03.12.2018 Views

LAPORAN TAHUNAN 2017 upload

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN PKG TUARAN

ULASAN LAPORAN LAWATAN PERKONGSIAN ILMU GPM KE SK. ANGLO

CHINESE, BTPN DAN PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

Lawatan ini telah berlangsung pada 20 September 2017 yang bermula

seawal 7.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Program ini disertai oleh guru-guru

Perpustakaan dan Media dan juga pegawai PKG Tuaran. Tujuan utama lawatan ini

adalah sebagai perkongsian ilmu daripada tempat-tempat yang ditujui khasnya berkaitan

dengan ilmu pengetahuan pengurusan pusat sumber kepada guru-guru Perpustakaan

dan Media baharu dan lama. Seramai 36 orang telah mengikuti rombongan lawatan ini

termasuk Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran dan Pegawai Teknologi

Pendidikan PKG Tuaran.

Destinasi lawatan pertama ialah ke SK Anglo Chinese Kota Kinabalu.

Sekolah ini dipilih kerana Pusat Sumber Sekolah SK Anglo Chinese telah menang Naib

Johan Pusat Sumber peringkat Kebangsaan 2016. Rombongan lawatan telah disambut

dengan paluan kompang dari murid-murid dan guru-guru serta pentadbir SK Anglo

Chinese di pintu pagar sekolah. Kemudian rombongan lawatan dibawa melawat sekitar

sekolah dan tempat-tempat rangkaian Pusat Sumber sekolah.Kemudian rombongan

lawatan dibawa ke Bilik Gerakan Sekolah untuk tayangan slaid berkenaan kebitaraan

sekolah yang menjadikan PSS SK menang naib johan di peringkat Kebangsaan.

Seterusnya destinasi rombongan lawatan menuju ke Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri Sabah pada jam 11.30 pagi. Destinasi ini dipilih kerana ingin memberi

pengalaman dan pengetahuan kepada guru Perpustakaan dan Media baharu dan lama

yang tidak pernah berkunjung ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

Rombongan lawatan dibawa terus ke Bilik Orkid BTPN untuk sedikit taklimat dan suai

kenal dengan Penolong Pengarah BTPN Sabah Tuan Suhailie Ahmad, Penolong

Pengarah Unit Pusat Sumber En Junaidi Adam, Penolong Pengarah Unit Rangkaian

PKG Tuan Firdaus dan pegawai-pegawai Pusat Sumber BTPN.

Dalam sesi taklimat ini, Tuan Suhailie memberi ucapan dan

harapan kepada GPM Tuaran agar dapat mengurus PSS mengikut seperti yang

dikehendaki oleh KPM. Beliau juga berharap dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi

hubungan silaturahim antara BTPN, PKG dan sekolah ibarat bapa angkat dan anak

angkat. Sedikit taklimat juga diberikan oleh Pn Rasmina Emin selaku Pegawai Teknologi

Pendidikan Unit Pusat Sumber BTPN berkenaan pengurusan Pusat Sumber di sekolah.

Kemudian rombongan lawatan bergambar kenangan dengan Ketua Penolong Pengarah,

Penolong Pengarah BTPN dan Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pusat Sumber BTPN

Sabah.

Kemudian rombongan lawatan menuju ke Perpustakaan Negeri Sabah

untuk destinasi terakhir lawatan. Pihak rombongan lawatan disambut oleh tiga orang

pegawai Perpustakaan Negeri Sabah dan sedikit taklimat diberikan kepada rombongan

lawatan mengenai fungsi-fungsi dan peranan Perpustakaan Negeri Sabah di seluruh

Sabah. Sesi soal jawab juga berlangsung semasa taklimat ini dan sedikit cenderahati

kenangan daripada rombongan lawatan diberikan kepada Pegawai Perpustakaan Negeri

Sabah. Kemudian sesi bergambar kenangan rombongan lawatan bersama Pegawai

Perpustakaan Negeri Sabah. Rombongan lawatan habis tepat jam 4 petang dan balik ke

rumah masing-masing

Laporan Tahunan 2017

119

BTPN SABAH

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!