13.05.2018 Views

NOTISDANARAHANMENGENAIPEPERIKSAANAKHIRSARJANAMUDASEMII2017.2018 (3)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

NOTIS DAN ARAHAN MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIR

SEMESTER II SESI 2017/2018 (SARJANA MUDA)

1. Tarikh Peperiksaan

Tarikh peperiksaan akhir Semester II Sesi 2017/2018 (Sarjana Muda) akan

dijalankan bermula 27 Mei 2018 – 11 Jun 2018.

2. Jadual Waktu Peperiksaan

Jadual waktu peperiksaan akan disediakan oleh Jabatan Pengurusan

Akademik dan Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat dengan dibantu oleh

Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan. Pada umumnya peperiksaan akhir

dihadkan kepada 2 dan 3 jam untuk setiap kursus.

3. Soalan Peperiksaan Akhir

Tarikh dan tatacara penghantaran soalan peperiksaan untuk tujuan cetakan

akan ditetapkan oleh Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan. Satu set soalan bagi

semua kursus hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Pengajian/Pusat

Pendidikan untuk diselaraskan selewat-lewatnya pada 6 Mei 2018.

4. Skima Jawapan

Skima jawapan akan diuruskan oleh Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan.

5. Keperluan Peperiksaan

Keperluan peperiksaan akan diuruskan oleh Pusat Pengajian/Pusat

Pendidikan. Manakala Jabatan Pengurusan Akademik akan menyediakan

format buku soalan dan buku jawapan serta sampul untuk kertas soalan dan

buku jawapan.

6. Senarai Kehadiran

Senarai kehadiran akan disedia dan dicetak melalui Sistem Maklumat Pelajar

(SMP) oleh Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan. Pusat Pengajian/Pusat

Pendidikan bertanggungjawab untuk meletakkan senarai kehadiran tersebut

ke dalam fail Ketua Pengawas bagi tujuan semakan kehadiran pelajar semasa

peperiksaan.

7. Pengawasan Peperiksaan

Agihan tugas pengawasan peperiksaan akan dikeluarkan oleh Jabatan

Pengurusan Akademik melalui Sistem Penjadualan Peperiksaan. Jabatan

Pengurusan Akademik juga akan mengeluarkan surat lantikan kepada petugas

peperiksaan. Pertukaran jadual bertugas adalah tidak dibenarkan kecuali

dengan mendapatkan kelulusan Pengarah, Jabatan Pengurusan

Akademik terlebih dahulu. Petugas juga dimohon memaklumkan

kepada Jabatan Pengurusan Akademik sekiranya terlibat dengan

sebarang aktiviti seminar/kursus sepanjang minggu peperiksaan

sebelum jadual peperiksaan dikeluarkan.

8. Arahan Am Peperiksaan Akhir

a) Calon-calon yang TIDAK menghadiri kuliah/aktiviti akademik lebih

daripada 20% (sejumlah 3 minggu kuliah) boleh ditahan dari

menduduki peperiksaan akhir (tertakluk kepada kelulusan Dekan).

b) Calon-calon hendaklah berpakaian mengikut ETIKA PAKAIAN pelajarpelajar

Universiti semasa menduduki peperiksaan. Calon-calon yang

tidak mematuhi peraturan ini boleh ditahan dari menduduki

peperiksaan.

c) SLIP PEPERIKSAAN hendaklah sentiasa dibawa semasa menduduki

peperiksaan. Calon-calon boleh ditahan dari menduduki peperiksaan

jika gagal membawa slip peperiksaan.

d) Calon-calon dikehendaki hadir ke dewan peperiksaan 15 minit

sebelum masa sebenar peperiksaan bermula. Calon-calon hendaklah

masuk ke dewan peperiksaan hanya apabila dimaklumkan oleh Ketua

Dewan/Ketua Pengawas Peperiksaan. Seseorang calon boleh tidak

dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan selepas 30 minit setelah

peperiksaan bermula (tertakluk kepada budi bicara Ketua Dewan/Ketua

Pengawas).

e) Calon-calon tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan dalam

masa 30 minit pertama dan 30 minit terakhir peperiksaan berlangsung

melainkan dengan kebenaran Ketua Dewan/Ketua Pengawas.

f) Calon-calon adalah tertakluk kepada Kaedah 8 – Kelakuan Semasa

Peperiksaan, Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Terengganu

(Tatatertib Pelajar).

g) Setiap calon mesti menulis dengan jelas Nombor Matrik, Nombor

Meja, Program Pengajian dan Semester pada tempat yang disediakan

pada slip kehadiran/kertas soalan/buku jawapan pada tiap-tiap

peperiksaan bagi mengelakkan kesilapan merekodkan markah. Pihak

Universiti tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan yang

mungkin berlaku akibat kecuaian calon-calon tidak mematuhi peraturan

ini.

h) Calon-calon tidak dibenarkan merokok dalam dewan peperiksaan

sepanjang masa peperiksaan dijalankan.

i) Sila pastikan barang-barang berharga di bawa masuk ke dalam Dewan

Peperiksaan dan diletakkan di bawah meja. Calon tidak dibenarkan

membawa telefon bimbit masuk ke dalam dewan peperiksaan.

j) Calon-calon adalah dilarang berkomunikasi/berinteraksi dengan

calon-calon lain dalam apa cara sekali pun semasa peperiksaan sedang

berjalan.

k) Calon-calon yang tidak hadir peperiksaan kerana masalah kesihatan,

hendaklah mendapatkan mendapatkan sijil cuti sakit/laporan perakuan

kesihatan daripada Pusat Kesihatan Pelajar, hospital kerajaan atau

mana-mana sijil cuti sakit/laporan perakuan kesihatan yang disahkan

oleh Pusat Kesihatan Pelajar UMT. Sijil cuti sakit/laporan perakuan

perlu dikemukakan kepada Jabatan Pengurusan Akademik dalam

tempoh 24 jam selepas tarikh peperiksaan yang patut didudukinya

kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

l) Calon-calon yang hendak menduduki peperiksaan gantian kerana

masalah kesihatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada

Jabatan Pengurusan Akademik dengan mengisi Borang Permohonan

Menduduki Peperiksaan Gantian yang boleh diperolehi di Jabatan

Pengurusan Akademik. Selain dari kes kesihatan, kebenaran

menduduki peperiksaan gantian adalah tertakluk kepada kelulusan

Dekan Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan yang menawarkan kursus

tersebut.

9. Kemasukan Markah

a) Pensyarah/Pemeriksa hendaklah memasukkan markah di dalam

Modul Pensyarah menerusi Portal Staf UMT (MyNemo) bagi

kursus masing-masing tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan oleh

Jabatan Pengurusan Akademik. (Umumnya tarikh akhir memasukkan

markah ialah 10 hari dari tarikh akhir peperiksaan).

b) Sila pastikan markah yang dimasukkan adalah merupakan nombor

bulat (tanpa titik perpuluhan).

c) Sila pastikan markah diisi mengikut tempoh yang ditetapkan dan

sebelum sistem ditutup bagi membolehkan Timbalan Dekan (Akademik

& Pelajar) membuat pengesahan dan arahan pindaan markah

(sekiranya ada). Skema markah dan gred adalah seperti

di Lampiran A.

d) Gred TL boleh diberi kepada kursus projek tahun akhir (PITA), kursus

Latihan Industri yang dijalankan pada cuti antara semester dan kes-kes

khas. Bagi kursus Latihan Industri yang dijalankan dalam semester,

Penyelaras LI hendaklah memasukkan markah bagi kursus tersebut

(bukan gred TL).

e) Gred PG boleh diberi kepada pelajar yang diluluskan permohonan

peperiksaan gantian kerana masalah kesihatan dan selain kes

kesihatan yang diluluskan oleh Dekan Pusat Pengajian/Pendidikan yang

menawarkan kursus.

f) Sistem Kemasukan Markah akan ditutup pada 21 Jun 2018 selepas

jam 12.00 malam.

g) Kemasukan markah selepas sistem dikunci bagi kes ULK dan kelewatan

memasukkan markah hendaklah menggunakan Borang AP-8 (versi

5) Borang Kemasukan Markah (Selepas Sistem Ditutup).

10. Pindaan Markah

a) Sebarang pindaan markah oleh Pensyarah selepas sistem ditutup

hendaklah dibawa ke Mesyuarat Penyelarasan, Semakan, Moderasi dan

Pengesahan di peringkat Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan.

b) Sekiranya masih terdapat pindaan markah oleh Pensyarah selepas

pengesahan keputusan oleh Senat Universiti, pensyarah/pemeriksa

dikehendaki mengisi Borang AP-1 (versi 4) Borang Pindaan

Markah dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan Penyemakan

Gred Kursus di peringkat Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan. Jabatan

Pengurusan Akademik hanya akan menerima sebarang perubahan

markah melalui minit mesyuarat daripada pihak Pusat Pengajian/Pusat

Pendidikan.

c) Permohonan peperiksaan gantian bagi pelajar yang tidak hadir

peperiksaan akhir hendaklah dibuat mengikut prosedur yang telah

ditetapkan sepertimana di Lampiran B.

11. Keputusan Gred Akhir Kursus

a) Keputusan gred akhir setiap kursus dan keputusan keseluruhan bagi

setiap pelajar akan diumumkan oleh Jabatan Pengurusan Akademik

setelah mendapat kelulusan Senat Universiti kecuali bagi pelajar yang

disahkan oleh Bendahari/PTJ berkaitan sebagai masih berhutang

dengan pihak Universiti.

b) Bersama-sama ini disertakan juga Jadual Kerja Urusan Peperiksaan

Akhir Semester II Sesi 2017/2018 (Sarjana Muda) untuk rujukan

Pensyarah/Pemeriksa kursus sepertimana di Lampiran C.

JABATAN PENGURUSAN AKADEMIK

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, MALAYSIA

TEL : 09-6684219 / 4532

Faks : 09-6684143 E-mail : akademik@umt.edu.my

PANDUAN PENYEDIAAN FORMAT BAGI MUKA HADAPAN

DAN BUKU SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

SEMESTER II SESI 2017/2018 (SARJANA MUDA)

Berikut adalah panduan penyediaan format bagi muka hadapan dan buku soalan

peperiksaan akhir yang perlu diikuti oleh pensyarah:

BIL

PERKARA

1 Mengisi Nama Kursus, Kod Kursus, Tarikh, Tempat dan Masa

sebagaimana contoh yang dilampirkan.

2 Bagi ruangan ARAHAN KEPADA CALON, pensyarah boleh mengisi ruangan

tersebut berdasarkan arahan menjawab soalan mengikut kursus masing-masing.

3 Mengisi header KOD KURSUS pada bahagian atas sebelah kiri mengikut kod

kursus masing-masing dan meletakkan perkataan SULIT pada header bahagian

sebelah kanan.

4 Memasukkan arahan : JANGAN BUKA BUKU SOALAN INI SEHINGGA

DIBERITAHU pada bahagian bawah muka hadapan.

5 Mengisi ruangan bilangan mukasurat bercetak pada bahagian bawah muka

hadapan sebagaimana contoh yang dilampirkan.

6 Memasukkan bilangan muka surat pada setiap helai muka surat buku soalan

sepertimana contoh yang dilampirkan.

7 Memasukkan: Kertas Soalan Tamat pada bahagian bawah muka surat

terakhir buku soalan.

8 Soalan peperiksaan hendaklah ditaip menggunakan format berikut:

Tulisan : Tahoma

Font : 12

Spacing : Single spacing

9 Soalan bagi kursus-kursus yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris terutama

bagi kursus Sains dan Matematik hendaklah dibuat dalam dwi bahasa.

10 Tarikh akhir penyerahan kertas soalan adalah selewat-lewatnya pada

6 Mei 2018 pada Penolong Pendaftar Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan

masing-masing. Pihak Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan akan membuat

penyelarasan dengan Jabatan Pengurusan Akademik untuk proses selanjutnya.

LAMPIRAN A

SKEMA PENGGREDAN, GRED ABJAD, MATA NILAIAN GRED DAN

KETERANGAN GRED

Markah

Gred

Abjad

Mata Penilaian

Gred

Keterengan Gred

80 – 100 A 4.00 Cemerlang

75 – 79 A- 3.75

70 – 74 B+ 3.50 Baik

65 - 69 B 3.00

60 - 64 B- 2.75

55 - 59 C+ 2.50 Memuaskan

50 - 54 C 2.00

45 - 49 C- 1.75 Lemah

40 - 44 D 1.00

39 ATAU KURANG F 0.00 Gagal

* Program pengajian yang dikawal oleh standard program, keterangan gred adalah tertakluk

kepada standard program tersebut (rujuk kepada buku panduan pusat pengajian).

SIMBOL ABJAD LAIN

TL

AU

TDK

Tidak Lengkap Kursus. Simbol abjad ini menunjukkan bahawa

pelajar tidak dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan sesuatu

kursus yang berbentuk tugasan atau sebab-sebab di luar kawalan

pelajar mengikut penentuan pensyarah. Pelajar hendaklah diberi

tempoh hingga akhir minggu kedua pada semester berikutnya untuk

melengkapkan tugasan itu untuk mendapatkan penilaian penuh dan

gred.

Audit. Simbol abjad ini menunjukkan bahawa pelajar mendaftar dan

memenuhi keperluan kursus. Simbol ini direkodkan HANYA jika pelajar

lulus kursus tersebut. Mata nilaian tidak diberikan bagi sesuatu kursus

audit

Tarik diri Kursus. Simbol abjad ini menunjukkan bahawa pelajar

menarik diri daripada kursus dengan kebenaran pensyarah dan Dekan

Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan yang menawarkan program selepas

tiga minggu tetapi sebelum sembilan minggu pertama pengajaran

kursus. Penarikan diri dalam masa tiga minggu pertama pengajaran

dibenarkan tanpa apa-apa simbol abjad atau gred direkodkan.

PG

Peperiksaan Gantian. Simbol abjad ini menunjukkan bahawa pelajar

tidak dapat menduduki peperiksaan akhir dan telah mendapat

kelulusan untuk menduduki peperiksaan gantian mengikut syarat yang

telah ditetapkan. Peperiksaan gantian boleh diadakan selepas tarikh

peperiksaan kursus tersebut sehingga 2 minggu pertama semester

dibuka. Penilaian penuh dan gred akan diberikan selepas peperiksaan

gantian dijalankan.

Bagi pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir kerana

masalah kesihatan, simbol KP (Kes Perubatan) akan diberikan bagi

kursus terlibat sekiranya pelajar berkenaan masih dalam cuti sakit

selepas 2 minggu semester berikutnya dibuka. Pelajar dibenarkan

mengikuti semula kursus berkenaan pada semester berikutnya.

KP

Kes Perubatan. Simbol abjad ini menunjukkan bahawa pelajar

terhenti pengajiannya bagi sesuatu semester atas sebab kes perubatan

berasaskan Laporan Perubatan hanya daripada Pegawai Perubatan

Klinik Universiti atau mana-mana hospital kerajaan.

Bagi maksud peraturan ini, kes perubatan tidaklah termasuk kes

bersalin atau apa jua sakit, penyakit, kecederaan atau ketidakupayaan

yang disengajakan oleh si pesakit.

LAMPIRAN B

PEPERIKSAAN GANTIAN

i. Pelajar yang tidak hadir peperiksaan kerana masalah kesihatan, hendaklah

mendapatkan sijil cuti sakit/laporan perakuan kesihatan daripada Pusat

Kesihatan Pelajar, hospital kerajaan atau mana-mana sijil cuti sakit/laporan

perakuan kesihatan yang disahkan oleh Pusat Kesihatan Pelajar UMT. Sijil cuti

sakit/laporan perakuan perlu dikemukakan kepada Jabatan Pengurusan

Akademik dalam tempoh 24 jam selepas tarikh peperiksaan yang patut

didudukinya kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

ii.

iii.

iv.

Pelajar yang hendak menduduki peperiksaan gantian perlulah mengemukakan

permohonan kepada Jabatan Pengurusan Akademik.

Peperiksaan gantian boleh diadakan selepas tarikh peperiksaan kursus

tersebut sehingga 2 minggu pertama semester biasa berikutnya dibuka.

Jabatan Pengurusan Akademik akan menghubungi Pusat Pengajian/Pusat

Pendidikan yang menawarkan kursus tersebut dan pensyarah yang terlibat

diminta untuk menetapkan tarikh peperiksaan gantian dalam tempoh yang

ditetapkan.

v. Sekiranya pelajar masih dalam cuti sakit selepas 2 minggu semester biasa

berikutnya dibuka, simbol KP (Kes Perubatan) diberi bagi kursus tersebut.

Pelajar dibenarkan mengikuti semula kursus berkenaan pada semester

berikutnya.

vi.

vii.

Selain dari kes kesihatan, kebenaran menduduki peperiksaan gantian adalah

tertakluk kepada kelulusan Dekan Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan yang

menawarkan kursus tersebut.

Pelaksanaan peperiksaan gantian hendaklah dibuat mengikut prosedur

peperiksaan asal dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Pengajian/Pusat

Pendidikan yang menawarkan kursus.

LAMPIRAN C

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

URUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2017/2018

(SARJANA MUDA)

BIL AKTIVITI TARIKH

AKHIR

1. Notis Jabatan Pengurusan Akademik mengenai

Peperiksaan

5 April 2018

2. Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2017/2018

(Sarjana Muda)

27 Mei – 11 Jun 2018

3. Pensyarah hantar set soalan kepada Pejabat Am,

Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan.

Selewat-lewatnya pada

6 Mei 2018

4. Pensyarah/Pemeriksa :

(a) Memasukkan markah ke dalam Sistem Modul

Pensyarah (Portal MyNemo). Proses

memasukkan gred hendaklah :-

- Mengikut langkah-langkah yang

ditetapkan di dalam manual

memasukkan markah.

(b) Memberi perhatian kepada markah

terhampir.

Modul markah, tugasan

dan gred tidak akan

diaktifkan selepas

21 Jun 2018

(c) Mematuhi tempoh kemasukan markah yang

ditetapkan.

5. TARIKH AKHIR KEMASUKAN MARKAH KE

DALAM MODUL PENSYARAH (PORTAL

MyNEMO)

21 Jun 2018

BIL AKTIVITI TARIKH

AKHIR

6. Pengerusi Program :

a) Semak markah/keputusan (khasnya markah

terhampir, sistem taburan).

b) Membuat moderasi pada markah (sekiranya

perlu).

c) Membuat pengesahan dan arahan pindaan

markah kepada pensyarah (sekiranya ada).

d) Diminta menyimpan semua maklumat

terperinci ujian 1, 2 dan peperiksaan bagi

tujuan semakan gred.

7. Jabatan Pengurusan Akademik dan Pusat

Pengurusan Teknologi Maklumat memproses

keputusan peperiksaan bagi semua pelajar.

21 Jun 2018

21 Jun 2018

21 Jun 2018

Selama satu semester

24 - 25 Jun 2018

8. Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan :

a) Mengadakan Mesyuarat Penyelasaran,

Semakan, Moderasi dan Pengesahan

Keputusan Peperiksaan Pelajar di peringkat

Pusat Pengajian/Pusat Pendidikan.

b) Mengesahkan senarai pelajar bergraduat

26 - 27 Jun 2018

26 - 27 Jun 2018

c) Menyemak keputusan pelajar bermasalah

26 - 27 Jun 2018

9. Bengkel Penyelarasan, Semakan, Moderasi dan

Pengesahan keputusan peperiksaan pelajar

Semester II Sesi 2017/2018 (Sarjana Muda) secara

berpusat.

1 Julai 2018

8. Jabatan Pengurusan Akademik membuat

persediaan untuk pengesahan Senat UMT.

2 Julai 2018

9. MESYUARAT SENAT – SAHKAN KEPUTUSAN

- mengesahkan Keputusan Peperiksaan Akhir

Julai 2018

BIL AKTIVITI TARIKH

AKHIR

10. Pensyarah/Pemeriksa menghantar keputusan bagi

pelajar berstatus Tidak Lengkap (TL) (kursus

berbentuk tugasan iaitu projek dan latihan industri)

serta pelajar berstatus peperiksaan gantian (PG).

Selewat-lewatnya pada 2

minggu pertama Semester

I Sesi 2018/2019 dibuka

(sehingga 20 September

2018)

11. Pensyarah/Pemeriksa :

a) Mengadakan dan menghantar markah

keputusan Peperiksaan Ulangan Khas (ULK)

bagi kes pelajar bakal bergraduat.

12. PERMULAAN SEMESTER I SESI 2018/2019

(SARJANA MUDA)

Dalam tempoh 2 minggu

selepas tarikh tutup

permohonan.

(Permohonan untuk

menduduki ULK adalah

dalam tempoh 2 minggu

selepas keputusan

peperiksaan diumumkan

secara rasmi)

9 September 2018

13. TARIKH JANGKAAN MAJLIS KONVOKESYEN Oktober 2018

Catatan : Tarikh-tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!