09.01.2013 Views

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah

(1882-1943)

Shaffi e Awang/Mohd Asri bin Daud

Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid merupakan sekumpulan

bahan arkib yang tersimpan dalam koleksi Arkib Negara

Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis. Koleksi ini

merupakan sebahagian daripada himpunan salinan surat menyurat

di zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim

Shah, Sultan Kedah ke-26 yang memerintah antara tahun 1882

hingga tahun 1943. Mengimbas kembali sejarah latar belakang

Sultan Abdul Hamid, baginda telah diputerakan pada 4 Jun 1864

dan menaiki takhta kerajaan negeri Kedah setelah ditabalkan

menjadi Sultan pada 21 Januari 1882 pada usia 19 tahun.

Semasa pentadbiran Sultan Abdul Hamid negeri Kedah

telah berubah kepada sebuah negeri yang membangun. Dalam

membangun dan memodenkan Kedah, baginda dibantu oleh

adinda-adindanya seperti Tunku Abdul Aziz (Raja Muda), Tunku

Mahmud (Reagent) dan putera-puteranya seperti Tunku Ibrahim,

Tunku Muhammad, Tunku Badlishah, Tunku Muhammad Jiwa,

Tunku Yaakob dan Tunku Abdul Rahman di samping para

pembesar dan ulama termasuk Wan Muhammad Saman Wan

Ismail, Mohamed Shariff Osman dan Haji Wan Sulaiman Wan

Sidik.

Ketika lawatannya ke Bangkok pada tahun 1892, baginda

dianugerahkan bintang kebesaran Gajah Putih Kelas Pertama

oleh King Chulalongkorn. Pada tahun 1911 baginda telah

berangkat ke London menghadiri upacara pertabalan King George

V dan baginda dianugerahkan bintang kebesaran Knight

Commander of the Most Distinguished Order of St. Micheal and

St. George (KCMG). Mengenangkan kebolehan dan jasanya

dalam membangun dan mentadbir negeri, baginda telah

digelarkan sebagai “Bapa Kedah Moden” seiring dan sezaman

dengan Sultan Abu Bakar di Johor dan King Chulalongkorn di

Thailand yang diberi gelaran yang sama kerana jasa mereka dalam

membangun dan memodenkan negeri masing-masing.

Pemerintahan baginda berlangsung selama 61 tahun dengan

melalui tiga zaman penjajahan kuasa asing iaitu Siam, Inggeris dan

Jepun. Baginda mangkat pada 13 Mei 1943 dalam usia 79 tahun

dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Setar.

Koleksi Surat menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah

merupakan salah satu koleksi surat menyurat Melayu yang penting

di Malaysia dan mendapat pengiktirafan dunia. Ianya mengandungi

sejumlah 2,951 halaman bertulisan tangan dalam huruf jawi yang

terkandung dalam 14 jilid buku dan meliputi tahun-tahun sekitar

1882 hingga 1943. Pada September 2001, pihak United Nations

Educational, Scientifi c and Cultural (UNESCO) atas hasil usaha

Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama para penyelidik

tempatan telah mewartakan Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid

sebagai warisan dunia atau “the Memory of the World Register”.

Koleksi Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid telah diiktiraf sebaris

dengan koleksi warisan dunia yang lain seperti Hikayat Hang Tuah

dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

14

Berita Arkib Negara Malaysia

Pemilihan Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid sebagai

warisan dunia berdasarkan keunikan koleksi Surat Menyurat

tersebut yang merupakan satu-satunya bukti rekod bertulis

mengenai Kesultanan Melayu semasa zaman penjajahan kuasa

asing yang masih terpelihara. Koleksi ini mengandungi banyak

maklumat penting mengenai sejarah Kedah sewaktu peralihan

kuasa Siam dan kemasukan British dalam pentadbirannya.

Kandungannya terdiri daripada surat-surat kiriman dalam bentuk

beradat dan biasa termasuklah sifat-sifat khusus tentang

penulisannya yang menggunakan pelbagai tarikh berdasarkan

takwim Hijrah, Masihi, Thai dan Jepun, minit mesyuarat majlis

negeri yang tertubuh dan bersidang seawal tahun 1905 , surat

perjanjian pajak memajak hasil mahsul negeri terutama pertanian

dan perhutanan, penyata belanjawan negeri yang dicatatkan

begitu terperinci mengenai perolehan dan pendapatan kerajaan,

catatan harian istana yang memuatkan catatan bersifat kronologi

khususnya peristiwa lawatan King Chulalongkorn ke negeri Kedah

dan negeri-negeri Melayu dalam tahun 1890 dan pelbagai perkara

penting lain yang mampu menyoroti sejarah Kedah dari pelbagai

bidang semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Koleksi Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid juga

mengandungi rekod tahun-tahun akhir pemerintahan Siam di

negeri-negeri utara dan tahun-tahun yang sangat penting sebelum

dan selepas kuasa British mengambil alih daripada Siam.

Contohnya surat-surat yang ditujukan kepada King Chulalongkorn

atau pegawai atasannya termasuk Gabenor di Wilayah Selatan

Siam seperti Phuket yang mengendalikan pinjaman wang dari

Bangkok kepada Kedah dan Singgora yang berkaitan dengan

penghantaran Bunga Emas dan Bunga Perak ke Bangkok. Ini

kerana sehingga tahun 1909 Kedah masih lagi di bawah naungan

Kerajaan Siam. Sebahagiannya pula ditujukan kepada Pegawai

Inggeris termasuk Residen Inggeris di Pulau Pinang, Perak,

Selangor dan Gabenor Negeri-Negeri Selat.

Pemilihan Surat Menyurat Sultan

Abdul Hamid sebagai warisan dunia

berdasarkan keunikan koleksi Surat

Menyurat tersebut yang merupakan

satu-satunya bukti rekod bertulis

mengenai Kesultanan Melayu

semasa zaman penjajahan kuasa

asing yang masih terpelihara

di Arkib Negara

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!