30.01.2013 Views

Volume I Ringkasan Eksekutif - Jabatan Alam Sekitar

Volume I Ringkasan Eksekutif - Jabatan Alam Sekitar

Volume I Ringkasan Eksekutif - Jabatan Alam Sekitar

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

6.2.5 Ekologi Marin

Impak ke atas habitat biologikal, komuniti dan spesis di dalam dan sekitar Tapak Projek

sewaktu operasi Terminal termasuk:

• Bunyi bawah air dan bot menyerang mamalia Marin – Kesan buruk rendah

• Tumpahan minyak – Kesan buruk sederhana

Walupun kesan sebenar tumpahan minyak tidak terkawal akan menjadi buruk, namun

kemungkinan berlakunya kemalangan ini adalah rendah dan berserta kaedah mitigasi yang

disyorkan untuk mengawal tumpahan, impak ini boleh dianggap sebagai impak Sederhana.

Dengan mempertimbangkan kesemua komponen di atas, impak Terminal pembangunan ke

atas ekosistem marin secara umum adalah Kesan Buruk Rendah.

Kaedah Mitigasi:

• Perlaksanaan kaedah mitigasi piawai untuk mengawal pencemaran air semasa

peringkat pembinaan dan perlaksanaaan.

• Mendirikan terumbu buatan dan habitat udang karang di kawasan yang bersesuaian dan

mengumpan udang karang dan ikan untuk tinggal di kawasan tersebut.

6.2.6 Penilaian Risiko Kuantitatif

Penilaian Risiko Kuantitatif untuk Projek ini telah dijalankan bagi menentukan Zon

Penampan 250 m dari kawasan sempadan Terminal adalah mencukupi untuk menampung

pengasingan keselamatan di antara Terminal dan kawasan guna tanah yang lain. Kawasan

tanah di dalam kawasan penampan ini akan dizonkan sebagai kawasan industri untuk

memastikan tidak ada kawasan tempat tinggal berpenduduk atau kawasan guna tanah yang

tidak bersesuaian dibina pada masa akan datang. Risiko keselamatan kawasan sekeliling

komuniti akan diminimumkan ke aras yang boleh diterima.

Kaedah Mitigasi:

• Menentukan kawasan penampan 250m di antara kawasan Terminal dan kawasan

berpenduduk.

• Pemasangan Sistem Perlindungan Petir yang betul.

• Perintah pemeriksaan tangki dan memberi penekanan ke atas penutup rim.

• Menubuhkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) untuk kedua-dua kawasan Terminal

dan jeti setempat dan juga ERP di luar tapak.

6.2.7 Guna Tanah

Zon penampan 250 m dari kawasan sempadan terminal akan digazetkan sebagai zon

industri yang diperlukan untuk memenuhi zon penampan keselamatan dari

Terminal. Dalam zon penampan 250 m dari sempadan terminal, terdapat di antara 43 dan

47 bidang tanah (bergantung pada opsyen guna tanah) dimiliki secara individu. Guna tanah

yang tidak serasi dalam zon penampan harus dipindahkan.

Terdapat di antara 9 - 12 rumah yang terlibat merangkumi sejumlah 60 orang di dalam zon

penampan ini. Isu ini dianggap sebagai kesan serius terhadap individu yang terlibat,

namun, dalam konteks penduduk yang lebih besar di kampung (1,614 orang), kesan

keseluruhan terhadap masyarakat adalah Sederhana.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!