09.01.2013 Views

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Polemik Di Simunjan Untuk Masyarakat Sarawak

Usdi Abdullah

Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Hajah Nancy Haji Shukri (tiga dari kiri) bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Puan Hajah Daresah Haji

Ismail (dua dari kiri) dan Pengerusi Majlis, Dr. Neilson Ilan Mersat (kanan sekali) serta ahli-ahli panel, Encik Ahmat @ Ibrahim Bin Sah (kiri sekali), Prof.

Madya Dr. Bilcher Bala (tiga dari kanan) dan Prof Madya Datu Haji Sanib Haji Said dan (dua dari kanan)

Arkib Negara Malaysia (ANM) melalui Seksyen Penyelidikan

Khas Negara dengan kerjasama ANM Cawangan Sarawak

telah berjaya menganjurkan Majlis Polemik Sejarah

Malaysia pada 18 Februari 2012 yang lalu. Buat julung kalinya

Majlis Polemik Sejarah ini diadakan di Sarawak bertujuan untuk

memberi pendedahan kepada masyarakat Sarawak tentang

sejarah petempatan dan kerajaan awal negeri ini. Majlis diadakan

di daerah Simunjan dengan tema “Petempatan dan Kerajaan Awal

Malaysia Sebelum 1400M”.

Polemik kali ini diadakan khusus atas permintaan Ahli

Parlimen Batang Sadong, YB Hajah Nancy Haji Shukri yang juga

merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Arkib Negara. Beliau

yang berpeluang hadir dalam sesi polemik ke-25 sebelum ini

tertarik hati untuk membawa program ini ke Sarawak supaya

dapat disertai oleh masyarakat di sekitar Sarawak yang tidak

berpeluang hadir ke Majlis Polemik di Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan di Dewan Mesra, Majlis Daerah

Simunjan ini telah menarik kehadiran seramai lebih kurang 500

orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua masyarakat,

pegawai dan kakitangan kerajaan, pengetua, guru dan pelajarpelajar

dari SMK Sri Gadong, SMK Simunjan No. 1, SMK Gedong,

SMK Semera, SMK Sadong Jaya dan SMK Pasentreen Taib

Mahmod.

Dua orang pakar sejarah telah dijemput khas untuk

membentangkan kertas kerja mereka. Pembentang pertama,

YBrs Prof. Madya Datu Haji Sanib bin Haji Said dari Universiti

Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah membentangkan kertas kerja

bertajuk Kerajaan Awal di Sarawak Sebelum 1400M. Kertas kerja

ini mencungkil kemunculan kerajaan-kerajaan awal di sebuah

pulau besar yang dikenali sebagai Borneo dan sebagai Kalimantan.

Nama Borneo diambil semasa kerajaan Brunei mengungguli

kerajaan-kerajaan lain pada masa itu seperti Sawaku, Samarahan,

20

Berita Arkib Negara Malaysia

Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Hajah Nancy Haji Shukri bersama

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Puan Hajah Daresah Haji Ismail

tiba di Simunjan dengan menaiki helikopter.

Saribas, Kalaka dan Malanau yang kini dalam ruang negeri

Sarawak.

Pembentang kedua iaitu YBrs Prof. Madya Dr. Bilcher Bala

dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula telah membentangkan

kertas kerja bertajuk Kerajaan Melanau: Satu Perspektif Sejarah.

Kertas kerja ini secara khususnya cuba merungkai satu perspektif

sejarah berhubung kewujudan sebuah kerajaan kuno dalam

masyarakat Melanau di Sarawak. Penelitian ini adalah untuk

mengenalpasti sudut kebenaran mengikut pendekatan ilmu

sejarah terhadap kewujudan sebuah Kerajaan Melanau kuno.

Majlis polemik ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Neilson Ilan

Mersat, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, UNIMAS.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!