Nota Editor Urusan PENERBIT Pejuang Media Sdn. Bhd. (1086884-D) 27-2 Silver Suite, The V-Office Blok 3B Jalan Wangsa Delima 10 D’Wangsa, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur 03 4149 5669 EDITOR URUSAN Ameena Siddiqi ameena@prospekhartanah.com KETUA EDITOR Zulhilmi Ghouse zulhilmi@prospekhartanah.com PENULIS Aminah Hj. Sidek Mohd Rezuan Masran PENYUMBANG Abang Abu Afyan Mat Rawi Amsyari Zarir Coach Wan PEREKA GRAFIK Haziq Kamil JUALAN & PENGIKLANAN sales@prospekhartanah.com PENTADBIRAN & LANGGANAN 013 2100 855 admin@prospekhartanah.com jomlanggan@prospekhartanah.com PENCETAK Zenpress Innovation Sdn. Bhd. (1119392-W) Lot 15 Taman Perindustrian BSS 9 Jalan BS 9/10 Taman Bukit Serdang 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan 03 8953 8243 PENGEDAR Central Paper Agencies Sdn. Bhd. (111330-T) 11 Jalan SS13/3C Kawasan Perindustrian Subang Jaya 47500 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan 03 5636 1278 Assalamualaikum. Diharap semua pembaca nota ini berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Akhirnya, wawasan kami untuk menerbitkan Majalah Usahawan dalam bentuk digital telah terlaksana. Anda mungkin tertanya-tanya, mengapakah penting untuk majalah ini beralih kepada bentuk digital? Jawapannya mudah: Lebih senang untuk kami berhubung dengan anda melalui medium ini berbanding melalui medium yang sedia ada. Dalam format ini juga, mudah bagi anda semua untuk membelek PUM pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Christopher Morley, seorang wartawan dan penulis novel dari Amerika Syarikat pernah berkata, “Apabila anda menjual buku kepada seseorang, anda tidaklah menjual kepadanya 12 auns kertas berserta dakwat dan gam. Sebaliknya, anda menjual kepadanya satu kehidupan baharu.” Ketika kami memutuskan untuk menubuhkan Pejuang Media, kami sedar bahawa masyarakat kita kekurangan bahan bacaan yang bermanfaat dalam Bahasa Melayu. Pada pandangan kami, medium paling sesuai untuk menarik minat semua peringkat pembaca ialah majalah, jadi kami cuba untuk menyediakan bahan bacaan yang informatif dan menarik mata. Secara peribadi, saya lebih mudah menyerap maklumat dan perkara baharu dalam bahasa ibunda saya. Dari awal penubuhan, misi kami di Pejuang Media adalah untuk menyajikan anda semua dengan maklumat yang terkini dan yang menarik berkenaan Hartanah dan Keusahawanan. Kami rasakan penting untuk orang Melayu menimba ilmu-ilmu ini, kerana masyarakat kita tertinggal jauh dalam dua bidang ini (Sila baca artikel utama kami untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam). Diharap Majalah Usahawan ini dapat menyajikan berita dan maklumat yang mudah diterima oleh para pembaca sekalian, lebih-lebih lagi bagi bakal usahawan dan usahawan baharu. Kami sendiri telah melalui bermacam pengalaman sepanjang tiga tahun ini. Ada yang manis, dan tidak kurangnya yang pahit. Jerih perih pengalaman lalu membantu kami membuat keputusan yang lebih matang, insya-Allah. Matlamat majalah ini adalah untuk memberikan panduan dan membantu para usahawan dalam perjalanan anda menuju puncak jaya. Walau jalannya jauh dan payah, kami berharap, sedikit sebanyak, mutiara ilmu yang dikongsi kami dapat dimanfaatkan dan berguna dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Sila lontarkan sebarang cadangan atau pandangan anda melalui Facebook atau e-mel. Kami sentiasa menanti dan meneliti pandangan para pembaca yang kami hormati. Terima kasih diucapkan atas sokongan tidak berbelah bahagi anda kepada barisan majalah kami, Hartanah dan Usahawan. Jangan lupa untuk sukai laman Facebook kami dan ikuti laman Twitter, YouTube, serta laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan berita terkini. Ambil langkah pertama, tentukan perjalanan hidup anda! Ameena & Zulhilmi Pengasas Pejuang Media Hak cipta terpelihara © 2017 Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh diulang cetak, disimpan dalam mana-mana sistem untuk digunakan semula, atau disiarkan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit, Pejuang Media Sdn. Bhd. Sidang editor berhak melakukan penyuntingan ke atas penulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya, Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat atau pendirian penerbit. Semua material penerbitan yang dikirimkan kepada kumpulan editorial Prospek Usahawan Malaysia akan menjadi hak milik Pejuang Media Sdn. Bhd.
JOM BERIKLAN dengan kami Untuk maklumat lanjut, hubungi 013 2100 855 admin@prospekhartanah.com