15.12.2012 Views

0 - Politeknik Seberang Perai

0 - Politeknik Seberang Perai

0 - Politeknik Seberang Perai

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BERITA JABATAN

Tn Hj Noor Azahan sedang mengadili pertandingan Suasana Aidilfitri

MAJLIS AQIQAH

Pada 13 Disember yang lalu,

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

telah menganjurkan Majlis Aqiqah

bertempat di Pusat Islam, PSP.

Majlis penyembelihan yang diketuai

oleh Ustaz Syukor telah di lakukan

selepas solat asar. Kerja-kerja

melapah, memasak dan mengemas

telah dilakukan bersama-sama

secara gotong royong antara staf

JKM.

Kepada tetamu yang

hadir untuk jamuan makan, kami

ucapkan ribuan terima kasih yang

tidak terhingga kerana sudi datang

ke majlis kami yang tidak seberapa

ini. Warga JKM juga memanjatkan

rasa syukur dan terima kasih

kepada semua peserta dan Ahli

Jawatan Kuasa program yang telah

menjayakan Majlis Aqiqah ini.

Semoga majlis-majlis

seperti ini akan dapat diadakan

pada masa-masa hadapan. Bukan

sekadar sebagai Ibadah, namun

kita juga dapat menjalinkan

hubungan silaturrahim sesama staf

di Politeknik Seberang Perai yang

indah permai ini. - Mohd Fadli Abd

Hamid

Para juri pertandinganSuasana Aidilfitri

KEMPEN KEBERSIHAN

berlangsung selama 2 bulan

Unit Keceriaan dan kebersihan

JKE telah menganjurkan kempen

kebersihan selama 2 bulan

(Oktober dan November). 2 aktiviti

utama telah dijalankan iaitu Kelas

angkat terbersih dan pertandingan

suasana aidilfitri. Kelas-kelas

semester 1 bersama PA telah

diberikan kelas angkat masingmasing

untuk di pastikan kelas

tersebut sentiasa bersih, kemas

dan ceria.

Pelbagai cara digunakan

untuk menjadikan kelas angkat

tersebut sentiasa bersih, kemas

dan ceria. Kelas-kelas angkat

akan dinilai setiap minggu. Carta

keputusan mingguan kelas

terbersih dan terkotor akan

diumumkan dipapan kenyataan.

Bagi kelas terkotor, denda

mengutip sampah dan mencuci

kolam akan dikenakan ke atas

kelas tersebut.Kelas SIT2B dan

Penasihat Akademiknya Puan

Belinda Chong adalah pemenang

kelas angkat terbersih yang

memenangi 3 minggu daripada

5 minggu masa pertandingan. -

Norasmah

Hamzah

BIL 6 / JANUARI 2008

PERTANDINGAN

SUASANA AIDILFITRI

Oleh: Norasmah Hamzah

Sempena sambutan hari raya

aidilfitri yang lepas, Unit Kebersihan

dan Keceriaan. Telah mengadakan

pertandingan suasana aidilfitri.

Kesemua 7 bilik pensyarah

telah mengambil bahagian dan

memberikan komitmen sepenuhnya

dalam pertandingan ini.

Lima juri professional

telah dilantik untuk memastikan

penilaian adalah adil. Pengarah

Politeknik, Tuan Haji Noor Azahan,

Pegawai Kaunseling, Tuan Haji

Abdul Rahim, Puan Masliza, Puan

Saamah dan Encik Aswandi adalah

panel penilai yang telah dilantik.

Kriteria pemarkahan dinilai

dari segi kemeriahan suasana

aidilfitri, kreativiti, kekemasan

hiasan, keceriaan dan susun atur

perhiasan. Suasana pejabat seperti

kekemasan meja pensyarah,

susunatur meja dan kebersihan

juga diambilkira. Keceriaan dan

kemeriahan suasana hari raya

dapat dirasai kepada semua

pengunjung yang singgah ke

Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Semua staf JKE

memberikan komitmen yang

tinggi dalam menghasilkan hiasan

suasana aidilfitri yang kreatif,

menarik dan yang pastinya tema

aidilfitri yang dihasilkan adalah

berlainan bagi setiap bilik staf.

Bagi menghargai komitmen staf,

semua bilik staf mendapat hadiah

galakan.

Hadiah pertama telah

dimenangi oleh Bilik Staf bahagian

Encik Mohd Kamal Ariffin, hadiah

kedua dan ketiga masing-masing

dimenangi oleh Bilik staf BK14 dan

Bahagian Bilik Encik Chung Boon

Chuan .Puan Suhaila selaku Ketua

Program melahirkan rasa puas hati

dengan komitmen semua pihak.

Kejayaan sesuatu program sangat

bergantung kepada kerjasama

semua staf. Terima kasih dan

Tahniah kepada semua pemenang,

katanya mengakhiri perbualan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!