20.10.2016 Views

AR_paklan19_10_2016small

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laporan Tahunan UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

kedudukan 45 terbaik dunia, ke-7

terbaik di Asia dan yang terbaik di

Asia Tenggara.

• Inisiatif Pertanian Bandaran

sebagai wadah menyumbang

bakti kepada masyarakat

berasaskan kepentingan sekuriti

makanan dan kepentingan

jaminan bekalan makanan dalam

konteks pembangunan negara.

• Peningkatan potensi dan

keupayaan Putra Massive Open

Online Course (PutraMOOC)

inisiatif bersepadu dan terangkum

bagi pengalaman pembelajaran

terkini kepada komuniti global dan

masyarakat Malaysia.

• Hospital Veterinar Universiti diiktiraf

sebagai hospital pengajaran

ulung veterinar di Malaysia dan

meningkatkan peranan UPM

sebagai pusat rujukan veterinar

bukan sahaja di Malaysia tetapi

juga di rantau Asia.

• Kejayaan warga universiti

tersenarai dalam Malaysia’s

Rising Star Award dan penerima

Anugerah Merdeka melibatkan

dua penyelidik UPM yang diiktiraf

oleh kerajaan atas kejayaan

menghasilkan artikel yang

menerima sitasi penerbitan 1%

tertinggi (top 1%) dunia, Manakala

Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah

Mohd Yusof sebagai penerima

sulung UPM bagi Anugerah

Merdeka.

• Kecemerlangan atlet UPM dalam

sukan peringkat antarabangsa

hasil kejayaan kerjasama strategik

pembangunan sukan negara,

mendaya upaya potensi atlet

bagi kecemerlangan akademik

dengan Majlis Sukan Negara.

PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN

UPM terus menjadi pilihan pelajar untuk

melanjutkan pengajian pada peringkat

prasiswazah dan pascasiswazah.

Program pascasiswazah merekodkan

sebanyak 3,361 pelajar baharu dengan

897 merupakan pelajar antarabangsa.

Manakala bagi program prasiswazah,

sebanyak 4,926 dengan 193

merupakan pelajar antarabangsa.

Terdapat sedikit penurunan daripada

bilangan pelajar antarabangsa yang

terkesan akibat faktor ekonomi serta

pengukuhan aspek keselamatan pada

peringkat global. Namun, universiti terus

berusaha meningkatkan pengalaman

antarabangsa pelajar melalui pelbagai

inisiatif lain seperti program dwiijazah

dan ijazah berkembar dengan

kerjasama universiti luar negara.

• Penubuhan laboratori penyelidikan

cemerlang LabEx (Laboratoire d’

Excellence) bidang Sustainable

Tropical Agriculture and Food

Systems (STAFS) dengan kerjasama

Agropolis International, iaitu

sebuah institusi penyelidikan

terkemuka Perancis. STAFS

merupakan institusi akademik

pertama dari benua Asia di bawah

Agropolis International.

• Perekayasaan daya keusahawanan

pelajar melalui kejayaan projek

Inkubasi Usahawan Tani. Inisiatif

ini sebagai wadah transformasi

graduan menceburi bidang

perniagaan berasaskan pertanian

dengan jayanya.

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!