Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
SATU TINJAUAN

KE ATAS PEMIKIRAN

SOSIAL MASYARAKAT INDIA

MELALUI NOVEL-NOVEL TAMIL

MALAYSIA (1957-1987)

Sagar Narayanan P.hd.

IPG Kampus Ipoh

sagar@ipgmipoh.edu.my

Abstrak :

Tinjauan ini membicarakan

mengenai pemikiran sosial

masyarakat India melalui Novel

Tamil Malaysia dalam tempoh

masa 30 tahun iaitu di antara tahun

1957 hingga 1987. Kajian ini telah

menggunakan pendekatan kualitatif

dan berlandaskan kajian

perpustakaan serta kaedah

dokumentasi. Pemikiran sosial

masyarakat India telah di lihat

secara mendalam melalui kajian

struktur iaitu tema, perwatakan dan

latar. Kajian ini telah dilakukan

dengan meninjau sejarah

perkembangan Novel Tamil

Malaysia secara terperinci di antara

tahun 1957 hingga 1987. Kajian ini

menunjukan pemikiran sosial

masyarakat India berubah mengikut

rangkaian peristiwa yang berlaku

dalam negara. Selepas tahun 1957,

didapati masyarakat India berada

dalam dilema, samada berhijrah ke

Negara India ataupun menjadikan

Malaysia sebagai tempat

bermaustatin yang kekal. Pemikiran

masyarakat India juga menjadi

tidak menentu dan terganggu akibat

daripada tindakan majikan

ladang-ladang getah berbangsa

Eropah menjual ladang-ladang dan

mengabaikan kebajikan masyarakat

mereka. Dapatan kajian

menunjukan masyarakat India juga

mengalami kesukaran dalam

memperolehi kewarganegaraan

ataupun taraf bermaustatin tetap di

Malaysia di samping berhadapan

dengan pelbagai cabaran seperti

gangguan seksual, kebajikan yang

terabai, ketiadaan kemudahankemudahan

asas, kekurangan

pendapatan dan ketiadaan

kesedaran

pendidikan.

Kesimpulannya, para penulis

menyedarkan masyarakat India

tentang kepentingan perpaduan dan

kesedaran untuk memajukan diri

dan negara.

Keywords: pemikiran sosial,

rangkaian peristiwa, novel tamil,

dilemma, bermaustatin

Pengertian Sastera dan

Struktur Sastera

Sastera merupakan hasil

seni yang disampaikan melalui

bahasa. Tidak keterlaluan sekiranya

dikatakan sastera mampu

membentuk tamadun sesuatu

bangsa kerana ia bukan sahaja

mempunyai hubungan yang rapat

dengan masyarakat namun ia juga

terlibat dengan pergolakanpergolakan

yang berlaku dalam

masyarakat tersebut. Karya sastera

khasnya genre novel membicarakan

apa yang berlaku dan apa yang

terlibat pada sesuatu masyarakat

dalam sesuatu masa sambil

mengemukakan sikap, pemikiran

dan pandangan pengarangnya.

Bahan sastera juga merupakan hasil

pemikiran yang menggunakan

bahasa yang indah dan kreatif.

Bahan sastera khasnya genre novel

adalah kaya dengan pelbagai

maklumat berhubung dengan

moral, kemasyarakatan, ekonomi

dan politik yang mencerminkan

corak pemikiran dan budaya

sesuatu masyarakat.

Isu Pemecahan Ladang

(Cemmannum Nila Malarkalum-

1969)

Sehubungan dengan itu,

novel yang berjudul Cemmannum

Nila Malarkalum (1969) karya

M.Kumaran membicarakan tentang

perjuangan dan kegigihan

Kanniappan selaku watak utama

untuk membela nasib pekerja

ladang Tanah Merah yang terbiar

akibat daripada masalah pemecahan

ladang. Pengarang juga telah

menggunakan beberapa teknik

untuk

memperkenalkan

Kanniappan watak utama dalam

novel ini. Biasanya, terdapat tiga

teknik memperkenalkan watak

dalam sesuatu novel. Pertama,

secara analitikal dan dalam teknik

ini pengarang secara langsung

memperkenalkan wataknya. Kedua,

secara dramatik iaitu pengarang

mempersembahkan wataknya

secara tidak langsung dan teknik

ketiganya ialah secara kombinasi

kedua-dua teknik ini.

Dalam novel ini, pengarang

secara langsung memperkenalkan

senario persekitaran iaitu latar

tempatnya iaitu ladang getah Tanah

Merah terlebih dahulu sebelum

memperkenalkan watak utamanya

dengan mengatakan; “ … pekerja

India ladang telah mengorbankan

diri dengan mengerah tenaga serta

darah untuk memajukan Negara

ini. Tetapi hari ini ladang Tanah

Merah telah mengalami nasib

berbeza iaitu pemecahan ladang

dan masyarakat India menjadi

orang terbiar. Di ladang tersebut

32