16.08.2017 Views

Prospek Hartanah Malaysia Isu 24

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

FOKUS

Tidak lama dahulu, ada pak menteri yang menasihati

mereka untuk menyewa sahaja rumah jika tidak mampu untuk

membelinya. Saya mahu bertanyalah kepada anda: Adakah

pemilikan hartanah hak orang yang berduit sahaja? Adakah

kita akan kembali ke zaman dahulu kala, ketika hanya orang

kaya dan orang besar sahaja yang mampu memiliki tanah?

Pasca merdeka, para peneroka diberi peluang untuk

memiliki tanah melalui usaha mereka sendiri dengan

menebang kawasan hutan untuk bercucuk tanam dan

sebagainya, dan hingga ke hari ini, hasil titik peluh mereka itu,

peneroka kawasan luar bandar ini masih memiliki sejumlah

besar tanah yang produktif dan mampu menjana pendapatan.

Undang-undang tanah di Malaysia ditadbir

oleh Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56,

tahun 1965). Seksyen 40 Kanun Tanah Negara

(KTN) 1965 menyatakan bahawa semua tanah

kerajaan ialah hak milik pihak berkuasa negeri.

Apabila tanah negeri dilupuskan oleh pihak

berkuasa negeri kepada seseorang individu

bagi tempoh yang tidak ditentukan, tanah itu

diberikan dengan hak milik pegangan kekal.

Apabila tanah negeri itu dilupuskan oleh

pihak berkuasa negeri kepada seseorang

individu bagi tempoh 30, 60, atau 99 tahun pula,

tanah itu diberikan dengan hak milik pegangan

pajakan. Selepas tamat tempoh pajakan, tanah

itu harus dikembalikan kepada pihak berkuasa

negeri.

Pemiliknya perlu sama ada memohon untuk

memperbaharu pajakan sebelum tamatnya

tempoh itu, atau memohon pengasingan

baharu jika pajakan telah tamat. Proses ini akan

melibatkan pembayaran premium yang besar,

yang hampir sama kosnya dengan pembelian

tanah itu sekali lagi.

PROSPEK HARTANAH MALAYSIA MEI 2017 11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!