09.01.2013 Views

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Hikayat Askar Melayu [M.C.ff Sheppard]

No. Penerimaan: 2006/0056859

Mohd Nazri Baharuddin

Bahan berbentuk

terbitan ini adalah

berkisar sejarah

dan perjuangan askar

Melayu di Tanah Melayu.

Umumnya, istilah Askar

Melayu ini telah wujud

ketika zaman Kerajaan

Melayu dahulu. Terbitan

ini menyorot seketika

sejarah penubuhan Askar

Melayu yang telah lama

dirancang semenjak 1902

oleh Almarhum Sultan

Perak, Sultan Alang

Iskandar Shah, Almarhum

Yang Dipertuan Besar

Negeri Sembilan Tuanku

Muhammad Ibni Yam

Tuan Antah, Almarhum Raja Dihilir Perak Raja Sir Chulan, dan

Almarhum Undang Rembau Dato’ Abdullah Hj. Dahan. Maka hal ini

diusulkan ke Majlis Mesyuarat Negeri Persekutuan yang diadakan di

Kuala Lumpur sekitar tahun 1920. Impian ini menjadi kenyataan

selepas 13 tahun kemudiannya iaitu pada waktu itu hanya 25 orang

sahaja yang terpilih menyertai Askar Melayu selepas beberapa ujian

saringan dan latih tubi kepada lebih dari 1000 permohonan. Pada

Lanca

No. Penerimaan: 2002/000551

Yatimah Rimun

Lanca atau jinrikisha adalah sebuah

pedati yang menggunakan kuasa

manusia untuk membawa manusia

atau barang dari satu tempat ke satu

tempat yang lain. ‘Jinrikhisha’ diambil

dari bahasa Jepun iaitu , Jin’ –

bermaksud orang, ‘riki’ – bermaksud

kuasa dan ‘sha’ pula bermaksud

kenderaan. Pada tahun 1887, nama ini

dipendekkan kepada rickshaw.

Sebenarnya terdapat beberapa

teori atau pendapat mengenai kewujudan

lanca ini. Encyclopedia Americana

menyatakan lanca direka oleh seorang

mubaligh Kristian Amerika di Yokohama

bernama Jonathan Gable. Gable

memerlukan sejenis kenderaan yang

boleh membantu dan memudahkan

isterinya bergerak dari satu tempat ke

satu tempat yang lain. Ada pendapat lain

pula menyatakan lanca direka oleh

seorang warga tua Jepun yang separuh

16

Sejarah penubuhan Askar Melayu

terkandung didalam terbitan ini.

Berita Arkib Negara Malaysia

lumpuh dan tinggal di daerah Kyoto.

Beliau telah mereka cipta lanca untuk

kegunaannya sendiri. Sumber lain pula

menyatakan bahawa reka bentuk lanca

itu berasal dari pedati brouette Peranchis

yang diubahsuai menjadi pedati yang

boleh ditarik oleh manusia. Pedati ini

telah ditambah dua buah roda dan

spring pada gandar rodanya.

Lanca mula diperkenalkan di

Tanah Melayu pada sekitar tahun 1880an

dan mula digunakan secara meluas

pada awal tahun 1900an. Negeri yang

mula-mula menggunakan lanca ialah

Negeri-negeri Selat iaitu Singapura,

Pulau Pinang dan Melaka dan akhirnya

menular ke negeri-negeri lain di

Semenanjung Tanah Melayu.

Bagaimanapun penggunaan lanca

sebagai pengangkutan di Tanah Melayu

mulai pupus pada tahun 1930an apabila

beca mula diperkenalkan.

23 November 1932, Jabatan Perang British memberikan persetujuan

untuk penubuhan satu pasukan Askar Melayu sebagai satu rejimen

tempatan dalam Angkatan Tentera British (Rejimen ini dilatih dan

diurus oleh Rejimen Tentera British Malaya). Pada 23 Januari 1933,

Majlis Perundingan Persekutuan (Federal Consultative Council) telah

meluluskan Akta No. 11 yang dikenali dengan nama Akta Rejimen

Askar Melayu dan meluluskan peruntukan $70,000 bagi pembelian

Kong Sang Rubber Estate di Port Dickson untuk tapak bagi

kegunaan sebagai Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu.

Pasukan Askar Melayu bermula dengan penubuhan

Kompeni Percubaan Pertama (1st Experimental Company) pada

tahun 1933 dan merupakan titik permulaan pasukan tentera anak

watan di Tanah Melayu.

Ia dinamakan Pasukan Percubaan dan ditempatkan di

Depot Port Dickson. Pasukan ini diketuai oleh Major G. Mc. I. S.

Bruce daripada Lincolnshire Regiment dan menjadi Commanding

Offi cer yang pertama dan dibantu oleh Captain K. G. Exham, Duke

of Wellington’s Regiment, Adjutant Sergeant Major McCarthy dan

Sergeant Major Field. Mereka inilah yang pertama-tama memimpin

pasukan Askar Melayu yang telah dipilih khas oleh Jabatan Jajahan

Takluk dan berkhidmat dengan setia kepada Tanah Melayu. Secara

rasminya, 1 Mac 1933 diumumkan sebagai hari penubuhan Askar

Melayu yang pertama di Tanah Melayu dibawah pentadbiran

Kerajaan Kolonial British di Haig Lines, Port Dickson,

Negeri Sembilan.

Lanca dan penumpang di sebuah kampung

di Pulau Pinang, sekitar tahun 1900an.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!