08.12.2014 Views

Poligami

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

POLIGAMI: Penjelasan Berdasarkan Perspektif Undang-undang

Keluarga Islam di Malaysia

Pendahuluan

Poligami 1 atau lebih dikenali sebagai poligini dalam kajian antropologi adalah

amalan yang bukan asing dalam kalangan masyarakat dahulu mahupun

sekarang. Perkahwinan poligini dikatakan mempunyai fungsinya yang tersendiri

iaitu untuk tujuan ekonomi, politik, demografi dan sosio-budaya 2 . Umpamanya

masyarakat akan menjadikan perkahwinan poligini sebagai sesuatu yang boleh

menambahkan pendapatan ekonomi keluarga. Ini berlaku kerana isteri-isteri

akan dijadikan sebagai tenaga kerja untuk menambahkan pendapatan. Namun,

konsep poligini adalah amat berbeza dengan konsep dan amalan poligami

menurut Islam.

Di Malaysia, isu poligami ini sering dijadikan polemik dalam masyarakat

sehingga ia menimbulkan ketegangan di antara pihak-pihak tertentu. Apabila

sahaja isu poligami diperbahaskan kesimpulan yang boleh dibuat ialah kaum

lelaki menyenanginya manakala kaum wanita mencemuhnya 3 . Hal ini ekoran

daripada banyak aduan-aduan daripada pihak tertentu dengan mengatakan

bahawa akibat daripada perkahwinan poligami, suaminya tidak memberi nafkah

dan keadilan yang sewajarnya. Maka ini menyebabkan berlaku perceraian.

Nampaknya masyarakat tidak benar-benar memahami fungsi dan maksud

poligami yang dibenarkan oleh Islam. Keadaan ini telah menyebabkan imej

poligami yang dibenarkan oleh Islam itu jatuh, semata-mata akibat dari

ketidakfahaman dan jahilnya masyarakat tentang konsep poligami dalam Islam.

Trend poligami dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini menunjukkan

1

Poligami adalah perkahwinan yang mempunyai lebih dari seorang pasangan samada lelaki

ataupun perempuan untuk satu-satu ketika. Poligami ini pula dibahagikan kepada dua iaitu:

Poliandri dan poligini. Poliandri adalah di mana seseorang wanita mempunyai lebih dari seorang

lelaki manakala poligni ialah di mana seorang lelaki mempunyai lebih dari seorang wanita. Keduadua

bentuk perkahwinan ini masih diamalkan dalam beberapa masyarakat di dunia. Lihat Op.cit

Azizah Kassim, h. 185.

2

Ibid, Azizah Kassim, h. 187-191.

3

Azizah Kassim, Wanita dan Masyarakat, Utusan Publications & Distributors: KL., 1985, h. 183.

1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!