08.12.2014 Views

Poligami

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

POLIGAMI: Penjelasan Berdasarkan Perspektif Undang-undang

Keluarga Islam di Malaysia

Hukuman Bagi Kesalahan Tidak

Berlaku Adil Antara Isteri-isteri

Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia juga mengenakan penalti ke

atas suami yang tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya. 24 Hukuman bagi

kesalahan ini adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Sebagai contoh,

Negeri Kedah telah mengenakan penalti yang paling rendah iaitu denda tidak

lebih dari RM300 atau penjara tidak lebih dari dua bulan atau kedua-duanya.

Manakala bagi negeri Kelantan penaltinya ialah denda tidak lebih dari

RM5OO atau penjara tidak lebih dari empat bulan atau kedua-duanya sekali.

Penalti bagi kesalahan tidak adil kepada isteri-isteri adalah lebih berat sedikit

dari kesalahan berpoligami diluar kebenaran Mahkamah bagi negeri Kelantan.

Bagaimanapun bagi negeri-negeri lain penalti yang dikenakan ialah denda

tidak lebih dari RMlOOO atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau keduaduanya

sekali. Namun setakat ini tidak ada kes di Wilayah Persekutuan di

bawah kesalahan suami berlaku tidak adil antara isteri-isteri sekalipun Undangundang

Keluarga Islam di Malaysia telah dengan jelasnya memperuntukkan hak

sedemikian kepada seseorang isteri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh isteri

tidak tahu peruntukan di atas ataupun mereka bimbang akan diceraikan kelak. 25

24

Lihat dalam Seksyen 107 (Kelantan), Seksyen 128 (Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan,

Selangor, Pulau Pinang), Seksyen 108 (Melaka), Seksyen 114 (Kedah), Seksyen 123 (Perak),

Seksyen 125 (Terengganu), Seksyen 129 (Pahang), Seksyen 127 (Johor), Seksyen 130 (Sarawak),

Seksyen 126 (Perlis) dan Seksyen 135 (Sabah).

25

Raihanah Hj. Abdullah (1997), “Poligami di Malaysia” Jurnal Syariah, jill. 5, bil. 2, h.175.

23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!