03.12.2018 Views

LAPORAN TAHUNAN 2017 upload

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN PKG TUARAN

ULASAN LAPORAN MAJLIS ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT

PKG TUARAN 2017

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Tuaran Pejabat Pendidikan

Daerah Tuaran 2017 ini telah diadakan pada 24 Februari 2017 bersamaan hari

Jumaat bertempat di Pusat Kegiatan Guru Tuaran. Pemilihan Tokoh Nilam ini

dilaksanakan dengan kerjasama daripada Guru Perpustakaan dan Media PKG

Tuaran sebagai AJK Pelaksana dan Pegawai-Pegawai PPD Tuaran sebagai

Hakim Lisan. Beberapa orang guru sekolah rendah dan menengah juga dipanggil

untuk menjadi Hakim Penulisan karangan kreatif subjek Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris. Manakala Puan Hani @ Heleritha Usop dilantik untuk menjadi

Ketua Hakim Pemilihan Tokoh Nilam ini.

Pemilihan Tokoh Nilam ini bermula pada pukul 7 pagi dan tamat

pada pukul 5 petang. Pada jam 7 pagi, sesi pendaftaran dimulakan dan para

jemputan yang hadir akan diberikan sarapan dahulu. Tepat jam 8 pagi, semua

calon Nilam berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada

Floor Manager berkenaan cara menjawab kertas soalan penulisan Nilam.

Manakala Ketua Hakim pula memberi taklimat kepada semua hakim di Bilik

Taklimat berkenaan bidang tugas masing-masing. Para hakim diberikan fail

hakim yang mengandungi Borang Pemarkahan, Skema Pemarkahan dan Soalansoalan

Nilam. Tepat jam 8.10 pagi semua calon nilam menjawab soalan Ujian

Penulisan di Bilik Mesyuarat untuk calon sekolah rendah dan Bilik Komputer

untuk calon sekolah menengah. Ujian Penulisan ini berlangsung selama 1 jam 30

minit untuk dua karangan dan semua calon berhenti menjawab tepat pukul 9.40

pagi. Kesemua kertas jawapan calon akan diperiksa oleh hakim penulisan dan

kesemua markah penulisan akan diberikan oleh hakim penulisan. Setelah selesai

memeriksa kesemua jawapan calon, fail hakim penulisan akan diserahkan

kepada Ketua Hakim bagi tujuan memasukkan markah penulisan calon nilam.

Laporan Tahunan 2017

112

BTPN SABAH

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!