui Putraniaga@

bazaar. Pelajar boleh mendapatkan

peluang perniagaan dalam kampus.

Sebagai usaha berterusan dan

mara ke hadapan, universiti juga

menyediakan peluang dan ruang

perniagaan kepada pelajar melalui

Putrabiz@Enterprise. Sepanjang 2015,

sebanyak 63 pelajar telah berdaftar

dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM), di samping 9,089 orang

pelajar telah diberikan pendedahan/

pembudayaan keusahawan yang

berstruktur sepanjang 2015. Ini ialah satu

kejayaan yang cukup membanggakan

dan sekali gus membuktikan betapa

budaya keusahawanan semakin subur

dalam kalangan pelajar UPM.

Sepanjang 2015, beberapa kejayaan

telah diperoleh oleh pelajar dalam

bidang keusahawanan. Antaranya,

pasukan UPM telah berjaya

memenangi dua anugerah program

‘MIT Global Startup Lab 2015’, iaitu

“Audience Choice Award” dan “Best

Project Award”. UPM juga telah

melancarkan “Buku Bersama Membina

Usahawan Siswa” yang mengandungi

butiran pelajar UPM yang melibatkan

diri dalam bidang keusahawanan

sepanjang 2015.

Justeru, kadar kebolehpasaran

graduat terus menjadi indikator utama

kecemerlangan sesebuah universiti.

Statistik kajian pengesanan graduat

termasuk kajian susulan menunjukkan

bahawa 83.1 peratus graduat UPM

mendapat pekerjaan pada 2015

berbanding dengan 82.2 peratus

pada 2014. Pencapaian ini merupakan

hasil inisiatif universiti melalui beberapa

program yang berimpak tinggi, yang

membuka peluang penerokaan

pengalaman dan pendedahan

kerjaya kepada bakal graduat.

Antaranya, penganjuran CEM Expo

2015. Sebanyak 60 buah syarikat telah

menjalinkan kerjasama dalam program

122

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!