24.12.2012 Views

Tiang Seri Agama

Tiang Seri Agama

Tiang Seri Agama

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Solat lima waktu mesti dipelihara bersungguh-sungguh. Ia menjadi tiang seri agama.

Ia mestilah dikerjakan dengan khusyu’. Berdiri di hadapan Allah dengan muka tunduk

dan hati patuh, tidak bercabang kepada yang lain.

Tanda iman yang paling tinggi ialah memelihara sembahyang lima waktu, kalau

sembahyang lima waktu tidak terpelihara dengan baik, belumlah boleh dikatakan

bahawa orang itu beriman. Sebab iman kepada Allah membawa akibat yang wajar

bagi khusyu’nya hati . Kalau seruan sembahyang tidak dipedulikan, tanda hati tidak

khusyu’, tanda iman tidak ada. Sebab itu dengan tegas Rasulullah bersabda yang

bermaksud :

“Diantara seorang laki-laki dengan kekafiran ialah meninggalkan sembahyang”.

Tegasnya apabila seseorang yang mengakui dirinya Islam, padahal dia tidak

memelihara sembahyang, tegaklah ia di antara Islam dengan kafir”.

Perhatikanlah dengan saksama, apabila kita masuk ke dalam sesuatu daerah, taman,

atau kampung yang di dalam perhitungan sebagai kampung atau daerah orang-orang

Islam. Apabila di daerah itu terdapat masjid atau musolla dan sembahyang pula

terpelihara baik, maka kampung itu biasanya aman dari pelbagai jenayah seperti

ragut, rompak, tipu menipu pergaduhan dan sebagainya. Bolehlah kita perhatikan

kampung-kampung sekitar kita bilamana surau dan masjid makmur dengan solat atau

pengajian agama maka biasanya kampung itu kelihatan aman.

Sebaliknya kalau kita masuk ke suatu daerah yang mana sembahyang tidak lagi

dipedulikan orang, majlis pengajian mati, surau dan masjid dikunci rapat, maka

biasanya daerah ini akan banyak berlaku jenayah, seperti samun, ragut, rompak

pergaduhan dan berbagai lagi. Nyatalah tidak aman.

Di zaman ini, yang dikatakan serba maju ini di mana pengaruh

kebendaan telah menguasai banyak orang, maka sembahyang tidak

dipedulikan sangat. Ramai orang yang mengaku Islam tetapi

sembahyang tidak dikerjakan lagi. Syukur juga masih ada imam dan

para jemaah surau yang masih sudi menyembahyangkan jenazahnya,

walaupun masa ia hidup ia tidak pernah sembahyang. Bila ramai

orang Islam yang tidak sembahyang kesannya berlakulah keruntuhan

jiwa yang dahsyat. Hasil dari longgarnya pegangan agama. Mudahlah

berlaku perzinaan, pemerkosaan, pembunuhan, pemabukan, perjudian

dan berbagai lagi jenayah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pembunuhan sesama manusia menjadi-jadi. Paparan media cetak

pembunuhan hampir setiap hari.

Pembinaan rumah tangga mestilah berdasarkan kepada takwa. Hubungan

antara suami dengan isteri beserta anak-anak mestilah di bina atas dasar

takwa. Maka untuk takwa sembahyang adalah dasarnya. Maka

rumahtangga yang tidak menjalankan solat, malah tidak mengenal apa

yang dikatakan solat, maka rumahtangga ini adalah rumahtangga yang

hambar, memuakkan, kosong dan tiada arah tujuan hidup. Mudah

melafazkan cerai, mudah menjalankan berbagai macam usaha, tidak

kenal haram atau halal, Kegembiraan jiwa telah tiada. Untuk mengisi

kekosongan itu mereka hanya berpiknik, menonton wayang, membeli

belah, shopping . Itulah life mereka. Jiwa mereka kosong.

Sembahyang adalah tali pengikat seluruh keluarga. ayah dan anak,

suami dan isteri dan seluruh ahli rumah terikat dalam jamaah di dalam

rumahtangga. Di saat anak-anak lain keluar rumah dengan liar, anakanak

dari keluarga yang mendirikan solat bersama-sama di rumah

mengerjakan solat jamaah diimami oleh ayahnya sendiri. Rumahtangga

ini beroleh ketenangan dan kemesraan.

Kini kehidupan beragama telah menjadi sangat rapuh. Ayah lebih suka

berada di luar rumah. Ibu-ibu juga begitu, melepaskan hawa di luar

rumah. Anak-anak keluar rumah dengan bebas, kenakalan yang tidak

lagi terkendali. Rumahtangga ini telah hancur lebur.

Dengan sembahyang kita memusatkan perhatian kepada yang satu. Sekurang-kurangnya

melepaskan penat lelah setelah bekerja dan kesibukan berurusan. Maka istirehat sebentar.

Orang yang tidak solat tidak ada masa untuk istirehat bagi jiwanya. Sebab itu kalau ia

sedang naik maka ia lupa daratan. Kalau jiwanya menurun, masalahnya kusut, ia menjadi

putus asa dan sangat sukar untuk dipulihkan. Baginya dunia sudah sangat gelap. Riwayat

hidupnya mahu sahaja ditamatkan!. Jiwa orang yang tidak sembahyang selalu merasa ada

sesuatu yang kurang, selalu merasa tiada kepuasan. Payah untuk menenangkan diri.

Penyakit jiwa terlalu banyak di zaman moden ini. Sebab itulah hari ini banyaknya pusat

kaunseling untuk memulih semangat orang yang telah patah jiwanya. Kadang-kadang juru

kaunseling juga mengalami tekanan jiwa. Orang-orang yang memegang jabatan yang hebathebat

juga tidak sedikit yang mengalami gangguan perasaan. Jasmaninya nampak kuat

tetapi hakikatnya jiwanya sakit.

Bagaimanalah orang yang mengaku Islam dapat mengurangi penyakit

ini, padahal ahli fisioterapi sendiri mengakui pil dan tablet tidak boleh

mengurangkan penyakit jiwa ini. Ubat yang paling mujarab ialah

ketenangan jiwa. Jiwa hanya tenang dengan sembahyang. Inilah ubat

yang sejati. Suntikan, pil, dan tablet boleh menyembuhkan penyakit

jasmani, tetapi penyakit jiwa ubatnya ialah sembahyang atau Solat.

Solat adalah penghambat kekejian dan kemungkaran. Menjadi dinding

dari kejahatan. Semasa keseorangan dan terpencil pula orang yang solat

tidak akan melakukan perkara keji dan jahat kerana ia selalu merasa

Allah sentiasa dekat dengannya, memerhatikannya. Malaikat juga

begitu sentiasa menjaga dan melihatnya.

Orang yang memelihara sembahyang boleh dipercayai bila berjanji, dan suka mencampuri

dirinya dengan masyarakat, sebab dia dididik dengan solat jamaah .

Orang yang memelihara sembahyang adalah orang yang setia. Setia kepada tanah air dan

bangsanya. Setia kepada kaum dan keluarganya. Sebab dia setia kepada tuhan. Dia tidak

pembenci dan dia tidak pendendam Bertambah tekun memelihara sembahyang bertambah

mulia darjat kemanusiaannya. Al-insan al kamil.

Mungkin juga orang yang solat tetapi masih juga ia melakukan perkara keji. Orang-orang ini

mesti jaga sembanyangnya cukup rukun dan syaratnya. Tidak cukup sekadar sembahyang

sahaja, tetapi kualiti sembahyang juga haruslah dicari. Pun begitu orang yang sembahyang

kalaupun ia masih juga melakukan kejahatan tetapi nisbahnya masih kecil berbanding orang

yang tidak sembahyang. Beruntung orang yang sembahyang. Jiwanya tenang.Penyakit jiwa

sukar hinggap pada hatinya. Kalaupun ia hinggap ia segera hilang kerana hatinya diisi

dengan roh solat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!