12.11.2019 Views

TAMAN BERKARYA 2 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dan orang miskin.

Pengajaran ketiga ialah kita seharusnya bekerja

untuk diri sendiri. “If you work for money, you give

the power to your employer. If money works for you,

you keep the power and control it (p. 157). Falsafah

lama sering mengajar kita untuk belajar, mendapat

lulusan supaya dapat bekerja. Ramai orang yang

bekerja seumur hidup untuk orang lain seperti

majikan, kerajaan (tax), dan bank (mortgage). Majoriti

daripada golongan pekerja berpandangan konservatif

dan takut untuk mengambil risiko. Mereka sanggup

pergi ke tempat kerja setiap hari tetapi tidak pernah

merancang pelan untuk menjaga masa hadapan diri

sendiri. Ini adalah satu kesilapan besar.

Keempat, golongan kaya bertambah kaya

kerana mereka mempunyai literasi kewangan dengan

menubuhkan syarikat dan korperasi untuk mendapat

pengecualian cukai. Dalam fantasi Robin Hood,

sebahagian daripada harta orang kaya dirampas untuk

dibahagikan kepada orang miskin. Tetapi dalam

keadaan sebenar, keadaan sebaliknya berlaku.

Golongan pertengahan ialah golongan yang paling

banyak dikenakan cukai. Bagi golongan pekerja,

mereka terpaksa dikenakan cukai dahulu sebelum

boleh berbelanja (keuntungan–bayar cukai – belanja).

Orang kaya pula mendapat faedah daripada korperasi

dan syarikat kerana mereka boleh menolak

perbelanjaan sebelum membayar cukai (keuntungan –

belanja – bayar cukai).

Pengajaran seterusnya, orang yang berjaya

tidak semestinya orang terpelajar tetapi orang yang

berani. Contoh terbaik ialah Jobs, Zuckerberg, Bezos

dan Brin. Falsafah orang kaya ialah mencipta wang

tetapi falsafah orang miskin ialah menjimat wang.

Sebagai contoh, penulis pernah melaburkan hanya

US20000 untuk membeli sebuah rumah dan

menjualnya semula dengan harga US60000 tahun

yang berikut. Beliau telah mendapat keuntungan

sebanyak US40000 dalam tempoh yang singkat.

Sebaliknya jika beliau menabungkan wang US20000

dalam bank dengan andaian faedah semasa ialah 3%,

beliau tidak mungkin dapat memperoleh rumah

tersebut pada tahun berikutnya jika kadar inflasi

melebihi 3%. Jelasnya orang yang rajin menabung

wang bukan asas kepada kejayaan kerana mereka

berkemungkinan mendapat kerugian daripada

tabungan kerana factor inflasi.

Pengajaran terakhir ialah kita seharusnya

sentiasa berusaha untuk belajar ilmu baharu, bukan

bekerja kuat demi mendapat wang. Orang ramai

mempunyai kepercayaan bahawa untuk mendapat

lebih banyak wang, kita perlu bekerja lebih kuat.

Menurut penulis, dunia ini telah pun penuh dengan

orang miskin yang berbakat. Justeru kita perlu

berusaha untuk belajar kemahiran baru atau bertindak

lebih berkreatif. Sebagai contoh, dalam penerbitan

buku pertama penulis, tajuk buku pertama ialah If You

Want To Be Rich and Happy, Don,t Go to School.

Pihak Penerbit meminta beliau untuk menukar tajuk

buku kepada The Economics of Education. Penulis

tahu bahawa tajuk itu tidak akan laris walaupun

penulisannya adalah pro-pendidikan. Beliau pandai

memilih satu tajuk yang mempunyai kontroversi dan

ini menyebabkan beliau terkenal di kaca television dan

siaran radio dan akhirnya mendapat publisiti yang

tinggi. Contoh kedua, penulis pernah bertanya kepada

pelajarnya siapa boleh membuat hamburger yang lebih

baik daripada McDonald’s. Kebanyakan daripada

pelajarnya mengangkat tangan. Tetapi kejayaan

McDonald’s dalam mendapat kejayaan bukan

kebolehan dalam membuat hamburger tetapi kejayaan

dalam mengaturkan sistem perniagaan yang unik.

Maka untuk berjaya kita perlukan kemahiran tertentu

seperti pemasaran, dan yang lebih penting ialah

kemahiran komunikasi dan pujukan.

Sebagai kesimpulan, untuk menjadi kaya kita

mesti bersedia memberi dan kemudian menerima.

Falsafah ayah kaya ialah memberi dan kemudian

menerima. Ayah kaya selalu memberikan wang

kepada gereja, badan kebajikan dan yayasannya.

Ayah kaya tahu bahawa untuk menjadi kaya dia perlu

memberi dan menghulurkan wang. Falsafah ayah

miskin ialah menerima, kemudian memberi. Ayah

miskin selalu menyatakan bahawa dia akan memberi

jika ada lebihan wang tetapi hal ini tidak pernah

berlaku dalam kehidupannya. Buku ini memberi

pengajaran bahawa untuk mendapat kebebasan

kewangan seseorang perlu mempunyai literasi

kewangan, bijak menguruskan asset dan tanggungan,

bekerja untuk diri sendiri, mempunyai pelan masa

hadapan dan mengambil peranan aktif dalam

pelaburan jangka panjang.

28

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!