13.05.2018 Views

NOTISDANARAHANMENGENAIPEPERIKSAANAKHIRSARJANAMUDASEMII2017.2018 (3)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

d) Gred TL boleh diberi kepada kursus projek tahun akhir (PITA), kursus

Latihan Industri yang dijalankan pada cuti antara semester dan kes-kes

khas. Bagi kursus Latihan Industri yang dijalankan dalam semester,

Penyelaras LI hendaklah memasukkan markah bagi kursus tersebut

(bukan gred TL).

e) Gred PG boleh diberi kepada pelajar yang diluluskan permohonan

peperiksaan gantian kerana masalah kesihatan dan selain kes

kesihatan yang diluluskan oleh Dekan Pusat Pengajian/Pendidikan yang

menawarkan kursus.

f) Sistem Kemasukan Markah akan ditutup pada 21 Jun 2018 selepas

jam 12.00 malam.

g) Kemasukan markah selepas sistem dikunci bagi kes ULK dan kelewatan

memasukkan markah hendaklah menggunakan Borang AP-8 (versi

5) Borang Kemasukan Markah (Selepas Sistem Ditutup).

10. Pindaan Markah

a) Sebarang pindaan markah oleh Pensyarah selepas sistem ditutup

hendaklah dibawa ke Mesyuarat Penyelarasan, Semakan, Moderasi dan

Pengesahan di peringkat Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan.

b) Sekiranya masih terdapat pindaan markah oleh Pensyarah selepas

pengesahan keputusan oleh Senat Universiti, pensyarah/pemeriksa

dikehendaki mengisi Borang AP-1 (versi 4) Borang Pindaan

Markah dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan Penyemakan

Gred Kursus di peringkat Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan. Jabatan

Pengurusan Akademik hanya akan menerima sebarang perubahan

markah melalui minit mesyuarat daripada pihak Pusat Pengajian/Pusat

Pendidikan.

c) Permohonan peperiksaan gantian bagi pelajar yang tidak hadir

peperiksaan akhir hendaklah dibuat mengikut prosedur yang telah

ditetapkan sepertimana di Lampiran B.

11. Keputusan Gred Akhir Kursus

a) Keputusan gred akhir setiap kursus dan keputusan keseluruhan bagi

setiap pelajar akan diumumkan oleh Jabatan Pengurusan Akademik

setelah mendapat kelulusan Senat Universiti kecuali bagi pelajar yang

disahkan oleh Bendahari/PTJ berkaitan sebagai masih berhutang

dengan pihak Universiti.

b) Bersama-sama ini disertakan juga Jadual Kerja Urusan Peperiksaan

Akhir Semester II Sesi 2017/2018 (Sarjana Muda) untuk rujukan

Pensyarah/Pemeriksa kursus sepertimana di Lampiran C.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!