13.02.2019 Views

Jurnal Penyelidikan Temenggong_2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jurnal Penyelidikan Temenggong Jilid 1/2018

kemahiran penolakan nombor”. Pengkaji juga bersetuju dengan

pendapat Barmby bahawa kemahiran pendaraban merupakan kemahiran

yang sukar dikuasai oleh murid meskipun kemahiran ini penting dalam

bidang matematik. Kemahiran pendaraban juga salah satu kemahiran

yang perlu dikuasai dengan baik terlebih dahulu sebelum beralih ke

tajuk seterusnya kerana pendaraban juga digunakan untuk tajuk

seterusnya seperti tajuk bahagi. Maka, kemahiran ini tidak boleh

diabaikan dan perlu dikuasai oleh semua murid.

Berdasarkan dapatan awal di sebuah sekolah, pengkaji mendapati

kebanyakan murid Tahun 4 tidak dapat menjawab soalan yang

melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit dengan

betul. Hal ini disebabkan kerana mereka keliru dengan cara menulis

jawapan pada nilai tempat yang betul. Perkara ini akan mempengaruhi

pencapaian murid dalam peperiksaan serta mereka tidak dapat

mengikuti pelajaran berikutnya jika konsep asas belum dikuasai

sepenuhnya. Jikalau kelemahan murid dalam topik ini tidak dapat

diatasi maka, topik-topik lain yang melibatkan operasi asas darab turut

terjejas. Maka, pengkaji harap dengan menggunakan kaedah “GaSiWa”

ini dapat membantu murid yang lemah menguasai pendaraban nombor

tiga digit dengan dua digit. Pengumpulan data awal telah dilaksanakan

untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid

dalam melaksanakan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua

digit. Data awal telah dikumpul dengan menggunakan ujian diagnostik.

2.0 Fokus Kajian

Pengkaji memilih isu ini kerana masalah ini berupaya mengganggu

motivasi murid untuk menguasai tajuk darab. Hal ini kerana kegagalan

murid menguasai kemahiran mendarab dengan nombor dua digit

memberi anggapan kepada murid bahawa mereka tidak menguasai

pendaraban walhal murid sudah berupaya menguasai kemahiran

mendarab dengan nombor satu digit dengan baik. Di samping itu, fokus

ini juga dipilih kerana kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan

nombor dua digit adalah permulaan untuk murid melaksanakan

pendaraban dengan nombor yang lebih besar. Justeru, permulaan ini

perlu dikukuhkan agar murid tidak mempunyai masalah untuk

melaksanakan pendaraban dengan nombor yang lebih besar. Selain itu,

isu ini juga dipilih kerana pendaraban nombor tiga digit dengan nombor

dua digit juga merupakan salah satu operasi yang akan digunakan

dalam semua topik seterusnya seperti wang, ukuran panjang,

perpuluhan dan sebagainya.

Tambahan pula, pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua

digit merupakan salah satu kemahiran yang sering digunakan dalam

48

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!