02.04.2013 Views

6. Laporan Prosiding Pendengaran Awam Jawatankuasa (Bil 6

6. Laporan Prosiding Pendengaran Awam Jawatankuasa (Bil 6

6. Laporan Prosiding Pendengaran Awam Jawatankuasa (Bil 6

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

JPKPR 9.12.2011 19

mengundi.

blackout.

Jadi kami bercadang apabila ini berlaku, SPR seharusnya menyediakan generator di tempat

Datuk Alexander Nanta Linggi: Minta maaf Encik Jeguk, apa maksud ini berlaku?

Encik Jeguk anak Ngamo: Takut akan berlaku blackout betul-betul, bukan sabotaj punya

Datuk Alexander Nanta Linggi: Bukan, bukan, tadi saudara katakan ini berlaku.

Encik Jeguk anak Ngamo: Pilihan raya DUN yang lepas, bukan berlaku sabotaj blackout, tetapi

SMS itu. Propaganda kempen itu yang berlaku, tetapi menyebabkan keresahan kepada pihak kami.

Cadangan kelima, hanya satu permit sahaja diperlukan semasa berkempen. Kaedah sekarang adalah

satu tempat satu kempen, satu permit. Jadi kami cadangkan supaya satu master permit dengan senarai

tempat-tempat dia berkempen, jumlah orang yang akan hadir dengan demikian, tidak banyak urus setia

yang diperlukan.

Ini sebab pernah semasa kami berkempen di Kampung Seratau, Yang Berhormat Dato’ Dr

James Dawos Mamit telah diarahkan berhenti berucap kerana pihak penganjur lupa untuk membuat

permit. Ini memang berlaku kepada PKR tetapi tidak pernah berlaku kepada pihak kami, kerana

selalunya meminta permit terlebih dahulu. Jadi saya pohon permit, one master permit untuk semua

kempen semasa pilihan raya, one master permit dengan diattachkan senarai tempat-tempat dia hendak

berkempen, masa dan jumlah orang. Ini dah berlaku kepada kami.

Cadangan nombor enam, calon seharusnya berasal dari tempat dia mengundi, itu tidak payah

saya elaborate. Cadangan nombor tujuh, pamerkan senarai pengundi di tempat mengundi, ini saya

mohon SPR apabila dia buat notis pilihan raya, dia seharusnya juga lampirkan notis serta paparkan notis

senarai pengundi-pengundi di tempat mengundi tersebut. Dengan demikian, orang-orang kampung boleh

datang periksa nama dia kalau dia tidak ada, dia boleh tanya secara online sendiri. Ini kerana pernah

berlaku sebab kalau pihak BN yang buat, kami akan cop kami punya parti sendiri. Jadi kalau kami buat

nanti tidak baik, sebab selalu di balai raya, pihak SPR akan tarik balik senarai itu.

Cadangan kelapan, SPR seharusnya pantau tempat mengundi, saya pergi ke Kampung Kopit,

balai raya yang kecil. Dia menggunakan kawasan tersebut untuk pembuangan undi sedangkan balai raya

cukup besar, sebelah sahaja dia pakai. Ini pun perlu dipantau tempat mengundi.

Cadangan kesembilan, pendaftaran pengundi baru, ini tadi secara automatik memang pihak

kami tidak setuju, hak pendaftaran memang hak individu, kalau dia tidak mahu mengundi, itu hak dia.

Cadangan kesepuluh, pembersihan senarai mengundi yang sudah meninggal dunia. Ini ketua

kampung boleh membantu tetapi apabila dia bantu, dia senaraikan dan hendak hantar ke pejabat SPR,

terlalu jauh. Bolehkah SPR urus dengan pejabat daerah supaya senarai ini boleh diterima di peringkat

pejabat daerah? Ini saya mohon kepada SPR. Jadi soalan-soalan yang diajukan, ini bukan cadangan, ini

soalan kepada SPR supaya boleh menjawab.

Soalan satu ialah adakah wajar atau betul di sisi undang-undang untuk berkempen secara

bergerak menggunakan kenderaan dan sistem suara, jalan ke jalan, sebab bunyi berlebihan boleh

menggugat ketenteraman orang lain?

Soalan kedua, adakah memberi minuman kepada pengundi selepas membuang undi dikira

sebagai satu bentuk rasuah?

Tuan Loke Siew Fook: ini minuman keras ke minuman biasa?

Laporan Prosiding Pendengaran Awam JK PIlihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya / Bil. 6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!