13.02.2019 Views

Jurnal Penyelidikan Temenggong_2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jurnal Penyelidikan Temenggong Jilid 1/2018

5.0 Tindakan Yang Dijalankan

Pengkaji telah merancang beberapa aktiviti yang menggalakkan prinsip

fast recall dengan menggunakan kaedah T.M.S. Antara aktiviti yang

dirancang oleh pengkaji ialah “Throw & Times”, “Pick Your Colour”

dan “How Dare You Are”. Pengkaji telah menerangkan dan mengajar

konsep fakta asas sifir dari 0 hingga 9 kepada para peserta kajian

sebelum menjalankan aktiviti-aktiviti ini.

5.1 Aktiviti Throw & Times

Throw & Times merupakan satu aktiviti menggunakan dua buah bahan

sahaja iaitu trey telur bernombor dan guli. Berikut adalah langkahlangkah

melaksanakan aktiviti ini.

a. Setiap peserta kajian telah diberikan satu trey telur bernombor dan

dua biji guli setiap seorang.

b. Pengkaji telah menyediakan Timer di depan peserta kajian.

c. Peserta kajian perlu melontarkan kedua-dua guli ke dalam trey telur

bernombor tersebut.

d. Selepas itu, peserta kajian harus mencatatkan kedua-dua nombor

yang dikena guli.

e. Peserta kajian diberikan 10 percubaan bagi kali pertama dan mereka

harus mencatatkan sepuluh pasang nombor.

f. Peserta kajian diberi arahan bahawa kesepuluh pasang nombor

tersebut harus didarabkan dalam tempoh masa yang diberi.

g. Pengkaji memberi 3 minit untuk percubaan pertama bagi

menyelesaikan kesemua soalan tersebut.

h. Peserta kajian yang selesai dahulu dan telah menyemak hasil

kerjanya daripada pengkaji harus menyambung percubaan kali kedua.

5.2 Aktiviti Pick your Colour

Pick Your Colour merupakan sebuah aktiviti yang menggunakan kad

warna yang tertulis fakta asas sifir 0 hingga 9. Berikut adalah langkahlangkah

melaksanakan aktiviti ini.

a. 30 keping kad warna yang tertulis fakta asas sifir telah diletakkan di

atas meja.

b. Pengkaji telah menyediakan Timer di depan peserta kajian.

c. Peserta kajian perlu memilih sekeping kad warna tersebut dan mereka

digalakkan memilih warna kegemarannya.

d. Selepas itu, semua peserta kajian diberikan 1 minit untuk

menyatakan jawapan bagi fakta asas sifir

e. Masa jawab kesemua peserta kajian tersebut telah dicatatkan oleh

pengkaji.

f. Peserta kajian diberikan percubaan selama 10 kali.

115

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!