16.08.2017 Views

Prospek Hartanah Malaysia Isu 24

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Mengapa Jual/Beli Hartanah

Pegangan Pajakan?

FOKUS

Terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang

itu memilih untuk memajakkan tanah dan tidak

menjual tanah itu terus sebagai pegangan kekal.

Dari perspektif pemilik tanah (cth. kerajaan negeri), ia

dilakukan supaya pemilik tanah dapat mengekalkan

hak miliknya ke atas tanah yang mungkin tinggi

nilainya pada masa hadapan.

Pemilik tanah juga mungkin ingin memelihara

haknya untuk membangunkan tanah atau mengubah

penggunaan tanah apabila tamat tempoh pajakan

pada masa akan datang. Dari perspektif penerima

pajak pula, mereka memilih untuk membeli hartanah

pegangan pajakan kerana rata-rata, harganya lebih

murah daripada hartanah pegangan kekal.

Sekitar 109 daripada 195 negara di dunia ini membenarkan

warga asing untuk membeli hartanah pegangan kekal di dalam

sempadan mereka. Walau bagaimanapun, anda sentiasa perlu

ingat bahawa keadaan setiap negara berbeza. Dalam kes kita,

ya, pada masa kini, negara kita masih mempunyai tanah yang

luas, tetapi jika kita bandingkan dengan 50 tahun yang lalu?

Bandar-bandar lama sudah berkembang dengan hebat,

dan terdapat banyak pembangunan baharu yang besar,

menambah lagi keperluan bagi lebih banyak tanah primer.

Jadi, bagaimanakah agaknya keadaan negara kita 50 tahun

lagi dengan populasi yang meningkat dan kewujudan Keretapi

Berkelajuan Tinggi (HSR) serta bandar-bandar baharu?

Antara orang-orang yang paling berminat untuk membeli

hartanah di Malaysia sebelum kerajaan negara mereka

mengenakan kawalan ketat ke atas modal yang dibenarkan

untuk dibawa ke luar negara ialah warga negara China. Di

China, hartanah pegangan kekal tidak boleh dijual kepada

sembarangan orang. Sesetengah jiran tetangga kita di ASEAN

ini membenarkannya, tetapi dengan syarat dan sekatan

tertentu. Ada juga yang tidak membenarkannya sama sekali.

Untuk membenarkan warga asing membeli hartanah

pegangan kekal bukanlah suatu perkara yang 100% tidak baik.

Ia baik untuk ekonomi negara kerana mereka sememangnya

membawa masuk wang. Akan tetapi, ia juga bergantung pada

cara mereka membeli hartanah itu. Ia tidak baik jika mereka

membeli hartanah itu dengan mengambil pinjaman daripada

bank-bank kita dan tidak membelinya dengan dana yang

dibawa masuk dari negara mereka.

Malaysia cukup dirahmati kerana menjadi tumpuan

pelabur asing. Saya tidak pastilah jika ia perkara yang sentiasa

baik untuk kita. Dengan memberikan warga asing hak untuk

memiliki hartanah tempatan untuk selama-lamanya, generasi

akan datang mungkin mengalami kesan yang ketara.

PROSPEK HARTANAH MALAYSIA MEI 2017 13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!