13.02.2019 Views

Jurnal Penyelidikan Temenggong_2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jurnal Penyelidikan Temenggong Jilid 1/2018

dengan keputusannya dalam ujian diagnostik. Selepas intervensi

dijalankan, keenam-enam peserta kajian telah menunjukkan

peningkatan markah yang amat ketara di mana markah terendah di

kalangan mereka adalah 60% yang dimiliki oleh peserta kajian 4 dan

peserta kajian 5 yang langsung tidak mendapat markah semasa ujian

sebelum intervensi. Hal ini telah membuktikan mereka telah berjaya

memahami konsep darab dan konsep nilai tempat, serta mahir

menggunakan kaedah alternatif yang didedahkan. Malahan, terdapat

dua orang peserta kajian (peserta kajian 2 dan peserta kajian 3) yang

berjaya mencatat markah 100% diikuti oleh 90% (peserta kajian 6) dan

80% (peserta kajian 1) di mana markah keempat-empat orang peserta

kajian ini adalah berada pada tahap cemerlang. Secara keseluruhannya,

pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa kaedah “Colour

Crossing” adalah berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit di kalangan

peserta kajian yang dipilih. Maka, objektif kajian 1 adalah tercapai.

Jadual 2: Perbandingan Markah Ujian Sebelum Intervensi dan Selepas

Intervensi

Peserta Kajian Ujian Sebelum

Intervensi

Ujian Selepas

Intervensi

Peningkatan

1 0/10 8/10 +80

2 9/10 10/10 +10

3 3/10 10/10 +70

4 0/10 6/10 +60

5 0/10 6/10 +60

6 5/10 9/10 +40

6.0 Refleksi

Dalam kajian ini, pengkaji telah berfokus kepada peningkatan

kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit.

Melalui hasil dapatan ujian secara kuantitatif, pengkaji telah mendapati

semua peserta kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara

dalam ujian selepas intervensi jika dibandingkan dengan ujian sebelum

intervensi.

Hasil temu bual selepas intervensi pula menyokong lagi kejayaan

kaedah “Colour Crossing” memandangkan semua peserta kajian telah

berupaya menyatakan perkaitan nilai tempat semasa melakukan soalan

pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Hal ini turut

dapat dilihat menerusi langkah penyelesaian ujian selepas intervensi

mereka yang memaparkan kefahaman mengenai konsep nilai tempat.

144

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!