08.12.2014 Views

Poligami

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

POLIGAMI: Penjelasan Berdasarkan Perspektif Undang-undang

Keluarga Islam di Malaysia

sedemikian kerana dirasakan peruntukan sedemikian adalah tidak sesuai.

Walaupun kebanyakan negera-negara Islam telah mengawal poligami

melalui peruntukan undang-undang, namun terdapat negara yang telah

terus tidak membenarkan amalan poligami dalam masyarakat mereka.

Penggubal undang-undang Keluarga Tunisia telah melakukan tafsiran semula

melalui ijtihad dalam bentuk yang baru terhadap konsep keadilan. Mereka

berhujah bahawa keadilan yang dimaksudkan di dalam al-Quran Surah an-Nisa’

ayat 3 tidak terhad kepada keadilan material tetapi merangkumi keadilan emosi

dan spiritual.

Oleh yang demikian, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah an-Nisa’

ayat 129 maka seseorang suami tidak akan mampu untuk berlaku adil 15 .

Pelanggaran terhadap peraturan poligami di Tunisia dianggap telah melakukan

kesalahan jenayah. Pembaharuan sebegini dianggap oleh kebanyakan penulis

sebagai satu pembaharuan yang radikal. Negara yang telah memperuntukan

bahawa poligami itu diharamkan adalah Tunisia dan Timur Afrika 16 .

Pandangan Abduh ini dianggap sebagai suatu pandangan yang berani

dan telah menimbulkan keadaan yang kontroversi dalam kalangan kebanyakan

pengkaji-pengkaji Islam. Sebelum adanya peruntukan sedemikian, isteri yang

sedia ada hanya dibenarkan oleh undang-undang untuk memasukan syarat

yang memberinya hak untuk memohon perceraian sekiranya suami berpoligami

di dalam surat perakuan nikahnya.

Memasukan syarat sebegini bukanlah bertujuan untuk menghalang suami

untuk berpoligami, sebaliknya ia memberi isteri tersebut hak untuk menceraikan

dirinya sendiri secara taltiq tafwid apabila suaminya berpoligami.

Dalam keadaan ini, Badawi menyatakan bahawa pilihan untuk menerima

perkahwinan poligami harus ada pada setiap individu yang terlibat secara

15

Ahmad Hidayat Buang, ‘Reformasi Undang-undang Keluarga Islam’ dalam Jurnal Syariah, Jil:5,

Bil:1, 1997, h. 47.

16

J.L. Esposito, Women in Muslim Family Law, Syracuse University Press: Syracuse, New York, 1982,

m.s 92 dan N.J. Coulson, Op. cit, h. 210.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!