15.12.2012 Views

0 - Politeknik Seberang Perai

0 - Politeknik Seberang Perai

0 - Politeknik Seberang Perai

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

AKSPKK

ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF POLITEKNIK KEBANGSAAN

Oleh: Helya Maizureen Hashim

Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti baru-baru ini telah

mengadakan satu majlis Penyampaian anugerah Kecemerlangan staf politeknik

dan kolej komuniti bagi tahun 2007.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada staf-staf yang

cemerlang di peringkat politeknik dan kolej komuniti Malaysia. Penganugerahan

ini merupakan penghargaan, pengiktirafan dan ucapan terima kasih kerajaan

khususnya Bahagian pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti terhadap prestasi

kerja yang cemerlang. Selain itu, anugerah ini juga diharapkan dapat menjadi batu

loncatan kepada politeknik dan kolej komuniti dalam meningkatkan kecemerlangan

dalam bidang pendidikan dengan memberi nilai terbaik dan secara berterusan kepada pelajar

dan pihak berkepentingan (stake holder) bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Persaingan yang sihat di antara staf dapat dipupuk agar kecemerlangan politeknik dan kolej

komuniti dapat terus dijana demi mengangkat institusi pendidikan Malaysia ke peringkat

antarabangsa. Oleh itu, penganugerahan ini diharapkan boleh memberikan inspirasi dan

aspirasi kepada seluruh kakitangan yang lain untuk menjadi lebih baik dan juga menjadi

pekerja contoh dikalangan staf yang lain.

Pertandingan untuk merebut anugerah ini telah disertai oleh 21 buah politeknik dan 35 buah kolej

komuniti. Setiap politeknik dan kolej komuniti telah menghantar senarai calon-calon yang layak untuk

dipertandingkan seterusnya dinilai oleh panel-panel penilai yang dilantik untuk sesi temu duga.

Penilaian yang telah dibuat berdasarkan dokumentasi pencalonan, lawatan dan juga temu duga

sebelum membuat sesi pemilihan pemenang untuk anugerah tersebut.

BIL 6 / JANUARI 2008

Anugerah kecemerlangan staf politeknik dan kolej komuniti ini terbahagi kepada dua kategori

utama iaitu Kategori Individu (akademik) dan Kategori Individu (Sokongan). Pemenang

keseluruhan untuk kategori Individu (akademik) Politeknik telah dimenangi oleh Dr. Ahmad

Zamzuri bin Muhamad Ali (Seberang Perai) manakala bagi kategori individu Kolej Komuniti

pula dimenangi oleh Puan Norehan binti Silek (Paya Besar). Jasa dan pengorbanan individuindividu

dalam perkhidmatan sokongan juga tidak dilupakan. Anugerah keseluruhan bagi kategori

perkhidmatan sokongan politeknik dirangkul oleh Encik Abdul Manap b. Mohamad (POLISAS) manakala Kolej Komuniti

untuk kategori yang sama dimenangi oleh Encik Kamaruddin bin Yusuf (Bandar Penawar).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Politeknik), Hj. Mukhlis bin Jaafar, dengan penerimaan anugerah ini,

setiap dari penerima anugerah dan juga lain-lain staf perlulah berusaha untuk terus melengkapkan diri dengan kemahiran

baru, pendedahan baru serta kualiti pemikiran dan sikap yang lebih baik yang berupaya memberikan ruang baru serta

sumber inspirasi yang baru agar kecemerlangan sesebuah organisasi dapat membuahkan kejayaan kepada semua.

“Ketabahan dan keupayaan untuk mengadaptasi idea-idea baru menjadi realiti pasti akan membuahkan lebih banyak

kejayaan kepada kita semua, katanya lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, pula

berkata, kecemerlangan dalam diri setiap staf dapat ditonjolkan melalui

sumbangan dan pengorbanan setiap staf yang sanggup untuk bekerja lebih

dari biasa dengan berteraskan matlamat untuk meningkatkan tahap prestasi

kerja dan juga membantu memperbaiki sistem penyampaian kerajaan.

“ Ianya selaras dengan visi Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti

yang memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia kerana

tanpa sumber manusia yang berkualiti pastilah sesebuah Negara akan

lemah. Oleh itu, institusi pendidikan perlu memainkan peranan yang sangat

penting dalam memberikan pendidikan yang menyeluruh agar para pelajar

yang dihasilkan adalah insan yang berkualiti dan dinamik,” katanya lagi.

Majlis ini juga diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan

rekabentuk Piala Anugerah Kategori yang telah dimenangi oleh Encik Chung

Boon Chuan manakala Sdra Mohd Khairul Afiq bin Khairudin merangkul

anugerah Rekabentuk Piala Anugerah Keseluruhan.

Dari kiri: Encik Ahmad, Dr. Ahmad Zamzuri, Encik

Mohd Lothfi

0

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!