09.01.2013 Views

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

Peristiwa Gubir 26 April 1976 - Arkib Negara Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Promosi Bahan Arkib

Noriah Mohd Noor

Pada 28 Februari 2012, Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM)

telah mengadakan promosi bahan arkib yang bertujuan

untuk menghebahkan bahan-bahan yang diperoleh ANM

kepada orang awam supaya dapat digunakan untuk rujukan dan

penyelidikan. Kesempatan ini juga diambil untuk memberi kesedaran

kepada orang ramai bahawa ANM adalah sebuah institusi yang

mengumpul, menyimpan dan memelihara bahan-bahan bernilai

sejarah.

Fokus promosi ialah bahan suratkhabar, senarai Kumpulan

Rekod/Arkib yang boleh dirujuk di ibu pejabat dan Cawangan

Negeri serta senarai kumpulan rekod terperingkat yang di turun

taraf kepada terbuka tahun 2011.

Koleksi suratkhabar di ANM telah mula dikumpul dari awal

tahun 1960an. Sehingga kini jumlah suratkhabar dalam koleksi

ANM adalah sebanyak 281,633 naskah yang meliputi suratkhabar

Melayu (158 jenis), Inggeris (57 jenis), Cina (49 jenis) dan

Tamil (29 jenis). Daripada jumlah tersebut, 157,522 naskah

terdapat di ibu pejabat ANM sementara selebihnya iaitu

124,111 naskah disimpan di Cawangan Negeri seluruh

Malaysia. Antara suratkhabar terawal yang terdapat di

ANM ialah Jawi Peranakan (1887), Sekolah Melayu (1888),

Bintang Timur (1894), Jajahan Melayu (1896), Warta

Melayu (1898), Cahaya Pulau Pinang (1904). Selain

suratkhabar yang diterbitkan di Tanah Melayu, terdapat

juga suratkhabar terbitan luar negara yang memaparkan

artikel berkaitan Tanah Melayu. Antara suratkhabar

tersebut ialah The Illustrated London News, Ballou’s

Pictorial, The Penny Illustrated Paper, The Graphic dan

Harper’s Weekly.

Senarai kumpulan Arkib/Rekod yang telah

mencapai taraf arkib akan dikeluarkan mengikut suku

tahun iaitu setiap awal bulan Januari, April, Julai dan

Oktober. Bagi tahun 2011, sebanyak 347 kumpulan Arkib/

Rekod yang mengandungi 3,878 buah fail telah mencapai

4

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Puan Hajah Daresah Haji Ismail (kanan) menunjukkan suratkhabar yang dipamerkan kepada

wartawan sambil diperhatikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Arkib, Puan Faridah Ishak (tengah) dan Ketua Seksyen Perolehan,

Puan Kamariah Ismail (kiri).

Berita Arkib Negara Malaysia

taraf Arkib dan sedia untuk dirujuk. Rujukan boleh dibuat di Dewan

Penyelidikan, Tingkat 1, Wisma Warisan, ANM Jalan Duta, Kuala

Lumpur.

Selari dengan kehendak Seksyen 8, Akta Arkib Negara

2003 yang memberi kuasa kepada ANM untuk mengkaji semula

kumpulan rekod terperingkat yang berada di bawah jagaan dan

kawalannya, sebanyak 1,417 unit rekod daripada 6 kumpulan rekod

terperingkat bertempat di ibu pejabat telah dipersetujui untuk

dibuka status terperingkatnya. Kini ia boleh diakses oleh semua

penyelidik. Antara kumpulan rekod tersebut ialah Pejabat Residen

British Pahang 1888-1995, Pejabat Penasihat British Kelantan

1917-1939, Pejabat Penasihat British Terengganu 1935-1936,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan 1950-1956, Jabatan

Perdana Menteri (Siri Pejabat Penasihat British Kelantan) 1946-

1949 dan Jabatan Pertanian Malaysia (Bhg. Perikanan) 1946-1966.

Penolong Pegawai Arkib Seksyen Perolehan, Encik Namsivayam Martin memberi

penerangan kepada para pengunjung yang berminat dengan bahan-bahan arkib

yang dipamerkan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!