20.10.2016 Views

AR_paklan19_10_2016small

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGURUSAN AUDIT DALAM

KEUSAHAWANAN

UPM beriltizam untuk

menggalakkan,

membudayakan dan

memperkasakan aktiviti

keusahawanan dalam

kalangan warga Universiti

untuk melahirkan modal insan

yang berkualiti, mempunyai

nilai keusahawanan yang

tinggi dan berupaya

melonjakkan pencapaian

sosial dan ekonomi.

PENYELIDIKAN

Polisi Penyelidikan UPM

berperanan sebagai asas

untuk menggalakkan budaya

penyelidikan. Ia bertindak

sebagai sistem jaminan

kualiti bagi meningkatkan

piawaian amalan penyelidikan

dengan mendefinisikan dan

penyebaran makna kualiti.

Polisi ini adalah salah satu

mekanisme untuk memastikan

bahawa piawaian dipatuhi.

Bahagian Audit Dalam UPM adalah

bertanggungjawab ke atas fungsi

pengauditan kewangan dan prestasi di UPM

di samping bertindak sebagai penghubung

untuk audit penyata kewangan dan audit

prestasi oleh Jabatan Audit Negara.

Audit Dalam UPM menyediakan pendapat

bebas kepada para Lembaga Pengarah

UPM (melalui Jawatankuasa Audit) tentang

proses, pendedahan risiko dan sistem

kawalan dalaman UPM termasuk:

• Memberikan penilaian, analisis,

cadangan dan pandangan yang

bebas berkaitan dengan penilaian

ke atas risiko yang dihadapi;

• Kenal pasti dan pelaksanaan

memperbaiki kawalan dalaman;

• Menambah nilai ke atas sesuatu

proses atau fungsi dengan

menambah kadar kecekapan dan

keberkesanan sesuatu fungsi; dan

• Memastikan arahan dan peraturan

yang telah ditetapkan dipatuhi.

Audit Dalam UPM adalah ahli korporat

Institut Juruaudit Dalaman Malaysia dan

pengauditan adalah merujuk kepada

panduan Standard Antarabangsa

untuk amalan profesional Audit Dalam

(Standard) dalam amalan pengauditan

semasa. Standard ini merangkumi

skop tugasan, prestasi tugas audit dan

pengurusan aktiviti Audit Dalam.

vii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!