16.08.2017 Views

Prospek Usahawan Malaysia Isu 6

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ISU SEMASA

Ketinggalan dari Dahulu Lagi

Sejak kurun ke-18 lagi, British telah datang menjajah Malaya untuk mengaut

hasil buminya, bermula dengan Pulau Pinang dan Perai. Selepas seketika, untuk

mempercepat proses pengambilan hasil bumi ini, mereka mengambil buruh serta

teknologi dari luar. Perbuatan ini telah mewujudkan tenaga kerja berbilang kaum

yang memerlukan kompromi penduduk asal tanah ini.

Dikenali sebagai masyarakat yang bertoleransi dan cintakan kedamaian, tiada

seorang pun bumiputera yang dapat mengagak kesan pewujudan tenaga kerja

baharu itu. Bumiputera bukanlah kaum yang biasa berniaga secara amnya, dan

mereka tidak mempunyai modal untuk melakukan perniagaan secara besar-besaran.

Masyarakat yang telah turun-temurun menyara hidup dengan ekonomi

berasaskan pertanian ini tidak berupaya menidakkan usaha British untuk membawa

masuk buruh asing ke tanah ini. Lebih-lebih lagi, British sebagai sebuah empayar dan

syarikat pada ketika itu sangat kaya dan mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke

atas para sultan.

Selepas kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, sekali lagi, bumiputera dengan

baik hatinya bersetuju dengan kontrak sosial yang didraf dan membenarkan tenaga

buruh yang diwarisi untuk menjadi warganegara tanah tumpah darah mereka. Akan

tetapi, apakah kesannya?

Warga-warga baharu ini majoritinya tidak kaya. Kebanyakan daripada mereka

muda-mudi yang hanya ingin mencari rezeki dengan bekerja di ladang atau lombong

timah. Namun begitu, mereka datang daripada tamadun Cina yang maju. Canton

(Guangzhou) dan Foochow (Fuzhou), antara kawasan asal sesetengah daripada

mereka, ialah pusat perdagangan antarabangsa yang penting pada kurun ke-19.

Tambahan pula, terdapat pedagang dari Fujian yang telah menetap di Tanah

Melayu sejak kurun yang ke-15 lagi, iaitu golongan Baba Nyonya. Taraf pendidikan

dan perniagaan mereka sangat maju secara amnya, dan hal itu menyebabkan mereka

disukai British. Berbekalkan pengalaman berniaga dan hubungan yang mantap,

mereka terus maju, meninggalkan bumiputera yang terpisat-pisat mengejar mereka

di belakang.

Sejak kehadiran mereka, sedikit demi sedikit, kita semakin ketinggalan meskipun

wujudnya DEB dan kita menerima pelbagai jenis bantuan daripada kerajaan. Dari

satu segi, boleh dikatakan, kerajaan sendiri tidak berjaya membantu bumiputera

kerana pentadbiran-pentadbiran lalu tidak berjaya melahirkan usahawan berbilang

kelas dan kaum. Mereka hanya berjaya melahirkan sebilangan kecil usahawan berjaya,

dan majoriti usahawan ini terdiri daripada bukan bumiputera.

Dasar pentadbiran kerajaan yang lalu tidak menekankan proses pengajaran

yang akan memupuk dan mendorong bumiputera untuk berdikari. Sebaliknya,

bumiputera diajar untuk menerima semua bantuan yang disuap kerajaan. Secara

umumnya, kerajaan seperti tidak bersungguh-sungguh mahu memajukan bumiputera.

Perancangan dan bantuan yang diberikan tidak mencukupi untuk memastikan

bumiputera dapat mengecapi kemakmuran ekonomi negara.

Makna ekuiti berbeza, bergantung pada

konteks. Secara umumnya, dari segi

kewangan, anda boleh mentafsirkan ekuiti

sebagai pemilikan sebarang aset selepas

semua hutang berkaitan aset tersebut

dilangsaikan.

Sebagai contoh, sebuah kereta atau

rumah yang bebas hutang ialah hak milik

mutlak pemilik harta tersebut, kerana

dia boleh menjual harta tersebut pada

bila-bila masa tanpa perlu menjelaskan

sebarang hutang tertunggak.

Saham ialah ekuiti kerana ia

melambangkan pemilikan syarikat,

meskipun pemilikan saham dalam syarikat

yang didagangkan secara bebas tidak

beserta liabiliti. Daripada semua makna

ekuiti yang diberikan, ternyata ekuiti ialah

nilai sesuatu aset selepas ditolak nilai

hutang bagi harta tersebut.

Nilai ekuiti boleh dianggarkan dengan

mengambil kira nilai kasar harta (Cth.

nilai semua tanah, bangunan, barangan

modal, inventori, dan perolehan), ditolak

dengan liabiliti tertunggak (Termasuk

hutang dan belanja overhed).

PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!