02.04.2013 Views

6. Laporan Prosiding Pendengaran Awam Jawatankuasa (Bil 6

6. Laporan Prosiding Pendengaran Awam Jawatankuasa (Bil 6

6. Laporan Prosiding Pendengaran Awam Jawatankuasa (Bil 6

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JPKPR 9.12.2011 3

(iv) pertumbuhan pusat pendidikan dan kemahiran

persempadanan kawasan pilihan raya mengikut kawasan

juga dapat membantu dalam pembangunan yang seimbang

bagi menyediakan Pusat Pendidikan dan Kemahiran yang

baru. Oleh yang demikian, ia akan menyumbangkan kepada

peningkatan kualiti hidup dan daya saing masyarakat

setempat terutamanya masyarakat luar bandar dalam

jangka masa panjang. Ini adalah suatu pelaburan dan

pengorbanan yang amat besar bagi kerajaan untuk

masyarakat luar bandar yang sangat dahagakan

pembangunan. Masyarakat luar bandar tidaklah

mengharapkan pembangunan seperti yang dinikmati kita di

bandar yang berbilion ringgit peruntukan pembangunan

tahunan tetapi sekadar mengharapkan pembangunan

seimbang.

Isu yang kedua yang dibawa oleh SDNU adalah Alamat Daftar Pemilih. SDNU berpandangan

bahawa tidak wajar seseorang pemilih baru itu wajib didaftarkan di kawasan mengikut alamat dalam Kad

Pengenalan kecuali si pemilih itu memilih untuk berbuat demikian. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Encik Anthony, Alamat Daftar Pemilih, point yang kedua itu… [Membaca teks

berkaitan] “SDNU berpandangan bahawa tidak wajar seseorang pemilih baru itu wajib didaftarkan di

kawasan mengikut alamat dalam Kad Pengenalan.”...

Encik Anthony Banyan: Ya. Betul.

Tuan Pengerusi: Apakah caranya yang kita hendak?

Encik Anthony Banyan: Misalnya kalau anak saya sudah berumur 21 tahun, kalau anak saya,

kad pengenalan mereka sekarang adalah mengikut alamat di mana kami tinggal. Akan tetapi oleh kerana

saya memilih di tempat asal saya misalnya di Kanowit dan anak saya juga ingin mendaftar sebagai

pemilih di kawasan Kanowit, misalnya walaupun dalam kad pengenalan itu, alamat kami di Kuching.

Tuan Pengerusi: Ia tidak berpandukan alamat dalam kad pengenalan?

Encik Anthony Banyan: Ya. Itu cadangan kami. Cadangan daripada SDNU.

Tuan Pengerusi: Okey.

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah]: Tuan Pengerusi, terima kasihlah Encik

Anthony, ya. Yang ini mengikut berasaskan cadangan Encik iaitu seorang penduduk sungguhpun dia

berasal dari Kapit misalnyalah, tetapi dia sudah bekerja di Kuching. Mengikut cadangan itu, dia boleh

memilih seorang voter di Kuching atau di Kapit?

Encik Anthony Banyan: Ya. Itu cadangan kita. Melainkan beliau sendiri memilih, okey. Saya

hendak memilih untuk mendaftar sebagai pemilih di Kuching tetapi sekiranya dia hendak memilih untuk

mendaftar sebagai pemilih di kawasan datuk atau neneknya ataupun bapanya seperti saya, dia

seharusnya mendaftar di sana.

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn: Itulah peraturan sekarang. Peraturan sekarang, kita

benarkan dia membuat pilihan. Kalau dia ada perkaitan, ada hubung-kait dengan tempat asal, memang

dia boleh.

Laporan Prosiding Pendengaran Awam JK PIlihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya / Bil. 6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!