12.11.2015 Views

NEGARA GAGAL?

1k8LNyK

1k8LNyK

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2

NOVEMBER 2015

UTAMA

Kenaikan tol, harga barang

serlah temberang Putrajaya

Tol naik akibat

perjanjian

tak adil

Oleh LAU WENG SAN

KENAIKAN kadar tol lebuh raya nyatanya

satu lagi bukti kegagalan Putrajaya dalam

menangani peningkatan kos seharian dan

menyebabkan rakyat berpendapatan rendah

terus dihimpit kos kehidupan yang semakin

melonjak.

Sedangkan, harga runcit bahan api

- sehingga sekarang, Putrajaya gagal

menunjukkan cara atau formula pengiraan

harga runcit bahan api. Harga bahan api

di Malaysia masih mahal walaupun harga

pasaran berada sekitar paras USD 50 se-tan.

Apatah lagi, kegagalan Putrajaya mengurus

ekonomi juga menyebabkan nilai ringgit

menyusut nilai melebihi 30 peratus sejak

sembilan bulan lalu hingga mengakibatkan

harga runcit bahan api naik lantaran ia

diperdagang dalam mata wang USD.

Kenaikan tambang bas dan pengangkutan

awam - rakyat tiada alternatif selain

mengayuh basikal apabila tambang dan

pengangkutan awam dilapor akan naik lagi,

tidak lama dahulu.

Jadi, apakah logiknya Menteri Kerja Raya,

Fadillah Yusuf menasihati rakyat supaya lebih

menggunakan pengangkutan awam ketika

tambangnya juga sama-sama naik seperti tol

lebuh raya?

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

sebanyak enam peratus - juga tidak boleh

dilupakan apabila ia mula dilaksanakan

sejak April 2015. Bukankah Putrajaya berjanji

bukan sahaja harga runcit sesetengah barang

tidak naik, malah ada juga yang akan turun?

Tetapi sehingga sekarang, indeks harga

pengguna (CPI) pada Ogos 2015 dicatat

pada paras 113.9 - tertinggi sejak setahun

lalu mengikut statistik daripada Jabatan

Perangkaan Malaysia.

Temberang Putrajaya

Sebenarnya, Kerajaan Persekutuan

tidak ada rancangan jangka panjang untuk

menyelesaikan masalah kenaikan tol di

Lembah Klang.

Soalnya,

mengapakah

kerajaan BN tidak

menggunakan kuasa

dan kedudukannya

untuk merunding

semula semua

perjanjian ini?

Secara kasar, terdapat dua jenis lebuh

raya - satu yang sudah lama beroperasi pada

zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan satu

lagi, yang baru dan hanya beroperasi tidak

sampai 10 tahun sejak zaman Tun Abdullah

badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Maka, tidak betul apabila Fadillah

menyatakan bahawa perjanjian konsesi itu

ialah legasi kerajaan terdahulu. Siapakah

kerajaan terdahulu? Bukankah kerajaan

terdahulu juga kerajaan Barisan Nasional

(BN)?

Soalnya, mengapakah kerajaan BN tidak

menggunakan kuasa dan kedudukannya

untuk merunding semula semua perjanjian

ini?

Contohnya, pemegang konsesi Lebuhraya

Damansara-Puchong (LDP), Litrak Sdn

Bhd diberi konsesi ini sejak 1998. Kos

pembinaannya ataupun lebih tepat lagi,

kos naik taraf beberapa jalan negeri dan

persekutuan antara Damansara dan Puchong

ialah RM1.4 bilion.

Sedangkan, Litrak banyak menjana

keuntungan daripada LDP dan SPRINT

sehingga mampu menampung kos

pembinaan sepenuhnya. Walaupun

perjanjian itu sudah ditandatangani tetapi

ia tidak bermakna Putrajaya tidak boleh

menjalankan rundingan semula.

Kalaupun masalah itu berpunca dari

legasi ‘kerajaan terdahulu’ tetapi bagaimana

pula dengan perjanjian konsesi yang

ditandatangani ketika zaman pentadbiran

Abdullah dan Najib. Umpamanya, Lebuhraya

Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya

Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan

sebagainya?

Mengapakah ia masih mewarisi ciriciri

legasi ‘kerajaan terdahulu’? Apakah

Putrajaya tiada daya dan upaya untuk

mengubahsuainya demi kepentingan rakyat?

Andai syarikat konsesi itu enggan

bertolak-ansur, mengapakah kerajaan

tidak menggunakan ‘expropriation clause’

yang adat dalam perjanjian konsesi untuk

mengambil alih lebuhraya itu?

Jika hal itu dilakukan, maka kenaikan tol

boleh dikawal, dikurangkan atau dihapus

sama sekali mengikut kemampuan kerajaan.

Harus ditekankan, Putrajaya boleh dan

patut menggunakan kedudukannya untuk

sekurang-kurangnya berunding semula

dengan syarikat konsesi - setelah suatu

tempoh tertentu apabila mereka menjana

keuntungan secukupnya.

Konsesi harus dibuka semula untuk

ditender dalam pasaran terbuka supaya

penender yang menawarkan kadar tol

terendah diberi hak konsesi untuk sesuatu

tempoh tertentu. Ini penting untuk memecah

monopoli sedia ada.

Sebenarnya, banyak cadangan boleh

dilakukan oleh Putrajaya tetapi semuanya

bergantung kepada keinginan politik atau

‘political will’. Jangan lari dari tugas dan

tanggungjawab.

* Penulis ialah Adun Kampung Tunku

KUALA LUMPUR: DAP

mempertikai keputusan

Kerajaan Persekutuan

menaikkan kadar tol 18 lebuh

raya ketika kebanyakan syarikat

konsesi meraih keuntungan

lumayan apabila tempoh

konsesi berakhir sekalipun

mengekal kadar sedia ada.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie

Ching menyifatkan Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak

mengkhianati rakyat apabila

berbuat demikian ketika mereka

terbeban dengan cukai barangan

dan perkahidmatan (GST) selain

kejatuhan ketara nilai ringgit.

Beliau turut mempersoal

mekanisme yang digunakan

kerajaan bagi pengiraan kadar

tol dan pulangan pelaburan

kepada syarikat konsesi apabila

perjanjian ditandatangani.

“Siapa yang patut dipersalah

jika bukan BN kerana mereka

yang menandatangani

perjanjian konsesi berat

sebelah?” katanya pada

kenyataan media.

Mengambil Lebuhraya Baru

Pantai (NPE) sebagai contoh,

Nie Ching berkata keuntungan

sebelum cukai dari 2008 hingga

31 Mac 2015 ialah RM243.81

juta berdasarkan laporan IJM

Corporation Berhad.

Beliau berkata, tempoh

konsesi bermula pada 12

September 2016 untuk tempoh

33 tahun dan 12 bulan manakala

kos pembangunan lebuh raya

kira-kira RM1.3 bilion, malah

ada menerima pampasan

RM184 juta pada 2009.

Pampasan itu, katanya

berikutan penangguhan

kenaikan kadar pada 2009,

pengurangan kadar sebanyak 50

peratus untuk bas pada 2008 dan

pemansuhan Plaza 2 PJS pada

Februari 2009.

“Pertumbuhan purata

keuntungan sebelum cukai

untuk tiga hingga lima tahun

operasi, masing-masing lebih

tinggi 30 peratus dan 25 peratus.

“Tanpa mengambil kira

kenaikan kadar tol semasa dan

masa depan, NPESB dijangka

mencatat keuntungan RM15.109

bilion atau RM9,684 juta pada

akhir tempoh konsesi,” katanya.

NPE dikendali New Pantai

Expressway Sdn Bhd (NPESB),

anak syarikat IJM Corporation

Berhad.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!