15.12.2012 Views

0 - Politeknik Seberang Perai

0 - Politeknik Seberang Perai

0 - Politeknik Seberang Perai

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BERITA PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN LUAR NEGARA DI

BAYREUTH, GERMANY

Oleh : J Sam Hamidon

Peserta-peserta kursus di Instutut Fur Robotik und Mechatronik

Kursus Kejuruteraan Elektrik

(Electronic and Medical Equipment)

adalah kursus ke luar negara di

Bawah Program Peningkatan

Kemahiran Luar Negara –

Peruntukan Pembangunan Tahun

2007. Kursus ini dijalankan untuk

memenuhi hasrat Jabatan Pengajian

Politeknik dan Kolej Komuniti

(JPPKK) untuk mempertingkatkan

tahap kemahiran dan kompetensi

pensyarah politeknik seiring dengan

kepesatan pembangunan teknologi

di Malaysia dan perkembangan

program latihan yang disediakan

di politeknik di peringkat Diploma

Lanjutan Kejuruteraan Elektronik

dan Elektronik Perubatan (Medical

Electronic).

Pada 6 Ogos - 5 Oktober,

seramai lapan orang peserta yang

mewakili politeknik Malaysia telah

mengikuti kursus ini. PSP telah

diwakili oleh En. J Sam bin Hamidon

Kursus ini

dianjurkan oleh

INBAS Gmbh,

O f f e n b a c h ,

Jerman yang

m e r u p a k a n

sebuah institusi

bukan kerajaan

yang terlibat

secara langsung

dalam bidang

p e n y e l i d i k a n ,

pembangunan

dan perancangan

pendidikan teknikal dan vokasional di

Jerman.

Kursus ini berlangsung

selama sembilan minggu. Teori

secara sepenuh masa (9.00 pagi

~ 4.15 petang) dijalankan di bfz

Bayreuth GmbH. Selain kuliah,

peserta dibawa melawat ke hospitalhospital

seperti Lohengrin Klinikum,

Nurnberg Klinikum, Bayrueth Klinikum

dan Muchberg Klinikum. Semasa di

hospital, kami diberi peluang melihat

proses pembedahan secara LIVE di

bilik bedah iaitu pembedahan lutut.

Peserta juga dibawa melawat

industri yang terlibat dengan bidang

seperti Siemen AG (Medical Solution),

MEDI Bayreuth, Atmal Dental,

Radiologically Praxis, Leybold-Ddatic

GmbH, Delphi Deutschland GmbH,

QVF Engnineering GmbH, High Volt

Pruftechnic Dresdan GmbH, Dresdan

Zeiss-Mmeditec, 3B Scientific GmbH

dan MAN Roland.

Keratan Akhbar BRK Bayreuth

BIL 6 / JANUARI 2008

Selain itu, peserta juga

dibawa melawat pusat-pusat

pengajian seperti University of

Erlangan, University of Applied

Sciences Deggendorf, Universiti

of Ilmenau, Technical University of

Dresdan dan Rheinische Akademic

of Colonge serta DLR Werbling

(Robotic).

Faktor makanan dan

sembahyang tidak menjadi masalah

yang besar kerana di Bayreuth

sendiri mempunyai pendidik Islam

berbangsa Turki. Terdapat tiga

buah masjid yang besar yang

dipunyai oleh orang-orang Turki

dan Arab. Makanan pula, tiada

masalah kerana boleh dikatakan

setiap kedai atau pasaraya mini

menjual beras terutama daripada

India, Pakistan dan Vietnam serta

Thailand. Kebanyakan penduduk

di sini begitu peramah dan

menghormati orang luar asalkan

kita tahu membawa diri.

Mereka sering

bertegur sapa bila berselisihan.

Pengangkutan awam di sini

begitu baik dan amat memuaskan

terutama bas dan kereta api.

Kebanyakan mereka suka berjalan

dan berbasikal untuk ke manamana

tempat di dalam sesuatu

bandar. Perjalanan pangangkutan

awam amat mementingkan

pelanggan dan masa bertolak atau

sampai ke destinasi amat tepat

pada masanya. Sungguh teratur,

bersih dan kemas boleh dikatakan

di semua tempat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!