Pemancing Asia - Isu #049 Isu Digital - Malaysia
Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia
Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Contents Page 117

Washer Karbon

Washer jenis karbon dengan pasti memberikan

tekanan drag yang lebih bagus dan mereka boleh

digunakan samada basah atau kering. Mereka tidak

akan terurai tetapi akan menjadi lemah dengan

penggunaan (haus dan lusuh). Semakin lama digunakan

(ikan yang ganas dan lebih pantas) semakin

pendek tempoh hayat washer-washer ini.

Menggunakan mereka secara basah dengan gris

khas washer karbon memberikan permulaan drag

yang lebih lancar tetapi tekanan akhir yang lebih

rendah. Menggunakan mereka secara kering memberikan

tekanan akhir lebih tinggi tetapi permulaan

yang tidak bagus. Untuk menggunakannya basah

atau kering akan bergantung kepada gaya pemancingan

kegemaran pemancing.

Kami akan mendalami topik drag ini dengan melihat

pelbagai sistem drag yang digunakan pada kekili

di isu-isu akan datang. Sementara itu selamat memancing

and mendengar teriakan kekili.