11.07.2015 Views

warta geologi warta geologi - Department Of Geology - Universiti ...

warta geologi warta geologi - Department Of Geology - Universiti ...

warta geologi warta geologi - Department Of Geology - Universiti ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

CATATAN GEOLOGIGEOLOGICAL NOTESFosil moluska Trias Akhir dari kawasan Binjui, Kedah(Late Triassic molluscan fossils from Binjui area, Kedah)Ahmad rosli othmanJabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Wisma Persekutuan, 15200 Kota Bharu, KelantanAlamat emel: ahmadrosli@jmg.gov.myAbstrak: Fosil ammonoid Frankites apertus (Mojsisovics), Zestoceras birwicki (Johnston), Anolcites anguinus Tozerdan Hungarites? sp. serta bivalvia Halobia charlyana Mojsisovics telah ditemui pada satu singkapan potongan jalan dikawasan Binjui berhampiran simpang Kejai-Binjui, Kedah. Fosil tersebut ditemui dalam lapisan syal dari Ahli Ridemitkepunyaan Formasi Semanggol yang berusia Perm Bawah hingga Trias Atas. Himpunan ammonoid ini mencirikanSubzon canadensis yang berusia Karnian Bawah (Trias Awal). Penemuan himpunan ammonoid ini dilaporkan buatpertama kalinya dalam Ahli Ridemit Formasi Semanggol dalam Zon Batuan Trias Barat, Semenanjung Malaysia.Abstract: Fossils ammonoids Frankites apertus (Mojsisovics), Zestoceras birwicki (Johnston), Anolcites anguinusTozer and Hungarites? sp. and the bivalve Halobia charlyana Mojsisovics have been discovered at a road-cut inthe vicinity of Binjui near the Kejai-Binjui road junction, Kedah. These fossils were found in a shale bed belongingto the Rhythmite Member the Lower Permian to Upper Triassic Semanggol Formation. This ammonoid assemblageis characteristic of the Lower Carnian (Upper Triassic) canadensis Subzone. The discovery of this ammonoidassemblage is reported for the first time in the Rhythmite Member of the Semanggol Formation within the WesternTriassic Rock Zone of Peninsular Malaysia.Keywords: Ammonoid, Bivalve, Lower Carnian, Upper Triassic, Semanggol FormationPENGENALANFormasi Semanggol telah diperkenalkan olehAlexander (1959) untuk batuan sedimen yang tersingkapdi kawasan Semanggol di utara Perak. Formasi inimengunjur melepasi sempadan Thailand di mana ia bolehdikorelasikan dengan Kumpulan Lampang. Formasi inidibahagikan kepada tiga ahli iaitu Ahli Rijang, AhliRidemit dan Ahli Konglomerat oleh Burton (1973).Ahli Rijang yang didominasi oleh turutan batuan rijangmempunyai fosil radiolaria yang berusia Perm hinggaTrias (Basir Jasin, 1997; Basir Jasin & Zaiton Harun,2007; Sashida et al., 1995). Ahli Ridemit pula mempunyaifosil Daonella, Halobia dan Posidonia (=Peribositra)serta ammonoid yang berusia Trias Tengah hingga TriasAkhir (Kobayashi et al., 1966).Singkapan batuan Ahli Ridemit yang mempunyai fosilmoluska bivalvia dan ammonoid telah ditemui di kawasanBinjui, Kuala Ketil dalam Daerah Baling, Kedah (Rajah1). Kajian ini mendokumentasikan penemuan tersebutmerangkumi pemerihalan fosil, kajian biostratigrafi,korelasi dan penentuan usia fosil. Fosil ammonoid dalamkajian ini adalah pertama kali dilaporkan dalam AhliRidemit Formasi Semanggol dan dalam Zon Batuan TriasBarat umumnya.KERANGKA GEOLOGIKawasan kajian terletak dalam terain Sibumasudalam Jaluran Barat (Melcafe, 2000) dan berada dalamZon Batuan Trias Barat (Rajah 2) yang dicirikan olehkebersekutuan bivalvia Daonella, Halobia dan Peribositradalam lapisan syal (Kobayashi, 1963 & Kobayashi etal., 1966).Kawasan kajian berada dalam Formasi Semanggolyang berjulat usia dari Perm Awal hingga Trias (BasirJasin & Zaiton Harun, 2007). Formasi ini mempunyaitiga unit batuan yang ditafsirkan bersentuhan secaralateral dan berjejari antara satu sama lain iaitu AhliRidemit, Ahli Konglomerat dan Ahli Rijang (AhmadJantan et al., 1989; Basir Jasin et. al., 1989). Ahli RidemitFormasi Semanggol ditafsirkan terenap di kawasan hujungkipas samudera dalam (Ahmad Jantan et al., 1989) dantersingkap dengan meluas di kawasan Gunung Semanggoldi utara Perak serta di bahagian selatan dan utara Kedah.Di kawasan Baling, singkapan Ahli Ridemit boleh dilihatdi sepanjang jalanraya yang menghubungkan BandarBaling dan Bandar Sg. Petani.Litologi Ahli Ridemit terdiri daripada saling lapis batupasir dan syal atau batu lumpur dengan sedikit perlapisanatau kekanta konglomerat. Litologinya adalah menyerupaiISSN 0126–5539 Warta Geologi, Vol. 38, No. 2, Apr–Jun 2012, pp. 27–34

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!