03.12.2018 Views

LAPORAN TAHUNAN 2017 upload

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN PKG TUARAN

Pada pukul 10 pagi tepat, semua calon menjalani Ujian Lisan Individu yang

dihakimi oleh hakim-hakim Bahasa daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran. Setiap

seorang calon akan disoal dan diuji kepintaran menjawab soalan dan berbahasa dalam

masa 5 minit. Selesai calon-calon menjalani Ujian Lisan Individu, mereka dikumpulkan

seramai 3 atau 4 orang dalam satu kumpulan untuk menjalani Ujian Lisan Berkumpulan.

Dalam Ujian Berkumpulan ini, satu soalan akan diutarakan oleh hakim dan calon-calon

berkumpulan akan membahaskan soalan tersebut dengan jawapan-jawapan dan ideaidea

tersendiri. Masa yang diberikan untuk perbahasan dalam kumpulan ini ialah selama

15 minit. Setelah selesai menguji dan menilai kesemua calon-calon, fail nilam hakim

akan diserahkan kepada Ketua Hakim bagi tujuan memasukkan markah Ujian Lisan

Individu dan Berkumpulan.

Pada sebelah petang seawal jam 2.30 petang, majlis penyampaian hadiah

kepada pemenang dan seterusnya perasmian dan penutupan daripada Ketua Pegawai

Pendidikan Daerah Tuaran, Pn Tah Nia Hj Jeman. Bersempena tema merah, gimik

perasmian dan penutupan Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Tuaran dibuat dengan

kehadiran mascot Power Rangers Merah yang membawa replika buku besar untuk

diserahkan kepada Pn Tah Nia dan meminta Pn Tah Nia memotong reben pada replika

buku besar tersebut. Selain itu, satu kejutan kek harijadi diberikan kepada Pn Tah Nia

daripada Guru Perpustakaan dan Media PKG Tuaran sempena hari kelahiran Pn Tah

Nia yang telah berlalu pada awal Februari.

Setelah itu, penyampaian sijil kepada para hakim, guru-guru pengiring,

calon-calon nilam sekolah rendah dan sekolah menengah dan seterusnya pengumuman

para pemenang Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Tuaran PPD Tuaran 2017.

Hadiah dan sijil disampaikan oleh Puan Tah Nia kepada para pemenang dan tokohtokoh

nilam.

Semua pihak berasa gembira dengan keputusan yang diumumkan dan

pemenang-pemenang ini akan mewakili Daerah Tuaran ke peringkat Pertandingan Nilam

Bahagian Kota Kinabalu 2017 yang akan diadakan pada 28 Feb 2016 bertempat di

Bangunan Persekutuan Mini Putrajaya. Majlis Perasmian dan penutupan Pemilihan

Tokoh Nilam Daerah Tuaran 2017 selesai pada pukul 5 petang.

Laporan Tahunan 2017

113

BTPN SABAH

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!