03.05.2019 Views

Buku Pengurusan Sekolah 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PELAN INTERGITI NASIONAL (PIN)

FALSAFAH PIN

1

2

3

Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan

Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan

prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan

pro"gresif serta berpegang teguh pad a lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah

dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri

menjelang 2020.

Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan

mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di samping itu, PIN

mengambil kira perkembangan antarabangsat pengalaman negara-negara lain serta impak arus

globalisasi.

Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang

hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategik

sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.

KONSEP

4 PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua

komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem

kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan

beretika, sekaligus negara yang berintegriti.

5 PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat

pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi

mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya

6

Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan

pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif,

perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan

mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap,

telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat

supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan

program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang

kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!