30.01.2013 Views

Ucapan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan PSPTN Fasa 2

Ucapan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan PSPTN Fasa 2

Ucapan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan PSPTN Fasa 2

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN PELAN TINDAKAN FASA DUA

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA (PSPTN)

7 Jun 2011 (SELASA), 9.00 PAGI, PICC.

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia,

1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat

Allah Taala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah

saya bersama-sama hadir ke Majlis Perasmian Pelan Tindakan Fasa Dua,

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) pada pagi yang

berbahagia ini. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak

penganjur atas jemputan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

2. Saya berasa amat gembira kerana Majlis Pelancaran Pelan Tindakan

Fasa Dua ini menandakan dua perkara besar dalam konteks Pelan

Strategik Pengajian Tinggi Negara. Pertama, ia menandakan bahawa kita

telah berjaya meletakkan asas yang kukuh bagi PSPTN dalam Fasa Satu

pelaksanaannya. Dan keduanya, dengan kejayaan itulah, maka kita

semua akan bersama-sama memastikan kelangsungan Fasa Dua

1 | P a g e

pelaksanaan PSPTN di mana sebanyak 23 Projek Agenda Kritikal (CAPs)

di bawah Fasa Satu akan diteruskan pelaksanaan dan pemantauan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(SENARIO DAN TREND PENGAJIAN TINGGI MASA KINI)

3. Pada hari ini, senario pengajian tinggi global berkembang dengan begitu

pesat sekali. Arus dan ledakan globalisasi telah menghasilkan daya

penggerak yang telah membentuk hala tuju baharu pengajian tinggi dunia.

Hala tuju ini juga melahirkan beberapa trend baharu seperti antara lainnya,

globalisasi, mobiliti, kolaborasi, evolusi dalam pembelajaran dan

pengajaran serta penggunaan teknologi yang maksima. Tidak dinafikan,

dinamika pengajian tinggi dan arus globalisasi ini akan berterusan

khususnya sepanjang tempoh lima tahun Fasa Dua PSPTN. Ini bermakna,

Malaysia dan institusi pengajian tingginya perlu memberi pertimbangan

wajar terhadap impak dinamika ini kepada hala tuju strategik negara,

sistem serta institusi pengajian tingginya. Dalam konteks senario seperti di

atas, usaha dan tindakan yang akan kita ambil misalnya akan

mencorakkan pengajian tinggi menjadi lebih bersifat antarabangsa, tidak

jumud dan akan terbina hubungan jaringan yang berasaskan kepada

kolaborasi dan komplementari bukannya kepada persaingan.

2 | P a g e

4. Dalam konteks senario dan trend yang telah dilakarkan tadi, pengajian

tinggi sememangnya menjadi penggerak minda dan teknologi ke arah

mencapai status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.

Sehubungan dengan itu, bukanlah satu kebetulan jika sektor pendidikan

(dan pengajian tinggi) merupakan salah satu daripada 12 bidang yang

dikenalpasti sebagai penyumbang signifikan kepada pertumbuhan

ekonomi negara, sebagai jentera pertumbuhan dalam Program

Transformasi Ekonomi Negara. Tambahan lagi, pendidikan telah pun

dijadikan sebagai sebuah komoditi dan produk eksport yang semakin

diterima dan menyerlah dalam ekonomi global masa kini.

5. Hasrat Malaysia amat jelas iaitu ingin menjadi negara pembekal pengajian

terbaik di rantau ini juga pada peringkat antarabangsa. Dan sebagai satu

komoditi, pihak yang membekalkan pendidikan yang terbaik, mengikut

definisi kualiti yang terpakai masa kini, akan memperoleh pencapaian dan

keberhasilan yang tinggi juga lumayan. Justeru itu, Kementerian Pengajian

Tinggi perlu penuh komited dalam memperkukuhkan kualiti dan memandu

transformasi pengajian tinggi. Kita perlu memahami bahawa pada

asasnya, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) adalah satu

pelan yang ‘all-encompassing’, iaitu merangkumi pelaksanaan yang

membabitkan semua aspek pengajian tinggi yang signifikan. Ia perlu

3 | P a g e

dijadikan fokus demi untuk mencapai hasrat murni utama kita – iaitu

supaya setiap pelajar yang layak, mendapat akses kepada pengajian

tinggi, akan bergraduat menjadi modal insan kelas pertama dan

berpendapatan tinggi, yang berkualiti global dan menjadi penggerak

kepada sumber manusia yang berinovatif dan kreatif yang diperlukan bagi

masa depan Malaysia.

6. Untuk memastikan aspirasi itu dapat dicapai seterusnya, PSPTN akan

dikembangkan dengan meletakkan fokus kepada beberapa agenda utama,

yang melibatkan proses-proses utama dan pelan-pelan tindakan dalam

sektor pengajian tinggi dilaksanakan secara ‘business unusual’ demi untuk

melonjakkan sektor pengajian tinggi ke peringkat kecemerlangan, yang

bertanda araskan definisi cemerlang oleh komuniti pengajian tinggi global.

Bagi tujuan ini, pengukuhan usaha melahirkan modal insan,

memperkayakan kreativiti dan inovasi, memaksimumkan ekosistem

pengajian tinggi, memanfaatkan globalisasi dan kepemimpinan yang

bertransformasi di kalangan peneraju institusi pengajian tinggi

adalah antara fokus-fokus baharu yang perlu dilaksanakan sepanjang

tempoh Fasa Dua PSPTN.

4 | P a g e

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PENGUKUHAN USAHA MELAHIRKAN MODAL INSAN)

7. Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan kita

melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi ciri keperluan abad ke-

21. Sehubungan dengan itu, kita perlu mengenal pasti dan menggunakan

pendekatan-pendekatan terbaharu untuk membangunkan modal insan

yang benar-benar berketrampilan dan menyumbang kepada

pembangunan dan kemajuan negara. Ini dapat digerakkan melalui

pendekatan kolaborasi, kaedah penyampaian yang berinovasi

khususnya dalam konteks pembelajaran dan pengajaran,

pembelajaran sepanjang hayat dan pengenalan kepada program-

program baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

8. Dalam konteks ini, kita ingin memastikan bahawa pelajar yang kita

lahirkan, tidak lagi bersifat modal insan yang biasa iaitu hanya untuk

memenuhi keperluan industri, sebaliknya mempunyai talent atau bakat

untuk membantu negara menghadapi persaingan dan menyumbang

penyelesaian cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Justeru itu,

pembangunan bakat di kalangan pelajar perlu memperlihatkan ciri-

ciri yang disimpulkan melalui 5Cs sebagai pengukuhan kepada

5 | P a g e

konsep dan modul kemahiran insaniah yang telah dilancarkan oleh

kementerian sebelum ini. Lima ciri itu ialah Critical Thinking and

Problem Solving (pemikiran kritikal dan penyelesai masaalah),

Effective Communication Skills (keberkesanan berkomunikasi),

Collaboration and Team Building (boleh bekerja secara berkesan

termasuk dengan kumpulan yang berbeza pandangan), Creative and

Innovative (kreativiti dan inovasi) dan Culturally Literate (celik

budaya untuk bergerak dalam dunia yang kepelbagaian). Saya

percaya, pelajar yang memiliki kelima-lima ciri tersebut menepati

keperluan negara untuk bersaing dan berhadapan dengan cabaran-

cabaran global.

9. Selain itu, sudah tiba masanya dalam tempoh lima tahun ini, kita

menganjak paradigma iaitu daripada semata-mata melahirkan modal

insan (human capital) kepada usaha meningkatkan modal intelektual

(intelectual capital). Pendek kata, pembangunan modal insan di negara

tidak lagi seharusnya bergantung kepada soal menyediakan akses

semata-mata, sebaliknya membangunkan pengalaman dan pengetahuan

yang berkualiti yang diterima oleh seseorang individu atau pelajar selama

berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini kerana modal intelektual

6 | P a g e

akan berupaya menjamin pembangunan negara yang berkualiti dan

mapan.

10. Pengukuhan proses pembelajaran dan pengajaran di IPT mestilah

memanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan

attractive atau memikat hati. Selain itu, ciri-ciri pembelajaran mestilah

bercorak student-centered atau pemusatan pelajar, kerana proses

pembelajaran ini dapat memberi perhatian kepada aspek-aspek

perkembangan dan potensi pelajar secara menyeluruh.

11. Bagi menyokong dan memajukan k-ekonomi yang menjadi teras

kepada ekonomi inovasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan

diarusperdanakan kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan formal

atau tidak formal. Kita percaya, penekanan kepada Pembelajaran

Sepanjang Hayat ini akan membantu rakyat mencapai potensi

sebenar diri sekaligus menyumbang kepada proses pembangunan di

peringkat komuniti setempat.

7 | P a g e

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(MEMPERKAYAKAN KREATIVITI DAN INOVASI)

12. Fasa 2 PSPTN juga akan menjangkakan aktiviti penyelidikan dan

pembangunan serta inovasi yang lebih mantap ke arah peningkatan

penerokaan pengetahuan-pengetahuan baharu dan pengkomersilan

produk-produk yang dihasilkan. Antara pendekatan yang akan diambil

untuk melonjakkan R&D dan Inovasi pada Fasa 2 ini ialah menggalakkan

minda perintis (pioneer mindset) di kalangan penyelidik; meletakkan fokus

kepada penyelidikan inovatif selaras dengan kehendak Negara;

menterjemahkan penemuan fundamental ke arah menghasilkan produk

atau teknologi platform yang mampu dikomersilkan; dan memperkayakan

khazanah ilmu (knowledge repository) negara. Dan yang paling penting

ialah semangat ‘kolaborasi dan komplementari’ antara satu sama lain; di

kalangan penyelidik dan di kalangan institusi hendaklah diperkukuhkan.

Kita akan terus mewarisi masalah apabila sifat ‘working in silos’ tidak

dapat dipecahkan. KPT telah memecahkan buyungnya dengan

meletakkan syarat ‘kolaborasi’ dalam pemberian geran HiCOE dan Skim

Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS).

Kolaborasi yang dimaksudkan disini adalah kolaborasi antara

kumpulan penyelidik merentasi sempadan universiti sama ada dari

8 | P a g e

dalam atau luar negara. Juga kolaborasi merentasi sempadan ilmu

yang melibatkan bidang sains teknikal bergabung kepakaran dengan

sains sosial untuk menyumbang kearah penghasilan ilmu baharu

melalui aktiviti penyelidikan bersama.

13. Hari ini kita mempunyai banyak pusat kecemerlangan (COE) di IPT

yang masih berfungsi dan bergerak secara sendirian, dengan bilangan

penyelidik atau pensyarah yang kecil dan peruntukan dana yang minimum.

Saya berharap lebih banyak COE IPT memulakan langkah untuk

berkolaborasi dengan Institusi-institusi Penyelidikan (RIs) di luar

Kementerian Pengajian Tinggi, dalam mahupun luar negara. Selain itu

pihak COE di IPT juga seharusnya melaksanakan langkah-langkah pro-

aktif dalam menjalin kerjasama dengan pihak industri di Malaysia terutama

di kalangan Industri Kecil dan Sederhana (SMI) dan Syarikat

Berkepentingan Kerajaan (GLC), agar produk daripada usaha penyelidikan

mereka dapat menembusi pasaran dengan lebih cepat melalui

perkongsian pintar yang terjalin.

14. Kesemua lima buah Universiti berinsentifkan Penyelidikan (RU)

diminta mempertingkatkan usaha untuk meneraju platform penyelidikan

berimpak tinggi. KPT juga sedang berusaha membimbing IPT untuk

9 | P a g e

membangunkan sebuah lagi universiti penyelidikan berasaskan Sains

Sosial menjelang tahun 2020 untuk sama-sama membantu dalam

pembangunan penyelidikan negara.

15. Pemecahan dana penyelidikan fundamental kepada empat skim

bermula tahun ini di bawah RMKe-10, iaitu Skim Geran Penyelidikan

Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS),

Skim Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan

Pembangunan Prototaip (PRGS), dijangka akan turut memeriahkan lagi

lanskap R&D dan inovasi negara ke arah peningkatan pengkomersilan

produk R&D di dalam Fasa Kedua PSPTN. IPTA dan IPTS telah memula

mendapat manfaatnya melalui FRGS dan LRGS apabila bermula tahun ini

KPT membuka seluas-luasnya dana penyelidikan berdasarkan merit tanpa

mengira status masing-masing. Kita telah mengesan bahawa ada IPTS

yang mampu menerima dana penyelidikan yang tinggi seiring dengan

rakan-rakan mereka dari IPTA. Ini merupakan satu perkembangan

terbaharu yang sihat dari IPTS.

16. Dalam konteks Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau

HiCOE pula, kita ingin mempunyai lebih banyak HICOE yang

diwujudkan di atas dasar persefahaman dan kolaborasi, tidak

10 | P a g e

semestinya dari CoE yang baharu, atau tersendiri; tetapi sebaik

mungkin, ia wujud hasil dari kolaborasi antara beberapa COE sedia

ada, yang merentasi IPT. Enam HICOE yang sedia ada juga harus

memulakan kolaborasi dengan institut penyelidikan ternama dunia.

Matlamat utama yang digariskan setelah dinobatkan sebagai HICOE

adalah untuk mereka menggembling tenaga bagi melonjakkan posisi

HICOE masing-masing ke peringkat serantau dan antarabangsa dalam

Fasa Dua PSPTN.

17. Sementara itu, peranan Malaysia’s Top Business School (TBS) akan

digandakan. Pengkorporatan TBS tetapi ‘not-for-profit’ menjadi unsur

baharu dalam pengukuhan peranannya. Kekuatan nic baharu TBS di

Malaysia yang unik seperti antara lain penekanan kepada pembangunan

‘human governance’ yang berbeza dengan nic Barat hendaklah

disegerakan sebelum ia diperkenalkan oleh pihak lain. Dalam masa yang

sama, KPT akan menilai beberapa lagi Sekolah-sekolah Perniagaan untuk

dinaiktaraf sebagai TBS menjelang tahun 2015.

18. Pada kesempatan ini, saya ingin membawa satu keadaan di masa

hadapan yang menunjukkan betapa pentingnya unsur kolaborasi dengan

institusi dalam dan luar negara. Dalam pembangunan ekonomi, kita telah

11 | P a g e

melihat bagaimana beberapa negara telah menjalinkan kerjasama dalam

integrasi ekonomi serantau dalam kawasan perdagangan bebas seperti

kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA), kawasan perdagangan

bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Kesatuan Eropah (EU), yang memberi

banyak manfaat ekonomi kepada negara-negara ahlinya. Rangkaian

perdagangan bebas dalam sektor pengajian tinggi juga telah mulai

menjadi tajuk perbincangan antara beberapa Presiden dan Naib-naib

Canselor Universiti ternama dunia. Mereka telah berbincang untuk

membentuk satu kesatuan yang kukuh ‘network of networks’ (atau

rangkaian dalam rangkaian) di antara universiti-universiti ternama mereka

bagi memperkayakan aktiviti pembelajaran dan penyelidikan, perniagaan,

mobiliti dan hubungan industri. Sudah wujud kecenderungan di antara

beberapa universiti ternama dunia untuk berpakat dengan rakan-rakan

yang lain agar mereka menumpukan kolaborasi dan sinergi hanya sesama

mereka dan ini tentunya merugikan IPT kita jika kita terlepas pandang

kepada perkembangan ini.

19. Sehubungan dengan itu, IPT di Malaysia harus menggiat dan

menggandakan usaha untuk mendapat manfaat dalam jaringan masing-

masing. Hari ini kita hanya mempunyai hanya MTUN (atau Malaysian

Technical University Network). Yang lain-lain masih bergerak secara

12 | P a g e

ersendirian dan menganggap rakan senegara seperti ‘rival’. Oleh itu,

MTUN harus segera berkolaborasi dan membina jaringan dengan network

yang sedia ada seperti ASEAN University Network (AUN) bagi

memperkayakan aktiviti pengajian tinggi seperti program mobiliti selain lain

aktiviti tradisional R&D dan sosial. Mereka juga harus melangkah jauh

dengan melakukan intergrasi dengan rangkaian luar negara seperti

International Network of Universities (INU- yang menggabungkan universiti

dari Australia, Indonesia, Jepun, Sweden, Spain, Korea Selatan, Itali dan

Amerika Syarikat), Japanese University Network in the Bay Area, di

Amerika Syarikat (JUNBA), Australia Japan University Network (AJUN)

dan lain-lain lagi. Ini sesuatu yang baru tetapi trend ekonomi ini mulai

menular dalam pengajian tinggi dunia dan kita harus bersedia mengorak

langkah supaya tidak ketinggalan dalam arus baru globalisasi ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(MEMAKSIMUMKAN EKOSISTEM PENGAJIAN TINGGI)

20. Dalam Fasa Kedua PSPTN, kementerian akan memaksimumkan

ekosistem pengajian tinggi yang baharu lagi komprehensif. Sepertimana

yang saya nyatakan dalam Amanat Tahun Baharu sebelum ini, bagi

menentukan agar Malaysia berjaya menjadi negara maju berpendapatan

13 | P a g e

tinggi dan mempunyai peranan penting dalam ekonomi global, satu-

satunya pilihan kita ialah menggerak aktifkan semua potensi, kemahiran

dan bakat seluruh rakyat Malaysia. Pendek kata, negara kita yang kecil ini

tidak mungkin dapat meminggirkan potensi setiap seorang anak Malaysia

dan mengabaikan bakat anak-anak muda kita. Justeru itu, kita perlu

memastikan tidak ada seorang pun di kalangan rakyat Malaysia yang

LAYAK, tercicir untuk mendapat peluang menyambung pengajian

dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara.

21. Tidak dinafikan, Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau IPTS

mempunyai peranan penting dalam membangunkan potensi rakyat

Malaysia yang menjadi sebahagian daripada ekosistem pengajian tinggi

negara. Justeru itu, kolaborasi dan sinergi antara IPTA dan IPTS harus

digiatkan. IPTA yang mempunyai ‘abundant talents’, boleh digunakan

untuk membantu pembangunan IPTA baharu dan IPTS. ‘Cross-fertilization’

yang telah diamalkan dalam sektor awam boleh dipanjangkan dari IPTA ke

IPTS. Penyelidik-penyelidik IPTA boleh membantu pembangunan dalam

R&D&C di IPTS. Pengurusan IPTA pula dapat berkongsi amalan-amalan

terbaik dari IPTS dari segi pengurusan korporat, penjanaan pendapatan

dan lain-lain lagi. Sinergi ini akan membolehkan IPTS turut memainkan

14 | P a g e

peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai negara

maju berteraskan ekonomi inovasi dan pengkomersilan.

22. Adalah tidak memadai jika IPTS sekadar menyumbang kepada

pembangunan negara berdasarkan bilangan pelajar antarabangsanya

semata-mata. Justeru itu, pendapatan IPTS hendaklah distruktur semula

dan dipelbagaikan. Pergantungan kepada yuran pengajian pelajar semata-

mata sebagai punca pendapatan mestilah difikirkan semula. Punca

pendapatan alternatif mestilah digiatkan melalui aktiviti R&D&C, program-

program eksekutif dan perkhidmatan. Proses ’levelling the playing field’

(atau menyamakan taraf) antara IPTA dan IPTS di Malaysia harus

dijadikan satu model baharu dunia dalam sektor pengajian tinggi.

Keterbukaan pihak kerajaan adalah jelas setelah mengumumkan bahawa

IPTS juga akan menerima pelajar-pelajar cemerlang negara dengan tajaan

penuh untuk menyambung pengajian di IPTS. Ini merupakan peluang

terbaik kepada IPTS untuk sama-sama menjadi pemain yang seimbang

bersama IPTA dalam pembangunan negara dan melahirkan modal insan

minda kelas pertama.

23. Proses liberalisasi dan globalisasi yang sedang melanda akan turut

memberi kesan kepada ekosistem dalam IPTS. Pelabur-pelabur asing

15 | P a g e

mega dalam sektor pengajian tinggi mulai muncul untuk mengambil

peluang dan keuntungannya. Rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia mula

mendapat perhatian pihak pelabur. Apa yang dibimbangi ialah persediaan

kita untuk menghadapi cabaran liberalisasi dan globalisasi yang besar ini.

Apakah kita akan terus mampu bersaing menawarkan fasiliti pengajian

terbaik kepada pelajar? Bagaimanakah kekuatan modal kita untuk

pelaburan masa hadapan? Saya ingin mengesa supaya IPTS dalam

negara bersedia menghadapi cabaran ini. Dari sudut ekonomi, seperti

yang telah dan sedang berlaku dalam sektor perbankan negara ialah

pengambil alihan dan penggabungan (Merger & Acquisition) menjadi

model baharu untuk menghadapi globalisasi ini. Jika ini satu model yang

baik, bolehkah juga IPTS turut memikirkannya sebagai persediaan

menghadapi pelabur-pelabur asing yang sedang muncul seperti Laurette,

Manipal, Apollo dan lain-lain lagi.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(MEMANFAATKAN GLOBALISASI)

24. Era globalisasi yang memperlihatkan persaingan yang hebat tidak

seharusnya mencicir dan mengekalkan kita sebagai pengikut semata-

mata, tetapi pemimpin atau leader yang menerajui perubahan. Dalam

16 | P a g e

hubungan ini, pengajaran dan penyelidikan bagi tujuan pembinaan

indigenous knowledge amat penting dan signifikan. Ini kerana indigenous

knowledge atau pengetahuan tempatan ini akan memacu ekonomi

berasaskan inovasi yang seterusnya menjadi asas kepada positioning atau

pemetaan Malaysia di peringkat global.

25. Faktor tersebut juga boleh membantu Malaysia mencapai hasrat

menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020. Keupayaan

dan kemampuan Malaysia sebagai pembekal pengajian tinggi yang

berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda arasan yang

berterusan. Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai negara

pembekal pengajian tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan, kerana

hasil yang diperolehi bukan terhad kepada pengaliran wang masuk ke

negara (contohnya penjanaan pendapatan), tetapi juga hasil berbentuk

intangible, seperti perkongsian ilmu dan peningkatan kepakaran.

26. Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada

usaha-usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global (global player),

di mana keterlibatan negara dalam hal ini tidak terhad hanya kepada

program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang

memaksimakan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan

17 | P a g e

memberi khidmat konsultasi pada peringkat global. Melalui program

pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan

kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia

dengan serata dunia.

27. Dalam hal ini juga, untuk mendapatkan keyakinan negara luar

terhadap keupayaan negara kita untuk membekalkan pengajian tinggi

yang terbaik di rantau ini dan juga antarabangsa, PSPTN Fasa Dua akan

melihat permulaan pendekatan elemen baharu- SOFT POWER atau

KUASA TAMBATAN HATI. Pendekatan SOFT POWER ini adalah strategi

jangka panjang yang berobjektifkan meraih keyakinan serantau dan global

kepada jenama Malaysia dan Malaysia itu sendiri. Keyakinan inilah yang

akan membantu Malaysia memenangi hati negara-negara lain, yang

secara jangka panjangnya, akan membantu negara mencapai kedudukan

global dalam khidmat pembekalan pengajian tinggi dunia.

28. Dalam abad ini, landskap pendidikan tinggi di seluruh dunia telah

mengalami perubahan yang besar, peranan institusi pengajian tinggi perlu

berganjak dari mentaliti terkurung menara gading (ivory tower mentality)

kepada peranan yang lebih holistik melalui pendekatan keterangkuman

(inclusiveness) dan pemanfaatan kepakaran institusi pengajian tinggi demi

18 | P a g e

faedah negara dan masyarakat. Malaysia harus memanfaatkan

perubahan ini dengan menggunakan pendekatan tambatan hati atau soft

power bagi memikat hati dan pemikiran pihak berkepentingan tempatan

dan antarabangsa supaya secara kolektif menerima nilai, ideologi dan

budaya pembelajaran yang menguntungkan komuniti. Pendekatan ini

menggalakkan pemilihan norma dan nilai yang bersesuaian dengan

berpaksikan kepada kearifan dan keperluan setempat tanpa perlu

menggunapakai acuan dan tekapan yang dibawa dari luar. Pendekatan

tambatan hati ini akan menguntungkan Malaysia kerana ia merupakan

kerangka paling lestari sebagai asas dalam penjenamaan pendidikan

tinggi Malaysia di peringkat antarabangsa.

29. Tidak banyak di antara institusi pengajian tinggi dunia yang mahu

berganjak kepada peranan terkini ini. Disinilah terletaknya peluang

Malaysia untuk melonjakkan namanya ke persada antarabangsa menerusi

peranan institusi pengajian tinggi yang baru. Strategi tambatan hati

berpelantarkan pengajian tinggi ini belum pernah diinstitusikan

secara berstruktur dan menyeluruh oleh mana-mana universiti di

dunia. Maka ia bukan sahaja suatu usaha yang cuba meneroka lautan

biru (blue ocean) malah menjadi suatu peluang yang mampu

menjadikan pengajian tinggi Malaysian suatu institusi yang pernah

19 | P a g e

saya sebut dahulu iaitu dirujuk (referred), bersesuaian (relevant), dan

dihormati (respected).

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(KEPEMIMPINAN INSTITUSI YANG BERTRANSFORMASI)

30. Untuk menjayakan aspirasi negara, peneraju IPT mestilah

menghayati kepimpinan yang bersifat transformational. Kepemimpinan

yang sedemikian sifatnya adalah sumber penting kepada transformational

stimulation yang seterusnya menjadi penggerak dan ikutan mereka yang

dipimpin. Kepemimpinan bentuk ini juga dipercayai punca penting

kreativiti di kalangan yang dipimpin.

31. Transformational leadership di kalangan peneraju IPT perlu

memperlihatkan ciri-ciri berikut: mempunyai wawasan yang jelas,

bertenaga, komited untuk memandu dan memacu institusi ke tahap

kecemerlangan dan inovasi yang lebih tinggi, mempunyai pencapaian

akademik dan pengurusan yang mantap, pemahaman yang kukuh tentang

isu-isu pengajian tinggi pada peringkat dalam negara dan global,

cemerlang dalam pengalaman pembangunan sumber dan pemasaran,

mempunyai pendekatan kepemimpinan yang terbuka, kemahiran

20 | P a g e

mendengar, komited kepada usaha kolaborasi dan perkongsian, dan

banyak lagi. Pokoknya, kesemua kriteria ini dan banyak lagi, sebenarnya,

perlu wujud dalam seseorang pemimpin instutusi untuk memastikan

kelancaran perjalanan ke arah pencapaian aspirasi PSPTN.

32. Pada masa yang sama, IPT mesti mula mengambil pendekatan

agresif untuk mempamerkan diri. Saya dapati kita masih malu-malu untuk

mengaku bahawa institusi di bawah kita merupakan institusi terbaik

negara. IPT juga tidak begitu berani atau tidak terkehadapan mengambil

cabaran untuk mempamerkan diri mereka sebagai universiti yang terhebat

dan tersohor dalam negara, serantau dan global dalam sesuatu bidang

yang tertentu. Pensyarah dan Profesor juga masih ramai yang hanya

dikenali di kalangan rakan kesepakaran sahaja dan tidak dikenali oleh

pembuat dasar negara sebagai rujukan dalam bidangnya untuk mendapat

khidmat nasihat. Oleh itu, setiap IPT mestilah mulai menyusun program

mempamerkan kelebihan masing-masing agar kelebihan itu menjadi

kebangaan kepada setiap warga IPT. Pensyarah dan Profesor juga

mestilah tampil ke hadapan dengan sumbangan yang lebih besar bukan

hanya kepada pengajaran-pembelajaran-penyelidikan dan pengkomersilan

tetapi menjadi pakar kepada masyarakat dan negara dalam bidang

masing-masing. Kepakaran dan sumbangan mereka haruslah melimpah

21 | P a g e

keluar dari kampus kepada masyarakat dalam bentuk 'spillover effect' dan

rakyat dapat menikmati kepakaran mereka mereka sebagai cendiakawan

dan ilmuan dalam membangunkan masyarakat. Ini yang kita namakan

menyalurkan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat melalui CAPs KTP

atau Knowledge Transfer Programme.

33. Pensyarah dan profesor harus bersedia menjadi 'hero' dalam bidang

masing-masing dan menjadi tersohor kepada universiti, negara dan

masyarakat. Kekurangan 'hero' yang ingin mempamerkan diri

menyebabkan IPT negara juga belum berani membuat pengakuan bahawa

kita mampu mengeluarkan ‘NOBEL LAURETTE’ menjelang 2020. Saya

membuka cabaran ini supaya IPT mulai bersaing menyediakan aktiviti

yang boleh menghasilkan nobel laurette yang boleh menjadi kebanggaan

negara dan dunia. Jika tidak menjelang 2020, kita akan mencapainya

selepas melangkau 2020. Dalam hal ini, Jabatan Pengajian Tinggi

(JPT) akan bersama-sama dengan semua IPT untuk melihat semula

pelan-pelan yang telah dibangunkan sebelum ini untuk diperkasa dan

diperkuuhkan bagi menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa

besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendiakawan yang

boleh diiktiraf sebagai seorang nobel laurette. Kementerian Pengajian

22 | P a g e

Tinggi pula akan memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi

untuk menampung program ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(KELESTARIAN INSTITUSI DAN PENGURUSAN BAKAT)

34. Pembangunan bakal pemimpin atau pelapis pengurusan universiti

hendaklah digembleng dalam Fasa Dua PSPTN. Ini kerana kekurangan

pelapis akan merencatkan usaha kita memperkasakan 'local

talents'. Dalam hal ini, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT)

telah mula menjalankan peranan ini tetapi kita belum dapat melihat

dengan jelas bakal pemimpin yang dihasilkan untuk menjadi pelapis yang

paling kanan bagi sesebuah universiti. Oleh itu, satu pendekatan baharu

AKePT mestilah diperkukuhkan agar bakat-bakat yang telah bermula

sebagai dekan atau ketua jabatan dan program dapat dilahirkan untuk

mengambil alih universiti. Program-program baharu seperti penjanaan

pendapatan, keberanian mengambil risiko, pengurusan baharu korporat,

amalan terbaik IPTA dan IPTS dan sebagainya mestilah diperkenalkan

untuk tujuan ini. Saya juga merasakan IPT mesti bersedia melahirkan

pemimpin yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat negara, tetapi

dapat juga bersaing di peringkat antarabangsa. AKePT juga harus melihat

23 | P a g e

untuk meletakkan kemampuan mereka pada peringkat global. Dalam

hubungan ini, saya berharap AKePT dapat melatih kepemimpinan IPT

peringkat ASEAN, dan ini akan memberi perspektif baharu kepada AKEPT

sebagai institusi melatih talent untuk peringkat yang lebih luas lagi.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(KOMITMEN KPT)

35. Pelan Tindakan Fasa Dua ini telah digarap hasil daripada

perbincangan dan perundingan setiap pasukan projek CAP yang telah

dilantik, dengan pihak institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej

komuniti, bersama-sama dengan pihak berkepentingan lain yang

berkaitan, seperti pihak industri, untuk memastikan berlakunya

pemfokusan bersesuaian dalam semua agenda yang telah ditetapkan.

Dari segi pelaksanaan pula, soal kualiti, kreativiti dan inovasi harus

menjadi penggerak utama, bersandarkan harapan yang perlu sentiasa

tersemat di minda kita iaitu, apa saja aktiviti yang kita laksanakan akan

menyumbang kepada hasrat kita menjadi negara maju berpendapatan

tinggi. Untuk itu, keperluan kita untuk bergerak secara sinergisitik adalah

sangat mendesak, dan perlu dilaksanakan.

24 | P a g e

36. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang perlu menjurus ke

arah keberhasilan (outcome) dan bukan sekadar (output). Saya gembira

melihat komitmen yang telah diberikan oleh pelbagai pihak dalam

menangani cabaran pelaksanaan Fasa Satu PSPTN. Hasil daripada

komitmen tersebutlah, kita telah melihat penghasilan dan keberhasilan,

sepertimana yang terkandung dalam Buku Himpunan Pencapaian Fasa

Satu PSPTN, yang akan turut saya lancarkan sebentar lagi, bersama-

sama dengan Buku Aktiviti Terpilih Fasa Satu. Perkongsian amalan itu

sendiri, yang hari ini dizahirkan melalui Seminar Perkongsian Amalan

Terpilih ialah satu amalan baik yang perlu kita teruskan untuk kejayaan

kita bersama.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PENUTUP)

37. Akhir kata, saya berharap usaha pembelajaran berterusan, dan

perkongsian antara agen-agen pelaksana CAP bagi PSPTN merentas IPT

dan industri akan berterusan dan dimantapkan untuk kejayaan kita

bersama. Kita perlu sama-sama memastikan bahawa tiada jurang

pelaksanaan ataupun implementation gap dalam menjayakan pelan

pelaksanaan Fasa Dua PSPTN. Untuk tujuan itu, resepi mínimum adalah

25 | P a g e

untuk kita pastikan bahawa pertamanya, terdapat kepemimpinan yang

kuat dalam memacu perjalanan setiap CAP PSPTN; kumpulan in termasuk

juga Pengerusi setiap CAP, yang hari ini akan diserahkan watikah

perlantikan masing-masing, atas amanah yang diberikan untuk

membantu negara mencapai hasrat PSPTN.

38. Keduanya, setiap warga pelaksana PSPTN tahu akan pelan

keseluruhan, dan apa peranan yang dimainkan oleh setiap warga;

ketiganya, kita mempunyai pelaksana yang kompeten, yang mempunyai

kemahuan untuk menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat

kepada negara; dan akhir sekali, iltizam dan keterbukaan setiap

pelaksana untuk menilai, secara berterusan, kesan dan impak daripada

tindakan-tindakan yang dilaksanakan, dan seterusnya, membuat

penambahbaikan jika perlu ke arah kejayaan PSPTN.

39. Maka dengan kata-kata itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

saya merasmikan Pelan Tindakan Fasa Dua, Pelan Strategik Pengajian

Tinggi Negara 2011- 2015 serta elemen baharu PSPTN, Buku Himpunan

Pencapaian Fasa Satu PSPTN, serta Buku Amalan Terpilih PSPTN Fasa

Satu. Sekian dan terima kasih.

26 | P a g e

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!