12.11.2015 Views

NEGARA GAGAL?

1k8LNyK

1k8LNyK

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

10

NOVEMBER 2015

BERITA

Buat kerja, bukan

‘lempang’ orang

60 orang Asli di Pahang sertai DAP

MENTAKAB: Selepas ramai personaliti

terkenal menyertai DAP sejak beberapa

bulan lalu, sekumpulan 60 orang Asli

pelbagai lapisan usia di sini, turut berbuat

demikian di Bukit Bendera Resort di sini,

baru-baru ini.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku

Zulpuri Shah Raja Puji, berkata mereka

dari Kampung Orang Asli Lubuk Perah

menyerahkan borang penyertaan pada

majlis yang dirasmikan Pemangku

Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai,

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang

tidak pernah mengurangkan peruntukan

tahunan RM1.75 juta kepada Sekolah

Agama Rakyat (SAR) sebagai tambahan

kepada peruntukan untuk hal ehwal Islam.

Pada kenyataan media, Ketua

Menterinya, Lim Guan Eng berkata,

dakwaan kononnya jumlah untuk SAR

itu dikurangkan atau dihenti adalah

fitnah menggunakan isu agama kerana ia

dibayar setiap tahun.

Mengikut perangkaan, sebanyak

RM37.25 juta diperuntuk untuk hal ehwal

Islam pada 2009, RM39.60 juta (2010),

RM65.27 juta (2011), RM66.38 juta (2012),

RM55.13 juta (2013) dan RM52.21 juta

(2014).

27 September lalu.

“Penyertaan mereka diketuai Tok

Batin, Hajemi Din dan ketua kumpulan,

Rusman Abu. Mereka masuk secara

sukarela berikutan keyakinan mereka

kepada perjuangan parti ini.

“Apatah lagi, DAP sebelum ini banyak

membantu dalam isu pencerobohan

tanah di Bera dan pemusnahan tanaman

berikutan sikap tidak bertoleransi

Kerajaan Pahang,” kata Adun Mentakab

itu kepada RoketKini.

Sekalipun dilempar pelbagai fitnah,

DAP menjadi parti pilihan ramai

termasuk Pakar Perlembagaan, Aziz Bari;

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said;

bekas pemimpin Pemuda PAS Johor,

Sheikh Omar Ali dan aktivis reformasi,

Norazimah Mohamad Nor.

Selain orang Asal, Tengku Zulpuri

berkata seramai 40 penduduk sekitar

Kuantan dan Temerloh berketurunan

Melayu berusia antara 30 hingga 40 tahun

turut mengisytihar menyertai DAP.

Peruntukan hal ehwal Islam naik berganda

“Jelas sekali golongan politik yang antikerajaan

negeri Pakatan Harapan sedang

giat membakar sentimen perkauman dan

ekstrimis agama,” kata Guan Eng yang juga

Setiausaha Agung DAP.

Memetik Buletin Mutiara, akhbar rasmi

Kerajaan Pulau Pinang pula, BN hanya

menyediakan peruntukan hal ehwal

Islam berjumlah RM25.49 juta tetapi tidak

pernah memberi sumbangan kewangan

kepada SAR.

Sebaliknya, Exco Hal Ehwal Agama

Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul

Kassim, dipetik berkata Kerajaan Negeri itu

menyediakan peruntukan SAR sebanyak

RM1.5 juta pada 2008 dan 2009 sebelum

ditambah kepada RM1.75 juta pada 2010

hingga 2014.

Jumlah itu tidak termasuk peruntukan

kepada golongan huffaz atau penghafal

al-Quran yang tidak diberi bantuan

kewangan sepanjang pemerintahan

UMNO BN di Pulau Pinang.

Sejak mentadbir Pulau Pinang,

golongan huffaz sejak 2008 diberi

peruntukan RM30,900, RM65,000 (2009),

RM90,000 (2010), RM130,000 (2011),

RM175,000 (2012) dan RM202,500 (2013).

Sejak 2009 pula, Kerajaan Pulau Pinang

memperuntuk lebih RM500,000 setiap

tahun sebagai bonus kepada guru Kelas

Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), SAR,

Maahad Tahfiz, Tadika Islam dan Tadika

Pondok.

TIMBALAN Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin

Abdul Rahman memberi tumpuan

usaha menjana ekonomi agro-pertanian,

bukan membuat kenyataan rasis.

Setiausaha DAPSY Bukit Bendera,

Syerleena Abdul Rashid, berkata

Tajuddin patut lebih berwibawa dalam

membuat kenyataan dan menghormati

hubungan sesama masyarakat.

Katanya, ahli politik memainkan

peranan penting dan dianggap

sebagai wakil rakyat - individu yang

mempengaruhi dasar dan membuat

keputusan dalam kerajaan.

“Politik untuk orang yang memiliki

integriti, bukan untuk individu yang tidak

cekap dan lambat membuat keputusan

dalam memperbaiki kehidupan rakyat.

Tentu sekali bukan untuk suka-suka

mahu lempang orang,” katanya.

Tajuddin dilapor mahu ‘melempang’

rakyat Cina di negara ini jika mengadu

masalah kepada pihak luar, merujuk

kehadiran Duta China di Jalan Petaling

baru-baru ini.

Gubal undangundang

jerebu

KERAJAAN Persekutuan dicadang

menggubal undang-undang pencegahan

pencemaran merentasi sempadan bagi

membolehkan tindakan undang-undang

dikenakan terhadap syarikat yang

melakukan pencemaran di luar Malaysia.

Adun Balakong, Ng Tien Chee,

berkata ia bagi mengurangkan aktiviti

pembakaran terbuka di Indonesia,

dengan mengambil tindakan undangundang

terhadap Kerajaan Indonesia

atau membawa isu itu ke Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, Kerajaan Singapura

mengambil tindakan undang-undang

terhadap Asia Pulp and Paper serta lima

syarikat lain yang dipercayai terlibat

dalam pembakaran terbuka di Indonesia

selepas penggubalannya lulus pada 2014.

“Perbincangan sahaja tidak berkesan

kerana krisis itu berulang setiap tahun.

Cara penyelesaian yang lebih drastik

harus dirancang,” katanya.

TPPA: Bekalan ubat

mungkin terjejas

PELAKSANAAN Perjanjian Kerjasama

Trans Pasifik (TPPA) dibimbangi

menyukarkan perolehan bekalan ubatubatan

berikutan kewujudan blok

perdagangan tertentu kepada negara

membangun.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago,

berkata ia berikutan perincian hal itu

tidak jelas kerana ubat-ubatan biologi

hayat seperti kanser menetapkan syarat

tempoh lima tahun bagi melindungi data

ujian klinikal sulit.

“Mengikut sistem Amerika Syarikat,

tempoh itu boleh ditambah tiga tahun

lagi. Bermakna ubat-ubatan itu hanya

sampai ke tangan pengguna selepas

tahun kelapan.

“Perjanjian itu hanya memperluas

perlindungan monopoli bagi industri

farmaseutikal tetapi mengorbankan

akses rakyat kepada ubat-ubatan lebih

murah,” katanya merujuk persetujuan

Kerajaan Malaysia dan 11 negara lain

menandatangan TPPA di Altanta.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!